Thursday, March 29, 2012

Kisah Eusoff pegi OT..

Assalamulaikum. Hari ni Eusoff pegi 1st Occupational Therapy a.k.a OT atau dalam bahasa melayunya Pemulihan Cara Kerja. Untuk pengetahuan semua yang tak tau, kanak-kanak autisme memang kena buat OT untuk memperbaiki fine motor skills, mengatasi masalah sensori (Sensory Integration) dan juga untuk belajar menerima arahan dan memperbaiki interaction & social skills. Di sini mereka belajar cara menguruskan diri seperti pakai dan buka baju, cara pegang pensel yang betul, cara makan di meja seperti penggunaan tangan/sudu + garpu dan lain-lain.

Pagi ni Eusoff patient yang pertama. Walaupun terpaksa bangun awal untuk sampai hospital sebelum 8.30 pagi, bangun pagi je, bila bukak seluar baju, dengan sendiri je dia terkedek-kedek pegi bilik air. :))

Oleh kerana ini kali pertama Eusoff pegi OT, saya dijemput masuk sekali ke dalam OT room sebab kena jawab beberapa soalan berkenaan medical history Eusoff dan lain-lain sejarah latar belakang. Borang penilaian autisme tu dah berapa kali isi entah..soalan pun sama je kat every department yang handle kes Eusoff ni. Kat NASOM hari tu pun pakai borang tu jugak rasanya.. Sambil saya isi borang tu saya ceritalah serba sedikit tentang Eusoff termasuk kebolehannya mengeja. Terus aje therapist tu ambil set foam alphabets dan serahkan pada Eusoff.

Eusoff yang menerimanya dengan senyum terus mengeja perkataan2 favouritenya, tajuk-tajuk rancangan TV dan filem-filem. Dari AMUKAN POCONG, AMPUNKAN DOSAKU, MENTOR, SONGLAP, PELANGI KASIH, ANUGERAH KIDS, PETRONAS dan lain-lain. Sedar-sedar je rupanya dah ramai dalam bilik OT tu dari practical students, doctors dan therapist. Semuanya excited sebab rupa-rupanya diorang tak pernah dapat kes hyperlexia lagi sebelum ni..dan Eusoff dah jadi case study pulak secara tak langsung.

Dari mengeja mereka ajak Eusoff menulis. Hand-in-hand memegang pensel dengan therapist, Eusoff terus mengeja. Eusoff menjerit tiap kali therapistnya salah eja (intentionally sebab nak uji betul ke dia tau semua huruf dalam perkataan tu...). Semua bertepuk tangan bila Eusoff berjaya eja semua perkataan dengan betul.

Hari ni Eusoff sekali lagi jadi celebrity kat hospital. :))

Dalam perjalanan pulang, sambil memandu, saya mengesat air mata. Bukan saya menangis sedih kerana Eusoff dilahirkan tidak sesempurna kanak-kanak lain..Tapi saya menangis kesyukuran kerana walaupun saya ni banyak buat dosa kepada Allah dan selalu lalai menjalankan tanggungjawab sebagai hambaNya...saya masih diberi kesempatan memiliki anak SEISTIMEWA Eusoff. Saya pasti perasaan saya ini dikongsi ramai ibu bapa pada anak-anak istimewa. AUTISME telah mengajar saya banyak perkara tentang menghargai anak-anak anugerah Ilahi, walau bagaimanapun personaliti dan tabiatnya... sama ada tipikal atau sebaliknya.

Walaupun Eusoff baru berusia 3 ++ tahun dan menghidapi AUTISME... dia telah dikenali dan menyentuh hati ramai orang serta membuka satu persepsi baru terhadap AUTISME yang selalunya seiring dengan stigma nakal, tidak terkawal, cacat mental, lembab, terencat akal dan bermacam-macam lagi tanggapan negatif. Eusoff telah menjadi bukti bahawa kanak-kanak AUTISME juga punyai potensi yang hebat sekiranya diberi peluang dan dorongan. Dan saya sebagai ibunya akan terus berada di sisinya sehingga sampai masanya Si Genius Kecil saya ini mampu menjelajah dunia dengan sendirinya dengan penuh keyakinan dan wibawa.



Eusoff saya telah menjadi 'seseorang'.. Dan berada di dalam 'kelas'nya tersendiri.

