Wednesday, January 18, 2012

Skill Terbaru Eusoff

Eusoff ada skill baru. Dia boleh mengeja secara te rbalik!! Whoaaa... mula2 tak perasan sangat.. Ingatkan dia cuma susun-susun je huruf-huruf dia tu..dan buat perkataan tanpa maksud. Rupa-rupanya dia buat perkataan dengan ejaan terbalik. Boleh baca tak ni?? SHENOTES.. maybe apa yang dimaksudkan ialah 'her notes'.. merujuk kepada aku la..sebab kat umah dia selalu tengok aku baca article print-outs.


Selain daripada tu dia dah boleh bina perkataan sendiri. Ini adalah menu kami pada suatu malam Rabu yang hening. Disebabkan dekat rumah ada pasar malam, jadi virus malas aku menyerang secara tiba-tiba.. hehehe.. dah dekat tu, babah pegi beli ajelah. Definitely memang tak ada rancangan TV yang selalu tayangkan typo SOUP & SATAY..kalau ada pun Asian Food Channel (AFC) saje la.. Maknanya dia dah boleh la bina perkataan sendiri..Seperti biasa, walaupun menu melayu, ejaan tetap in English.


Dan ni. .dia eja nama seorang gadis pilihan ibunya (akulah tu!) untuk dibuat calon isteri. Lana ni pun mild autistic juga..sama umur, sama hyperlexia.. Comel orangnya..tapi duduk jauh kat Kuwait sana. (Kah kah kah..macam la anak aku tu keje businessman , umur dah 30 tahun.. Mengada2 nak pinang anak dara orang.. Verangan je lebihhh!!)

Aku tunjukkan gambar si Lana ni yang ada kat FB mak dia kat Eusoff dan cakap kat dia "This is Lana.. Say, Hello Lana." Dua minggu lepas tu, barulah dia eja ni.. Ececece Eusoff.. :) Hik hik..



Selain daripada tu..Eusoff dah boleh eja semua 7 hari dalam seminggu dalam Bahasa Inggeris. Kalau bahasa melayu, dia belum buat complete lagi. Yang ada cuma Ahad, Isnin dan Khamis. Dan ada le beberapa perkataan dan ayat lain yang panjang sikit dari biasa. Cuba tengok..




Okay..abaikan tilam buruk sebagai background ni ye.. Bedsheetnye ntah ke mana dah dibuat main dek budak Usop niii..sabo je le..



Okay..sehingga berjumpa lagi. :) XOXO..

2 comments:

  1. wow, Eusoff sangat bijak, even my son 5yr old pun tak reti eja days of the week lagi. kak kusya pun ada baca blog ibu Lana tu, yg tinggal kat kuwait kan, suka jugak blog dia sebab byk gambar food..anyway EUSOFF is So GENIUS, Alhamdulillah gaban.

    ReplyDelete
  2. Every child is special Kak Kusya. Walaupun dia terkebelakang sikit dari segi communication & social skill..alhamdulillah, bab2 mengeja & membaca tu jauh dah advance dari umurnya. Harap2 boleh develop lagi utk belajar benda2 lain pulak.. Kenapa kak kusya rajin baca pasal autism ye? Tgh buat research ke Kak?

    ReplyDelete