Tuesday, November 29, 2011

Update Eusoff: ABA Therapy


Setiap hari kini adalah masa untuk aku belajar, belajar dan belajar segalanya mengenai AUTISM. Walaupun Eusoff masih belum di diagnose sebagai seorang kanak-kanak autism, aku dapat rasakan dalam hati aku bahawa dia sememangnya autistic. Aku mamanya..aku kenal anak aku lebih dari semua orang di dunia ni. Aku mesti kuatkan semangat, mesti sabar, mesti mampu melakukan semuanya demi Eusoff..

Kadang-kadang, dari kata-kata babahnya aku dapat rasakan babah dia masih mengharapkan Eusoff itu kanak-kanak normal..mungkin sukar baginya menerima anaknya seorang OKU. Tapi aku mesti kuat, mesti tabah, mesti menerima segala-galanya dengan redha. Ini ujian ALLAH buat aku...dan Eusoff adalah anugerah. Aku sayangkan dia..sangat sayangkan dia. Aku tau aku mampu lakukan yang terbaik untuk Eusoff. Aku tau aku boleh!!

Video ini menunjukkan sesi ABA Therapy atau juga dikenali sebagai Applied Behavioral Analysis.

Aku mau praktikkan untuk Eusoff. Aku akan cari jalan bagaimana anak aku dapat menjalani terapi sebegini. I want to push him to the limits..Aku mau dia berjaya kerana aku tau dia seorang anak yang bijak. Go Mama Go! Go Eusoff Go!!

Monday, November 28, 2011

Update Eusoff: Eusoff ke Darus Syifa'

Kebetulan hari ni hari ulang tahun perkahwinan kami..dan kebetulan juga kami baru dapat tau alamat Darus Syifa' Kuantan melalui seorang kawan.. Rupanya dekat Ya Rabbi dengan umah... Masya Allah..Macamana boleh tak tau ni? Pendek katanya kalau mat rempit dari area umah aku ke Darus Syifa' tu kompem la tak pakai helmet pun sampai tanpa risau di tahan polis trafik ...

Sampai sana ada last patient..tanya kat Ustaz Mustapha, bleh ke ambik kitorang punya kes..last call punya. Dia cakap oklah..so kami pun tunggu la sampai dipanggil masuk.

Ustaz tu interview jugak kami berkenaan apa pendapat doktor mengenai problem Eusoff ni..dan kami pun bagitau setakat yang latest tu je la.. Lepas tu dia scan (secara batin) kat Eusoff..dia cakap Eusoff akan bercakap jugak eventually, sebab telinga dia memang boleh mendengar. Lepas tu dia bacakan doa pada Eusoff dan jugak sebotol air..

Yang syoknya, masa ustaz tu tengah bacakan doa dan usap2 badan Eusoff, dia sibuk nak lari dan merengek.. Itu jam berkali-kali jugak la dia panggil "babah...mama.." Fuhh...syoknye dengar..Kalau boleh nak suruh ustaz tu doa lagi lama-lama kot-kot terkeluar pulak perkataan yang lain-lain kang...sapa tahu kan? Hahaha...

Ustaz Mustapaha juga telah berikan kami sepotong ayat dari surah Musa untuk dihembuskan pada air yang nak diberi pada Eusoff.. Dan juga dia minta kami beli madu dan bacakan ayat tu pada madu tersebut, lalu di sapukan ke lelangit mulut Eusoff. Esok jugak mama pegi cari ye Usop? Semoga semua usaha kami ni membuahkan hasil..

Oke...bagi sesapa area Kuantan yang nak cuba rawatan alternatif di Darus Syifa' Kuantan..premisnya terletak di Lorong Sungai Isap Jaya 19, betul2 corner lot rumah yang mula-mula sekali..waktu rawatan cuma pada hari Sabtu dan Ahad saja sebab weekdays diorang buat tadika kat situ.

Okelah, stop sini dulu. Nanti aku update lagi oke?

(Tido dalam frust sebab Malaysia kalah bola dengan Bahrain untuk Olimpik...hadoiii!!)

Sunday, November 27, 2011

Happy Anniversary...


Dah 7 tahun rupanya...rasa cam baru lagi naik pelamin..Chewah!

Hehehehe...

YES gang! Hari ni , 27 November ialah hari ulang tahun perkahwinan aku dengan Cikgu Misai. Awal2 pagi lagi Cikgu Misai dah wish happy anniversary kat aku. Tiada fancy gift seperti tahun-tahun sudah...kami cuma keluar makan saja...bukan berdua tapi segerabak..dengan anak2 yang 3 orang dan kecik2 sume tu.. Bukan candle light dinner, tapi makan yogurt ice-cream kat Tutti Frutti.. (Ni sume hasil hasutan Naily Damia yang yo-yo on nak makan eskim tuh!)

