Monday, May 28, 2012

Eusoff Basking Dalam Bahasa German


video
Ye kawan-kawan.. Anakanda syurga ku Eusoff tetiba buat setting ala-ala baskers di Central Market. Padahal Central Market pun tak pernah jejak. Gaya dah ada...tapi lagu apa dia nyanyi tu tak tau la. Nak kata bahasa Germany pun bukan, Russia pun bukan.. Takde subtitle kaedahnyer.. :))

video

Dari satu segi, ada perkembangan yang agak baik di situ. Sebab beliau sedang cuba imitate sesuatu yang common..bukannye perlakuan yang pelik atau apa-apa yang seangkatan. Kakak pulak sibuk nak enteprem jugak..kasi chanlah... Cuma gitar tu kecik sangat. Actually gitar tu ialah rattler si Daniel yang berbentuk gitar. So, bunyinye kecing-kecing gitujelah..tak bunyi gitar betul pun. Gasaklah Eusoff..gitar mainan kamu ntah mana kamu campak..mama pun tak tau. 

Selamat Cuti Sekolah adik-adik..... :))

Sunday, May 27, 2012

Orang Kuantan Melawat Putrajaya

Assalamualaikum..

Lama jugak rasanya tak update blog. Saya tak sihat..seminggu. Dengan anak-anak pun..semua tumbang. Baik sakit saja, saya kena pergi buat beberapa sesi audit dalaman. Ada di antaranya saya pulak kena jadi team leader..so, faham-faham sajalah ye? Report bertimbun-timbun perlu di isi. Asyik membaca Malaysian Standard ISO 190: 2008 sampai termimpikan macam-macam klausa lagi tu.. Hehehe...

Ok..kali ni saya nak update mengenai pengalaman beberapa jam kat Putrajaya. Sebetulnya waktu ini kami nak pergi kelas ibu-bapa di UKM pada Ahad, 20 Mei yg lalu, tapi kami bertolak awal sehari. Jadinya lepas seorang sahabat Baik ajak kami bermalam di rumahnya, kami pun terima sebab anak sulung dia pun ada tanda-tanda autisme, jadi banyak perkara kami boleh kongsi. Kebetulan rumah beliau dekat kuarters penjawat awam di Putrajaya...cantik bebenor le tu sebab dah dekat dengan Bangi. Kami pun terus terima pelawaan beliau.

Sampai je Putrajaya masih awal lagi..jadi kami pun pergi berjalan-jalan sekitar Dataran Rakyat (betul ke nama tempat ni?) Dengan tak taunye bahawa tempat ni ada kolam-kolam, kami dengan konfiden habis bawa budak-budak tu turun bermain. Mula-mula Eusoff duk diam-diam dalam stroller, lepas tu tak bleh tahan dia pun ala-ala tantrum sikit..kami pun ingat nak cuba lepaskan dia dan tengok keadaan. Kalau tak terkawal kena tambat balik le, atau bawak masuk kereta terus.

Mula-mula oke..lari-lari anak je.. Rupanya bila tengok kolam je, beliau pun terus nak dive..macam la kolam tu bleh buat mandi.. Air dia tak bersih tau? Segala macam puntung rokok, plastik pun ada. Sedih jugak keadaan macam tu boleh dilihat kat Putrajaya.. Patutnye pusat pemerintahan negara kenalah bersih sehingga berkilau-kilau..ye tak? Sungguh takde sivik punya para pengunjung...

Berbalik kepada Eusoff..setelah beliau ngamuk sebab takleh terjun, kami pun dengan isyarat mata dan komunikasi batin, tanpa berkata apa-apa, babahnya terus pikul si Eusoff sementara saya menguruskan 2 orang kekanak lagi untuk masuk kereta dan pulang ke kuarters sahabat saya itu. 

Di bawah beberapa keping gambar yang sempat dirakam sebelum aksi jerit,  pikul dan jalan laju-laju berlaku. Enjoice!


sebelum pegi...handsome kan?


 tengkiu kakak tolong ambil gambar ni..


minah ni kalau bab posing bagiii la kat dia.. :))


ala-ala tak pandang kamera kononnyeeee... ;p

hoh...budak ni lagi... :D

episod nak terjun kolam..

oke...perhatikakn kaki Eusoff dah masuk sebelah dalam kolam tu.. haha..

berusaha melepaskan diri ..

gile hodoh muka gua..baru nak start demam time ni..

kakak Damia tetap maintain pose.. :)

Tuesday, May 15, 2012

Autism Workshop @ Kuantan

Assalamualaikum.. Autism Workshop kolaborasi Makmal Autisma UKM (Maia) dan Autisme Malaysia akhirnya berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Alhamdulillah... Dapat feedback yg bagus dari parents dan cikgu2 pendidikan khas. Tak terkata bestnya... Let the photos speak for themselves.. :))







*Pics courtesy of Noor Shafora Izwa & Autisme Malaysia 

Best takkk?? Besttttt... (haha...sendiri tanya sendiri jawab).. Thanks to the team..AM Kuantan team and Maia team..especially penasihat kami Dr. Maliza dan speaker kami  Dr. Hasnah Toran. Harap-harap ini akan jadi permulaan kepada banyak lagi seminar autisme di Kuantan. InsyaAllah... :)

Thursday, May 10, 2012

Eusoff dan Berus Gigi

Assalamualaikum..

Saya tau Eusoff ada masalah sensory kat mulut dia. Dia tak  suka berus gigi.. Kadang-kadang dia cooperate, kadang-kadang dia refuse bagi saya sentuh pun mulut dia tu. Gigi dia banyak sangat yang rosak... geraham semua berlubang...saya selalu jadi risau bila fikirkan keadaan giginya tu. Mungkin kat taska dulu, pengasuh2 pun tak kuasa nak paksa dia buka mulut...apatah lagi kalau fikirkan risiko jari kena gigit.. Siapa yang sanggup??

