Tuesday, April 17, 2012

Appraisal

Assalamualaikum...

Hari ini saya di 'evaluate' oleh Bos saya. Markah penilaian saya cukup rendah. Macam pensyarah junior yang baru mengajar di semester pertama. 70% je?? Alasan bos, KPI banyak yang tak capai.. Ulang suara "KPI BANYAK YANG TAK CAPAI". 

Betul ke?

Mari kita selusuri job scope saya. Tugas saya di bidang akademik sebagai ACADEMICIAN. Pensyarah seni halus. Saya mesti mengajar, menyampaikan ilmu pengetahuan berdasarkan silibus, memastikan pelajar menguasai teknik, lulus penialaian akhir atau peperiksaan. Saya perlu memastikan Course Outcome saya tercapai. Proses penghasilan produk yang betul dan produk yang dihasilkan boleh dipasarkan.

Pelajar tahun akhir saya LULUS dan BERGRADUAT. Cuma sebilangan kecil yang tidak..itu pun bukan disebabkan mereka GAGAL SUBJEK SAYA!!

Pelajar-pelajar lain..subjek liberal dan studio.. LULUS 100% all my 5 classes.
My teaching portfolio and my course files are the ones to be chosen to be presented to the auditors from various agencies for accreditation and surveillance...di mana setiap kali itu jugalah file Ketua Jabatan didapati 'HILANG" (??)

So... Which KPI yang tak capai sebenarnya ni??

"Program you dah lama tak buat.. Tak lead.". 

Mungkin saya dah lama tak mengetuai apa-apa program, takde apa-apa kertas kerja utk buat seminar ke whatsoever..tapi saya tak pernah meng'ghaib'kan diri ketika department saya buat apa-apa event. Tugas saya sebagai jawatankuasa TIDAK PERNAH GAGAL. Saya tidak pernah tolak kerja. Tak menolak pergi kursus. Tidak negotiate dan cakap banyak bila kena jaga exam on weekends like so many other staff.  Setiap kali ada pameran staff atau kolaborasi, saya participate..saya tidak pernah gagal hantar artwork saya. OK..berilah saya markah corot untuk LEADERSHIP..tapi adilkah beri markah saya total up cuma 70% di atas usaha keras saya memastikan zero failures di dalam kelas saya? Selebih dari itu sejujurnya saya tak mampu.. Apatah lagi sampai nak jemput menteri datang merasmi seperti mana yg dipinta..berilah peluang kepada pensyarah lain yg lebih punya waktu untuk bergelak ketawa sambil bermain gitar. Saya akan memberikan kerjasama sepenuhnya menjayakan program..seperti selalu. 

Kadang-kadang rasa terharu sangat bila staff dan bos di jabatan lain mengiktiraf 'kewujudan' saya..sedangkan bos saya sendiri tidak.

Saya akui saya sering hilang di waktu lunch sebab saya terpaksa ambil anak2 dari sekolah. Anak istimewa saya tak mungkin boleh diharap untuk menaiki bas sekolah sendiri. Saya habiskan banyak masa membawanya ke therapy, ke hospital, ke sekolah, ke sana ke sini...selain anak2 tipikal yang bukan ROBOT ATAU MESIN yang tak mungkin akan sakit atau bermasalah walaupun kehujanan selama 3 hari 3 malam. 

Saya diminta sama ada mahu komen  apa-apa atau tidak. Saya hanya berkata tidak. UNTUK APA? Sekiranya saya menerangkan segalanya saya cuma akan dituduh MEMBELA DIRI atau MENEGAKKAN BENANG YANG BASAH. Secara totalnya, sekiranya dia tidak berada ditempat saya..dia tidak mungkin akan FAHAM. Mungkin dia jengkel kerana saya selalu memberi alasan sama setiap kali memohon pelepasan atau cuti tahunan (yang mana hak saya sebagai pekerja) kerana "mahu bawa anak berjumpa pakar itu dan pakar ini, therapy itu dan therapy ini".

Oh ya.. kesan dari markah appraisal saya yang 'sebanyak' itu..mungkin saya dikecualikan dari menikmati BONUS TAHUNAN. ~ Bayangkan berapa banyak therapy dan supplement Eusoff yg boleh saya dapati dengan wang dari bonus tahunan tersebut.

