Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Friday, July 20, 2012

Ahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t..

Esok dah nak puasa! Excited sangat...dalam kepala memikiorkan malam ni nak masak apa le untuk dijadikan lauk bersahur.. Memula ni memang rajin, hujung-hujung nanti entah le..semoga bertambah rajin memasak hendaknya. ;p

Tahun ni kami berpuasa bertiga macam tahun sudah. Saya, Cikgu Misai dan Kakak Damia. Tahun lepas berpuasa dalam pantang. Memang cantik..takde satu hari pun tertinggal. Kakak Damia tahun lepas cuma miss satu hari. Gigih anak dara saya ni berpuasa..sampai badan yang keding bertambah la cinonet menjelang raya. Nak ikutkan rasa kasihan memang kasihan tengok dia..tapi kalau tak dilentur buluh dari rebungnya, dah    *kutai ( bermaksud tua dalam loghat Perak), dah jadi buluh betong nanti... jenuh le jawabnya... :))

Kakak Damia malam ni dah kena niat puasa tau??

Tahun lepas Damia bersekolah tadika. Kelas dalam bangunan rumah, turun kereta je dah sampai. Subjek tak banyak, belajar di dalam kelas yang tak ramai murid dan ada pulak tempat tidur dan rehat kalau budak-budak letih berpuasa. Tahun ni dah darjah 1, kelas jauh kena jalan kaki merentasi kantin. Beg berat macam batu..kerana bawa buku teks yang banyak setiap hari. Kelas pula cuma ada kerusi dan meja tempat belajar.. takde episod rehat dan tidur di sekolah bila letih seperti masa tadika.. Saya berdoa supaya anak dara saya ini kuat dan cekal berpuasa penuh. Walaupun dalam hati rasa macam tak yakin mampukah dia bertahan dengan keletihan seharian menghadap pelajaran di sekolah tanpa makan dan minum. Sedangkan tak puasa pun balik sekolah je terus terbongkang tidur kerana keletihan dan mengantuk terpaksa bangun awal pagi setiap hari. Inikan pula kena bersengkang mata bangun untuk bersahur.. Ya Allah, kuatkanlah semangat anak saya ni untuk berpuasa..

Semalam saya ke Kompleks Yayasan Pahang untuk mendengar ceramah sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang. Penceramahnya Dr. Danial Z. Abidin yang biasa bersiaran di rancangan Halaqah, TV9. Antara intipati yang sempat saya rakamkan ialah berpuasa tujuannya untuk mencapai status TAKWA kepada Allah.

Allah berfirman:-

"Wahai mereka yang beriman, diwajibkan ke atasmu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas mereka sebelummu semoga kamu BERTAKWA".  (Surah Al-Baqarah ayat 183).

Terlanjur berbicara, saya ingin memohon maaf dari semua pembaca blog ini, sekiranya ada kekasaran tutur-kata dalam penulisan saya. Kerana saya hanya manusia biasa yang penuh kekhilafan. Tidak lari dari melakukan kesilapan. Semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna dan semoga ibadah kita ini diterima Allah s.w.t. Jadikanlah Ramadhan ini sebagai platform untuk kita mencapai keredhaan  Ilahi. Ambillah peluang ini untuk bermunajat kepada Allah..semoga doa kita semua diangkat ke langit dan  dimakbulkan Allah. Amin Amin Ya Rabbal Alamin...


Ahlan Ya Ramadhan... sesungguhnya aku amat merinduimu. 


Friday, August 19, 2011

Ramadhan, Syawal dan Aku..

Bila aku congak-congak balik kan...sebenarnya memang banyak peristiwa besar berlaku dalam hidup aku pada bulan Ramadhan dan Syawal.. Ada kenangan manis, ada yang jugak yang pahit sampai tak boleh lupa sampai ke hari ini... Kadang-kadang bila duduk berseorangan tu rasa macam tak mau Ramadhan dan Syawal ni berakhir, tapi bila sesak dada memikirkan peristiwa pahit rasanya kalau boleh aku padamkan aje ingatan ni...biar takde memori Ramadhan & Syawal langsung..

Tapi rugi la kan?? Kerana memori aku waktu kecil pada dua bulan yang mulia itu sunggguh manis.. Kalau aku bukak cerita pasal puasa dan raya aku masa kecil-kecil dulu memang anak aku ternganga la dengar...macam-macam peristiwa berlaku, penuh warna-warni...tak macam diorang berpuasa sekarang ni..

