Wednesday, July 29, 2009

Pendidik...







Wednesday, July 22, 2009 at 4:53pm


Bila aku tengok pelajar-pelajar aku, teringat zaman aku kat ITM dulu.. Ada persamaan, tapi banyak jugak perbezaannya. Budak-budak sekarang ni beruntung sungguh dilahirkan dalam era teknologi, semuanya senang. Semuanya tersedia. Dari segi ekonomi pun, rata-rata (student aku la) semuanya datang dari kelas pertengahan dan ke atas. Adalah jugak yang datang dari keluarga susah tapi miskin tegar memang tak ada laaa.. Teknologi tu teknologi jugak, tapi semuanya terpulang kepada bagaimana seseorang tu memanfaatkan segala bentuk kemudahan tu. Sama ada ka arah positif atau negatif..Pilihan terletak di tangan anda…Chewah! Dah macam rancangan 360 lah pullok! Hehehe..

Pelajar-pelajar aku ni ada bermacam-macam ragam. Ada yang rajin, ada yang malas. Ada yang motivated, ada ramai yang kena lebih galakan untuk belajar dengan lebih efisien. Kadang-kadang aku ni terpaksa jadi kaunselor, tempat diorang curahkan masalah. Kadang-kadang jadi biro pengaduan awam.Selalu jugak aku ni jadi mak diorang..tempat diorang mencari perlindungan dan kasih sayang. Semuanya aku lakukan dengan ikhlas demi anak-anak bangsa aku..

Sebagai pendidik, memang betul kadang-kadang kesabaran kita ni tercabar dek pe’el budak-budak ni.. Kena marah jugak diorang dengan aku. Ada pelajar yang boleh ditegur, ada yang bila ditegur terus merajuk tak nak masuk kelas sampai habis satu semester. Kalau ikutkan hati memang aku nak bagi fail je, tapi bila fikir-fikir balik, kita tak boleh samakan tahap pemikiran diorang dengan kita. Diorang tu REMAJA. Darah tengah panas, hormon pulak tak stabil. Hehehe..macam kita dulu-dulu jugaklah. Maka pendekatan berdiplomasi adalah apa yang aku lakukan. Biarlah orang kata aku ni terlalu berlembut, tapi dalam lembut tu ada tegasnya. Secara peribadi aku rasa cara yang keras, pada zaman ni mungkin dah tak relevan lagi..

Kepada kawan-kawan yang sama profesion dalam bidang pendidikan, aku paham sangat kadar ketensionan korang tu memang tinggi. Sama la dengan aku ni..Sekarang para pendidik dah hilang status sosial dalam masyarakat. Tak macam dulu, orang kita sangat-sangat menghargai dan menghormati para guru. Sekarang ni dalam banyak hal guru pulak yang dipersalahkan bila ada sesuatu berlaku. Tapi kalau anak-anak dapat result bagus, semua sebab anak dia rajin sambil buat-buat tak nampak je kat cikgu2 kat belakang tu…Kalau kena interview dengan reporter, berapa kerat yang cakap dia berjaya sebab cikgu dia ajar sangat bagus? Tak ada kan??Aku sudah redha dengan realiti ini, walaupun kadang-kadang ia sungguh menyakitkan…

Semoga rakan-rakan pendidik terus gagah berjuang mencurahkan ilmu kepada anak-anak bangsa kita kerana setiap kebaikan dan keikhlasan itu ada ganjaran lebih besar dari Allah s.w.t….

My Best Friend..


My Best Friend..

Tuesday, June 30, 2009 at 12:52pm

Selain mak, dialah yang paling kenal aku..Tau macamana nak handle bila aku bad mood, letih, sedih..atau pun naik hantu!! Hehe...dan dia paling pandai gembirakan hati aku..Hmmm..kalau dia tak ada alamatnye boring gila la hidup aku ni...Sedar tak sedar dah 12 tahun kami berkenalan. Dah macam-macam pengalaman kami lalui. Susah, senang..semuanya kami tempuhi dalam tawa dan tangis bersama. Yang paling ketara kami memang serasi. Kadang-kadang aku fikir apa yang dia sedang fikirkan. Macam ada komunikasi melalui gelombang otak pulak..Fuh! Tinggi imaginasi aku nih..Kawan-kawan kat ITM dulu kata aku la yg pengaruh dia. Daripada asalnya dia seorang yg innocent, sampaila dah pandai melawan dan buli orang...Tu semua akulah yang ajar dia.Hey! Aku bukanlah jahat sangat..tapi nakal tu memang yelah! yang penting kami happy bersama..boleh buat perkara yang baik bersama-sama, buat benda-benda nakal pun together-gether jugaklah.

Sekarang kami masih bersama lagi..tapi dah berjauhan. Setiap hari telefonlah jadi medium penghubung. Kami jarang berborak kat telefon, tapi kami suka SMS..jimat, ringkas. Dari dulu lagi kami sekepala, tak minat berborak panjang2 kat telefon. Kadang-kadang dalam kesibukan aku lupa nak SMS dia. Kadang-kadang aku tak perasan pon ada SMS dari dia, dah 4 - 5 jam lepas tu baru aku perasan. Kadang-kadang aku risau jugak takut dia kecil hati atau fikir yang aku tak pedulikan dia. Tapi bila aku terangkan dia selalunya faham dengan kesibukan aku bekerja sambil menguruskan anak-anak sendirian..Dia selalu faham, selalu tenang. Selalu berada di samping aku bila saja aku memerlukan. Dia akan dengar semua cerita aku sama ada yang menarik, yang boring..mahu pun cerita yang aku dah ceritakan berulang kali. Kadang-kadang dia gelakkan aku jugak bila aku ni buat benda-benda tak logik..Hehe.. Yang paling ketara dia memang banyak berkorban dan bersabar. Terutamanya dengan perangai aku yang kadang-kadang cepat marah ni...

