Tuesday, December 27, 2011

Eusoff and Apostrophe


Alright! My hands are shaking..
Okay..here's the story..

Eusoff chewed a letter from his foam-based sets of alphabets.. made it torn into pieces. It's a 'B'. And then he became devastated because he could not make the word 'BOBOI' (his favorite comedy duo from Maharajalawak Mega) because that word requires 2 'B's and now he only have one. And yes, when he could not have what he wants, as usual, he will throw a temper tantrum..screaming and crying, punching his own eyes, hitting his head and trembling about 15 minutes. He asked me to fix the letter (by putting the pieces into my hands).

Oh my..It is beyond repair!

I was trying to tell him that it is totally damaged, that I couldn't repair it, that he will have to get a new letter 'B'..Hoping for him to understand what I am telling and as usual, Eusoff will throw another tantrum. I'm getting to the wit's end and asking him repeatedly why on earth would he chew that letter if he is going to use it to build that particular word. His dad returned home perfectly in time, together with lots of fruits from kampung and calmed him down. It was a relief. Luckily, the tantrum ends with no one getting scolded or injured.

Luckily I managed to carved a 'B' from the stencil which the letter belongs. It is supposed to be like a puzzle, where you should place the letter accordingly to the shapes (but Eusoff prefer to play with alphabets to make words). The letter 'B' that I carved.. (Hehe..buruk sangat..) It is not as the same as the original 'B'..tapi bolehla dari takde... :)

It's Maghrib then, and I was busy bathing Daniel, feed him then, tuck him to bed, go to shower, perform Maghrib prayers..do this, do that.. It's a busy hour and nobody noticed what Eusoff was doing until I came across this :-


Subhanallah.. That's why he chewed on the letter B.. Because he wanted an apostrophe ( ' ) to put to this word DON'TS and yet his set of alphabets did not have an apostrophe.


Menyesal sangat sebab membebel kat dia tadi..dan rasa insaf sangat kerana kadang-kadang aku hilang kesabaran melayan kerenah anak aku yang non-verbal ini. Kasihan Eusoff.. dia tak dapat suarakan apa yang dia mahu. Sama ada dia sakit, tak selesa, lapar, letih atau apa2 saja perasaan atau kemahuan dia.. Bila aku bayangkan sekiranya aku berada di tempat Eusoff, cuba membuat orang mengerti apa yang cuba aku katakan tetapi semua orang tak faham.... Tentu sangat sedih kan? :'(

Maafkan Mama Eusoff... I'm sorry for not paying attention to what you are trying to say. I'm sorry for I always misunderstood you. :'(

I'll find a way to understand.. I'll find a way for us communicate with each other. I know we will work this out. I promise.

And about the word DONT'S and your effort for making an apostrophe.. You are a GENIUS, honey! A GENIUS!!!! (Terbayang betapa buruknya rupa aku menjerit kesukaan dalam keterujaan bila melihat perkataan itu tadi..tentu sangat burokss kan? Please don't imagine. You won't stand it... hehehe).

He just turned 3 a month ago, non-verbal and never been to school. We never teach him how to spell and he can spell just any word from TV shows/commercials. Isn't my baby a GENIUS??..





Sunday, December 25, 2011

Verbal vs Non-Verbal

Eusoff menjerit2 marah bila aku tukar channel Astro.

Aku : Sapa yang bayor Astro ni? Mama kan? Abang tu tengok jelah apa
channel mama nak tengok, jgn nak komplen..

Eusoff (Spell): FREE AFRO (maybe meant for Astro) SDN BHD.

Aku : Sapa cakap free? Mama bayar tiap2 bulan tau?

Eusoff (spell): DUMB

Aku : Grrr... Anak bertuah...!

Verbal or non-verbal.., budak2 ni kalau bab menjawab sama je.. Hahahahadoi!!

Saturday, December 24, 2011

Super Intelligent Eusoff







Tak tahulah apa yang menyebabkan Eusoff sangat pandai mengeja 2,3 hari ini. Yang pastinya aku sebolehnya bagi dia makan less sugar diet. No sweet drinks, no more lollipops and definitely no chocolate. Tak bagi dia makan roti, tapi mee dia bedal jugak. Yelaa...favorite food dia tu. Yang pastinya bila dia lapar je, aku sumbat nasik banyak2 kat dia. Susu masih minum lagi, tapi dah tak kerap la. Just 2 botol mcm tu je sehari. Especially time dia nak tido..

Yang lainnya...mungkin aku ambil cuti dan berkepit dengan dia je..mandi, makan, main.. Semuanya dengan aku sebab babah balik kampung dengan kakak, jadinya kalau dah omak spesis cikgu ni abih la anak tu asyik diajak main educational games je la jawabnye. Hehe... Daniel pulak masih batuk lelah, tapi dah tak seteruk hari tu.. Sebab tulah aku tak follow sekali En. Hubby balik umah mak dia. Sebab nak bagi Daniel sembuh betul2 dulu..

Berikut adalah beberapa ejaan baru Eusoff yang agak complicated. Aku ni yang over-excited nengok keterean beliau mengeja. Bertepuk tangan bagai nak rak setiap kali dia berjaya eja perkataan tu..Fuhh..respek kat Eusoff. Belum ajar lagi dah pandai..Clever boy!!!

Gambar-gambar ni aku letak sebahagian je. Banyak lagi tapi maleh nak upload..line agak lembab le pulak hari ni. Lain kali aku upload la ye?

Damia ke Darjah 1






Akhirnya, anak sulung aku yang becok dan bijak ini akan mula bersekolah di Darjah 1. Damia akan bersekolah di SRK Permatang Badak iaitu sekolah yang paling dekat dengan rumah aku ni. Excitednya dia asyik bertanya macam-macam mengenai sekolah barunya itu. Dan pastinya asyik bertanya bila aku dan babahnya akan belikan dia baju dan perlatan sekolah baru. Akhirnya..Isnin lepas, selepas bawa EUsoff ke Klinik Psikiatrik HTAA, kami pun terus je bawa Damia pegi shopping barang- barang sekolah.

