Monday, September 26, 2011

Hariz & Mysarra


Sebenarnya aku nak taip entri ni malam tadi...tapi letih sangat-sangat baru sampai dari kampung. Si Daniel pulak nak ajak main dengan dia pulak..tak nak tido sampai pukul 12 lebih. Maklum la dia dah sedap tido dalam perjalanan. Tiga-tiga sekali fingsan..tinggal aku je dok teman En. Hubby driving sambil-sambil dok berborak pasal arwah Yana dan anak-anak dia.

Masa aku jenguk diorang hari tu, budak berdua tu demam. Rindu sangat pada arwah emak diorang agaknya..sampai demam-demam. Kesian... Hariz demam panas agak teruk jugak. Aku basahkan towel kecik dan letak kat kepala dia. Malam tu jugak aku bagi dia 'supp PCM' (ubat demam yang masuk kat bontot tu..) sebab badan dia panas betul. Lepas tu muntah-muntah pulak. Nasib baik aku bawak ubat anak-anak aku...complete dengan ubat tahan muntah lagi. Itulah yang dok bagi kat Hariz sementara tunggu siang nak pegi klinik.


Esok tu nampak ada perubahan la..sihat nampaknya. Dah boleh main bola dah tendang sana-sini sampai bising la mak su diorang takut pecah cermin tingkap pulak dah..Alhamdulillah...


Mak cakap hari ke-6 pemergian arwah, Mysarra bentak-bentak suruh carikan mak dia. Balik-balik tadika terus hempas beg. "Nenek pegi carikan mak sekarang jugak.. Cari sampai dapat!" Sayu hati neneknya mendengarkan... tak tau macamana nak bagi si kecik tu faham. Aku ni pun dok bergenang air mata jugak masa mak ceritakan hal tu. Walaupun aku ni gaban.. hati aku sebenornya macam ais kepal..senang je cair dan meleleh la ayor mata terutama hal-hal melibatkan budak-budak kecik ni...teringat kat anak-anak sendiri..kalau aku tak ada macamanalah agaknya diorang.


"Ya Allah... Sekiranya Engkau nak mengambil nyawa aku dan suamiku, biarlah pada waktu itu anak-anak aku sudah besar dan sudah boleh menguruskan diri mereka sendiri. Jangan jadikan mereka anak-anak kecil yang yatim piatu Ya Allah.."

*** ...Sob...sob... :'(


Masa Mysarra main anak patung dengan anak aku si Damia, dia cakap "Emak saya dah mati...saya dah takde emaklahh..." Sayu hati aku. Kesian anak-anak ni...kecik-kecik lagi dah kehilangan kasih ibu. Aku pun layanlah diorang main.. main lukis-lukislah, main masak-masak, main kedai-kedai.. Nampak happy dan becok sekali budak-budak tu. Sekurang-kurangnya bila kami sekeluarga balik jenguk diorang, takdelah diorang terasa sunyi sangat.


Mak masih tak banyak bercakap... Wajahnya masih muram. Masa aku tolong emak kemaskan baju-baju arwah untuk disedekahkan pada orang, mak cakap suami arwah Yana nampak sedih masa tahlil arwah yang ketujuh tu... Bila nak balik pun nampak sedih nak berpisah dengan anak-anak dia. Mak kata "Bila dah tak ada barulah nak menghargai.." Ye..betul tu.. Kita manusia ni memang selalu take for granted apa-apa yang dah ada depan mata. Bila dah tak ada barulah terasa kehilangan...


Apa-apa pun aku harap abah budak-budak tu takkan sia-siakan diorang.. Mungkin inilah hikmah pemergian arwah Yana.. ketiadaannya mengembalikan kasih suami arwah pada anak-anak diorang. Mudah-mudahan...Amin.




Hariz & Eusoff.. dengan gaya "Askar-askar Atuk" ..Hehehe..




Mysarra dengan makcik Damia...dua-dua becok ni...Feninggg...!!



Daniel pun nak enterprem jugak... Makan budak gemokkk!!

Tuesday, September 20, 2011

Belasungkawa buat Yana


"Terima kasih kak.."

Terasa macam baru semalam dia cakap terima kasih pada aku masa aku pimpinkan dia masuk ke dalam bilik.

"Terima kasih kak.." Dia ucap terima kasih lagi saat aku lapikkan tempat tidurnya dengan plastik.

"Terima kasih kak..." Bila aku bantu dia pakaikan tualanya selesai saja dia dimandikan mak di kamar mandi belakang.


