Monday, February 4, 2013

Makan Bersuap atau Suap Sendiri?

Assalamualaikum..

Makan dengan kakak. Tengok rambut dia tu..Saya ikat sebab dah panjang sangat. Hehe..

Sarapan: Makan nasik lemak. 

Comotnya!

Makan tengahari pulak dengan Eusoff.

Makan tengahari lagi.

Inilah Daniel saya..YANG KUAT MAKAN. Kalau dia sihat, dia memang suka makan. Sekejap makan, sekejap menyusu, lepas tu boleh makan lagi!

Masa makan, dia makan. Bila orang lain makan, dia makan lagi. Orang lain dah sudah makan, dia makan lagi buat kali yang ketiga. Saya seronok tengok dia makan dan menyuap sendiri walaupun lantai jadi bersepah dengan makanannya yang tumpah. Saya rela menyapu dan mengemop lantai berkali-kali sehari asalkan anak-anak mahu makan..dan mahu belajar makan sendiri. Memang penat kena mencuci 'hasil kerja' anak bertuah ini, tapi saya lebih kisahkan faedah yang dia dapat daripada proses makan sendiri itu.

1. Memperkemaskan kemahiran motor kasar dan halus

Kerusi meja makan saya tidak terlalu tinggi, tapi masih tinggi untuk bayi sebaya Daniel. Jadi Daniel perlu memanjatnya untuk duduk. Semasa makan dia akan belajar memegang sudu atau memegang makanan dengan tangan lalu disuapkan ke mulut. Tangan perlu mengawal makanan yang berada di atas sudu supaya tidak jatuh ketika ia disuap ke mulut. Rahang akan mengunyah makanan hingga hancur lalu ditelan. Semua pergerakan itu akan meransang otak dan melatihnya untuk memperkemaskan kemahiran motor kasar dan halusnya.

2. Peka kepada orang/keadaan sekeliling

Daniel juga akan belajar jarak dan ketinggian serta imbangan ketika duduk di kerusi makan dewasa. (Memang ada kerusi khas bayi untuk Daniel tapi dia sendiri tak suka menggunakannya. Mungkin berasa terasing dengan ahli keluarga yang lain.) Dalam masa yang sama dia akan peka bila waktu makan bermula dan berakhir, siapa yang akan menyertai ketika makan serta bagaimana mahu meminta air atau makanan.

3. Membina kemahiran sosial dan emosi

Makan bersama ahli keluarga adalah' bonding time'. Saat inilah dapat melakukan aktiviti bersama semua ahli keluarga. Bagi keluarga dengan ibu bapa bekerjaya dan anak menghabiskan masa seharian bersama pembantu atau pengasuh, sudah pastilah mendambakan perhatian dan kasih-sayang ketika semua ahli keluarga berada di rumah. Semasa inilah anak dapat bercerita, berkomunikasi dan menyampaikan sesuatu kepada ibu bapa dalam keadaan yang tenang dan gembira. Orang-orang tua dulu ada berkata, "Kenyang perut, suka hati". Kalau dah kenyang, mesti semua orang dalam mood santai dan tenang untuk berbincang mengenai apa saja.

Jadi, janganlah merasa terbeban dengan kerja-kerja tambahan selepas anak anda makan dan menyepahkan ruang makan dengan makanan yang jatuh dari meja atau palitan sos di baju, lantai atau dinding rumah anda. Fikirkan faedah yang anak anda dapati dari sesi makan dengan sendiri itu. Rumah yang cantik, perabot yang teratur atau anak yang bersih tanpa palitan kicap dan kuah yang melekat di baju kerana sentiasa makan bersuap itu memang bagus, tetapi alangkah ruginya sekiranya anak itu terlepas kemahiran yang sepatutnya dia kuasai ketika kecil sekaligus membantutkan perkembangan mindanya.

Mereka cuma akan kecil sekali saja. Dengan tidak anda sedari, bayi anda akan membesar menjadi seorang dewasa. Nikmati saat-saat lucu dan nakalnya dan biarkan mereka meneroka dunia mereka dan belajar tentang banyak perkara melalui bermain, makan, mandi dan aktiviti lain bersama anda.

Ibuk-ibuk...Selamat mengemas rumah ya! Hehehehehe...

Hasil karya Eusoff di atas kepala katil bilik tidur saya. Macam kena vandalism pun ada jugak ni.. :)
p/s: Terapi al-Quran masih berlangsung. Tamat surah Al-An'aam (Binatang Ternakan). Tak sabar nak mulakan surahAl-A'raaf (Tempat Tertinggi). Semoga Allah permudahkan laluan saya untuk terus membaca Al-Quran.


1 comment:

  1. Makan sendiri mmg satu skill. Budak2 makan sendiri mmg comot. Tapi comot tu yg comel, kan?

    ReplyDelete