Friday, April 26, 2013

Alam dan Manusia

Assalamualaikum..


Saya sebenarnya simple. Walaupun otak saya selalu memikir perkara yang berat-berat. Kebanyakannya dipengaruhi oleh apa yang saya baca. Kadangkala berbual dengan orang asing yang berpapasan di pasar atau di kedai buku lebih seronok..kerana dia macam saya juga, berbual tentang hal-hal kecil dan ringkas dan tak perlu banyak fikir..

Tetapi sekarang ni, saya amat berminat mengetahui apa yang ada disebalik tajuk besar iaitu KESIHATAN, ALAM DAN MANUSIA (macam subjek masa sekolah rendah pulak...) Saya bagaikan ketagihan membaca tentangnya membuatkan saya rela mengorbankan masa tidur, masa makan di pejabat atau masa senggang (yang kadang-kadang ada) setelah anak-anak masuk tidur. Semakin saya baca, semakin jauh rasanya ketinggalan. Semakin saya tahu, semakin banyak rasanya saya tidak tahu. 

Namun, ada satu perkara yang pasti. Setelah berhempas pulas mengkaji, akhirnya segala teori, hipotesis dan praktik, kita tak sedar akhirnya kita dijuruskan ke jalan yang satu ini..di mana kita akan merujuk kembali kepada ajaran Al-Quran. Di sana ada segala-galannya yang kita mahu tahu tentang kehidupan. Seringkali juga saya menangis sendirian membaca tafsir Al-Quran kerana setiap selang 2,3 ayat, Allah telah memberi peringatan apa yang bakal berlaku kepada hambaNya yang ingkar dan lalai. Saya menyesal kerana mengapa tidak dari dulu saya cuba mendalami maksud di sebalik ayat-ayat suci itu.

Bagi yang mengenali saya dari dulu, pasti tahu saya bagaimana orangnya. Jangan hairan kerana saya menulis perkara seperti ini. Ucapkan syukur kepada yang Maha Pengasih kerana Dia tidak membiarkan saya terus hanyut. Saya sendiri hairan diri saya jadi macam ini..tetapi suami saya nampaknya gembira dengan perubahan saya. Selalu senyum.. selalu ketawa, nampak tenang dan bahagia. Ayat-ayat suci dan zikir mempunyai energi dan gelombang yang sungguh kuat walaupun dibaca secara perlahan tanpa didengari oleh orang yang lain. Ini kisah benar dan saya telah tuliskan di entri yang lalu.

Selain dari itu, perut adalah ibu segala penyakit. Jadi perut haruslah sentiasa dipastikan bersih dari toksin. Saya melaburkan wang yang bukan sedikit untuk detoksifikasi (ada ke perkataan ni?) dan mendapatkan segala nutrien yang penting untuk tubuh anak-anak dan diri sendiri seperti omega-3, probiotik, makanan sunnah seperti habatus sauda, madu dan minyak zaitun (sekadar menyebut beberapa darinya). Kerana apa tau? Kerana Rasulullah tak mungkin berbohong. Baginda sendiri mempraktikannya dan berhasil..malah masih sihat dan kuat mengepalai tentera Islam berperang dalam perang Tabuk, dalam usia baginda 61 tahun.

Belum sampai sebulan saya praktikkan makanan sunnah dan lain-lain elemen tambahan dalam pemakanan...Eusoff boleh membina 2 perkataan dalam satu ayat ringkas, dalam bahasa Melayu dan Mandarin, dan mula berkemahuan mengurus diri sendiri. Hanya air mata menjadi saksi segala perubahan positif ini.. Susah nak saya terangkan kerana walau apa pun yang saya taip tetap tak menggambarkan apa sebenarnya yang saya rasa.