Tapi aku happy sangat...happy..happy..happy!

Semoga Allah memanjangkan jodoh dan usia perkahwinan kami dengan rahmat dan kebahagiaan bersama anak-anak selama-lamanya. Amin...

Friday, November 25, 2011

Update Eusoff: Eusoff di Pediatrics

Salam Jumaat...

Semalam aku bawak Eusoff ke Pediatrics, HTAA. Mak aaiii... berjanggut gua tunggu.. Dari pukul 9++ sampai pukul 12++ baru la dapat berjumpa dengan Puan Doktor. Jumpa dalam 15 minit je, tapi menunggunya bukan main lama... Eusoff macam biasa la...berlari, melompat, bermain kat indoor playground dengan ramai lagi budak2 yg sama-sama nak jumpa doktor.. Insaf sekejap tengok anak-anak orang lain..ada yang cerebral palsy, down syndrome, sakit jantung, sakit hati, leukimia, ketumbuhan kat muka...macam-macam jenis penyakit dan kelainan upaya.. Dan ada sorang budak autism berusia 8 tahun dari Rompin. Still tak boleh bercakap tapi aktif Ya Rabbi...berlari sana-sini sambil menjerit-jerit.. Bila dah lama sangat menunggu, mula mengamuk...Last2 ayah dia bagi main kat luar klinik, dengan diawasi abangnya...

Kalau kita tak pergi ke hospital, atau sekolah khas...kita tak dapat tengok golongan kanak-kanak yang macam diorang tu semua. Dalam fikiran kita, dunia ini cuma ada kanak-kanak yang comel, keletah dan NORMAL. Bila kita dapat berada di kelompok mereka, barulah kita sedar yang Allah telah menciptakan berbagai jenis manusia di dunia ni, ada yang sempurna, ada yang punya kekurangan dan ramai juga yang punya kelebihan..

Allah Maha Besar... Semua kanak-kanak itu, tak kira normal atau punya kelainan upaya..sihat atau sakit.. Kesemua mereka adalah anugerah yang tak ternilai.. rezeki dari Allah kepada kita sebagai ibu bapa. Dan bersyukurlah sekiranya kita diuji, kerana apabila kita rasa kita bernasib malang, ada orang yang lebih teruk nasibnya dari kita..

Oke.. sekian tazkirah Jumaat dari saya.. Dah macam Ustazah Pilihan plak aku rasa. Hehehehe...

Back to story guys..akhirnya setelah puas dimintak, Puan Doktor telah membuat satu helai surat rujukan kepada Jabatan Psikiatri untuk membuat penilaian terhadap Eusoff sama ada dia betul-betul autism atau tidak.. Temujanji dibuat pada 5 Disember 2011 pada pukul 9.30 pagi..

Aku dah ready, mentally & physically sekiranya doktor sahkan Eusoff sebagai seorang kanak-kanak autiusm.. Atau maybe aku telah membuat persediaan lebih awal dari pengesahan doktor.. sekolah dia pun aku dah carikan. Aku redha dan bertawakkal kepada Allah.. kerana Dia Maha Mengetahui..

Nanti aku update lagi setelah dapat review doktor pakar oke? Selamat berhujung minggu.. :)

Tuesday, November 22, 2011

Update Eusoff : Eusoff di ENT


Semalam punya cerita baru nak update hari ni..Itulah..gara-gara ada audit oleh SIRIM kat opis aku ni, semua dah berlari2 ke sana ke mari sambil memeluk file-file berbagai warna...hahaha.. Mana la sempat nak mengadap laptop ni lelama..hehehe.. So, update hari ni la ye....walaupun audit masih belum selesai. Selagi ofis atas tak intercom suh aku naik, kira selamatlah auditor tu tak nak audit teaching portfolio aku.. hehehe..

Oke..semalam walaupun ada audit, last week dah bagitau bos yang walau apa pun terjadi, pagi tu tetap nak jugak excuse sebab nak bawak Eusoff pegi temujanji di ENT untuk ujian audiology. Bukan senang nak dapat tarikh tu...waiting list tak hengat punyalah panjang..berjanggut gua tunggu oii... Takkan nak kensel pulak ye tak?