Bila tengok hubby aku yg tengah lena tido tadi, teringat pulak time-time bercinta dulu... Chewahhh!! (Sila tahan muntah anda ye...kalau batal puasa nanti jangan salahkan aku tau??) Aku jatuh cinta pada dia pun pada bulan Ramadhan.. Itu kenangan yang paling manis dalam hidup..Dia selalu umpan aku berbuka McD masa tu, kebetulan dekat nak Chinese New Year..jadi selalu la dia ajak aku berbuka Prosperity burger yang aku suka sesangat tu... Sedar tak sedar dah kawen pun kami..Anak pun dah 3 orang... dan anak kami Damia pun lahir pada bulan Ramadhan...dan Eusoff pula lahir pada bulan Syawal..Yes!! Kenangan macam tu aku suka la nak simpan...

Tapi ada juga kenangan yang tak best..

Aku penah juga putuih cinta time bulan posa ni...sedihh ooo... 2 tahun aku ambik masa nak pulih. Kena terminate kerja masa hari raya pun memang tak best langsung! Dan banyak lagi la kenangan-kenangan pahit yang takleh cite kat sini laa... Walaupun kita nak lupa, tapi hakikatnya memori tu kekal kan? Jalan terbaik ialah jangan ikutkan perasaan sangat... betoi dak?

Yang penting semua kenangan Ramadhan dan Syawal aku secara tak langsung telah menjadikan aku seorang yang lebih baik hari ini.. Setelah 20 hari berpuasa, rasa sayu pula mengingatkan Ramadhan sedang berlalu pergi..dan Syawal bakal menjelang. Semoga Allah panjangkan usiaku agar aku bisa bertemu lagi dengan Ramadhan dan Syawal pada tahun-tahun akan datang....Amin!

Tuesday, August 9, 2011

Menyusukan bayi di bulan Ramadhan

Sebelum mula berpuasa hari tu aku agak risau takut-takut bekalan susu akan menurun ketika aku berpuasa. Tambahan masih dalam pantang..banyak benda yang aku masih belum boleh makan untuk menambahkan susu. Banyak petua yang aku dapat untuk mengekalkan bekalan susu ketika berpuasa secara verbal dari kawan-kawan, keluarga dan nurse. Banyak jugak maklumat yang aku dapat dari blog-blog.
Alhamdulillah bekalan susu aku mencukupi malah rasanya semakin bertambah sampai baby Daniel pun tak larat nak habiskan. Bila menyusu sampai tersedak-sedak dia, sebab susu banyak hingga memancut2. Habis basah2 baju aku kerana susu meleleh sampai kena pakai nursing pad pulak dah..
Antara petua yang aku amalkan setakat ni dan berkesan ialah:-

1. Berdoa : “Ya Allah, aku ingin menyusui anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan.Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusui anakku”. Dipetik dari blog Dunia Susu Ibu.com

1. Makan kurma banyak-banyak... Sebelum makan tu baca Bismillah dan selawat nabi dulu. Amalkan makan semasa berbuka dan bersahur. AKu selalu makan 7 bijik sekali makan. Kurma tu sedap dan murah... kadang-kadang time tengok TV pun aku makan lagi. Hehe...

2. Minum air sebanyak yang boleh..Air masak biasa tu oke? Bukan air hujan, air terjun mahupun air mata..haha.. kelakar kan aku?? sila muntah jauh-jauh.. kalau buleh setiap kali lalu kat dapur rumah tu tibai segelas air..


3. Minum susu 2x sehari (semasa berbuka dan bersahur)... susu bekalkan kalsium untuk tubuh kita. Bila menyusukan anak, bekalan kalsium tubuh akan berkurangan sama macam semasa mengandung dulu...mesti mau top-up balik oke? Bagi aku, aku cuma minum susu skim biasa saja...tak minum pun susu khas untuk ibu menyusu tu..mahal! Tapi kalau mampu apa salahnya...untuk anak sendiri jugak.


4. Makan sayur sawi. Aku selalunya buat sup sawi ni ala-ala rebus tanpa ditumis terlebih dahulu ..hirup sup sampai habis sebab secara tak langsung sup juga menambahkan bekalan air untuk badan. Ni petua mak aku ni...chewah!
5. Menyusukan bayi secara terus dan pam setiap dua jam sekiranya kita berjauhan dengan baby. Yang penting jangan ponteng pam susu kalau dah sampai masanya. Kalau tak supply akan kurang.
6. Makan makanan seimbang dan jangan lupa makan supplement tambahan seperti Folic Acid dan Vitamin C.
7. Menyegerakan berbuka dan melambatkan sahur.
Itu jelah yang aku amalkan... simple aje kan? Kos pun tak mahal...sesuai le untuk orang yang berjimat untuk persiapan raya pulak macam aku ni. Anak dah 3 beb..baju raya diorang je dah 3 pasang..belum masuk kasut, duit raya lagi dan macam2 lagilah...so amalkan petua rasanya lebih mudah dan murah berbanding mendapatkan khidmat perubatan bagi memperbanyakkan susu.
Salam Ramadhan!
~Sharing is caring~