Thursday, October 30, 2014

Bagaimana Berlari Membantu Saya Mengatasi Depresi

Assalamualaikum...


Setiap kali saya baca luahan perasaan sedih dan tertekan oleh ibu-bapa kepada anak autistik di FB Autisme Malaysia, saya rasa macam nak cakap kat diorang..."pergilah keluar, briskwalk atau berlari." Sebabnya...saya pun macam tu jugak dulu. Hati mudah tersentuh, cepat marah, cepat sedih, cepat terasa hati, cepat rasa rendah diri, lebih suka menyendiri dengan anak2 dan keluarga kita je. Bila sanak saudara berkumpul waktu raya, saya rasa nak pegi lake garden. Bila kenduri kat umah mak atau in-laws, kita rasa nak lari pegi pasaraya. Anak mengamuk, saya nangis... Semua tu saya dah rasa dah. Sebab kita sedih kengkadang...nengok anak kita tak dilayan dengan baik oleh so-called typical people. Ada yg buat muka geli, pandang tajam, renungan pelik. Macam-macam reaksi dan kadangkala melukakan hati kita.

Belum lagi kisah suami atau isteri, keluarga kita atau keluarga mentua yang tidak dapat terima anak istimewa. Kehidupan ibu bapa anak autistik ni, tidak mudah. Memang selalu berendam air mata. Hidup sudahlah hectic, nak balance kerjaya dan rumah tangga. nak monitor anak yang tipikal pun dah semput. Lagi pulak nak buat OT kat rumah, nak latih fine motor skill anak autistik, nak buat Wilbager brushing protocol, nak buat speech therapy, nak ajar baca, nak ajar kira, nak ajar toilet train! Phewww...kalau orang tu tak terjejas langsung, memang la bukan manusia.

Semua ni satu je..akan sebabkan STRESS! 
Parenting stress. 
Marriage stress. 
Carrier stress.

Sejak saya mula berlari... kebahagiaan telah menjadi milik saya kembali...chewahhhh!! (terasa poyo dekat situ..hahaha). Saya happy di rumah dan di tempat kerja. Saya lebih banyak gelak dan ketawa dengan suami dan anak-anak, dan kembali mesra dengan rakan sekerja. (dah tak jadi kera sumbang lagi). Saya dah tak takut dan serba salah pada saudara-mara yang suka bagi komen-komen laser bila Eusoff buat perangai cantik dekat kampung dan kenduri-kendara. Saya jadi lebih berani menghadapi hidup. Lebih berkeyakinan. Lebih memahami siapa diri saya. Saya menemui kembali kekuatan saya yang saya sangkakan telah berkubur.

Berlari selama sejam setiap hari memberi saya ruang untuk diri saya sendiri. Memberi ruang untuk saya berfikir. Dan juga memberi peluang kepada saya melakukan apa yang saya fikir saya tidak boleh lakukan. You are what your mind is telling you. Betul kan..?

Bila saya berjaya overtake gadis-gadis yang lebih langsing dan muda belia dekat trek jogging....
Bila saya berjaya mengatasi rekod Personal Best (time) setiap kilometer larian saya..
Bila saya berjaya lari lebih pantas..
Lebih jauh...
Lebih kuat...
Setiap satunya adalah KEJAYAAN.
Dan kejayaan membuat saya rasa GEMBIRA.

Setiap kali saya tension, saya pergi lari.
Lari membuat saya tenang dan boleh berfikir dengan lebih jelas.

Eusoff regress...saya tidak panik.
Eusoff mengamuk, saya boleh tarik nafas panjang-panjang dan SABAR.
Gaji lambat, saya cari sumber pendapatan sampingan yang lain.
Dari silent treatment dengan suami bila ada krisis, saya lebih prefer berbincang.
Berlari telah stabilize emosi dan telah polish balik kebolehan saya untuk kekal RASIONAL bila sesuatu berlaku.
Berlari juga seperti satu latihan supaya saya kekalkan FOKUS dan KEAZAMAN.

Tau kenapa?
Sebab BERLARI telah menyebabkan badan merembeskan ENDORPHINE dengan banyak. Endorphine adalah hormon gembira. Effect dia sama atau barangkali lebih hebat dari makan coklat atau smoking pot.
Sebagai bonus, anda juga akan kekal slim tanpa perlu ke Sellim Werlll! Banyak kajian telah membuktikan bahawa berlari telah berjaya melawan depresi. Klik link ini untuk membaca dengan lebih lanjut.

jadi...kalau korang susah hati...depressed.... meroyan...PEGILAH LARI!
Doakan saya berjaya habiskan larian 10KM (yang pertama dalam sejarah hidup) hari Sabtu ini.Dah tua-tua baru nak bersukan...macam ginilah. :)

Sekian, terima kasih.