Items yang dibeli ialah:-

- 2 pasang baju kurung uniform sekolah
- 2 helai tudung sekolah
- 2 helai anak tudung putih
- 2 pasang kasut sekolah
- 3 pasang stoking
- 3 botol kapur kasut (+ 2 botol kapur kasut free hadiah beli kasut tu)
- 1 beg sekolah (+ pencil case free hadiah beli beg)
- alat tulis terdiri dari pensel, getah pemadam, pembaris, pengasah pensel, gam dan pensel warna.

Fuh! Abis jugak la duit bonus babah dia dalam RM300. Tu baru sorang anak...kalau orang yang anak ramai, dah tu semua sekolah, tak dapat nak aku bayangkan.. Kena gadai barang kemas le nampaknye. Tak pun main kutu awal-awal.. :)

Sabtu depan 31hb Disember 2011 ada induksi kat sekolah Damia. Damia akan ambil placement test untuk tempatkan dia ke kelas A,B,C atau D. Anak dah masuk darjah 1, mama dia terasa cam tua le pulak..hehehehe...

My baby has grown up.. How time flies.. :)

Friday, December 16, 2011

Daniel 5 Months


Salam Jumaat..

Agak lama dah tak berkongsi cerita mengenai Daniel. Balik2 cite si Usop je.. Bukan apa, aku masih dalam fasa mengenali dan buat research mengenai Autism, jadi sepenuh masa senggang aku di pejabat atau di rumah didedikasikan buat mencari info mengenainya..demi masa depan Eusoff.

Oke, back to topic. Entry kali ini aku nak cerita mengenai buah hati ku yang kiut-miut..Si comel Daniel..bile aku geram aku suka panggil dia Niel, atau Kedei..haha..tah pape nama gelarannye terutama yg Kedei tu..sebenonye ia adalah kependekan dari 'Kenit' yang membawa suku kata 'Ke' dan 'Dei' tu tu adalah kependekan dari 'Daniel' yang disebut bunyinya sebagai 'deniel'.. Hasilnya terbitlah 'Kedei'... Pahamkah anda sekalian? Walaupun aku tau korang pening-pening lalat memahami maksudnya, tapi aku tetap nak gelak jugak..heheheh..

Daniel sangat la comel.. Dia dah pandai meniarap, sangat suka tersenyum dan pandai ketawa terkekek-kekek. Paling dia minat main 'Tom-tom nukut'.. Aku belum geletek lagi dia dah gelak2. Oh..geramnya tengok dia..rasa nak gigit-gigittttt! Sila tahan kegeraman anda ketika menyaksikan kecomelan beliau seperti di dalam gambar yang telah dikepilkan di atas. Selamat berhujung minggu!
Posted by Picasa

Thursday, December 8, 2011

Update Eusoff: Hyperlexia..

Alhamdulillah...akhirnya aku menemui sesuatu yang telah hampir menjawab semua persoalan terhadap kebolehan Eusoff untuk mengeja. Pernah dengar Hyperlexia? These kids are brilliant when it comes to reading & spelling!


WHAT IS HYPERLEXIA ?
Hyperlexia


Hyperlexia has many characteristics similar to autism and some consider it to be an autism spectrum disorder. Because of its close association with autism, hyperlexia is often misdiagnosed.

The main characteristics of hyperlexia are an above normal ability to read coupled with a below normal ability to understand spoken language. Many of the social difficulties seen in hyperlexic individuals are similar to those found in autism. Often, hyperlexic children will learn to speak only by rote memory and heavy repetition. They may also have difficulty learning the rules of language from examples or from trial and error.

Some people assert that hyperlexia is autism, whereas others assert hyperlexia is a completely different condition.

Hyperlexia Symptoms
The severity, frequency, and grouping of the following symptoms will determine an actual diagnosis

• A precocious ability to read words far above what would be expected at a child’s age
• Child may appear gifted in some areas and extremely deficient in others
• Significant difficulty in understanding verbal language
• Difficulty in socializing and interacting appropriately with people
• Abnormal and awkward social skills
• Specific or unusual fears
• Fixation with letters or numbers
• Echolalia (Repetition or echoing of a word or phrase just spoken by another person)
• Memorization of sentence structures without understanding the meaning
• An intense need to keep routines, difficulty with transitions, ritualistic behavior

Additional Symptoms:
• Normal development until 18-24 months, then regression
• Listens selectively / appears to be deaf
• Strong auditory and visual memory
• Self-stimulatory behavior (hand flapping, rocking, jumping up and down)
• Think in concrete and literal terms, difficulty with abstract concepts
• Auditory, olfactory and / or tactile sensitivity
• Difficulty answering "Wh–" questions, such as "what," "where," "who," and "why


Credit to http://www.autismkey.com/hyperlexia/ for the info.

Memang benar bahawasanya semua ciptaan Allah s.w.t itu sungguh indah dan pelbagai. Di mana Dia letakkan kekurangan, dianugerahkan pula kelebihan dalam bentuk yang lain. Siapalah kita untuk mempertikaikan ciptaanNYa.. Allahu Akbar!

Update Eusoff: Eusoff ke Psikiatrik




Super busy! That is the word to describe ME recently. Audit SIRIM dan UiTM selang dua minggu, tonnes of transcribing to do, classess are full for the week, final years students to take care about, Daniel kena demam virus + oral thrush.. Eusoff pulak pegi psikiatrik Isnin lepas. Argghhh! Rasa nak pecah kepala...!! Baru hari ni aku ada waktu untuk update blog. Itu pun sebab telinga dah lenguh dengar teks prese
nter seminar yang aku kena transcribe tu... Take a break sekejap sambil jenguk blog berhabuk aku ni.. :)

Berbalik pada pengalaman membawa Eusoff ke Jabatan Psikiatrik HTAA.. Tunggu memang lama sangat sampai Eusoff start buat perangai. Jerit2 dan tarik tangan aku dan babahnya ajak balik. Bagi main tablet pun tak jalan dah time tu..Dekat 3 jam ok? Bilik doktor ada 5, tapi doktor cuma ada 2. Adeiii...memang tak best langsung! Jumpa doktor tak sampai 20 minit pun.. Rupanya doktor pakar semua takde pada hari tu sebab ada hal apa ntah. So Eusoff cuma di'observe' oleh seorang Houseman. Lagi tak best!! They resecheduled Eusoff untuk jumpa pakar once again on the 19th. Sangat la boring mengenangkan kena pegi balik dan tunggu macam nak mati lagi sekali.