Kalau ada yang masih ragu-ragu adakah apa yang saya tulis ini benar-benar berkesan , silalah kaji sendiri sehingga anda benar-benar yakin. Saya mengkaji benda-benda ini bukan sekejap tetapi lebih dari setahun hanya untuk mendapatkan KEYAKINAN itu. Dan setelah yakin, saya cuba, saya berdoa dan serahkan yang selebihnya kepada Allah swt. Jangan ikut-ikut saja, tapi dalam hati rasa was-was, kerana sekiranya tidak yakin, apa pun yang diusahakan akan menjadi sia-sia. Mulalah berkawan dengan buku dan kenalilah laman-laman web yang boleh membantu untuk meningkatkan pengetahuan mengenai apa saja yang anda ingin kerjakan. InsyaAllah...usaha walaupun kecil, pasti ada hasilnya.

Salam Jumaat dan selamat berhujung minggu. Jangan lupa perhatikan apa yang anak-anak anda makan. :)

Makanan kegemaran Rasulullah s.a.w. @ Makanan Sunnah




Saturday, April 20, 2013

Supir Mom

Assalamualaikum..

Sekarang tengah dinihari. Baru masuk 4 pagi..Tak pernah-pernah update blog kat rumah. jam 4 pagi pula tu. Tapi dah mata tak mau lena. Baiklah bangun dari terkebil2 dalam gelap yang tak jadi apa tu. Hihi..

Hari ni, eh...semalam buat pertama kalinya saya kira mileage sebab nak tau berapa jauh saya travel untuk hantar dan ambil anak-anak dari sekolah. Dah masuk tahun ke-2 buat kerja menyupir ni, baru tergerak hati nak tengok berapa jauh saya pergi.


Haa... sekali jauh jugak saya berjalan tiap-tiap hari rupanya. 91.8 km tuuuu...Patutlah sampai tertido-tido kat traffic light! Bila tengok mileage ni tetiba rasa penat... ^__^

Lagi satu nak cerita, hari ni saya pergi 2nd meeting dengan Kelab Warga Kerja. Saya ni kena lantik jadi AJK dengan tak tahu menahu. Saya memang takleh bagi komitmen.. Tau jelah saya busy camana kan? Saya pun hantar surat kat Pengerusi Kelab beberapa minggu lepas. Dan hari ni mesyuarat putuskan kembali sama ada nak terima atau tolak permintaan saya untuk menarik diri tu.

Pengerusi suruh saya cerita kat committee. Saya ni berat hati jugak sebab saya tak pernah cerita berdepan dengan kawan-kawan pejabat, kecuali yang rapat betul. Dah tu pengerusi insist saya cerita, saya cerita la. Tak sangka ada le sorang dua kawan-kawan saya yang tersentuh hati dengar saya cerita sampai kesat air mata la pulak.. Last sekali diorang terima la permohonan saya untuk menarik diri tu. Alhamdulillah...terima kasih semua.

Thursday, April 18, 2013

Toilet Train

Assalamualaikum...

Minggu yang bahagia buat saya. Paling bahagia saya rasa.

My romantic hero.. Selalu romntik dalam kereta tawww? Auuww.. ;D

Eusoff dah pandai buang air di tandas. Di rumah.. dan sekarang di sekolah pun beri kerjasama penuh.. Walaupun ramai orang yang beritahu supaya jangan pakaikan diaper terus bila nak toilet train anak,
tapi saya terus beri pakai sambil tu saya atur ke tandas. Saya tak mau dia terkucil di sana sini, kerana rumah kami yang kecil dan kadang-kadang keadaan memaksa, saya dan suami terpaksa solat di ruang tamu. Dan saya tak mau susahkan cikgunya yang sama-sama banyak membantu..

Sebagai ibu, hanya kita yang memahami anak kita sepenuhnya. Dan saya tahu bila dia bersedia. Anak autism seperti Eusoff perlukan ruang dan jangkamasa yang tertentu, bukan seperti kanak-kanak tipikal seusianya. Memarahinya tak mendatangkan manfaat apa-apa, tidak lebih dari sekadar menyakiti hati dia dan saya juga. Kadangkala saya terusik bila ramai yang cuba mengajari saya bagaimana mahu mengajar anak supaya buang air di tandas mengikut cara masing-masing. ..kadangakala hingga membuatkan saya keliru, rendah diri dan merasa diri saya seorang ibu yang teruk kerana tak mampu melakukan perkara yang sama.