Bukan la nak sentimental sangat, tapi walau zahirnya aku ni nampak independent, kuat & mampu bertahan tanpa bantuan sesiapa..aku sebenarnya tak mampu hidup tanpa dia. Biarlah dia jauh..asalkan aku tahu dia ada. Biarlah aku tak nampak dia..asalkan setiap malam bila nak tidur aku dapat baca SMS-SMS ringkas dari dia..Dialah sumber kekuatanku. Dialah sebahagian daripada kehidupanku. Dialah sahabatku dan teman hidupku selama-lamanya...Dialah suamiku Faizal Abdul Halim.

Terima kasih kerana mengabulkan impian saya untuk memiliki keluarga yang saya impikan dan menganugerahkan sepasang cahaya mata yang comel...semoga Allah mengurniakan ganjaran yang besar atas semua keikhlasan dan pengorbanan awak untuk keluarga. Walaupun anniversary kita lambat lagi, saya nak bagitau yang saya sayang kat awak dan akan setia menunggu awak balik setiap hujung minggu tak kisahla berapa tahun pon kita tinggal berjauhan..See you on weekend ya?


Loads of love,

Your wife

Malaikat-malaikat Kecil




Penatnye melayan budak-budak yang active tu..hari ini Damia main air-cond, pasang sampai ke suhu yang paling sejuk pastu main selimut-selimut dgn adiknya...Danish yang baru berumur 7 bulan tu kalau dapat bermain dengan kakak dia tu, bukan main lagi gelak terkekek-kekek..Puas aku suruh diorang tidur sebab aku ada keje nak buat...Bos aku nak buat program kat Felda Purun esok, so aku kena siapkan sikit paper work utk diceramahkan kat org2 kat felda tu nanti..Hmm..dah padamkan lampu pon diorang still gelak2 lagi bergolek2 main atas tilam..Kalaulah babah budak-budak ni ada bersama, ada jugak orang tolong ringankan beban aku..

Bukanlah nak merungut tapi alangkah bagusnya kalau aku dapat tinggal serumah dengan husband aku balik mcm dulu-dulu..Letih melayan budak-budak ni, mana nak kejar waktu nak memasak, membasuh, nak sidai & lipat pakaian..hanya Tuhan aje yang tahu..Tak masuk lagi bab kerja yang kadang-kadang buat aku pressure...Walau bagaimana susah pun aku tetap berazam memberikan yang terbaik buat anak-anakku: permata yang paling berharga dalam hidup aku ni..Damia & Danish. Aku tetap akan bagi susu ibu kepada Danish walaupun leceh or what so ever dan akan tetap masakkan bubur untuk dia setiap hari (walaupun nak mudah boleh beli makanan bayi yang segera kat pasaraya). Aku akan tetap berusaha disiplinkan Damia walaupun memanglah teramatlah mencabar dengan keadaan aku yang most of the time terpaksa menjadi single parent nih..

Kadang-kadang bila terlalu letih aku jadi panas baran..Damia la yang selalu jadi mangsa kena marah walaupun aku tau tak adil untuk dia..Kadang-kadang salah dia tu kecik sangat tapi aku
marah dia macam la dia buat dosa besar sangat..Lepas tengok dia nangis tu rasa menyesal pulak. Kadang-kadang aku rasa aku gagal jadi ibu yang baik pada anak-anakku.

Kadang-kadang aku rasa aku patut berhenti berusaha jadi ibu yang sempurna..dan cuba loosen up sikit..Aku terlalu mencuba sehingga kadang-kadang aku rasa tertekan sebab apa yang aku plan tak jadi. Budak-budak..tahu ajelah.Kalaulah boleh, aku nak ambik anak-anak lambat dari nursery tanpa ada rasa bersalah..Aku nak bagi anak-anak aku makan makanan beli atau segera je supaya aku tak susah2 memasak..atau sumbat je baju-baju tak berlipat dalam almari.Tapi aku tak boleh la..oleh kerana aku nak kejar semuanya, aku jadi tertekan sendiri.Suami pulak weekend baru balik.Nak bercerita pun kena pendam seminggu baru boleh luahkan perasaan..Walau betapa seksanya aku terpaksa membesarkan anak-anak sendirian, dalam keperitan itu terselit juga kebahagiaan yang tiada tolok bandingnya di dunia ini..iaitu melihat wajah comel anak-anakku tersenyum padaku. Ia umpama penawar sakti yang mampu membasuh segala luka yang tercalar di hati ini. Merekalah malaikat-malaikat kecil yang boleh membuatkan aku lupa seketika segala kesusahan yang ada dalam hidup. Betullah kata orang, perkara yang paling membahagiakan bagi seorang wanita adalah dengan menjadi seorang ibu.

Tuhan..berikan aku segala kekuatan di dunia ini supaya aku tetap tabah menjalani hidupku yang berliku ini. Peliharalah dan lindungilah anak-anakku Ya Allah kerana aku lebih cintakan mereka dari nyawaku sendiri. Jadikanlah mereka anak-anak yang soleh dan solehah. Kurniakanlah mereka kehidupan yang bahagia kerana itu sudah cukup sebagai ganjaran padaku di hari tuaku kelak...Amin Ya Rabbal Alamin.