And EUSOFF was crying & screaming all the way while he was in the doctor's office. Mungkin sebab teralu ramai trainee nurses dok usha dia dalam tu..bilik doktor plak colourless, kaku dan tak lively langsung. Aku pun jadi tense, jangankan budak kan? They asked few questions, give us MCHAT to evaluate Eusoff's behaviour and that's it.

Balik dari hospital budak gumuk itu sangat la hepi. Sengih je all the time. Lepas tu dia eja IFNODRCHEERS (if no doctor cheers).. Hehehehe... Kelakar pun ada, takjub pun ada. At least, that is the way he's communicating with us. So be it Eusoff... do what you have to do. I love you for who you are... MUAH!

These are some of Eusoff's spelling photos. Tapi masa dia spell IFNODRCHEERS tu aku agak lambat snap sbb cari henpon aku dah tercampak kat mana tah..dia dah remove the 'R" kat perkataan CHEERS tu..dah la jadi CHEES plak dah.. Blasah la, asal paham sudeyyy... :)





Suka mengeja tapi takde selang antara perkataan bila dia membina ayat..



Ni gambar masa Eusoff dah start susun perkataan lain pulak dari IFNODRCHEERS tu... R & I dah remove. Tangan dok remove F pulak tu..


Masa ni tangan dok shaking sebab tergopoh-gapah cari henpon nak snap gambar ni.. Gambar henpon so, kualiti tahap cipan je la ye...? Sorii.. Hehe...




Si kecik Daniel yang kena viral fever.. Abis tumbuh ruam merah2 kat seluruh badan, especially muka.. Cian anak mama!

Tuesday, November 29, 2011

Update Eusoff: ABA Therapy


Setiap hari kini adalah masa untuk aku belajar, belajar dan belajar segalanya mengenai AUTISM. Walaupun Eusoff masih belum di diagnose sebagai seorang kanak-kanak autism, aku dapat rasakan dalam hati aku bahawa dia sememangnya autistic. Aku mamanya..aku kenal anak aku lebih dari semua orang di dunia ni. Aku mesti kuatkan semangat, mesti sabar, mesti mampu melakukan semuanya demi Eusoff..

Kadang-kadang, dari kata-kata babahnya aku dapat rasakan babah dia masih mengharapkan Eusoff itu kanak-kanak normal..mungkin sukar baginya menerima anaknya seorang OKU. Tapi aku mesti kuat, mesti tabah, mesti menerima segala-galanya dengan redha. Ini ujian ALLAH buat aku...dan Eusoff adalah anugerah. Aku sayangkan dia..sangat sayangkan dia. Aku tau aku mampu lakukan yang terbaik untuk Eusoff. Aku tau aku boleh!!

Video ini menunjukkan sesi ABA Therapy atau juga dikenali sebagai Applied Behavioral Analysis.

Aku mau praktikkan untuk Eusoff. Aku akan cari jalan bagaimana anak aku dapat menjalani terapi sebegini. I want to push him to the limits..Aku mau dia berjaya kerana aku tau dia seorang anak yang bijak. Go Mama Go! Go Eusoff Go!!

Monday, November 28, 2011

Update Eusoff: Eusoff ke Darus Syifa'

Kebetulan hari ni hari ulang tahun perkahwinan kami..dan kebetulan juga kami baru dapat tau alamat Darus Syifa' Kuantan melalui seorang kawan.. Rupanya dekat Ya Rabbi dengan umah... Masya Allah..Macamana boleh tak tau ni? Pendek katanya kalau mat rempit dari area umah aku ke Darus Syifa' tu kompem la tak pakai helmet pun sampai tanpa risau di tahan polis trafik ...

Sampai sana ada last patient..tanya kat Ustaz Mustapha, bleh ke ambik kitorang punya kes..last call punya. Dia cakap oklah..so kami pun tunggu la sampai dipanggil masuk.

Ustaz tu interview jugak kami berkenaan apa pendapat doktor mengenai problem Eusoff ni..dan kami pun bagitau setakat yang latest tu je la.. Lepas tu dia scan (secara batin) kat Eusoff..dia cakap Eusoff akan bercakap jugak eventually, sebab telinga dia memang boleh mendengar. Lepas tu dia bacakan doa pada Eusoff dan jugak sebotol air..

Yang syoknya, masa ustaz tu tengah bacakan doa dan usap2 badan Eusoff, dia sibuk nak lari dan merengek.. Itu jam berkali-kali jugak la dia panggil "babah...mama.." Fuhh...syoknye dengar..Kalau boleh nak suruh ustaz tu doa lagi lama-lama kot-kot terkeluar pulak perkataan yang lain-lain kang...sapa tahu kan? Hahaha...

Ustaz Mustapaha juga telah berikan kami sepotong ayat dari surah Musa untuk dihembuskan pada air yang nak diberi pada Eusoff.. Dan juga dia minta kami beli madu dan bacakan ayat tu pada madu tersebut, lalu di sapukan ke lelangit mulut Eusoff. Esok jugak mama pegi cari ye Usop? Semoga semua usaha kami ni membuahkan hasil..

Oke...bagi sesapa area Kuantan yang nak cuba rawatan alternatif di Darus Syifa' Kuantan..premisnya terletak di Lorong Sungai Isap Jaya 19, betul2 corner lot rumah yang mula-mula sekali..waktu rawatan cuma pada hari Sabtu dan Ahad saja sebab weekdays diorang buat tadika kat situ.