Orang yang tidak punya anak seperti Eusoff selalu memandang jijik anak yang dah besar seperti dia masih memakai lampin pakai buang. Pandangan jijik itu sebenarnya lebih dirasai ibunya, iaitu saya. Kadangkala dengan ibu bapa senasib juga ada yang saling saing-menyaingi, menceritakan kehebatan anak masing-masing lantas membuahkan kecewa di hati ibu bapa yang anaknya tidak punyai kemampuan sama. Kadangkala saya lebih gemar diam, dan melihat dari jauh. Saya faham kadang-kadang ibu bapa seperti saya, mudah teruja dengan kebolehan anak-anak istimewa, walaupun dengan perkembangan yang sedikit dan kecil. Rasanya pengalaman telah mematangkan saya. Saya tak mahu menimbulkan perasaan yang sama kepada rakan-rakan yang lain..Jadi..

Saya kongsi di sini. Kerana blog ini mutlak dan khusus untuk saya mencoretkan apa saja. Dan hanya dilihat  dan dibaca sesiapa yang berminat. Saya berharap sangat tiada kawan-kawan yang membaca merasai apa yang saya pernah rasa itu..dan saya harap apa jua perkongsian di sini mendatangkan manfaat. Sekurang-kurangnya sedikit harapan dan inspirasi.

Ya..anak saya dah buang air di tandas. Walaupun masih dalam lesen 'L', perkembangan yang satu ini nyata amat membahagiakan saya. Gembiranya hanya Allah yang tahu... kerana saya berjaya menunjukkan bahawa ibu bekerja seperti saya juga mampu toilet train anak autisme saya. Terima kasih jua buat Lao Shi Eusoff yang bekerjasama dan susah payah atur Eusoff ke toilet semasa di sekolah. Sebak pulak dah...siap bagi ucapan macam menang award. Heheh...tapi memang benar...ini award atas kegigihan. Terima kasih Allah..

Alhamdulillah...

Monday, April 15, 2013

Masak-Masak..Makan-Makan

Assalamualaikum..

Kali ni nak cerita pasal makan. Hahaha..makan oiii... Sapa yang tak suka makan?? Semua suka makan kannn? Huahua..


Sebenarnya setelah banyak membaca (chewahhh!), saya mengambil keputusan tamau lagi bagi anak-anak dan keluarga makan makanan beli. No no no! Nehi nehi nehi!

Sebabnya...makanan kat luar tu banyak MSG, berminyak (yang dah guna untuk berapa kali goreng tuh! kompem kolestrol tinggi!), banyak perasa dan pewarna tiruan serta ada unsur-unsur was-was dalam penyediaannya.. Asyik fikir halal ke tak halal, hala ke tak halal...sampai bila pun tak abih! Last sekali saya buat sendiri ajelah...senang cite!

Tapi cite je senang...nak buat dia tak senang mana jugak! Kena korban masa, kena korban rehat, kena korban tengok TV, kena korban tido. Heii..banyak la yang kena korban termasuk DUIT. Tapi..demi memastikan anak-anak dapat yang terbaik, patah sayap bertongkatkan paruh..masak tetap masak oh yeah!


Saya dah buat ni dalam 2-3 bulan. Makanan di proses dan sejuk beku ada la jugak beli tapi minima saja la. Ada yang saya tak boleh buat sendiri...mcm minced meat kekadang beli jugak sbb takde mincer daging. Nak buat spaghetti kena beli spaghetti sticks. Nak buat kuey tiaw pun tak reti lagik... Cuma sekurang-kurangnya dah tak makan le fast food dan jugak beli frozen buat penuh fridge. 


Antara kesannya yang terbaik dapat saya tengok pada anak-anak. 