Terima kasih Bos..kerana menyekat pintu rezeki saya dan anak-anak. Kerana dunia ini bulat saya percaya suatu hari nanti dia akan berada di bawah dan akan merasa betapa peritnya diadili oleh emosi dan bukan dari pemikiran rasional. 

Sekian.






Thursday, April 12, 2012

Letih

Assalamualaikum..

Kadang-kadang saya soal diri saya. Cukupkah apa yang saya buat untuk keluarga? Untuk anak-anak..terutamanya untuk Eusoff. Kadang-kadang kerana keletihan, saya hilang kesabaran bila anak-anak buat perangai. Saya hilang fokus..Saya terlupa kepada perkara-perkara penting. Kadang-kadang bila saya baru duduk untuk lepaskan kepenatan seharian di pejabat..tak sampai pun 10 minit, anak dah terjerit-jerit saya rasa ....
....
Sejujurnya saya rasa nak marah. 

Saya juga perlukan rehat. Perlu sangat-sangat-sangat...

Kalau sajalah saya punya pembantu yang boleh meringankan beban saya. Mungkin untuk membantu menguruskan anak-anak bagi membolehkan saya berehat sekurang-kurangnya 1 jam selepas balik dari kerja. Atau punya pemandu untuk mengambil Damia pulang dari sekolah ketika saya kesibukan di pejabat . Setiap kalinya saya merasakan saya dah terlalu letih sebenarnya. Cuma semangat saya yang menggerakkan anggota saya. Kerana otak dan hati saya cuma berkata "Tidurlah..."

Kadang-kadang bila saya ada perkara yang saya runsingkan, saya berbual dengan rakan-rakan senasib yang  berada di situasi sama.. yang sama-sama punyai anak istimewa. Ianya membantu.. selalunya. Cuma kadang-kadang ada perkara yang tidak dapat saya kongsikan. Ada perkara yang terlalu berat bagi saya sehinggakan tak terluah kepada sesiapa pun... Itulah saatnya di mana saya merasakan seolah-olah dunia jatuh lalu menghempas kepala saya. 

Pernahkah anda rasa begitu?

..................

Ya Rabb... Adakah Kau mendengar tangisanku? 
Adakah Kau menjawab pertanyaanku? 
Sekiranya semua yang ku minta selama ini adalah tidak layak bagiku menerimanya.. 
sekurang-kurangnya.. 
Kau kurniakanlah aku kesabaran Ya Allah. 
Kurniakanlah aku kekuatan..
Teguhkan IMANku Ya Allah.

Jangan lupakan aku Ya Allah.. jangan biarkan aku.
Aku rindukan rahmatMu.. Aku nantikan keajaibanMu..

Sesungguh Kau Tuhanku Yang Maha Mendengar.. 

Amin Amin Ya Rabbal Alamin.



Tuesday, April 10, 2012

Yayyy... dah apply kad!

Assalamualaikum..

Semalam bawak Eusoff pegi jumpa Psychiatrist. Walaupun sampai pukul 9 pagi, dan dah ramai orang tunggu utk jumpa doktor, alhamdulillah cepat jugak giliran Eusoff dipanggil masuk berjumpa doktor. Doktor tu namanya Dr. Fauziah Hanum. Lepas bagi dia baca referral letter dari NASOM 1 Stop Centre tu, dia pun terus je endorse borang OKU Eusoff yang dah siap diisi. Cepat dan pantas tak sampai 15 minit pun. Dari hospital kami terus pegi ke JKM dan appyly kad OKU untuk Eusoff. Kat sana pun tak ramai orang.. Proses apply dan ambil gambar Eusoff pun tak lama, sekejap dah siap. Eusoff pun cooperate dengan baik. So, cepat kerja dan selesai urusan kami dengan cepat dan lancar. Alhamdulillah...syukur.

Tengok baru pukul 11 pagi..nak ambil kakak dari sekolah pun masih awal, so kami pun balik rumah. On the way tu singgah kedai beli ikan dan sayur dan balik terus masak. Dah siap masak, bagi Eusoff makan lepas tu pegi ambil kakak kat sekolah, hantar dia pegi taska dan terus shoot pegi hospital semula sebab petangnya Eusoff ada Speech Therapy.