Okelah, stop sini dulu. Nanti aku update lagi oke?

(Tido dalam frust sebab Malaysia kalah bola dengan Bahrain untuk Olimpik...hadoiii!!)

Sunday, November 27, 2011

Happy Anniversary...


Dah 7 tahun rupanya...rasa cam baru lagi naik pelamin..Chewah!

Hehehehe...

YES gang! Hari ni , 27 November ialah hari ulang tahun perkahwinan aku dengan Cikgu Misai. Awal2 pagi lagi Cikgu Misai dah wish happy anniversary kat aku. Tiada fancy gift seperti tahun-tahun sudah...kami cuma keluar makan saja...bukan berdua tapi segerabak..dengan anak2 yang 3 orang dan kecik2 sume tu.. Bukan candle light dinner, tapi makan yogurt ice-cream kat Tutti Frutti.. (Ni sume hasil hasutan Naily Damia yang yo-yo on nak makan eskim tuh!)

Tapi aku happy sangat...happy..happy..happy!

Semoga Allah memanjangkan jodoh dan usia perkahwinan kami dengan rahmat dan kebahagiaan bersama anak-anak selama-lamanya. Amin...

Friday, November 25, 2011

Update Eusoff: Eusoff di Pediatrics

Salam Jumaat...

Semalam aku bawak Eusoff ke Pediatrics, HTAA. Mak aaiii... berjanggut gua tunggu.. Dari pukul 9++ sampai pukul 12++ baru la dapat berjumpa dengan Puan Doktor. Jumpa dalam 15 minit je, tapi menunggunya bukan main lama... Eusoff macam biasa la...berlari, melompat, bermain kat indoor playground dengan ramai lagi budak2 yg sama-sama nak jumpa doktor.. Insaf sekejap tengok anak-anak orang lain..ada yang cerebral palsy, down syndrome, sakit jantung, sakit hati, leukimia, ketumbuhan kat muka...macam-macam jenis penyakit dan kelainan upaya.. Dan ada sorang budak autism berusia 8 tahun dari Rompin. Still tak boleh bercakap tapi aktif Ya Rabbi...berlari sana-sini sambil menjerit-jerit.. Bila dah lama sangat menunggu, mula mengamuk...Last2 ayah dia bagi main kat luar klinik, dengan diawasi abangnya...

Kalau kita tak pergi ke hospital, atau sekolah khas...kita tak dapat tengok golongan kanak-kanak yang macam diorang tu semua. Dalam fikiran kita, dunia ini cuma ada kanak-kanak yang comel, keletah dan NORMAL. Bila kita dapat berada di kelompok mereka, barulah kita sedar yang Allah telah menciptakan berbagai jenis manusia di dunia ni, ada yang sempurna, ada yang punya kekurangan dan ramai juga yang punya kelebihan..

Allah Maha Besar... Semua kanak-kanak itu, tak kira normal atau punya kelainan upaya..sihat atau sakit.. Kesemua mereka adalah anugerah yang tak ternilai.. rezeki dari Allah kepada kita sebagai ibu bapa. Dan bersyukurlah sekiranya kita diuji, kerana apabila kita rasa kita bernasib malang, ada orang yang lebih teruk nasibnya dari kita..

Oke.. sekian tazkirah Jumaat dari saya.. Dah macam Ustazah Pilihan plak aku rasa. Hehehehe...

Back to story guys..akhirnya setelah puas dimintak, Puan Doktor telah membuat satu helai surat rujukan kepada Jabatan Psikiatri untuk membuat penilaian terhadap Eusoff sama ada dia betul-betul autism atau tidak.. Temujanji dibuat pada 5 Disember 2011 pada pukul 9.30 pagi..

Aku dah ready, mentally & physically sekiranya doktor sahkan Eusoff sebagai seorang kanak-kanak autiusm.. Atau maybe aku telah membuat persediaan lebih awal dari pengesahan doktor.. sekolah dia pun aku dah carikan. Aku redha dan bertawakkal kepada Allah.. kerana Dia Maha Mengetahui..

Nanti aku update lagi setelah dapat review doktor pakar oke? Selamat berhujung minggu.. :)

Tuesday, November 22, 2011

Update Eusoff : Eusoff di ENT


Semalam punya cerita baru nak update hari ni..Itulah..gara-gara ada audit oleh SIRIM kat opis aku ni, semua dah berlari2 ke sana ke mari sambil memeluk file-file berbagai warna...hahaha.. Mana la sempat nak mengadap laptop ni lelama..hehehe.. So, update hari ni la ye....walaupun audit masih belum selesai. Selagi ofis atas tak intercom suh aku naik, kira selamatlah auditor tu tak nak audit teaching portfolio aku.. hehehe..

Oke..semalam walaupun ada audit, last week dah bagitau bos yang walau apa pun terjadi, pagi tu tetap nak jugak excuse sebab nak bawak Eusoff pegi temujanji di ENT untuk ujian audiology. Bukan senang nak dapat tarikh tu...waiting list tak hengat punyalah panjang..berjanggut gua tunggu oii... Takkan nak kensel pulak ye tak?

Appointment jam 8.30 pagi..ate, menggagau le pagi2 buta lagi aku kena mandikan Eusoff. Mujurlah dia jenis yang tak degil..ngantuk2 pun bila dibukak bajunya dia pun berjalan sendiri pegi ke bilik air.

Sampai HTAA, as usual parking memang takde... Aku dan Eusoff turun kat lobby sementara Babah yang super kacak (sebab sekolah cuti, jadi muka Cikgu Misai berseri-seri luar biasa la pulak) pegi mencari parking. Sampai kat ENT Clinic, rupa-rupanya we were the first to arrive! Syabbas baytaa! Tak tunggu lama terus je diorang panggil masuk untuk buat test... Check gegendang telinga nampaknya dua2 ok..lepas tu buat audio test dengan beberapa frekuensi.. sambil bermain dgn toys yang banyak dalam tu, diorang pun bunyikan frekuensi dari tinggi ke rendah dan tengok reaksi Eusoff terhadap bunyi tu.

