Assalamualaikum w.b.t.
Saya percaya, tiada istilah terlambat untuk memulakan sesuatu. You are what your mind is telling you. Kalau mindset kita kata kita boleh buat, jadinya memang kita boleh buat. Tak kiralah masa tu dah berumur atau apa.
Saya seorang yang aktif semasa muda dulu. Saya selalu mempercayai bahawa kemahiran(skill) adalah sesuatu yang boleh didapati dengan cara latihan. Bakat cumalah 10% atau paling maksima pun 25% dari semua kebolehan yang kita ada. Dan untuk mahir, tiada jalan singkat selain berlatih dan berlatih sehingga pandai. Ini adalah apa yang saya selalu beritahu kepada pelajar-pelajar saya.
Saya akan berumur 37 tahun pada tahun 2016 ini. Sudah mendekati usia 40-an. Dan masih terlalu banyak perkara yang saya nak buat. Untuk saya, untuk keluarga dan untuk kerjaya saya.
Saya sedang menulis sebuah buku mengenai pengalaman saya mendidik Eusoff. Saya juga bercadang menyambung pengajian ke peringkat sarjana September nanti. Dan saya sedang belajar berenang (sebenarnya saya dah tahu sikit-sikit tetapi belajar dari kawan-kawan semasa di UiTM dulu secara tidak formal). Masih dalam proses mencari jurulatih renang supaya saya boleh belajar stroke yang lain pula selain gaya bebas.
Walaupun tidak bercadang untuk berlari full marathon sejauh 42km pada tahun ini, saya masih mendaftar untuk beberapa acara half marathon 21km. Masih cinta kepada bidang larian jarak jauh, walaupun berat badan kejap naik, kejap turun. Saya sedang giat turunkan beberapa kg lagi, InsyaAllah. Dan saya harap passion terbaru saya terhadap berenang akan membantu membakar kalori dan membantu penurunan berat badan saya walaupun kulit akan menjadi gelap oleh selaran matahari. Sob sob...
Ya..saya dah nak masuk 40 tahun dah. Hidup terasa semakin bermakna bila anak-anak sudah semakin besar. Saya punyai lebih banyak waktu dengan Allah, dan ada masa untuk diri sendiri. Saya tidak pernah berehat dari melakukan segala-galanya untuk mendidik dan mengasuh ketika anak-anak masih kecil , kerana saya anggap ia pelaburan masa hadapan.
Berakit-rakitke hulu, berenang-renang ke tepian.
Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.
Kini masing-masing sudah pandai membawa diri dan tidak lagi perlu terlalu diawasi. Saya sudah boleh menarik nafas lega. Saya tidak rasa seorang isteri dan ibu hanya sesuai berkain batik dan duduk di ceruk dapur. Ibu-ibu zaman kini, janganlah kita kalah dengan anak-anak. Janganlah kita masih tersekat di zaman kita dibesarkan, sedangkan peredaran zaman sebenarnya sedang berlaku dengan sangat pantas, dan anak-anak kita sedang semakin laju bergerak meninggalkan kita.
Pada zaman ini, kita tidak boleh menggunakan lagi ayat seperti "Di zaman mak kecil-kecil dahulu, mak bla bla bla... Jadi awak pun mesti ikut macam mak."Anak zaman ini tidak lahir di zaman kita dahulu, jadi mereka tak mungkin akan dapat mengikut apa yang kita buat di zaman kita sebaya mereka dulu.
Saya percaya penyertaan ibu bapa dalam aktiviti anak lebih memberi impak yang positif. Sekiranya kita turut sama dalam aktiviti mereka, mereka akan lebih menghargai kita turut sama bersusah payah bermula dari bawah bersama-sama dan bukan hanya mengarah itu ini dan menunggu outcome sambil mengharapkan anak berjaya dalam apa yang mereka buat. Saya tidak setuju ibu bapa hanya sekadar hantar anak ke depan pintu kelas berenang, atau hantar anak ke kelas melukis tapi lepas tu ibu bapa balik rumah, pergi minum atau pergi shopping. This is so old school. And I am not an old school mom.
Semoga Allah sentiasa memberkati dan merestui segala usaha saya untuk anak-anak dan mengurniakan kesihatan yang baik. Semoga suatu hari nanti bila ada orang bertanya anak saya "Apa yang kamu paling ingat mengenai ibu kamu?" Dia tidak hanya menjawab jawapan yang stereotaip seperti "Ibu saya pandai memasak".
Dia akan menjawab,
"Ibu saya berlari dengan saya ketika saya suka berlari.
Dia berenang dengan saya ketika saya belajar berenang.
Dia berkuda ketika saya suka berkuda.
Dia selalu ada dalam semua aktiviti saya dan melakukannya bersama-sama".
Semoga keberadaan saya bersama anak-anak akan menjadi memori terindah dalam kehidupan mereka, dan memori inilah yang akan mengingatkan mereka kepada saya ketika saya sudah tiada lagi. Dan semoga mereka juga akan membesarkan anak-anak mereka sendiri dengan cara yang sama dan amalan ini berterusan diamalkan sebagai legasi keluarga kami.
Sementara itu..enjoy our underwater pics!
Terima kasih la kat Amir yang tolong ambil gambar ni, Terasa diri macam ikan paus pulak nengok gambar ni..hahahah |
No comments:
Post a Comment