Ucapan terima kasih itu terngiang-ngiang di ingatan. Terasa macam dia masih ada lagi di rumah ibu dan bapa mertuaku. Terasa macam mimpi Yana dah tak ada... Sedih bila aku terbayangkan perbualan kami yang panjang buat kali terakhir 2 minggu lepas.

"Saya tak sangkak kak.. saya akan kena penyakit macam ni.."
Aku katakan padanya "Sakit tu kifarah Yana... membersihkan dosa-dosa kita. Itu tandanya Allah sayangkan Yana. Dia mahu Yana bersih dari dosa"

Dia senyum bila aku kata begitu. Dan senyuman itulah yang membuatkan hatiku sebak bila aku kenang-kenangkan balik saat itu. Simpati aku menggunung melihat keadaan dia, tapi apalah yang mampu aku lakukan selain berikan semangat dan bisikkan kata-kata positif padanya.

16 September yang lalu...ketika rakyat Malaysia bergembira meraikan Hari Malaysia, Yana telah pergi dijemput Ilahi pada usia 26 tahun.. Air mataku jatuh dan hatiku menjadi sebu. Tak tahu apa harus aku katakan pada mak saat dia hamburkan air mata di bahuku.

Yana pergi dengan tenang setelah hampir 3 bulan bertarung melawan penyakit ketumbuhan otak. Dia pergi dikelilingi insan-insan yang disayangi dan dirinduinya.

Aku lihat abah termenung...tiada titis air pada mata tuanya. Tapi pandangan kosong itu sarat berisi kepiluan yang entah berapa lama sudah tertanggung. Manakan tidak..semenjak Yana jatuh sakit, abah dan emaklah yang menguruskan segala-galanya tentang Yana...tidak terkecuali anak-anak Yana yang masih kecil. Yana sudah tidak lincah seperti dulu. Kakinya sudah hilang keupayaan, berak kencingnya sudah tidak mampu dikawal, matanya sudah kabur berbalam kerana ketumbuhan itu telah menekan segala saraf yang berada dalam otaknya. Dia bagaikan kembali menjadi bayi yang perlu diuruskan segala-galanya. Abah dan emak jugalah yang tanpa jemu cuba menyembuhkan Yana dengan cara alternatif kerana Yana tetap dengan pendiriannya tak mahu dibedah.

Dan anak-anak Yana, Hariz dan Mysarra kini telah menjadi piatu...

"Abang pergi mana tadi?" waktu aku nampak Hariz di serambi setelah 2 hari pemergian ibunya.

"Abang pergi kubur."

"Abang buat apa kat sana?"

"Abang siram air (tahlil)...lepas tu abang tabur bunga. Abah tanam pokok..satu kat sini, satu kat sana.", sambil dia mendepangkan tangan kiri dan kanannya menunjukkan aksi menanam pokok. "Lepas tu abang tabur bunga banyak-baaaaanyak sangat...Haa! Dah cantik pun rumah baru mak!" kata Hariz dengan nada ceria.

Aku lihat adik iparku yang bongsu mengalihkan wajah ke arah lain... menyembunyikan matanya berkaca.

Hariz masih terlalu mentah untuk mengerti bahawa ibunya telah pergi..pergi yang tak akan kembali lagi. Dan mungkin masih belum terasa kehilangan kerana rumah neneknya masih dipenuhi sanak-saudara yang datang berziarah. Kadang-kala dia nampaknya keliru mengapa ramai yang menitiskan air mata, dan sayu apabila mereka menggosok kepalanya. Dan Mysarra masih leka bermain dengan anak-anakku...seperti tiada apa yang berlaku.

Ada kata-kata terakhir Yana yang akan kekal menjadi kenangan padaku lewat pertemuan kami yang terakhir. Kata-kata yang akan kekal menjadi rahsia kami yang abadi. Walaupun aku bersedih atas pemergiannya, namun aku bahagia kerana dia sudah tidak perlu menderita lagi.

Dia sudah bebas...dan aku bersyukur dengan iringan doa agar dia bahagia di sana dan ditempatkan bersama golongan orang-orang yang dikasihi ALLAH s.w.t...
~Al-Fatihah~




Marliana binti Abdul Halim
8 Februari 1985 - 16 September 2011





Wednesday, September 14, 2011

Anak kanggaroo..




Yes!! Aku baru balik dari Australia...Weeehooo!!!

Chittpodahhhh!! Mcm tipu jek..
Yaaa..mmg tipu... Hahaha!

Bengong...kalau hujan dan lapar, aku mmg selalu jadi camni..ngeee...