Test untuk telinga kanan nampaknye ok..tapi bila dah terlalu lama dalam tu, Eusoff pun mula bosan dan start nak ke sana sini buat studio tu mcm umah mak sedara dia kann..?? Nak dipunggahnya satu trunk yang penuh dengan toys kat dalam bilik tuh. Jadi test telinga kiri tak berjaya dijalankan dengan sempurna la... Berdasarkan pemerhatian aku, telinga Eusoff ni dengar, tapi frekuensi rendah dia memang buat bodo je.. Lagi satu, bila dah concentrate dengan permainan dia takkan respond dah terhadap bunyi2 yang lain.

So, doktor bagi tarikh lain untuk re-test.. Nak tau bila? BULAN MEI NANTI OKE?
Masak nak tunggu... lama gile kottt! For time being, doktor minta aku rangsang pendengaran Eusoff, terutamanya dengan bunyi-bunyi frekuensi rendah..sebab dia kurang respond terhadap bunyi-bunyi sedemikian...

Khamis ni ada temujanji pulak dengan pediatrician.. Nak mintak jugak diorang buat refer letter untuk minta Eusoff dinilai oleh Psikiatris... sama ada dia autistic atau tidak. Tak sanggup dah tunggu waiting list yg panjang2 macam ni.. Masa depan Eusoff sangat penting, dan aku tak boleh membazir waktu macam ni saja... Nanti aku update lagi cerita terbaru ya?

Tungguuuuu... have a pleasant day everybody! :)


Eusoff kat reception ENT Clinic masa baru sampai..baru usha2 keliling sebelum mula explore persekitaran dia... Nak snap gambar dalam bilik Audiology, tak dibenarkan bawa masuk handphone pulak.. Jadinya tak ada la gambar..

Monday, November 21, 2011

Update Eusoff: Eusoff with alphabets..


Skill terbaru Eusoff yang secara tak sengaja telah di 'discover' sejak balik beraya di Kuale Kangsor.. :- MEMBINA PERKATAAN!!

Masa kat Kuale hari tu aku telah membeli satu set magnetic alphabets.. (sekarang terasa bongok pulak diri ini sebab pegi beli satu set aje!).. Eusoff pandai mengeja rupanya..in English pulak tu!

Aku rasa sangat takjub dan teruja melihat kebolehan Eusoff ni..sebab aku tak pernah ajar dia pun ABC..apatah lagi mengeja. Yelah..dia kan tak pandai bercakap, mana logik nak suruh dia mengeja pulak kan?

Memula tu aku perasan dia eja PUB, lepas tu SET, lepas tu PORN (hambek ko! mana dia tengok perkataan ni pun tak tau le..).. Seterusnya BOY, RUN dan banyak le lagi perkataan 3 huruf yang senang-senang...last sekali dia buat INSERT... itu jam aku dah rasa terkejut sangat..sedangkan Damia yang dah pandai membaca pun susah jugak kalau nak eja INSERT tu..

EXCITED tahap gaban OKE???

Masa tu aku dok pikir, betul ke Eusoff pandai mengeja atau semuanya sekadar satu kebetulan je ?? Sekarang setiap hari aku cuba jugak luangkan masa layan dia bermain dan encourage dia buat spelling..sambil-sambil tu dokumenkan apa yang dia eja.. Rugi betul the first time dia buat semua tu, aku tak snap gambar...over-excited punya pasal katakan...

Istimewanya si Eusoff ni kan???

Friday, November 11, 2011

(Update Eusoff) Eusoff ke N.A.S.O.M

Salam.. Lama betul tak update blog ni. Last week memang minggu yang super-busy..sekali kena pegi buat internal audit sampai dua jabatan sekaligus.. Pening tengok SIRIM punya Malaysian Standard oii..berpinar bijik mata!

Okeh..dalam dok busy tu, sempat jugak lari di suatu petang yang hening untuk bawak Eusoff pergi ke NASOM Kuantan. Apa itu NASOM?? NASOM stands for National Autism Society of Malaysia.

Aku bawak Eusoff untuk screening. Lepas set-up appointment aku pun bawak Eusoff pegi sana. Mula-mula dia merengek tanak masuk..lepas masuk tanak balik plak okey? Masa aku datang tu, aku telah dilayan dengan baik sekali oleh Cikgu Mimi selaku koordinator kat sana. Facilities sgt ganas oke..ada sensory room dan mini gym.. siap dengan indoor flying fox lagiii..kau ada? Hehe..


Banyak sangat info yang aku dapat selama 2 jam aku spend time kat sana. Banyak ilmu dan perkara baru yg aku pelajari mengenai kanak-kanak autisme. Selain daripada tu aku dapat tengok pelajar2 kat situ. Sebagai seorang ibu, mmg sangat menyentuh hati.. Mana-mana budak yg mild-autisme nampak sama aje dengan budak2 normal..comel dan charming..tapi kebanyakannya tak boleh bercakap walaupun dah masuk 6-7 tahun. Kalau diorang bleh bercakap pun pertuturan diorang tak jelas. Diorang mcm terasing dalam dunia dia sendiri dan sebagai parents, kitalah yang bertanggungjwab membawa dia keluar dari dunianya itu..begitulah menurut kata Cikgu Mimi kat aku.

