Wednesday, January 9, 2013

Drawing Eusoff

Assalamualaikum..


Semalam cerita pasal Eusoff suka menulis tapi tak suka melukis. Ironik kan? Mak bapak dia fine artists/painter, mengajar pun seni lukis..seni halus. Tapi anak tak minat langsung melukis 

Kerana kedegilan saya tak mahu mengakui hakikat yang anak saya ni tak minat melukis, saya selongkar habis beg dan buku sekolahnya termasuk dari tahun lepas. Semata-mata nak cari LUKISAN Eusoff. 

Denial sungguh mak dia kan? Hahahahaha! 

Akhirnya saya melompat gembira bila terjumpa  SEBUAH LUKISAN dalam drawing pad yang memang saya sediakan dalam beg sekolahnya dari tahun lepas. (punyalah nak suruh anak melukis kann?..kihkihkih)




Gambar lampu isyarat yang bertindih antara satu sama lain. Tapi Eusoff tak warnakan pun. Dia cuma lukis shape lampu isyarat tu. Tapi tak kisah...sebab bukan semua drawing perlu diwarnakan. Line drawing memang tak perlukan warna pun.. 

Bagi saya lukisan dia ni unik dan ada karektor tersendiri. Strong lines but not confident enough. Wise choice of colours tapi ada campur dgn tulisan pulak. Typo tu kacau la Eusoff.. distracting!! Arghhh! Geram pulak nengok perkataan 'AKU' tu kaco je penghayatan mak ni.. Secara kesimpulannya it's a good try. 

(Huh! Mak ni macam kat kelas pulak..tak abih2 dengan crit session! Hehe!!)


Tapi confident level tu memang sangat tinggi kan? Siap bagi A kat diri sendiri pulak tu.. Oke, part ni saya memang gelak besor.. Memang tak boleh blah! HAHAHAHA!


Eusoff..Eusoff... :) 

Good job sayang!


2 comments:

  1. Memang unik traffic light tu.Macam lollipop pun ye..macam aiskrim pun ada..nak kata pokok pun, ada rupa. hehe

    Abil mmg takde talent & minat melukis (so far lah).kalaulah dia pandai melukis, alangkah bahagianya mak dia.haha

    ReplyDelete
  2. Kak Syida.. Eusoff pun tak minat melukis jugak. Drawing ni la satu-satunya yang saya jumpa. Abil minat membaca kan? Sama la diorang.. hehe..

    ReplyDelete