Agaknya sebab dia dah kenyang, mata pun ngantuk sekali dengan badan letih sebab dah bangun awal dan pegi sana-sini..Eusoff pun boring. DIa tak cooperate sangat la..tapi bila ajak main masak-masak dia ok.. (Tah kenapa Eusoff suka sgt main masak2... kat rumah pun pantang lepa jawabnya habis sayur kena cincang). Nak jadi chef kahh?? ;))

Ok..sekian laporan dari saya hari ini. Di bawah ni adalah gambar-gambar yang tiada kena-mengna dengan laporan di atas. Gambar 2 orang kekanak riang sedang bermain air dalam plastic swimming pool yang baru beli kat Giant hari Ahad lepas menggantikan pool yg dah rosak. Yang ni saiz dia beso sikit..harap2 tahan lama la yang ni. Huhuu...





Eusoff dengan rambut pesen baru... Hensem tak??







Gediknye kakak...adesss!

Goodbye Afro Look!

Assalamualaikum..

Ahad yang lepas Cikgu Misai gunting rambut afro si Eusoff. Walaupun sayang dengan rambut ala-ala Hafiz Awan Nano tersebut, terpaksa let go jugalah nampaknya sebab Eusoff macam dah rimas je.

Ni last pic Eusoff berambut afro..








Goodbye Afro Look.. ;))

Wednesday, April 4, 2012

Drool Master...Oh yeah!!

Assalamualaikum...

Hari ni saya nak buat entri yang cute-cute dan sweet-sweet.. (Berjaya ke ni??) Saya nak ringankan kepala yang serabut..Nak pulihkan mood dengan menatap wajah si Drool Master ini.. :))



Yaaa...budak kecik ini dah ada 2 BATANG GIGI!! Awas..walaupun gigi tu kecik, tapi kalau kena gigit buleh menyebabkan mulut anda berdecit menahan kesakitan.

Ouchh!!




Yesss...this little guy here is DAMN SERIOUS when it comes into BITING! Please be careful when you are around him yaa..?

Selain dari gigit orang, si kecik rambut cendawan yang selalu dimistaken sebagai baby girl ini (macam girl kahh?? :p) suka menggigit permainan, kerusi meja, couch, stereng kereta, buaian, beg sekolah kakak dan semua yang berada di laluannya... Dengan air liur meleleh tanda kemaruk yang tak sudah, dia akan mendekati anda dan NGAP! Serius sedap..terutamanya time mata tengah ngantuk dan kepala ting tong mamai nak terlelap.. buleh naik angin dibuatnya!! Tetapi tensen kerana tak boleh nak belasah kerana dengan segera dia akan membuat muka comel dan berpura2 nangis...

Yaaa... buat2 nangis pun adalah kehebatannya yang tiada tandingan!.. Anda akan segera 'cair' dan memeluknya.. dan dia akan berkata dalam hati.. "Ahaa...selamatttt!"

Mandi pun mau sengih jugak.. Segala periuk belanga, gelas cawan saya dah dijadikan hak milik mutlaknya.. Dan saya tak mampu melakukan apa-apa.. Iskkk!


No body mess with me or you'll gonna get it! Ammmaaa!



video

"Mau cari pasal dengan saya...?? Prettttt! hambek kao!"

My Drool Master...air liurnya saja bergelen-gelen.. Ish ish ishhh!
^_^

Tuesday, April 3, 2012

April Yang Bermakna..


Assalamulaikum..

Seumur hidup saya ni tak pernah saya menantikan kehadiran April dengan bersungguh-sungguh seperti tahun ini. Saya siap beli tudung baru lagi menantikan 2 April. Apa yang best sangat tentang April?? Nak tau sebabnya?? Sebabbb......

Bulan April adalah Bulan Kesedaran Autisme!

Hoorayyy...!! Seronok dan excited sangat macam nak beraya la pulakkk... :))

2nd April pula adalah Hari Kesedaran Autisme Sedunia. Dan BIRU adalah warna temanya. 1st time saya sambut tahun ni...dengan semangat jitu pakai serba biru ke opis. Yeehaaa!





Walaupun orang lain tak sambut, saya tetap happy. Ada aku kesah?? Hehehe...



Inilah gambar Hero Malaya ku berbaju biru.. Hensem tak??


SELAMAT MENYAMBUT BULAN KESEDARAN AUTISME!