Wednesday, December 17, 2014

Running Therapy

Assalamualaikum...

Saya telah merasai bagaimana berlari telah 'uplift' kualiti hidup saya. Berlari menjadikan saya lebih tenang, lebih fokus, lebih gembira dan lebih sihat. Saya juga merasakan bahawa apa saja yang kita buat kita kena ada ilmu mengenainya. Jadi saya telah membuat banyak pembacaan mengenai sukan berlari dan mendapati berlari mampu mempertingkatkan fokus, aliran oksigen ke otak, mengaktifkan neuron dan memperbaiki peratusan penggunaan maksimum kebolehan otak kita berfungsi.

Come to think of it, Eusoff is a brain injured child. Jadi saya rasa berlari sedikit sebanyak akan mampu mempertingkat atau sekurang-kurangnya memperbaiki sedikit fungsi otak Eusoff. Lagi pula..berlari boleh mengatasi masalah vestibular yang biasa terjadi kepada anak autism. Ditambah dengan Eusoff sendiri yang memang suka berlari dan banyak tenaga.

Saya mencuba untuk bawa Eusoff berlari 2x seminggu secara konsisten.

Saya tak tau sama ada ini adalah kebetulan atau apa yang saya lakukan ini telah mula menampakkan hasil. Eusoff sudah mula bertutur dengan menggunakan ayat yang betul. Sudah boleh meminta. Sudah boleh disuruh ambil itu dan ini. Sudah boleh diharap walaupun ada sikit-sikit lagi kenakalan dan perangai buat-buat malas tu yang masih bersisa.

Siang dan malam di rumah suara Eusoff mula mengatasi adiknya...bercakap dan bertanya. Menggunakan aplikasi rekod suara di handphode dan mendengarnya semula. Bertanya "Siapa ini?" kepada kawan-kawan saya di Whatsapp dan kadangkala memanggil kawan-kawan saya yang dia kenali menggunakan Voice Note. Dia mula mahu berhubung dan berkomunikasi dengan orang lain selain keluarganya. Eusoff seperti menyedari bahawa dia ada suara dan boleh menggunakan suara dan percakapan untuk berkomunikasi dua hala. yang terpaling saya kesan adalah kemajuan Eusoff dalam pertuturan.

Terlalu cepat untuk saya simpulkan bahawa berlari telah menyebabkan ini semua...tetapi saya bersyukur sekiranya ia adalah benar. Sekurang-kurangnya saya tidak sia-sia berpenat-lelah selama ini untuk memastikan saya akhirnya boleh berlari seiring dengan anak saya. Terima kasih Allah...

Will update later on his progress... Doakan kami ya?











 






Tengok map GPS tracking dia lari dah mcm cacing, bergulung-gulung ...lari huru-hara namanya ni... Eusoff..Eusoff.. haha