  • Tak sakit perut, tak kembung, tak cirit-birit.
  • kurang selesema, demam dan batuk. Kalau kena pun sehari dua dah baik.
  • Selera makan bertambah. Tanak nasik 3 pot sekali hadap je dah licin periuk. Kalau dulu 3 pot buleh membawak ke malam baru la abih.
  • Eusoff mula rajin bercakap sikit-sikit..dah pandai mengadu kalau adiknya buli dia.
  • Eusoff dah boleh wee kat toilet! Saya dah berapa kali joget dalam bilik air pasal terlampo hepi.
  • Allergy dan sinus semakin mudah dikawal.
  • Bagi kekanak yang tak makan sayur, saya hidangkan sayuran dalam bentuk jus! Sedap hingga menjilat jari..depa pun tak tau air yg depa rebutkan tu ialah AIR SAYUR!! Lalalala...happy dance lagi!
Dan part bapak dia pulak, tentulah seronok dapat makan macam-macam dengan puas. Sebab masak kat rumah kan banyak...?? So boleh la dia makan bertambah... Jangan gomok cam den dah la..hikhik..

Semoga Allah terus berikan kerajinan pada saya untuk memasak untuk keluarga. JOM MASAK!!
Jus timun + limau nipis.

Almond Carrot Cake

Sup tulang epic.

Eusoff makan timun tamau, jus timun lajuuuu je! :)

Pavlova.

Red Velvet dengan Cream Cheese Frosting
Haa...tengok..tengok.. Lapo takkk? Lapo takkkk? Lapo takkkkkkkk????



Wednesday, April 3, 2013

World Autism Awareness Day


Assalamualaikum..

Hari raya datang lagiiii... hahaha.. ini adalah semata-mata gimik.. ^__^

Sebenornye, setiap kali tiba 2 April (iaitu semalam), seluruh dunia meraikan Hari Kesedaran Autisme Sedunia dengan tema warna biru. Manakala bulan April ni pulak adalah Bulan Kesedaran Autisme.

Sejak Eusoff didiagnos menghidapi autisme, ini adalah kali ke-2 kami turut menyertai sambutan ini. Dari malam lagi dah kecoh ke sana ke mari cari baju biru utk digosok untuk dipakai keesokan hari... Meriah tak ubah macam hari raya!

Perjuangan untuk membina kesedaran kepada masyarakat Malaysia bukan senang. Ramai yang tak pernah dengar pun terma 'autisme'. Apatah lagi nak tau kewujudan hari kesedaran autisme ni.  Tengok kat luar negara...kempen diorang besar-besaran. Dengan tema warna biru dan 'Light It Up Blue' (LIUB), kebanyakan bangunan pencakar langit atau mercu tanda yang popular bergemerlapan dengan lampu biru sepanjang April ini.

Cork City, Ireland

Empire State Building, New York


Niagara Falls

Tokyo Tower

Sydney Opera House


Besar harapan saya tak lama lagi KLCC atau KL Tower pulak berlampu biru pada bulan April di tahun-tahun akan datang. Boleh ke gamaknye?

Walaubagaimanapun syukur ALhamdulillah, ramai kawan-kawan dari keluarga besar Autisme Malaysia yang telah diberi kesempatan untuk bersama-sama menjayakan rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) dan juga sesi wawancara dalam segmen Psikologi dan Kesihatan di radio ikim.fm semalam. Walaupun MHI tu saya cuma dapat tengok yang dekat Youtube je sebab waktu siarannya tengah-tengah sibuk nak pergi kerja, tetap puas hati dan menyentuh perasaan jugak. Bangga pun ada jugak sebenornya...kembang kempis hidung I..hihiii..


Mak dan anak mcm biasa ambik gambo dalam kereta sajo..time balik sekolah.
Pun baju biru!!
Sesiap yang nak nengok liputan mengenai Hari Kesedaran Autisme Sedunia di MHI tu boleh le klik kat link yang saya dah tempek kat bawah ni ye?

SELAMAT MENYAMBUT HARI KESEDARAN AUTISME SEDUNIA!