Aku memang tak pegi Australia pun...dan tak penah jumpa kanggaroo melainkan nengok kat Animal Planet je makhluk bernama 'Kanggaroo' tu... Tapi yang bestnya pasal kanggaroo ni, dia ada pouch kat perut..Untuk 'Joey' (panggilan untuk anak kanggaroo ye..bukan joey BPR oke?) duk kat dalam tu sejak lahir sampai la besor sebagai tempat perlindungan dan menyusu pun kat situ la jugak..

I like the idea of having a pouch kat perut untuk anak kita duduk dan menyusu, dan kita bawak dia jalan pun sambil dia duduk diam2 dalam tu.. so... aku pun tiru mak kanggaroo...

Tadaaaa!!




Baby Daniel pun dah jadi cam anak kanggaroo...duk dalam pouch. Comei kan?? Dia pun mmg tak suka duk dalam stroller bila aku bawak dia gi jalan2...sebab dia kan ngade2 dan manja terlebih, so dia lagi suka dukung...tapi nak dukung macam tu aje, tak larat sebab dia gomok. Dan nak jauhkan dari risiko baby terjatuh dari pelukan daku, jadinye pakai baby sling la yg paling afdhal buat masa ni bagi menyenangkan aku dan jugak si Daniel ketika pergi berjalan2 atau sopping2..


Sila abaikan muka I yang buroks itu... Apa la si Damia snap gambo bukan nak kira dulu 1,2,3 cheese ke hape.. Sesuka ati dia jek. Cheh!!

Mmm.. babah dia pun selalu jugak gendong Daniel dalam ni. Tapi time dia dah tido je la..kalau babah dia gendong dia masa dia tak tido, komfem dia nangis sebab kalau ada aku, memang babah dia tak baper laku...ngehehe...


Saturday, September 10, 2011

Edit jangan tak edit..


Tengah boring...so, layan Picasa 3 edit2 gambar..
Lawa kan? ( syok sendiri!!) Hahaha...
Posted by Picasa

Thursday, September 8, 2011

Gadget baru..


Happy..happy happy..!!

Alhamdulillah barang yang aku order online sudah sampai. Hehe..nak tau tak barang apa? Kalau tanak tau pun aku tetap nak bagitau jugak..hihihi.. Ia adalah gadget-gadget untuk support pemerahan susu la..apa lagi??





Aku beli semua ni secara online dari www.enjoybreastfeed.com. Aku beli ice pack, cooler bag dan botol susu untuk menyimpan susu ibu. Dan jugak beg untuk pam Spectra 3 aku tu.. Malas betul la nak bawak beg yang biasa aku gunakan tu, kena bawak ice box lagi supaya susu perahan kekal sejuk..Leceh betoi..nak angkat barang sikit punya banyak ke..Kalau dengan beg ini, semua satu kali angkat saja. Mudah la bila aku nak bawak pam dan menyimpan susu perahan kat opis ni...takde la bawak barang macam nak pindah rumah... Hehehehe...


Dulu aku kena kuarkan pam setiap kali memerah macam ni haa...




Skang dah tak perlu kuarkan pam dari beg... Kat belakang pun ada poket untuk kuarkan wayar dan terus sambung ke plak. Jimat ruang, mudah dan nampak elegan digunakan..Takde la nampak wayar dan tube berselirat lagi ..bergulung-gulung dan bersimpul-simpul macam bihun daaa.. hehehe.. :)



Semangatnya nak kumpul stok susu...kalau la ada satu bijik deep freezer untuk aku simpan stok susu kat umah lagilah bagus.. Ada tak sapa-sapa yang baik hati nak sedekah kat aku? Tehehehe..


Wednesday, September 7, 2011

Daniel dan Susu




Cuti bersalin selama 2 bulan dah berakhir. Masuk kerja balik dengan otak yang blur.. keh keh keh! Ini la akibatnya terlampo lama sangat bercuti. Habih semua benda jadi lupa.. Hehehe.. Dah dekat-dekat nak abis cuti tu, si Daniel tetiba buat perangai tanak susu botol. Secara tepatnya, tanak susu formula!!

Otak aku tiba-tiba jadi jem..serius!!

Jadi aku cuba bagi dia susu badan yang diperah.. Gunakan botol jenama First Years yang menggunakan teknologi breastflow... Puting dia ada 2 dalam bentuk soket..satu yg berwarna biru letak kat belah dalam puting silikon tu.. Cer kome tengok bebetoi... Cool kan?