Dalam ramai-ramai tu..tersentuh hati tgk seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun di situ bernama Jufri yang comel dan manja. Pantang tengok aku duduk, dia mesti slow2 datang dan duduk atas riba.. Jufri tu friendly tau? Siap main dengan Eusoff lagi.. Ada seorang lagi plak bernama Qazreen (5 tahun)..dia pulak bercakap dengan Eusoff menggunakan bahasa yang sama! Ntah la..bila aku tgk dia bercakap sebijik mcm babling yang Eusoff selalu buat kat umah, tetiba rasa mcm kolam mata aku dah sarat dengan air mata... Masa tu dalam hati dah tawakkal..hati dah berkata-kata.. "Oh Eusoff anak mama...memang betullah kamu autisme"... Walaupun aku tak kesal andai kata anak aku dilahirkan dengan kelainan upaya sebegitu, tapi bohonglah kalau aku kata aku langsung tak rasa sedih.. Tiap kali aku tengok mereka berdua berinteraksi dengan bahasa yang hanya diorang je mengerti, hati aku rasa sayu sangat..Iskk... Tak sangka dalam banyak2 orang kat dunia ni, ALLAH telah pilih aku untuk menerima anugerah ini.. seorang anak yang istimewa.. seorang Eusoff yang sangat istimewa. Dah seminggu aku tahan air mata ini..akhirnya malam ini ia tumpah juga.. Iskkk isk..

..... :'(

Oke..back to story ye? Kesat hingus dan air mata tu ye Gaban.. Hari tu jugak Cikgu Mimi cakap dia tak dpt pastikan sama ada Eusoff betul2 autistic atau tidak sbb NASOM cawangan Kuantan tu takde physician. Dia suruh aku refer kes Eusoff ke Jabatan Psikiatri HTAA untuk pengesahan. Pegi plak Jab. Psikiatri diorang nak surat refer dari doktor pulak dah.. Adoii... Macam-macam la pulak.. Terpaksa le tunggu lepas cuti raya haji sebab hari tu pun dah hari Jumaat..

Aku dah tekadkan hati aku..walau apapun keputusan diorang aku akan berkorban apa saja demi Eusoff..sebab Eusoff seperti ada pertalian khas kat dalam hati aku..Walaupun anak aku ada 3 orang..setiap kali Eusoff memandang ke dalam mata aku, aku mesti jatuh hati kat dia..rasa sayang sangat kat dia. Ada special feeling kat situ. :)

Walau apa pun takdir Eusoff aku akan berjuang dengannya sehingga akhir hayat!

Ya Allah...kau kuatkanlah iman dan kau tabahkanlah hatiku menerima apa saja ketentuanMu Ya Allah..Kau permudahkanlah urusanku mendidik anak-anakku dan kau jadikanlah aku ibu yang terbaik buat mereka. Aku pasrah dan bertawakkal padaMu Ya Allah...kau berikanlah yang terbaik buat keluargaku. Amin...

Thursday, October 27, 2011

Update Eusoff.. AUTISM?




Eusoff bakal menginjak ke usia 3 tahun in few weeks time.. And still he doesn't speak. Dah 2-3 kali bawak dia ke Klinik Kanak-Kanak HTAA. Dari jumpa pediatrician, refer to Audiology.. Pediatrician kata Eusoff normal, Audiology pulak kata...telinganya takde masalah. Tapi saraf telinga yg belakang2 yang tak terajangkau micro-camera tu tak taulah. For certain, dia ada masalah mendengar arahan.. and maybe he's autistic.

Anak aku Eusoff kanak2 autisme? Walaupun masih tak dapat dipastikan, hatiku sebagai seorang ibu terus berdetik risau.. Andai kata apa yang disangka itu benar, bagaimana dengan Eusoff nantinya? Masa depannya? Pelajarannya? Pengetahuan aku mengenai Austime amat cetek dan dangkal sekali.

Bulan depan ada satu lagi temu janji dengan pakar kanak-kanak. Kalau tak boleh jugak dengar arahan dan ujian yang diorang conduct, kena refer pada bahagian Cara Kerja.. And what in the world is 'Bahagian Cara Kerja' tu pun aku tak tau..

Nanti aku update lagi ye? Dada aku sendiri sesak dengan persoalan..

Monday, October 10, 2011

Aku sangat sedih..

Mak (mentua) aku bagi aku laptop arwah Yana.. "Tolong mak.. tutupkan Facebook arwah ..nanti mintak kat adik passwordnya".. Aku pun dengan pantas la ambik laptop tu. Bila bukak tengok laptop dah berdebu.. antivirus pun dah expired. ... Ye lah..laptop tu dah tak bertuan..terbiar macam tu saja.

Selesai buat apa yang mak suruh, aku ni gatai tangan pi godek2 file dalam hard disk tu..mana tau ada gambar-gambar arwah ke..buleh print dan simpan buat tatapan anak-anak dia. Lepas tu aku terjumpa gambar kahwin suami arwah..dengan isteri dia yang kedua.. a.k.a madu arwah Yana. Bila aku track down rangkaian gambar tu, aku buka Facebook sepupu madu arwah tu dan kebetulannya pulak dia tak privatekan wall & photos.. terjumpa 1 album gambar perkahwinan suami arwah & isteri keduanya tu.. gambar bertunang, gambar bersanding, gambar potong kek, gambar majlis cukur jambul anak mereka. Ada sesetengah gambar tu arwah telah save ke dalam hard disk..

Tetiba je rasa sebak yang teraaaaaamat sangat... (Menaip ni pun air mata dah bergenang).. Aku sebak fikirkan mesti arwah sangat sedih tengok gambar-gambar tu.. Suami yang dicintai sepenuh hati sanggup menduakan dia... Aku tahu arwah Yana sangat sayangkan suaminya sehinggakan dia sanggup menerima dirinya dimadukan dan mengambil langkah berbaik-baik pula dengan perempuan itu.. Asalkan suaminya tidak membuang dan mensia-siakan dia..

Tetapi apa balasan yang dia dapat? Diabaikan sehingga ke akhir hayatnya...

Kasihan arwah yana..

