Thursday, February 2, 2012

Eusoff Dari Kaca Mataku


Hatiku agak tersentuh bila tengok muka Eusoff bila aku hantar dia ke tadika pagi tadi. Nampak mcm semacam je matanya merenung aku.. Walaupun dia non-verbal, tapi rasanya dia tau hati aku dirundung rawan. Sebab dia mungkin takkan bersekolah di tadika itu lagi selepas ini.. Walaupun cikgunya tak berterus-terang tapi jauh di sudut hati, aku dapat menangkap maksud tersirat.

Perjalanan baru bermula..Ini baru ujian kecil. Sabar...

Memandang matanya membuatkan kasih sayangku padanya melimpah ruah.. Kamu anak mama yang baik Eusoff. Di sebalik autism ini, kamu adalah anak yg baik dan bijak sekali. Dari kaca mataku, dia seorang anak yang mudah dijaga.. Sejak dia masih bayi lagi tidak pernah mengusutkan fikiran aku dan babahnya dan tidak pernah cerewet.. Makanan, pakaian, permainan.. Sekiranya dibelikan untuknya, dia terima dengan gembira. Sekiranya aku katakan tidak, dia tidak pernah memaksa.

Ke mana pun aku bawa dia, sekalipun panas atau mengantuk..dia tidak meragam sebagaimana kanak-kanak yang lain. Seawal pagi manapun tidurnya aku ganggu untuk memaksanya mandi, dia tidak pernah membantah. Dengan mata separuh terpejam, dia akan berjalan sendiri ke bilik air. Itulah Eusoff anak autisme ku...

Walaupun autisme dan tantrum (dengan kata lain mengamuk) seakan sudah sinonim, tapi tantrum Eusoff yang teruk2, boleh dikira dengan jari sahaja bilangannya.. Setakat muka tak puas hati dan jeritan biasa saat permainan kesayangannya dirampas adik atau kakak, beritahu aku.. kanak-kanak mana yang tak pernah melakukannya?

Aku kongsikan di sini gambarnya bermain di halaman rumah ...Dia seorang yang simple dan periang. Kalau sudah mengenalinya, mungkin anda pun akan menyedari betapa menawannya dia.. :)





Semoga Allah akan mempermudahkan segalanya buatmu.. Amin.

3 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Ya Allah Ya Maha Mendengar,

    Kau tabah kan lah hati ibu ini
    Permudah kan lah segala urusannya
    Perkenan kan lah doanya

    Amin. Amin. Ya Rabb.

    Salam,
    zue

    ReplyDelete
  2. Waalaikum salam...

    Aminn.. terima kasih atas doa Zue itu. Semoga Zue juga diberkati ALLAH SWT. :)

    ReplyDelete
  3. Kita serupa...menerima ujian dalam bentuk yg sama...semoga kita dikuatkan semangat menghadapi ujianNya

    ReplyDelete