Appointment jam 8.30 pagi..ate, menggagau le pagi2 buta lagi aku kena mandikan Eusoff. Mujurlah dia jenis yang tak degil..ngantuk2 pun bila dibukak bajunya dia pun berjalan sendiri pegi ke bilik air.

Sampai HTAA, as usual parking memang takde... Aku dan Eusoff turun kat lobby sementara Babah yang super kacak (sebab sekolah cuti, jadi muka Cikgu Misai berseri-seri luar biasa la pulak) pegi mencari parking. Sampai kat ENT Clinic, rupa-rupanya we were the first to arrive! Syabbas baytaa! Tak tunggu lama terus je diorang panggil masuk untuk buat test... Check gegendang telinga nampaknya dua2 ok..lepas tu buat audio test dengan beberapa frekuensi.. sambil bermain dgn toys yang banyak dalam tu, diorang pun bunyikan frekuensi dari tinggi ke rendah dan tengok reaksi Eusoff terhadap bunyi tu.

Test untuk telinga kanan nampaknye ok..tapi bila dah terlalu lama dalam tu, Eusoff pun mula bosan dan start nak ke sana sini buat studio tu mcm umah mak sedara dia kann..?? Nak dipunggahnya satu trunk yang penuh dengan toys kat dalam bilik tuh. Jadi test telinga kiri tak berjaya dijalankan dengan sempurna la... Berdasarkan pemerhatian aku, telinga Eusoff ni dengar, tapi frekuensi rendah dia memang buat bodo je.. Lagi satu, bila dah concentrate dengan permainan dia takkan respond dah terhadap bunyi2 yang lain.

So, doktor bagi tarikh lain untuk re-test.. Nak tau bila? BULAN MEI NANTI OKE?
Masak nak tunggu... lama gile kottt! For time being, doktor minta aku rangsang pendengaran Eusoff, terutamanya dengan bunyi-bunyi frekuensi rendah..sebab dia kurang respond terhadap bunyi-bunyi sedemikian...

Khamis ni ada temujanji pulak dengan pediatrician.. Nak mintak jugak diorang buat refer letter untuk minta Eusoff dinilai oleh Psikiatris... sama ada dia autistic atau tidak. Tak sanggup dah tunggu waiting list yg panjang2 macam ni.. Masa depan Eusoff sangat penting, dan aku tak boleh membazir waktu macam ni saja... Nanti aku update lagi cerita terbaru ya?

Tungguuuuu... have a pleasant day everybody! :)


Eusoff kat reception ENT Clinic masa baru sampai..baru usha2 keliling sebelum mula explore persekitaran dia... Nak snap gambar dalam bilik Audiology, tak dibenarkan bawa masuk handphone pulak.. Jadinya tak ada la gambar..

Monday, November 21, 2011

Update Eusoff: Eusoff with alphabets..


Skill terbaru Eusoff yang secara tak sengaja telah di 'discover' sejak balik beraya di Kuale Kangsor.. :- MEMBINA PERKATAAN!!

Masa kat Kuale hari tu aku telah membeli satu set magnetic alphabets.. (sekarang terasa bongok pulak diri ini sebab pegi beli satu set aje!).. Eusoff pandai mengeja rupanya..in English pulak tu!

Aku rasa sangat takjub dan teruja melihat kebolehan Eusoff ni..sebab aku tak pernah ajar dia pun ABC..apatah lagi mengeja. Yelah..dia kan tak pandai bercakap, mana logik nak suruh dia mengeja pulak kan?

Memula tu aku perasan dia eja PUB, lepas tu SET, lepas tu PORN (hambek ko! mana dia tengok perkataan ni pun tak tau le..).. Seterusnya BOY, RUN dan banyak le lagi perkataan 3 huruf yang senang-senang...last sekali dia buat INSERT... itu jam aku dah rasa terkejut sangat..sedangkan Damia yang dah pandai membaca pun susah jugak kalau nak eja INSERT tu..

EXCITED tahap gaban OKE???

Masa tu aku dok pikir, betul ke Eusoff pandai mengeja atau semuanya sekadar satu kebetulan je ?? Sekarang setiap hari aku cuba jugak luangkan masa layan dia bermain dan encourage dia buat spelling..sambil-sambil tu dokumenkan apa yang dia eja.. Rugi betul the first time dia buat semua tu, aku tak snap gambar...over-excited punya pasal katakan...

Istimewanya si Eusoff ni kan???

Friday, November 11, 2011

(Update Eusoff) Eusoff ke N.A.S.O.M

Salam.. Lama betul tak update blog ni. Last week memang minggu yang super-busy..sekali kena pegi buat internal audit sampai dua jabatan sekaligus.. Pening tengok SIRIM punya Malaysian Standard oii..berpinar bijik mata!