I AM SO PROUD OF YOU..
:'))







Monday, March 26, 2012

Autisme Malaysia Family Day


Ni lagi satu siaran tertunda... Sebab memang tak sempat nak update blog. Pada 10hb Mac 2012, Autisme Malaysia telah mengadakan Family Day. Memang best sangat sebab dapat berkumpul ramai-ramai dan berkenal-kenalan dengan kawan2 yang selama ni cuma berborak di alam cyber je. Kali ni jumpa face-to-face. Memang best sebab walaupun anak-anak syurga masing-masing buat perangai cantik..tiada pandangan kejam dan skeptikal sebab semuanya memahami dan menerima anak-anak ini seadanya.

Banyak aktiviti menarik dan makanan yang sedap2. Tapi sedih sebab tak dapat shoot gambar sebab asyik kepit Daniel yang demam. Kredit gambar kepada Autisme Malaysia.













Event ni jugak julung kalinya dirakam oleh media iaitu TV3.. Sempatlah nampak kelibat Eusoff dalam TV beberapa kali. Famousnya kamu Eusoff.. Ehh... keta mama pun nampak jugak tu.. :))

video
*courtesy of Autisme Malaysia

P/S: FYI, Eusoff ialah si adik manis yg dok tikam play doh dgn gunting dan pegang2 LCD TV tu... Haha..

Siaran Tertunda

Assalamualaikum..Dah lama tak membebel kat sini. Sibuk sangat sangat SANGAT! Betul.. tak tipu. ~Ini serius!~ (Sila lagukan dengan lenggok suara Ming Ming Wonder Pets.. haha)

- Final preview final sem
- Crit Session
- Meeting academic
- Key in markah liberal subject
- Balik Kuala Kangsar
- Jaga exam
- Buat kerja AJK Diploma Show - cari quotation hadiah, buat budget, fight budget, tempah hadiah, pujuk tokey kedai supaya hutang dulu sampai payment release, buat wording ...bla bla bla...
- Bawak Eusoff pegi NASOM 1 Stop Centre
- Diploma Show
- Key-in markah studio final sem..
- Bawak Eusoff pegi Pediatrician
- Buat appointment OT yg baru..

The list goes on.. Phew!

Yang penting sekali yg saya nak cerita ialah Eusoff dah disahkan autistic - moderate to severe oleh psychologist NASOM 1 Stop Centre. Penantian saya selama hampir 2 tahun dah berakhir. Saya bersyukur dan redha, walaupun Eusoff autistic...saya diberikan satu kata pemutus yang pasti...tidak seperti sebelumnya asyik berteka-teki saja dgn keadaan Eusoff. Saya tak sanggup hidup dalam tanda-tanya lagi. Eusoff mesti buat early intervention. Mesti!


Selesai assessment.. Eusoff lapor dan dahaga..


Typical kids ni pun teringin jugak di assess..haha..

Kuih apam ni beli dari budak2 vokasional kat yang ada kelas kat tingkat atas NASOM tu. RM1 je..sedaaapp! Ada jugak beli sausage roll tapi tak sempat hambek gambo dah selamat kena tibai. Penjualnya pun comel2.. :))

Jadi..semasa Eusoff jumpa pediatrician HTAA, saya bawa bersama referral letter dari NASOM tu. Doktor terus tulis dalam file dan terus buatkan referral letter untuk OT. Hah! Akhirnya..senang la hati walaupun time tu dah penat sangat2 kejar Eusoff yang hyper berlari hampir 3 jam ++ sementara tunggu giliran berjumpa Puan Doktor.



Budak hyper yang berlari lebih 3 jam dalam klinik pediatrik.. Nasib baik mama pakai jeans, t-shirt Autisme Malaysia yang super cool dan sepasang kasut futsal. Kalau pakai sandal kejar Eusoff ni, mungkin dah terkehel buku lali dah.. Hadoiii...



Sempat lagi susun nombor ikur sequence. Abjad pun dia reti susun ikut sequence jugak rupanya...barulah mak tau. Hoho.. Syabbas beytaa!



Selasa depan kena pegi Pediatrician semula untuk buat urine & blood test pulak. Tengah fikir sekarang macamana nak pegang Eusoff untuk ambil darah nanti..kederat dia kuat ooo...