Masa suka, arwah Yana dibawa kahwin lari kat Siam sana tu. Bila dah mengandung, disembunyikan dari keluarga.. Aku masih ingat lagi, abah menangis bila arwah hilang tak balik-balik.. Merata-rata orang tua tu cari..sampai ke Putrajaya.. tapi tetap tak jumpa. Aku masih ingat masa arwah balik selepas anak sulungnya lahir. Dia dibawa pulang oleh ibu mertua dan adik iparnya..sedangkan suaminya tak ikut bersama. Rumah akulah tempat arwah Yana bersatu semula dengan mak dan abah. Itu pun selepas sekian lama aku pujuk melalui SMS agar dia pulang bertemu mak dan abah dan meminta maaf atas perbuatannya berkahwin dengan membelakangkan orang tua..

Arwah Yana tak ada gambar bertunang.. tak ada gambar bersanding di hari perkahwinan yang meriah dikelilingi sahabat handai dan sanak-saudara.. Anak-anaknya Hariz dan Mysarra tak pernah merasa diraikan dengan majlis cukur jambul seperti apa yang dimiliki oleh madu arwah dan anaknya. Mereka anak-beranak tak pernah diraikan secara beradat seperti yang sepatutnya oleh keluarga mertua dan suaminya..tapi berbeza benar bila suami arwah bernikah satu lagi. Semuanya meriah dan sanggup berbelanja mewah.. kenduri-kendara bukan main meriah sedangkan perbelanjaan harian arwah dan anak-anaknya kadang-kadang bagi..kadang-kadang buat-buat lupa. Yang selalu berkorban kasih dan wang ringgit ialah mak dan abah. Itulah yang buat aku sedih sangat...dan sudah pasti arwah lebih sedih lagi..kerana seberat-berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Aku tak dapat melupakan arwah Yana menangis menceritakan kesedihannya diabaikan suami 6 hari sebelum dia pergi dijemput Ilahi.. Aku tak mungkin dapat melupakan kata-katanya. Dan sukar juga bagi aku nak memaafkan apa yang mereka tu buat pada arwah sebelum dia meninggal. Memang aku tak boleh nak beramah-mesra dengan keluarga mertua dan suami arwah semasa mereka datang menguruskan kenduri tahlil.. dan agaknya lepas ni lagilah aku tak boleh tengok muka-muka tu lagi bila mereka datang pada tahlill arwah yg ke-40 yang akan diadakan 2 minggu lagi.. selepas apa yang aku tengok dan bongkar dalam laptop arwah.

Sehingga ke hari-hari terakhir hidupnya pun arwah Yana masih menangis.. kerana perbuatan mereka. Itu yang aku kesalkan. Tak ada perasaan ke manusia-manusia ni? Datang ziarah dia pun tidak..sedangkan keadaan arwah begitu uzur waktu itu... Masa suka bawak lari, bila dah tak suka campak balik ke kampung..sehingga dah sakit tahap kritikal pun tak datang jenguk. Biarlah mereka abaikan kamu Yana...kerana ALLAH ternyata lebih sayangkan kamu. Allah Maha Mengetahui dan Dia telah menamatkan penderitaanmu... Akak, along, mak dan abah akan cuba mendidik anak-anak kamu sedaya yang termampu supaya mereka jadi anak yang soleh dan berguna. Al-Fatihah buatmu dik.. Semoga kamu tenang dan berbahagia di sana...





Tuesday, October 4, 2011

Bila Masamu Telah Tiba..


Hari ini aku nak share sesuatu yang aku dapat dari kawan aku di FB.. Sangat menginsafkan sehingga kecut perut aku waktu membacanya. Aku dah pun share link ini di FB..rasanya bagus juga aku letakkan kat blog aku ni..sebagai ingatan. Seriously sangat gerun oke? Here it is...

Tanda-tanda Saat Kematian

100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.

60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.

40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.

7 hari : Mengidam makanan.

5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.

3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.

2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.

1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.

Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan).

Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.

******Bila Malaikat Mencabut Nyawa******

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:
"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:
"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu
Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T.

Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Di bawah ni pula adalah petanda-petanda mati dalam keadaan mencapai Husnul Khatimah...iaitu Penyudahan Yang Baik.

Petanda Mati dalam Husnul Khatimah

Antara petanda seseorang itu mencapai Husnul Khatimah adalah seperti berikut:

  1. Sempat mengucap dua kalimah syahadah.
  2. Berpeluh didahi. Sabda Rasulullah:

    Bahawa matinya seseorang mukmin itu dengan keluarnya peluh di dahi.

    Riwayat oleh Ahmad dan Tarmizi.

  3. Mati pada malam atau hari Jumaat. Sabda Rasulullah:

    Tidak seorang muslim pun yang mati pada hari atau malam Jumaat melainkan Allah akan menjaganya dari fitnah kubur.

  4. Mati di medan perang kerana membela agama Allah. Bagi orang yang mati syahid ada 6 kelebihan:
    1. Akan diampuni dengan serta merta dosanya serta diperlihatkan tempat duduknya di syurga (kecuali mereka yang masih ada urusan hutang).
    2. Diselamatkan dari seksa kubur.
    3. Aman dari ketakutan yang teramat besar dan dahsyat.
    4. Diperhiasi dengan iman.
    5. Dikahwinkan dengan bidadari (semiskin-miskin ialah 49 bidadari).
    6. Dapat memberi syafaat kepada 70 orang keluarganya. Riwayat oleh Termizi, Ahamd dan Ibnu Majah.
  5. Mati kerana melhirkan anak.
  6. Mati kerana taun, Sabda Rasulullah:

    Taun itu satu kematian syahid bagi setiap mukmin. (Hendaklah ia sabar dan redha menganggungnya).

    Riwayat oleh Muslim.

  7. Mati akibat sakit perut maka ia mati syahid, sabda Rasulullah:

    Dan barang siapa mati kerana sakit perut maka ia mati syahid.

    Riwayat oleh Muslim.

  8. Mati tengelam dan tertimbus oleh bangunan.
  9. Mati terbakar. Riwayat At-Tabrani.
  10. Mati dalam nifas. Riwayat At-Tabrani.
  11. Mati kerana sakit TB. Sabda Rasulullullah:

    Orang yang mati kerana menanggung penyakit kurus kering ia mati syahid.

