Friday, July 20, 2012

Ahlan Ya Ramadhan

Assalamualaikum w.b.t..

Esok dah nak puasa! Excited sangat...dalam kepala memikiorkan malam ni nak masak apa le untuk dijadikan lauk bersahur.. Memula ni memang rajin, hujung-hujung nanti entah le..semoga bertambah rajin memasak hendaknya. ;p

Tahun ni kami berpuasa bertiga macam tahun sudah. Saya, Cikgu Misai dan Kakak Damia. Tahun lepas berpuasa dalam pantang. Memang cantik..takde satu hari pun tertinggal. Kakak Damia tahun lepas cuma miss satu hari. Gigih anak dara saya ni berpuasa..sampai badan yang keding bertambah la cinonet menjelang raya. Nak ikutkan rasa kasihan memang kasihan tengok dia..tapi kalau tak dilentur buluh dari rebungnya, dah    *kutai ( bermaksud tua dalam loghat Perak), dah jadi buluh betong nanti... jenuh le jawabnya... :))

Kakak Damia malam ni dah kena niat puasa tau??

Tahun lepas Damia bersekolah tadika. Kelas dalam bangunan rumah, turun kereta je dah sampai. Subjek tak banyak, belajar di dalam kelas yang tak ramai murid dan ada pulak tempat tidur dan rehat kalau budak-budak letih berpuasa. Tahun ni dah darjah 1, kelas jauh kena jalan kaki merentasi kantin. Beg berat macam batu..kerana bawa buku teks yang banyak setiap hari. Kelas pula cuma ada kerusi dan meja tempat belajar.. takde episod rehat dan tidur di sekolah bila letih seperti masa tadika.. Saya berdoa supaya anak dara saya ini kuat dan cekal berpuasa penuh. Walaupun dalam hati rasa macam tak yakin mampukah dia bertahan dengan keletihan seharian menghadap pelajaran di sekolah tanpa makan dan minum. Sedangkan tak puasa pun balik sekolah je terus terbongkang tidur kerana keletihan dan mengantuk terpaksa bangun awal pagi setiap hari. Inikan pula kena bersengkang mata bangun untuk bersahur.. Ya Allah, kuatkanlah semangat anak saya ni untuk berpuasa..

Semalam saya ke Kompleks Yayasan Pahang untuk mendengar ceramah sempena bulan Ramadhan yang bakal menjelang. Penceramahnya Dr. Danial Z. Abidin yang biasa bersiaran di rancangan Halaqah, TV9. Antara intipati yang sempat saya rakamkan ialah berpuasa tujuannya untuk mencapai status TAKWA kepada Allah.

Allah berfirman:-

"Wahai mereka yang beriman, diwajibkan ke atasmu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas mereka sebelummu semoga kamu BERTAKWA".  (Surah Al-Baqarah ayat 183).

Terlanjur berbicara, saya ingin memohon maaf dari semua pembaca blog ini, sekiranya ada kekasaran tutur-kata dalam penulisan saya. Kerana saya hanya manusia biasa yang penuh kekhilafan. Tidak lari dari melakukan kesilapan. Semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna dan semoga ibadah kita ini diterima Allah s.w.t. Jadikanlah Ramadhan ini sebagai platform untuk kita mencapai keredhaan  Ilahi. Ambillah peluang ini untuk bermunajat kepada Allah..semoga doa kita semua diangkat ke langit dan  dimakbulkan Allah. Amin Amin Ya Rabbal Alamin...


Ahlan Ya Ramadhan... sesungguhnya aku amat merinduimu. 


1 comment:

  1. sesama ler kita nak minta maaf kalo ada apa2 yg tersalah dan tersilap.....semoga penghayatan Ramadhan kita tahun ini adalah yg lebih baik dr tahun2 sebelumnya....

    ReplyDelete