Thursday, January 26, 2012

إن شاء الله


Hari terakhir semasa cuti Chinese New Year 2012..

Bangun dari tidur je Eusoff seperti biasa terus mencari huruf-hurufnya yang kami simpan dalam tin. Sambil bermain membina perkataan seperti hari-hari biasa yang lain, tiba2 terdengar satu suara

"Insya Allah... Insya Allah.. Insya Allah.. InsyaAllah.."

Suara siapa tu? Tak macam suara kakak yang sedang menyanyi lagu Maher Zain; Insya Allah. Aku yang sedang menyediakan sarapan di dapur dengan segera menjenguk ke ruang tamu.

Rupa-rupanya Eusoff yang menyanyi!!


:') Speechless...dan terharu sangat. Akhirnya Eusoff dah boleh sebut perkataan yang panjang dengan betul..lengkap semua suku katanya!!

Lebih manis lagi.. perkataan pertamanya sebelum ini adalah ALLAH. Kalimah yg Maha Agung.. Lagu pertamanya pula adalah sebuah lagu ketuhanan seakan memberi gambaran bahawa dengan izinNya, tiada yang mustahil boleh berlaku. Mama optimis Eusoff, bahawa anak mama ini mampu membuat pencapaian yg lebih besar di masa hadapan.

Inilah hadiah yang paling best Eusoff pernah bagi pada aku dan En. Hubby.. Kami berdua tak boleh berhenti senyum dengar dia menyanyi pada hari tu. Gembira dan bersyukur hanya Allah yang tahu. Bagi ibu bapa yg punyai anak yg non-verbal mcm kami, inilah saat yg paling indah setelah bertahun-tahun kami menunggu dia berkata-kata.

ALHAMDULILLAH.. :'))



Lagu InsyaAllah dari Maher Zain utk anda.. Enjoy..!!

Wednesday, January 25, 2012

Damia pulak nak tantrum..


"Eusoff pandai buat spelling English.. kakak tak pandai"..

"Daniel ni lagi putih dari kakak.. kenapa kakak tak putih macam Daniel??"

"Kenapa Daniel ni suka mama je? Tak suka kakak?"

"Mama tu suka marah kakak.." Tuduhan yang satu inilah yang paling menghiris hati. :((

Kadang-kadang bila tahap degilnya sudah melebihi batas, mahu atau tidak aku terpaksa menggunakan kaedah ugutan, untuk memaksanya mandi, makan atau kemas barang-barang dia yang bersepah di seluruh rumah. Semenjak akhir-akhir ini perangainya memang ketara nakal dan degil, seakan-akan cuba memancing emosi marahku.

Aku sudah cuba membuat dia merasa disayangi.. Setiap hari ketika menghantarnya ke sekolah, aku akan berjalan dengannya sampai ke pintu bilik darjah walaupun jarak dari pintu pagar ke bilik darjah dengan berjalan kaki tak sampai pun 5 minit perjalanan...Setiap kali dia aku hantar dan ambil dari sekolah, aku cium dan peluk dia. Cakap padanya yang aku sayangkan dia. Setiap hari aku tanya bagaimana harinya di sekolah, apa aktivitinya.. Kalau ada pencapaian kecil yang ditunjukkan aku puji dan ucap tahniah padanya. Setiap masa yang aku habiskan bersamanya hanya aku penuhi dengan semua yang berkenaan dirinya saja.

Keadaan tak begitu teruk kalau hari itu hari bekerja..tapi kalau aku cuti, aku harus bersiap sedia menghadapi perangainya satu demi satu. Otak aku letih sebenarnya.. Dengan anak istimewa yang harus diberi perhatian, baby yang asyik melekap dan masih menyusu badan.. ditambah pula dengan perangai si kakak yang suka menguji kesabaran.

Sedangkan perkara sekecil ini..:- "Kakak pegilah makan dekat meja makan...jangan makan depan TV ni. Nanti berterabur nasi. Semut datang nanti kakak juga yang kena gigit". Nada suaraku aku lembutkan sehabis lembut dah..supaya dia dapat menerimanya dengan terbuka.

Dia akan membalas dengan "Mama ni semua tak boleh. Suka marah kakak. Asyik dukung Daniel je.. Mama tak sayang kakak.".. Okay, realitinya anak sulungku cemburu. Cemburu dengan kepakaran si Eusoff mengeja dalam Bahasa Inggeris yang nyata dia agak lemah..dan cemburu dengan si baby Daniel yang comel dan selalu diberi lebih perhatian. Kadang2 aku terdengar juga Damia marahkan Daniel kerana asyik mengejar aku menggunakan walkernya. Bayi berumur 6 bulan pun tak terkecuali dari jadi mangsa bebelan Damia.

