Wednesday, January 23, 2013

Bila Pelukis Pencen Melukis Kembali..

Assalamualaikum..

Mungkin saya sudah serasi dengan kehidupan dan kesibukan saya kini. Mungkin juga sudah lali dengan dugaan dan tuntutan hidup saya dan semakin dapat menyesuaikan diri. Entah dari mana akhirnya kekuatan untuk melukis itu datang kembali.

Ini karya saya yang terbaru. Sebagai warm-up untuk melukis secara serius dan barangkali boleh dijual untuk mendapatkan wang menampung perbelanjaan rawatan Eusoff. Atau mungkin juga ada pertandingan dan pameran lukisan yang boleh saya sertai..mencuba nasib kalau-kalau ada rezeki menang kategori tertentu atau dibeli oleh collector seperti suatu masa dahulu.

Baby Daniel.
Graphite on paper.

Kelapa nan sebiji.
Mix-media on paper.

Apple.
Oil on canvas.
Apa yang saya paparkan dalam entri ini tak seberapa, tapi saya bersyukur 'sentuhan' saya akhirnya menjadi semula. Sebelum-sebelum ini kebanyakan percubaan saya untuk melukis dan mendapatkan hasil yang baik menemui kegagalan. Mungkin sentuhan saya tidak ada 'jiwanya' kerana apa yg berlaku dalam hidup telah mengambil seluruh perhatian, jiwa dan raga saya. Pernah juga suatu masa saya merasa gementar untuk membuat 'demo' lukisan atau catan di hadapan pelajar kerana takut hasilnya tidak seperti yang diharapkan.

Alhamdulillah..Allah telah mengembalikan semula bakat dan kemahiran saya. Mungkin ini petunjuk dariNya dan laluan untuk saya mendapatkan rezeki dariNya. Terima kasih Allah.. atas segalanya.


Doakan agar saya terus berjaya dalam misi ini. Terima kasih.. ;)

No comments:

Post a Comment