Monday, March 5, 2012

Hidup yang busy..tapi tetap nak buat entri :)




Assalamualaikum... Agak lama jugak saya tak menulis kat blog ni. Sibuk sangat-sangat. Sibuk dengan kerja..minggu pemarkahan sekarang ni. Sibuk dengan family. Baby Daniel dah makin lasak, main kuat berkepit dan sangat attached dengan saya... Eusoff macam biasalah.. Kena ajar dia buat macam-macam. Kadang2 tak terkejar masa... Dah 2 kali terlambat ambil kakak kat sekolah. Ampun kakak...mama memang tak perasankan waktu!

Alkisahnya, 26hb hari tu pegi kelas ibu bapa kat UKM dengan jayanya. Topic dibincangkan Visual Strategies. Ada ambik gambo... tapi Dr. Hasnah dah pesan jgn publish..sebab beliau sedang dalam proses nak terbitkan sebuah buku..jadi sebagai menghormati permintaan beliau saya tak publishlah. Saya dah beli byk bahan untuk buat teaching material. Ada yang sedang dalam pembikinan, ada yang siap. Mungkin kalau dah siap semua, baru saya letak gambar ok?


Bahan-bahan nak buat course material.

Sebelum ni saya dan suami agak jarang bawa anak-anak keluar kecuali pada hujung minggu. Sebab balik kerja dah penat. Lagi pulak kerja rumah banyak dah menanti. Sekarang lepas belajar yang kami kena tingkatkan aktiviti fizikal untuk Eusoff supaya dapat rangsang pengaliran darah, coordination dan mengatasi masalah sensory dia, kami terpaksa cari masa jugaklah untuk bawak Eusoff bersenam. Kalau tak sempat waktu petang, kami buat juga waktu malam. Satu yang bagus ialah, bila dah penat, anak-anak mudah terlena.. Masalah sleeping disorder Eusoff pun secara tak langsung selesai dengan sendirinya.




Eusoff kat playground ni.. sedang baling daun-daun kering tapi kualiti video handphone saya agak hampeh jadi tak nampak la pulak daun-daunnya berterbangan..

Satu yang best ialah, bonding kami sekeluarga semakin kuat. Kami sebagai ibu bapa makin faham bagaimana keadaan dan keperluan Eusoff.. kakak juga, walaupun baru 7 tahun..dia tahu adiknya berbeza dengan orang lain. Dia juga kadang-kadang beralah dan cuba memahami dan tahu bagaimana nak handle adiknya. Agak touching juga, kadang-kadang bila tengok kakak geletek dan bermain dengan Eusoff.. Seronok tengok mereka ketawa berdua. Semoga Kakak akan jadi kakak yg baik dan bertanggungjawab hingga dewasa.. Amin.



Kakak pun dah terjangkit hobi menulis si Eusoff.. :)


Eusoff dah boleh menunggu untuk makanan tiba kat restoran yg table service. Dulu kami terpaksa pegi fast-food aje sebab Eusoff tak boleh tunggu lama-lama nanti dia buat perangai. Strategi ni paling berjaya setakat ni... Guna obsesi dia pada tulisan untuk melekakan dia bila terpaksa menunggu. Sibuk benor babahnye sambil cakap talipon pun buleh ajar Eusoff menulis lagi.. Huhu... ^__^


Daniel yg comei dan suka bebel.. Mmmmuah!!


Eusoff makan mi guna sudu. Terer dah...tapi masih kena pakai bib supaya baju tak kotor :)


Main stack-up. Ni dia susun sendiri dari besar ke kecik.


Sekarang suka amat buat ejaan channel Astro. Siap ada garis tengah lagi mcm logo Astro yg betul. Dan di bawah ni sebahagian dari ejaan Eusoff yg agak susah dan ada unsur2 emosi di situ. :)







Eusoff yg highly observant. Saya sendiri tak tau apa ke bendanya ABC powder..tapi dia tau... Content fire extinguisher ropanya... Fuiyoooo!


Saya tulis ni pada lukisan kakak yg dah diconteng Eusoff. Dia terus memandang muka saya sambil tersenyum meleret. Mungkinkah dia faham apa yang saya katakan?? Eusoff..my wonder boy!