Babahnya yang selalu memanjakan dia juga sudah angkat tangan menangani perangai si Damia. Kata-kata yang keluar dari mulutnya memang menghiris hati. Apa yang harus aku buat??

Dibiarkan atau pun dilayan, seakan tidak ada perbezaan.. Aku cuma mampu bermohon pada ALLAH agar melembutkan hati anak sulungku ini, dan semoga aku dikurniakan tahap kesabaran yang tinggi dalam menangani gelora emosinya. Semoga Damia jadi anak yang soleh dan berbudi pekerti..Amin.

Friday, January 20, 2012

What When Wrong..?



Hari Jumaat yang hujan..

Aku terjumpa satu video clip lama.. Rakaman ketika Eusoff berumur lingkungan 6-7 bulan, lebih kurang sebaya dengan umur Daniel sekarang. Dia sungguh comel, montel dan happy... Dia nampak bijak.. Dia respond dengan bunyi rattler yang aku goncangkan tu.. dan dia ketawa dengan riang. Nyata, ianya satu rakaman yang sungguh menceriakan sesiapa saja yang melihatnya.

Itu rakaman Eusoff di tahun 2009..

Dia nampak normal.. Tidak ada apa2 yang luar biasa tentangnya. Perkembangannya juga nampak normal saja, seperti bayi-bayi yang lain. Tidak siapa menduga bayi comelku, 3 tahun kemudiannya mengalami perkembangan yang agak perlahan serta tidak mampu bertutur seperti kanak-kanak lain seusianya..

Adakah aku terlalu beremosi atau cuaca yang muram ini mempengaruhi mood aku agar turut berduka..tak dapat dipastikan.

Yang nyata..hatiku sangat tersentuh melihat video ini dan tidak dapat menahan air mata..

Apa yang tidak kena dengan Eusoff? Apa yang menyebabkan dia membesar menjadi kanak-kanak yang sungguh berbeza dari masa kecilnya??

Ya Allah, please answer me..
What went wrong?
What did I do wrong??
Does my baby deserves this?

:'((

Kurniakan aku ketabahan Ya Allah...
Kuatkanlah imanku agar aku redha dengan ketentuanMu.
Kasihani dan lindungilah dia selalu Ya Allah..
Takdirkanlah masa depan yang terbaik untuknya..

SEMBUHKANLAH DIA..

Aku tahu tiada yang mustahil bagiMu...




*Update 22/1/2012

I dah ok... Hati seorang ibu la katakan..kadang2 tak dapat lari dari perasaan. Eusoff's making progress every day.. dah cukup buat hatiku berbunga kembali. Love u so much Eusoff.. you make my day!

Wednesday, January 18, 2012

Skill Terbaru Eusoff

Eusoff ada skill baru. Dia boleh mengeja secara te rbalik!! Whoaaa... mula2 tak perasan sangat.. Ingatkan dia cuma susun-susun je huruf-huruf dia tu..dan buat perkataan tanpa maksud. Rupa-rupanya dia buat perkataan dengan ejaan terbalik. Boleh baca tak ni?? SHENOTES.. maybe apa yang dimaksudkan ialah 'her notes'.. merujuk kepada aku la..sebab kat umah dia selalu tengok aku baca article print-outs.


Selain daripada tu dia dah boleh bina perkataan sendiri. Ini adalah menu kami pada suatu malam Rabu yang hening. Disebabkan dekat rumah ada pasar malam, jadi virus malas aku menyerang secara tiba-tiba.. hehehe.. dah dekat tu, babah pegi beli ajelah. Definitely memang tak ada rancangan TV yang selalu tayangkan typo SOUP & SATAY..kalau ada pun Asian Food Channel (AFC) saje la.. Maknanya dia dah boleh la bina perkataan sendiri..Seperti biasa, walaupun menu melayu, ejaan tetap in English.


Dan ni. .dia eja nama seorang gadis pilihan ibunya (akulah tu!) untuk dibuat calon isteri. Lana ni pun mild autistic juga..sama umur, sama hyperlexia.. Comel orangnya..tapi duduk jauh kat Kuwait sana. (Kah kah kah..macam la anak aku tu keje businessman , umur dah 30 tahun.. Mengada2 nak pinang anak dara orang.. Verangan je lebihhh!!)