Actually, botol ni Eusoff punya masa dia baby. Aku beli kat Sogo.. sebab kat Kuantan takde jual. Spesel ooo botol ni... Sebab aliran susunya meniru aliran susu ibu sama seperti apabila bayi menyusu secara terus dari payudara.. Bayi akan mengawal aliran susu yang masuk ke dalam mulutnya, seperti ketika ia menyusu pada ibunya. Kiranya botol susu meniru breastfeeding laa...Sesuai bebenor le untuk latih bayi yang tak mahu menyusu dari botol susu macam si Daniel itu.. Masa beli dulu aku dah borong puting botol ni 2-3 saiz banyak-banyak sebab jauh la nak beli puting baru kat KL tu..so ada 6 puting baru yg tak digunakan lagi. So, yang itulah Daniel plak sambung pakai sekarang ni...


Disebabkan baby Daniel tanak susu formula, aku pun berikan dia susu perahan. Kerja sampingan aku sekarang ni ialah mengepam susu untuk dibekalkan untuk Daniel di nursery. Aku gunakan pam susu elektrik jenama Spectra 3.


Aku beli dari kawan opis yang dah tak guna lagi dah pam ni...condition pun ok lagi. Lagi pun murah je dia jual, jimat la dari aku beli baru. Pam ni pun bagus sebab ada double pumping.. Yang penting suctionnya tak sakit dan meniru motion hisapan mulut bayi. Memang best sangat ada pam ni..memudahkan urusan mengepam di pejabat atau pun di rumah. Sekali pam waktu pagi dalam kul 10-11 pg, dapat la 7-8 oz. Kalau pam waktu petang dalam pukul 3-4 petang dapat la lagi 7-8 oz. Lebih dari cukup sebenornya untuk keperluan baby sebesor Daniel tu..freezer pun kecik, tah mana aku nak simpan susu-susu tu sume. Rasa nak beli freezer baru je..


Daniel memang pandai memilih.. tak dinafikan susu ibu memang makanan terbaik bagi bayi. Selain daripada tu MENJIMATKAN DUIT.. Susu formula Langkah 1 rata-ratanya harga sangat la mahal..mujurlah Daniel nak susu free je..kalau dia nak susu jenama Pediasure ke, mau meninggal aku nak beli susu tu..tin besar je dah 100 lebih...erkk!!




Tengok.. babah Daniel pun bukan main gembira lagi sebab tak payah beli susu mahal untuk anak dia.. Tido pun sengih je... Ini namanya tido dalam imannnn...

Ekekekeke..!!




Monday, September 5, 2011

Majlis Berendoi Daniel

Pada malam raya ke-5, aku dan Mr.Hubby serta mak, adik aku si Amir dan abang aku Rahim telah berpakat nak buat kenduri kesyukuran, tahlil arwah abah dan majlis berendoi dan marhabban sekali untuk si kecik Daniel Mirza.

Mak berniat kenduri kesyukuran sebab telah selamat menunaikan umrah dan berpeluang pulak berpuasa di Mekah, adik aku kerana dapat koje gomen sebagai pembantu makmal di Malay College, abang aku pulak kerana dapat bertukar ke semenanjung setelah 9 tahun bekerja di IKM Kota Kinabalu...dan aku kerana selamat melahirkan si Daniel yang bulat itu..hehehe... sambil tu kami buat tahlil sekali untuk arwah abah, tanda kasih yang abadi dan ingatan berkekalan dalam saat-saat gembira begini walaupun arwah dah lama meninggalkan kami...

Adik aku bertugas menangkap gambo sebab memang tak menang tangan sangat aku nak jadi potograpernya...dengan si kecik tu menangis nak aku temankan dia berbuai, si Eusoff yang lari lintang-pukang kat luar.. memang huru-hara nak handle budak2 kecik tu..mujurlah Damia dah besar dan dah pandai bawa diri sendiri... Buai berendoi pun hias sendiri je, jadik bidan terjun mengkretipkandiri dan segala goodie bag pun buat dengan kadar segera dan kelam kabut sangat... Susah rupanya dah beranak 3 ni..tak dapat le nak membuat segalanya dengan sempurna, tapi Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan tetamu pun kenyang dapat makan masakan kampung pada malam itu...

Ada la sikit gambar majlis tu..sebelum bateri kamera aku kong.. Terima kasih En. Amir kerana bertindak sebagai potograper tak bergaji pada malam itu...walaupun beliau termasuk dalam golongan orang yang diraikan, takde sekeping pun gambar beliau... takpe..itu la namanya pengorbanan ye adik2 sekalian.. ngehehehehe..