Okeh..dalam dok busy tu, sempat jugak lari di suatu petang yang hening untuk bawak Eusoff pergi ke NASOM Kuantan. Apa itu NASOM?? NASOM stands for National Autism Society of Malaysia.

Aku bawak Eusoff untuk screening. Lepas set-up appointment aku pun bawak Eusoff pegi sana. Mula-mula dia merengek tanak masuk..lepas masuk tanak balik plak okey? Masa aku datang tu, aku telah dilayan dengan baik sekali oleh Cikgu Mimi selaku koordinator kat sana. Facilities sgt ganas oke..ada sensory room dan mini gym.. siap dengan indoor flying fox lagiii..kau ada? Hehe..


Banyak sangat info yang aku dapat selama 2 jam aku spend time kat sana. Banyak ilmu dan perkara baru yg aku pelajari mengenai kanak-kanak autisme. Selain daripada tu aku dapat tengok pelajar2 kat situ. Sebagai seorang ibu, mmg sangat menyentuh hati.. Mana-mana budak yg mild-autisme nampak sama aje dengan budak2 normal..comel dan charming..tapi kebanyakannya tak boleh bercakap walaupun dah masuk 6-7 tahun. Kalau diorang bleh bercakap pun pertuturan diorang tak jelas. Diorang mcm terasing dalam dunia dia sendiri dan sebagai parents, kitalah yang bertanggungjwab membawa dia keluar dari dunianya itu..begitulah menurut kata Cikgu Mimi kat aku.

Dalam ramai-ramai tu..tersentuh hati tgk seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun di situ bernama Jufri yang comel dan manja. Pantang tengok aku duduk, dia mesti slow2 datang dan duduk atas riba.. Jufri tu friendly tau? Siap main dengan Eusoff lagi.. Ada seorang lagi plak bernama Qazreen (5 tahun)..dia pulak bercakap dengan Eusoff menggunakan bahasa yang sama! Ntah la..bila aku tgk dia bercakap sebijik mcm babling yang Eusoff selalu buat kat umah, tetiba rasa mcm kolam mata aku dah sarat dengan air mata... Masa tu dalam hati dah tawakkal..hati dah berkata-kata.. "Oh Eusoff anak mama...memang betullah kamu autisme"... Walaupun aku tak kesal andai kata anak aku dilahirkan dengan kelainan upaya sebegitu, tapi bohonglah kalau aku kata aku langsung tak rasa sedih.. Tiap kali aku tengok mereka berdua berinteraksi dengan bahasa yang hanya diorang je mengerti, hati aku rasa sayu sangat..Iskk... Tak sangka dalam banyak2 orang kat dunia ni, ALLAH telah pilih aku untuk menerima anugerah ini.. seorang anak yang istimewa.. seorang Eusoff yang sangat istimewa. Dah seminggu aku tahan air mata ini..akhirnya malam ini ia tumpah juga.. Iskkk isk..

..... :'(

Oke..back to story ye? Kesat hingus dan air mata tu ye Gaban.. Hari tu jugak Cikgu Mimi cakap dia tak dpt pastikan sama ada Eusoff betul2 autistic atau tidak sbb NASOM cawangan Kuantan tu takde physician. Dia suruh aku refer kes Eusoff ke Jabatan Psikiatri HTAA untuk pengesahan. Pegi plak Jab. Psikiatri diorang nak surat refer dari doktor pulak dah.. Adoii... Macam-macam la pulak.. Terpaksa le tunggu lepas cuti raya haji sebab hari tu pun dah hari Jumaat..

Aku dah tekadkan hati aku..walau apapun keputusan diorang aku akan berkorban apa saja demi Eusoff..sebab Eusoff seperti ada pertalian khas kat dalam hati aku..Walaupun anak aku ada 3 orang..setiap kali Eusoff memandang ke dalam mata aku, aku mesti jatuh hati kat dia..rasa sayang sangat kat dia. Ada special feeling kat situ. :)

Walau apa pun takdir Eusoff aku akan berjuang dengannya sehingga akhir hayat!

Ya Allah...kau kuatkanlah iman dan kau tabahkanlah hatiku menerima apa saja ketentuanMu Ya Allah..Kau permudahkanlah urusanku mendidik anak-anakku dan kau jadikanlah aku ibu yang terbaik buat mereka. Aku pasrah dan bertawakkal padaMu Ya Allah...kau berikanlah yang terbaik buat keluargaku. Amin...