*Dalam kegembiraan dan keterujaan pada petang hari 2 April itu, saya menerima khabar sedih bahawa Chu Dan iaitu bapa saudara saya (adik mak saya yang bongsu) telah meninggal dunia akibat sesak nafas. Arwah Chu Dan meninggal dunia di rumah, tak sempat di bawa ke hospital. Pada awal tahun lalu beliau terlibat dalam kemalangan motosikal ketika hendak ke tempat kerja dan mengalami pendarahan otak. Kerana sokongan keluarga dan semangat yang kuat, Arwah dah pun sihat, dan tempurung kepalanya (yang dikeluarkan ketika berlaku pendarahan otak tu) telah pun disambung semula..tetapi lubang di leher beliau utk dimasukkan ventilator ketika arwah koma selepas kemalangan tu telah terkena jangkitan kuman dan menyebabkan berlakunya ketumbuhan didalam salur pernafasan. Setelah dibedah untuk fasa yang pertama, arwah dah sihat. Memang tak sangka sangat arwah dah tak ada..lebih membuat saya terkilan saya tak sempat nak ziarah kerana urusan pengebumian dibuat dengan cepat dan jarak yang jauh sekurang-kurangnya 6-7 jam perjalanan dengan kereta memang tak sempat saya nak sampai kampung. Al-Fatihah buat Chu Dan...semoga diampunkan dosa dan ditempatkan bersama golongan orang-orang yg dikasihi Allah.

Thursday, March 21, 2013

Hyperlexia & Hypergraphia

Assalamualaikum...

Sejak kebelakangan ini, Eusoff seronok betul menulis. Saya suka sangat..sebab secara tak langsung dia sendiri sukarela nak perbaiki fine motor skill dia. Alhamdulillah.. dari tak pandai pegang pensel, sekarang dah pandai. Tulisan pun  makin kemas dan cantik. Tetapi lama-kelamaan menulis tu dah jadi obsesi pulak. Kalau kat rumah, pen dan buku tulis tak pernah lekang dari tangan. Selalunya dia akan tulis tajuk filem, tajuk drama, tajuk rancangan tv, senarai channel Astro, intisari rancangan, logo dan jenama dari iklan tv, score sukan, nama selebriti seperti pelakon, ahli sukan, penceramah, ustaz, nama syarikat produksi, nama penerbit filem, nama pengarah filem, tarikh wayang keluar panggung dan macam-macam lagi. 

Kalau tak cukup kertas dinding jadi mangsa. Penuh dari depan sampai ke belakang. Dari pintu sliding hingga ke segenap bilik, belakang pintu dan pada cermin, lantai mozek, cadar, sarung bantal, baju, bahagian interior kereta pun dia tulis (nasib baik boleh padam). Sampailah badan dia sendiri pun dia tulis. Setakat buku latihan biasa tu, 2-3 hari je dan habis penuh satu buku. Tak cukup buku contengan, dia tulis macam-macam pada buku sekolah. Dinding sekolah pun dia dah tulis tapi cikgu dia kata nasib baik cat interior jenis yang boleh dibersihkan. 
Buku tulis Eusoff...penuh setiap muka suratnya dengan tulisan macam ni..

Buku sekolah pun jadi mangsa.

Dinding bilik tidur yang diconteng dek budak Eusoff.

Kalau saya pegang tangan kanannya supaya dia berhenti menulis, dia akan menulis guna tangan kiri. Kalau saya pegang kedua-dua tangan, dia pernah menulis guna mulut. Kalau saya sorok semua pen, dia akan tulis guna air liur atau kuah kicap. Atau dia akan guris dinding menggunakan bucu tajam dari permainan untuk menulis. Kalau saya sorok semua pen, buku, kuah kicap, permainan hingga dah takde surface lagi untuk dia tulis atau dia ada di suatu tempat yang takde langsung ruang dan permukaan untuk menulis (contoh: ketika naik motor), dia akan menulis di angin. Waktu nak tidur pun sama...satu tangan akan keluar dari selimut dan dia akan menulis di awangan sehingga terlena.


Eusoff si hyperlexia kini sedikit demi sedikit bercambah tumbuh satu lagi kategori baru iaitu HYPERGRAPHIA iaitu keinginan luar biasa untuk menulis. Walau bagaimanapun, ianya bukanlah sejenis kecelaruan tetapi dicetuskan oleh aktiviti luar biasa di bahagian temporal lobe pada otak manusia. Study case antara hyperlexia dan hypergraphia pula tak banyak yang saya jumpa, kerana kes begini adalah dikatakan jarang-jarang berlaku.