Hasilnya gigi Eusoff memang banyak rosak.. pernah buat filling sekali.. Masa tu satu je geraham yang berlubang. Dia gigit tangan doktor.. :( Bab menjerit tak usah kata. Sampai tak dengar apa-apa yang doktor cakapkan waktu prosedur berjalan. Saya dan babahnya terpaksa tahan dgn jari kami untuk membuatkan Eusoff buka mulut. Itu pun doktor tampal je sebab dia tak berani nak drill lubang tu. :((

Dari apa yang kawan-kawan di Autisme Malaysia sarankan, kanak-kanak autisme ni kena bius dengan full GA untuk buat rawatan gigi, sama ada filling atau cabut. Dan boleh buat di Klinik Pergigian kerajaan dengan menggunakan kad OKU. Itulah masalahnya...kad OKU Eusoff tak siap lagi... :((

Wednesday, May 2, 2012

Eusoff Syurgaku

Assalamulaikum...

Agak lama jugak tak update blog. Saya sibuk dan penat. Jadi bila dapat bercuti selama 4 hari..saya bercuti dengan sepuasnya. Tak mahu tengok benda-benda lain selain keluarga saya. Kebetulan mak dan adik bongsu saya datang bercuti ke rumah saya, memang seronok berkumpul dan bertukar-tukar cerita. Tak terkecuali bawa mereka berjalan-jalan sekitar Kuantan ni... Hari ini adalah hari pertama saya masuk kerja semula selepas bercuti  di rumah selama 4 hari. :))

Okay,  entri kali ini saya nak kongsikan jawapan kepada soalan dan 'ayat penyata' yang biasa saya dengar dari mulut kawan-kawan, keluarga dan orang-orang yang rapat dengan saya.

"Kau ni dah lain sekarang.."


"Apsal aku rasa ko dah berubah?"

"Aku tengok ko rilek je sekarang..dah tak macam dulu. Baguslah.." (cuba teka apa maksud di sebalik ayat ni.. hehe)


...dan seribu satu ayat serta soalan yang menyampaikan maksud yang sama.

Jawapannya ialah kerana Allah telah menggerakkan hati saya berubah menjadi orang yang lebih baik. Allah telah mendengar doa saya selama ini dan memberikan hidayahNya melalui anakanda syurga saya Muhammad Eusoff Danish.

Eusoff anak saya yang dilahirkan dengan autisme mempunyai begitu banyak kuliti yang bagus. Kadang-kadang saya rasa malu dengan diri saya sebagai ibu kalau hendak dibandingkan dengan dia. Eusoff sangat positif, sangat berusaha, sangat lembut hati dan pemaaf, sangat sopan dan baik hati. Dan seribu satu macam kualiti yang baik lagi..selayaknya ada pada setiap manusia di muka bumi ini. Jika difikirkan, saya tak dapat lari dari mengkagumi ciptaan Allah, dan akhirnya dapat memahami mengapakah Allah menciptakan berbagai jenis makhluk dengan pelbagai ciri mereka tersendiri. Eusoff adalah 'living proof' yang dapat menguatkan keimanan saya terhadap Allah. Dia mengajar saya menerima qadha' dan qadar.. dia mengajar saya menjadi sabar. Dia mengajar saya erti tawakkal dan istiqamah. Dia membuat saya berlapang dada menerima segala ujian Allah.. 

Eusoff membuatkan saya faham betapa berdiam itu lebih baik dari bercakap perkara yang tidak-tidak. Dia seperti kitab yang mengandungi berbagai ilmu, hanya menanti masa untuk saya merungkai misteri dan mempelajari sesuatu darinya. 

Eusoff adalah rezeki/ nikmat/ anugerah dan harta saya yang paling bernilai. 

Melalui Eusoff, saya belajar menjadi dewasa dan kanak-kanak dalam masa yang sama. 
Saya menjadi guru, sekaligus menjadi murid. 
Memahami erti menjadi ibu sekaligus anak. 
Menjadi bisu sekaligus bercakap. 
Menjadi buta sekaligus melihat.  
Menjadi  miskin sekaligus kaya. 

Eusoff memberikan saya satu pengalaman hidup yang sungguh menakjubkan. 

Tidak dinafikan... adakalanya dia memberikan cabaran. Menggugat kesabaran saya... Biar saya tanya soalan ini. Berapa ramai ibu yang mampu berada pada tahap kemarahan dalam skala 'zero' apabila mendapati anak anda bermain dengan najis dan memalitkannya ke seluruh kawasan ruang tamu sebaik sahaja anda sampai ke rumah selepas seharian berada di pejabat? Saya juga pernah naik hantu..percayalah! 

Saya tak akan berbohong dan berpura-pura suci dengan mengatakan saya tak pernah naik darah. Tetapi itu dulu.. semasa saya keliru mengenai kelakuan Eusoff, sebelum saya tahu Eusoff seorang autistik. Mengenali Eusoff dan memahami keperluannya secara mental dan biologis telah menjadikan saya seorang ibu yang lebih peka. Semuanya bertitik-tolak dari saat saya mula memahami mekanisma terbaik untuk mengelakkan konflik. Selepas itu, ternyata Eusoff dan saya merasa lebih bahagia. Dan perkembangan Eusoff ketara berubah kepada lebih positif sehingga akhirnya dia mula menyebut beberapa perkataan dan mula mengikut arahan. Ternyata ganjaran kesabaran itu amat manis rasanya.

Eusoff adalah perkara terbaik pernah berlaku dalam hidup saya. Terima kasih Allah...kerana menganugerahkan dia kepadaku. 

Alhamdulillah...