Thursday, September 25, 2014

Eusoff dan Hypergraphia

Assalamualaikum...

Anak saya ni hyperlexia dan hypergraphia. Hyperlexia ialah kebolehan membaca tanpa diajar sesiapa (self-taught reader) dan hypergraphia plak ialah sejenis tingkahlaku yang menjurus pada keinginan melampau untuk menulis. Hypergraphia juga turut dikenali sebagai "the midnight disease".

Kalau baca dalam medical journal..hypergraphia ni ada yg disebabkan kecacatan di bahagian temperal lobe pada otak, Ada juga kes hypergraphia ni adalah hasil cetusan epilepsi atau sawan.
Pengetahuan saya tentang hypergraphia amat sedikit dan bahan bacaan pun amat terhad sekali. Serta tidak ramai pakar psikiatri yang saya jumpa yang boleh menerangkan apa yang saya mahu tahu tentang hypergraphia ini.

Yang pastinya anak saya Eusoff..amat obses menulis, Semua tempat ada tulisan dia..kalau dia tak ada pen, dia akan menulis guna air liur atau darah pun pernah juga (masa tu dia nosebleed). Menakutkan juga bila obsesinya sampai ke tahap camtu kan?

Ini adalah keratan yang saya dapat dari forum bila saya mencari maklumat mengenai hypergraphia dan kaitannya dengan autism dan hyperlexia. Some part of what this lady has witten sounds very much like Eusoff:

mirna said:

I had hyperlexia and have read since age 3, I've also started adding numbers very early and it drove me into a world of day-dreaming and continuos-fantasy. 

Hyperlexia led me to hypergraphia, and I developed a neuropathy at the wrist called carpal tunnel syndrome. My doctor told me I'd be on theraphy for the rest of my life and that I can no longer handwrite, but use my laptop to do it. 

I don't know why; and if it's a general caracteristic of AS, but when I laugh I lose my hand movements, I've had this since when I was a kid and it made me so mad. I don't actually "laugh", I jiggle and can no longer write. 

When I am not writting or doing any hand work, I get obsessed/anxious and go into pervasive disorders and manias, for we all tend to transfer our compulsion to other area. Hypergraphia is related to the boderline euphoric behavior and of course, our necessity to communicate to *ourselves*. Huh??? Due our poor social skills or lack of interest in a social life. I prefer writting than being with people. I am hand-skilled myself and I show disfunctions in my spacial IQ and short memory. I'm fascinatated with letters, and writting them to "anyone" has always been my door to the real world. 

I read everything I can, and write more than I should. 

I've never been into "poems" or anything "girly".
















 
Alamakk..perut terjojoi la pulak...hikhik.. Eusoff berlatar belakangkan hasil coretan yg dah mcm wallpaper tuh...hahaha




Thursday, August 14, 2014

The Running Mom

Assalamualaikum..




Selamat Hari Raya..




Ya Allah...hari ni saya teringat kat blog saya ni. Sekian lamanya saya tak bukak, tak tgk ada komen yg perlu di moderate atau tak..entri apatah lagi memang tak ada.


Mujur tak bersawang lagi blog ni kan kan? hahaha..




Ok..


Sebelum ini saya bergelut dengan masalah dalaman. Saya banyak memendam dan memaksa diri saya sabar dan redha. Tapi apa yg saya buat itu dengan niat yg suci murni mmg tak bertempat dan akhirnya memakan diri. Dalam dunia ini, segala masalah perlukan komunikasi dan perbincangan. Jadinya setelah meletup bak gunung berapi (mujur takde kecederaan pada sesiapa), saya telah cool balik.



In the mean time.. saya telah menemui cinta baru!!


Which is RUNNING!


Boleh bayangkan gajah berlari? Saya macam tu la... 2 months ago, I was so heavy. Rasa macam gajah jadian pun ada.. Ketika itu saya rasa berat sangat dan sukar melakukan tugas harian. Nak ikat kain batik pun asyik teburai je... sebab selisih kain batik tu dah tinggal sikit. tuu diaa.. Saya pula ada masalah masa tu, saya selalu rasa diri saya tak berguna. Tak cantik. Tak bererti.

Lagi tak best..saya dah tak larat kejar Eusoff bila dia buat perangai darter dia tu. Seriously..saya memang tak larat.

Jadi...di suatu hari yang indah, sebelum bermulanya Ramadhan, saya telah nekad untuk melakukan sesuatu. Saya mesti mengubah bentuk badan saya. Saya nak kurus.. Sebab saya pernah kurus jadi saya tau, saya BOLEH kurus!


Bermula saat itu saya jaga pemakanan dan buat workout bagai nak gile. Bulan puasa tidak jadi halangan bagi saya terus melakukan cardio exercise. Mula2 berat turun..pastu dia static..lps tu datang la segala bentuk craving pada benda2 yang saya pantang... It's 2 months now, and I manage to lose 14kg!