Sebenarnya saya merasa sedikit gusar melihat perkaitan antara hypergraphia dan serangan epilepsy. Itu belum lagi baca kaitannya dengan skizofrenia dan bipolar. Memang merisaukan. Saya harap obsesi baru Eusoff ini tidaklah sampai tahap itu..mungkin cuma pelahiran secara fizikal dari kebolehan membacanya itu saja.

Tuesday, March 19, 2013

Daniel dan Pneumonia

Assalamualaikum...

Baru-baru ini Daniel masuk wad Pediatrik kerana paru-parunya dijangkiti kuman, atau Broncho Pneumonia. Sejujurnya memang saya memang takut bila dia mula selesema dan batuk. Sekiranya tak baik dalam masa dua hari, Daniel akan kena bronchitis dan seterusnya develop menjadi pneumonia. Saluran pernafasan akan mengalami radang dan menyempit, sedangkan kahak yang tak pandai dibuang oleh bayi seusianya kan terus memenuhi paru2 lalu mengakibatkan dia sukar bernafas. Selalunya sekali dua ambil nebulizer di klinik, dan teruskan makan ubat, Daniel akan sembuh. Tetapi tidak kali ini. Setelah dua hari batuk berkahak dan selesema dia mula demam panas yang tak baik-baik. Cemas dan bimbang dengan keadaannya, saya bawa dia ke hospital lebih kurang pukul 10.20 malam selepas neb terakhir di klinik pukul 8 malam. Laporan x-ray menunjukkan paru-parunya dijangkiti kuman..sah, Daniel kena pneumonia. Demam masih tinggi sekitar 38 darjah celsius. Selepas itu, doktor mengeluarkan surat admission dan Daniel kena masuk wad.

Mujur saya dah suruh Cikgu Misai call mak dan abah mertua supaya datang, sebab saya dah bajet memang Daniel kena tahan di wad sebab keadaan dia memang tak bagus...kalau takde mak dan abah, macamana babah dia nak daftarkan kemasukan ke wad dan hantar barang kain baju semua dan nak jaga Kakak Damia dan Eusoff pulak kat rumah tu. Sebaik saja mak dan abah sampai lebih kurang pukul 1 pagi, Cikgu Misai dgn cepat pecut ke hospital dan tolong uruskan pendaftaran dan tolong dukung si Daniel yg meragam.

Agaknya memang dia penat dan susah gile nak nafas, bila pakaikan je tiub oksigen kat hidung dia, Daniel terus diam. Masa masuk wad dia siap happy lagi gelak2. Lepas tu kena masuk IV line dia nangis la..tak gelak dah. Masa tu oksigen level dia 2 liter oo... agak tinggi jugak sebab blood oxygen dia dah drop gile2.

Selepas tu Daniel kena masuk ubat antibiotik melalui drip. Dan makan ubat demam secara oral. Nasiblah dia jenis yang senang makan ubat. Kalau Eusoff yang masuk wad, saya tak taulah macamana...Haihh....

IV line Daniel masa first day tahan sehari je sebab tangan dah bengkak dan dah clog, so kena cabut dan masuk yg lain. Masuk yg lain tahan sampai petang je, dah bengkok pulak, cabut lagi dan masuk IV line lain lagi. Kali ni kat kaki plak. Adoiii...dalam sakit-sakit tu lasak betul! Sampai 3 kali kena masuk IV line...sakit kan masuk IV line tu? Hmm.. kesian Daniel. Tulah, muka je jambu, tetapi ganas jugak sebenarnya..hahaha..


Ni masa demam kat rumah...panas betul badannya. Jerlum air banyak2 kali, kebah...tapi lepas tu naik balik panas.

Pagi hari kejadian. Tido bantal tinggi..walupun demam dan lelah, rambut tetap maintain K-Pop.

On admission.. pakai tiub oksigen.

Ni tampal kat kepala katil.

Curi2 nenen.. Abaikan muka mak yg buroks itu ye? Tak sempat nengok cermin dah..

