Saturday, April 20, 2013

Supir Mom

Assalamualaikum..

Sekarang tengah dinihari. Baru masuk 4 pagi..Tak pernah-pernah update blog kat rumah. jam 4 pagi pula tu. Tapi dah mata tak mau lena. Baiklah bangun dari terkebil2 dalam gelap yang tak jadi apa tu. Hihi..

Hari ni, eh...semalam buat pertama kalinya saya kira mileage sebab nak tau berapa jauh saya travel untuk hantar dan ambil anak-anak dari sekolah. Dah masuk tahun ke-2 buat kerja menyupir ni, baru tergerak hati nak tengok berapa jauh saya pergi.


Haa... sekali jauh jugak saya berjalan tiap-tiap hari rupanya. 91.8 km tuuuu...Patutlah sampai tertido-tido kat traffic light! Bila tengok mileage ni tetiba rasa penat... ^__^

Lagi satu nak cerita, hari ni saya pergi 2nd meeting dengan Kelab Warga Kerja. Saya ni kena lantik jadi AJK dengan tak tahu menahu. Saya memang takleh bagi komitmen.. Tau jelah saya busy camana kan? Saya pun hantar surat kat Pengerusi Kelab beberapa minggu lepas. Dan hari ni mesyuarat putuskan kembali sama ada nak terima atau tolak permintaan saya untuk menarik diri tu.

Pengerusi suruh saya cerita kat committee. Saya ni berat hati jugak sebab saya tak pernah cerita berdepan dengan kawan-kawan pejabat, kecuali yang rapat betul. Dah tu pengerusi insist saya cerita, saya cerita la. Tak sangka ada le sorang dua kawan-kawan saya yang tersentuh hati dengar saya cerita sampai kesat air mata la pulak.. Last sekali diorang terima la permohonan saya untuk menarik diri tu. Alhamdulillah...terima kasih semua.

3 comments:

  1. yati, akak pun geng supir mom..malas nak kira berapa milage..tgk belanja petrol setiap minggu pun rasa nak nangis huhu
    apa pun,go go supirmom! hehe

    ReplyDelete
  2. Kak Fieda: Alhamdulillah kak... saya terima kasih sgt atas timbang rasa diorang.

    Kak Syida: Bab petrol takyah ckp la...mmg pokai dibuatnya! Takpe kak...no pain no gain. ^__^

    ReplyDelete