Actually masa berlari tu saya fight utk diri saya..fight dgn kemalasan, fight untuk harga diri, untuk cari kekuatan dan  semangat. Saya fight untuk beat autism yg ada pada Eusoff. 

Ada kalanya saya putus asa dan mcm2 halangan pulak datang. Injury la..hujan la..semput...period. Tapi saya tahu saya tak boleh give up..sbb Eusoff tak pernah give up mencuba..setiap hari dia fight to fit in walaupun failure dan rejection datang bertimpa2. Saya kena pinjam semangat dia...saya lari untuk saya rasa apa yg Eusoff rasa waktu dia berlari waktu dia jadi darter. Saya lari sebab saya nak kejar dia bila dia terlepas dari pegangan..

Walaupun ada macam2 alasan... running buat saya rasa happy..buat saya ada masa berfikir dan lepaskan tekanan. 
Berlari buatkan saya sedar tiada yang mustahil kalau kita usaha.Bila dah nampak hasil..baju2 lama dah muat, orang ramai tegur kifa dah makin kurus...perasaannya amat indah. Kita jadi happy dan rasa berbaloi penatkan diri sendiri dgn eksesais kardio bagai tu. Saya pun jadi kurang pemarah...tido lebih lena dan lebih banyak senyum dari berduka.

Saya ingat nak buat t-shirt yg cool dgn tulisan KEEP CALM. I'M A RUNNING AUTISM MOM. Sambil lari sambil spread awareness.. ;)


 







Thursday, June 5, 2014

Manipulative Behaviour??

video
Assalamualaikum..

Dari semalam ajar Eusoff jangan bukak baju dan seluar, jangan main sabun, jangan main air, jangan sepah bilik. Saya suruh dia ulang semula..dia ulang. Saya cekak pinggang kat dia, dia cekak pinggang balik. Saya marah, dia ketawa, Kadang2 tengah marah rasa nak gelak, tengah gelak rasa nak marah. Eusoff tahu dia ada 'keistimewaan', kadang2 dia  menggunakan muka dia yg innocent tu untuk ambil kesempatan buat salah dan terlepas. Ini namanya MANIPULASI.

Sepanjang pengetahuan saya, anak autistik memang bijak memanipulasi. Dalam tak sedar, mereka telah mengawal kita di mana kita yang sepatutnya mengawal tingkah-laku mereka. Dalam sesi berkongsi pengalaman bersama ibu bapa dalam kumpulan sokongan, mereka juga sering bercakap benda yang sama.

Ceritan yang terbaru adalah macam ni...Setahun kebelakangan ini Eusoff anak saya ni manipulative sangat. Ni skill dia yg terbaru la. Agak bijak sebenarnya sebab dalam kita cuba kawal dia, sedar tak sedar dia yang dah kawal kita dan suruh kita buat benda yang dia nak. Semenjak kebelakangan ni juga saya perasan dia sedar dia ada 'keistimewaan'  dan dia menggunakannya untuk escape dari kena marah atau buat sesuatu yang dia tak nak. Cikgu pun cerita dia slalu buli cikgu baru..dan baru2 ni ada bertukar speech therapist, dia pun buli ST tu sampai ST tu dalam tak sedar dah buatkan task untuk dia.

Kali ini saya berjaya rakam dia buat muka pelik seolah2 tics..dia tak perasan saya record. Masa ni dia sepah bilik, so saya marah dia. Bila saya paling tepi, dia senyum. Bila saya pandang dia semula dan muka saya masih marah, dia buat balik mimik muka yang pelik tu.

Dari pembacaan saya, aspie dan HFA mmg pandai manipulate. Eusoff ni diagnosis dia bertukar2. Some experts from IIUM Specialist Centre cakap maybe he is an aspie sbb academically he is advance than his peers. (Eusoff ni hyperlexic - dari kecik boleh baca dan buat simple maths). Hospital Besar dan Nasom cakap lain pula. Dari segi pertuturan dia agak slow (atau kadang2 dia buat2 slow..sbb pernah tangkap juga dia pretend play sorang2 dan boleh bertutur dengan baik).

Mungkin saya terlalu biarkan fikiran saya ni menerawang berimaginasi yang bukan2..tapi kadang2 saya fikir Eusoff sebenarnya sudah sangat improve tetapi dia memilih untuk stay dalam keadaaan sekarang untuk mendapatkan banyak kemudahan. Semasa review dengan psychiatrist dia cool sangat (sbb psych bincang dengan saya depan dia, dan dia dengar setiap butiran termasuk bila psych cakap pasal ubatan untuk mengawal hyperactivity.) Dia salam, dia cium tgn. Dia tidak fidget dan tidak membuat apa2 tics pun. Dia diam2 melukis dan menulis - sempat kagumkan psych tu. Saya masa tu amat hairan sebab masa menunggu kat luar bilik doktor, dia berlari bagai nak rak. Hmmmm...