Daniel kena puasa satu hari sebab doktor takut dia tersedak kalau minum air atau susu. Tapi dah dia dahaga, saya bagi jelah curi2 minum air. Bab nenen pulak sebab dia masih breastfeed, dan tudung saya beso, saya curi2 la bagi dia menyusu mcm ni... nampak mcm tengah tido melekap kat badan macam koala bear, tapi sebenarnya dia tengah nenen. Hahaha...bagus tak?

Nak tido kat bahu je dengan babah dia..ngada tahap gaban.

Pintu ke PICU, bertentangan dengan wad Pediatrik tempat Daniel ditempatkan.  Teringat kenangan lama...iskkk
Daniel ditempatkan kat Wad Kenanga 6C (Pediatrik) bertentangan dengan Wad Kenangan 6B (Pediatric ICU) tempat Eusoff kena severe pneumonia tahun 2010. Masa tu tak tau lagi Eusoff autistic dan masa tu keadaan dia memang bad shape. Sayu pulak teringat kenangan lama bila lalu kat pintu ni..

Daniel on nebulizer 4 hourly.

Tido selepas puas ngamuk.

Gelang ni tak laku dijual di mana-mana pajak gadai.

Hari terkahir duduk kat wad, drip dah off, IV line dah cabut, oksigen pun dah off. Dah boleh bukak puasa...Alhamdulillah. Sakan dapat ngadap bihun satu tray. hihi..

Makan ke main honey star tu?

Percubaan ngorat awek katil sebelah.. Namanya Mya. Daniel siap cakap "Hai...hai..!" Doktor dalam gambar ni panggil Daniel pretty boy sebab muka cam gegirl. Hikhik..
Pemandangan waktu malam dari balkoni Wad Kenanga 6C.. tingkat 6 tu...tinggi oo..cantik jugak kan?

Selepas 4 hari 3 malam kat hospital, Daniel dibenarkan keluar wad. Tapi masa tu batuk dia masih ada walaupun tak seteruk masa masuk wad. Bunyi kahak tu pun masih ada. Jadi saya pun buat keputusan untuk sambor sebijik benda nebulizer tu dan Ventolin 2.5mg just in case dia lelah balik tetiba. Survey kat Farmasi Voon harga dalam RM395.00. Lepas discount tinggal 319.00 jadinye saya pun beli le. Selamat duit gaji...tinggal nam kupang je dalam poket. Huwaaaaaa!!!




Masa ni dia cuma neb 6 hourly sebanyak 3 kali je. Lepas tu bunyi rhonchi dan kahak tu dah completely gone. Alhamdulillah...

Neb kat rumah siap sengih lagi..kalau kat klinik/hospital menjerit dan meronta macam nak  terbalik terlungkup mesin nebulizer tu.

Inilah Omron Compressed Nebulizer yang telah mengeringkan poket saya tu. Tengah kira belen posen-posen  dalam wallet ni...cukup ke nak sampai gaji?? Huwaaaaa...

Budak dah sihat...asyik nak main beskal je keje dia! 
Moral of the story, jangan ambk keputusan lama sangat nak rujuk anak ke hospital sekiranya terdapat masalah pernafasan. Kita takde alat nak measure blood oxygen. Sekiranya drop below 70%, anak boleh pengsan dan menyebabkan komplikasi lain yang lebih merbahaya. Seperti yang korang tau, saya ni sebenarnya kalau boleh tanak anak saya consume antibiotic, dan tanak anak saya makan modern medicine yang ada bahan kimia, tetapi sekiranya kita dah habih ikhtiar dan naluri ibu tu dah bagi signal red alert, jangan berlengah pergilah ke hospital. Alhamdulillah anak saya dah baik dari sakit.. Dan juga janganlah kedekut nak invest demi kesihatan. Walupun peralatannya mahal, atau vitamin atau makanan yang sihat tu mahal, kita kena la usahakan walaupun duit tak berapa nak ada. Duit banyak pun, kalau badan sakit tak guna jugak..tak gitu? Lagi pun nyawa anak dan diri sendiri tiada galang gantinya..

Kiranya dah selamat la duit gaji dan peruntukan untuk balik kampung cuti sekolah ni... Putus harapan nak balik Kuale...huwaaaa!