Aku tunjukkan gambar si Lana ni yang ada kat FB mak dia kat Eusoff dan cakap kat dia "This is Lana.. Say, Hello Lana." Dua minggu lepas tu, barulah dia eja ni.. Ececece Eusoff.. :) Hik hik..



Selain daripada tu..Eusoff dah boleh eja semua 7 hari dalam seminggu dalam Bahasa Inggeris. Kalau bahasa melayu, dia belum buat complete lagi. Yang ada cuma Ahad, Isnin dan Khamis. Dan ada le beberapa perkataan dan ayat lain yang panjang sikit dari biasa. Cuba tengok..




Okay..abaikan tilam buruk sebagai background ni ye.. Bedsheetnye ntah ke mana dah dibuat main dek budak Usop niii..sabo je le..



Okay..sehingga berjumpa lagi. :) XOXO..

Thursday, January 12, 2012

Banjirrr!!



Ok..the photos said it all..

I'm speechless sbb ni pengalaman pertamaku mengharung air banjir, jadi aku sedikit terkezut...

Basah habis meranduk air separas betis masa nak ambik Damia dari sekolah tadi. Aiyooo...serammmm....!!

Monday, January 9, 2012

Parenting Class @ UKM


Sabtu lepas, 7 Januari 2012.. aku dah hubby telah pegi menyertai parenting class for parents with autistic child. Tuuuu diaaa...kat UKM Bangi nun.. Jauh kan? Dah la poket agak koyak sbb byk berbelanja kakak masuk sekolah tapi ku gagahkan jua laa.. Eusoff punya pasal. Kelas tu bincang pasal tajuk Speech.. Banyak yang aku kutip ilmu dari pengalaman ibu bapa yang punyai anak autistic. Dan tentunya dari penceramah Puan Syarina.

Aku berkesempatan untuk memperkenalkan diri dan bercerita sedikit-sebanyak mengenai Eusoff.. Nyata ramai yang telah mengenali Eusoff dari beberapa gambar yang aku upload ke laman FB group Autisme Malaysia. Dan Dr. Hasnah Toran yang menganjurkan kelas tersebut bagi pihak Makmal Autisme UKM telah mengesahkan bahawa Eusoff menghidap hyperlexia seperti mana yang telah aku bincangkan di entri yang lepas.

Damia, Eusoff dan Daniel kami tinggalkan kat child care. Lepas dah habis kelas tu sempat jugak berkenal-kenalan dgn ibu2 istimewa ni yang selalu dok berborak kat group Autisme Malaysia. Mesranya diorang...rasa macam dah kenal lama walaupun baru 1st time bersua muka. Memang best sangat dapat pegi kelas tu... Rasa nak pegi lagi. Semoga Allah melapangkan jalan dan murahkan rezeki aku dan suami supaya kami dapat pergi lagi ke kelas ibu bapa di UKM tu. Amin...

Teringat plak kat lagu jawa yang diajar kat kelas tu..membawa maksud pergerakan dan pertuturan secara berulang-ulang boleh meningkatkan daya ingatan..

Kulu lambeh moto kopeng,
Moto kopeng...moto kopeng,
Kulu lambeh moto kopeng,
Tange weteng sekel... :)


Wajah-wajah insan terpilih ; Super Mommies selepas habis kelas...


Damia di Hari Pertama Persekolahan



Assalamualaikum...

Baru minggu ini aku dapat update blog. Minggu lepas adalah sangat sibuk sebab anak dara aku tu dah masuk sekolah. Jadi asyik la pegi hantar dan ambik dia. Eusoff dan Daniel pulak terpaksa pegi school dgn babah.. Sebab aku terpaksa hantar Damia sampai la masuk bilik darjah, tunggu sekejap, pastikan dia selamat dan ok, lepas tu barulah aku pegi kerja. So, takleh nak hangkut tiga-tiga orang budak sekali. Babah have to take over keje sebagai supir Eusoff dan Daniel.

Damia bersekolah di Darjah 1, SK Permatang Badak, Kuantan. Sekolah cuma 10 minit dari rumah. Kelas 1 Afdhal. Walau bagaimana pun kelas ni bukan kelas permanent sebab semua pelajar Tahun 1 akan menduduki ujian untuk menempatkan mereka sama ada berada di kelas A,B, C, D atau E.

Di bawah adalah gambar-gambar Damia semasa hari pertama persekolahan. :)



Kelas Tahun 1 kena bukak kasut sbb lantai diorang guna 'tiles'. Jadi everytime nak masuk kelas kena bukak kasut dan nak kuar kena la pakai balik.