Kalau nak baca selanjutnya mengenai Manipulative Behaviour boleh baca di SINI.

Monday, May 19, 2014

Bila emosi dan sel-sel otak berhubung..

Assalamualaikum,,

Selama ini Eusoff seakan tiada emosi.. Tidak berimaginasi. Hidupnya sekadar imitation atau peniruan. Jadi kami cuba mengembangkan emosi dan imaginasinya dengan bermacam cara..



Jadi bila anak itu sudah punya imaginasi, kreativitinya mula bercambah. Dia mulai berminat mencuba perkara baru..menjelajah dunia yg mungkin baru baginya walaupun selama ini dia sudah bertahun hidup dan bernafas dalam dunia yang sama.

Tiba-tiba anak saya yang manis dan lurus itu sudah pandai..

  • main sabun - tunggang sebotol cecair pencuci lantai dan cuci bilik air (kononnya laa)
  • main semburan Ridsect..eeekkkk!!!!
  • cuba stylize rambut sendiri...habis satu tube gel rambut bapak dia!
  • cuba nak cuci kereta dgn car shampoo
  • conteng dinding dan melukis macam-macam
  • cuba masak sendiri mee...
  • pakai mekap dan tudung I!!
  • sembur air dari paip (dari bilik air master bedroom) ke dalam bilik..abis lencun tilam..
Jadi rumah saya kembali riuh dengan jeritan soprano ala-ala Tarzan Rimba..

"Mama...eusoff main sabunnn!!"
"Mama...eusoff conteng TV!!"
"Mama...Eusoff main air!"

Eusoff itu...
Eusoff ini...

Kasihan dia selalu dimarahi... Seorang anak yg tidak mumayyiz sepertinya...cuma bertubuh besar, tapi fikiran seperti anak kecil.

Saya tidak mahu bersedih...tapi setiap kali dia dicubit babahnya, atau dilempang si kakak, digigit si adik...kadang2 saya juga terlanjur memukulnya kerana geram sangat2.. hati saya menangis. 

Saya yang minta imaginasinya berkembang...Mengapa setelah Allah kabulkan saya mahu mengeluh dan memarahi dia?

Solusinya ialah SOCIAL STORY.

Saya dah lukis dan repeat setiap hari padanya...harap-harap Eusoff faham apa yang boleh dibuat dan apa yang tidak.

Semoga ada cahaya di hujung terowong..Aminnn...

Thursday, May 8, 2014

Eusoff the Fine Artist

Assalamualaikum...

Chewahhhh...tajuk tak menahan..Omputeh lagi tu..haha.

Selama sebulan dua kebelakangan ini, Eusoff mula minat melukis. Yang paling best amat mudah nak ajar dia...demo sekali dan dia terus boleh buat. Tapi terpulang juga dia nak lukis apa..kalau subject matter tak menarik minat dia, jadi dia tak akan melukisnya.

Sebelum ni dia melukis line drawing guna pen dan pensel. Sekarang dia paling mahir dan selesa menggunakan oil pastel. Sekotak hanya tahan seminggu...kalau dah tak cukup kertas dia melukis pula di dinding. Yang ni saya tak galakkan tapi kalau terlepa sekejap, memanglah dinding akan jadi medium meluahkan kreativiti beliau tu. :)

Cerita banyak pun tak guna..marilah saya tunjukkan drawing2 Eusoff termasuk mural yang dia buat di pintu masuk rumah kami.






























 budak ini dulu tak reti pegang pensel...caya tak?? ^_^

Monday, April 7, 2014

Eusoff dah tak takut serangga

Assalamualaikum..

Cuti sekolah yang baru-baru ini, kitorang balik kampung sekaligus pergi kenduri house warming rumah abang saya di Kepala Batas, Pulau Pinang. Alang-alang dah sampai tu, kitorang pergi berjalan ke Penang dan Sg. Petani.

Disebabkan anak2 buah semua berhajat nak pegi tengok butterfly kat Butterfly Farm, kitorang pun setuju walaupun ada rasa ragu2 sebab memang tau yg Eusoff dulu memang takut gile dgn insects lagi-lagilah butterfly.. Takut yang sampai tahap histeria.

Tapi bila akhir-akhir ni tengok dia dah boleh baca buku insects, gamble jelah pergi jugak.

Mula-mula masuk, bila tengok rama-rama berterbangan, dia mcm freeze gitu. Dia punya jantung laju je dup-dap dup-dap. Saya bagi dia masa adapt kepada persekitaran dan lepas tu.. Eusoff siap happy lagi berlari explore garden dan show room.

Here are the pictures of him having fun...enjoy!