    Riwayat Tabrani.

  12. Mati akibat luka perang di jalan Allah. Sabda Rasulullah:

    Barangsiapa yang luka kerana perang di jalan Allah itu mati, maka bererti ia syahid, atau kena pijak oleh unta atau kudanya atau ia mati ditempat tidurnya (setelah berperang itu) dengan sebab apa-apa pun yang dikehendaki oleh Allah, maka sesungguhnya ia adalah mati syahid dan akan masuk syurga.

    Riwayat Daud.

  13. Mati mempertahankan harta. Riwayat Bukhari.
  14. Mati kerana mempertahankan diri. Sabda Rasulullah:

    Barangsiapa terbunuh kerana mempertahankan darahnya (dirinya) maka ianya mati syahid.

    Riwayat Abu Daud.

  15. Mati dalam bersiap-siap untuk berperang di jalan Allah.
  16. Mati ketika sedang beramal soleh seperti sedang menuntut ilmu (ilmu yang dibolehkan oleh Islam) di masjid atau sedang berdakwah.

Berkata Abu Laith – Barangsiapa yang ingin selamat dari seksa kubur maka haruslah ia melazimi 4 perkara dan meninggalkan 4 perkara:

  1. Mejaga sembahyang 5 waktu.
  2. Banyak bersedekah.
  3. Banyak membaca Al Quran.
  4. Banyak bertasbih.

Dan hendaklah ia meninggalkan:

  1. Meninggalkan dusta.
  2. Meninggalakan sifat khianat.
  3. Meninggalkan sifat mengadu-domba.
  4. Mejaga Kencing.

Wallahu a’lam.

Antara petanda seseorang itu mencapai Husnul Khatimah adalah seperti berikut:

  1. Sempat mengucap dua kalimah syahadah.
  2. Berpeluh didahi. Sabda Rasulullah:

    Bahawa matinya seseorang mukmin itu dengan keluarnya peluh di dahi.

    Riwayat oleh Ahmad dan Tarmizi.

  3. Mati pada malam atau hari Jumaat. Sabda Rasulullah:

    Tidak seorang muslim pun yang mati pada hari atau malam Jumaat melainkan Allah akan menjaganya dari fitnah kubur.

  4. Mati di medan perang kerana membela agama Allah. Bagi orang yang mati syahid ada 6 kelebihan:
    1. Akan diampuni dengan serta merta dosanya serta diperlihatkan tempat duduknya di syurga (kecuali mereka yang masih ada urusan hutang).
    2. Diselamatkan dari seksa kubur.
    3. Aman dari ketakutan yang teramat besar dan dahsyat.
    4. Diperhiasi dengan iman.
    5. Dikahwinkan dengan bidadari (semiskin-miskin ialah 49 bidadari).
    6. Dapat memberi syafaat kepada 70 orang keluarganya. Riwayat oleh Termizi, Ahamd dan Ibnu Majah.
  5. Mati kerana melhirkan anak.
  6. Mati kerana taun, Sabda Rasulullah:

    Taun itu satu kematian syahid bagi setiap mukmin. (Hendaklah ia sabar dan redha menganggungnya).

    Riwayat oleh Muslim.

  7. Mati akibat sakit perut maka ia mati syahid, sabda Rasulullah:

    Dan barang siapa mati kerana sakit perut maka ia mati syahid.

    Riwayat oleh Muslim.

  8. Mati tengelam dan tertimbus oleh bangunan.
  9. Mati terbakar. Riwayat At-Tabrani.
  10. Mati dalam nifas. Riwayat At-Tabrani.
  11. Mati kerana sakit TB. Sabda Rasulullullah:

    Orang yang mati kerana menanggung penyakit kurus kering ia mati syahid.

    Riwayat Tabrani.

  12. Mati akibat luka perang di jalan Allah. Sabda Rasulullah:

    Barangsiapa yang luka kerana perang di jalan Allah itu mati, maka bererti ia syahid, atau kena pijak oleh unta atau kudanya atau ia mati ditempat tidurnya (setelah berperang itu) dengan sebab apa-apa pun yang dikehendaki oleh Allah, maka sesungguhnya ia adalah mati syahid dan akan masuk syurga.

    Riwayat Daud.

  13. Mati mempertahankan harta. Riwayat Bukhari.
  14. Mati kerana mempertahankan diri. Sabda Rasulullah:

    Barangsiapa terbunuh kerana mempertahankan darahnya (dirinya) maka ianya mati syahid.

    Riwayat Abu Daud.

  15. Mati dalam bersiap-siap untuk berperang di jalan Allah.
  16. Mati ketika sedang beramal soleh seperti sedang menuntut ilmu (ilmu yang dibolehkan oleh Islam) di masjid atau sedang berdakwah.

Berkata Abu Laith – Barangsiapa yang ingin selamat dari seksa kubur maka haruslah ia melazimi 4 perkara dan meninggalkan 4 perkara:

  1. Mejaga sembahyang 5 waktu.
  2. Banyak bersedekah.
  3. Banyak membaca Al Quran.
  4. Banyak bertasbih.

Dan hendaklah ia meninggalkan:

  1. Meninggalkan dusta.
  2. Meninggalakan sifat khianat.
  3. Meninggalkan sifat mengadu-domba.
  4. Mejaga Kencing.

Wallahu a’lam.



Aku terfikir, sekiranya aku tidak alert dan tidak bersedia untuk menemui Allah, apa akan terjadi kepada aku? Sekiranya aku tidak sempat bertaubat dan sudah tak upaya melakukannya ketika sakaratul maut sudah terlalu hampir..apa akan terjadi kepada aku? Adakah Allah akan mengampuni aku? Adakah aku akan mati sebagai seorang yang beriman atau berdosa? Ya Allah... Semoga aku dapat mati dalam keadaan husnul-khatimah. Amin...