Tuesday, June 12, 2012

Hidup ini sebuah putaran..

Assalamualaikum...

Ini adalah entri yang dah berbulan saya fikirkan untuk menulisnya, tetapi Allahu Akbar...amat berat sebenarnya saya untuk memulakan.. 

Saya tidak meminta untuk dikasihani. Saya tidak minta semua orang bersimpati pada saya dan anak istimewa saya.. Walaupun saya mengharapkan orang lain di sekeliling untuk memahami, sejujurnya..itu cuma  sebuah HARAPAN. Sekiranya anda tidak faham, saya tidak marah..dan tidak berkecil hati. Kerana bagi seseorang yang tidak berada di tempat saya, agak sukar sebenarnya untuk memahami dilema dan permasalahan seorang ibu yang mempunyai seorang anak kelainan upaya. 

Cukup sekadar biarkan saja saya menangani masalah saya dengan cara saya  sendiri. 
Let me deal with my problems in my own way. 
Let me be...

Sekiranya saya perlukan pandangan atau nasihat, saya sudah pun mempunyai saluran yang tepat dari golongan profesional. Saya tak akan meminta nasihat dari orang yang saya tahu tidak mampu memberikan nasihat yang saya perlukan.

Saya sedih memikirkan kenapa ada sebilangan orang suka menjaja cerita saya, dengan ditambah rencah dan perisa (agar lebih sedap barangkali..). Dilelongkan cerita saya kepada superior dan rakan sekerja. Diputar-belitkan untuk menampakkan kebagusan diri sendiri. Saya dijadikan kambing hitam bila berlaku masalah. Saya dikatakan tidak jujur dan mengambil kesempatan dengan menggunakan anak saya sebagai alasan. (Tuduhan ini yang paling menghiris hati saya). Sedangkan saya percayakan dia...kerana itu saya pernah menangis di depannya suatu ketika dulu apabila emosi saya sudah berada di kemuncak. Saya pernah terpesona dengan kelembutan dan air mukanya yang kelihatan jujur. Terpedaya dengan kenaifannya dan lagaknya yang suci. Sedangkan pengkhianatan yang dilakukannya amat amat amat keji.

Adakah orang ini seorang MANUSIA?? 
Layakkah dia digelar MANUSIA??
Sedangkan isi hatinya yang jahat dan busuk tak ubah seperti SYAITAN.


Saya sudah berusaha menangani emosi saya bersendirian. Saya cuba elakkan daripada bercerita kepada orang lain mengenai anak istimewa saya. Saya cuma bercerita dengan rakan-rakan senasib kerana hanya mereka yang memahami. Saya berusaha untuk senyum di hadapan orang lain sekalipun hati saya sarat dengan kepedihan dan air mata. Saya menjadi pendiam dan tidak menonjolkan diri di hadapan rakan sekerja kerana saya bukanlah orang yang suka mencari perhatian. Sebolehnya saya tidak mahu berhadapan dengan konflik di pejabat... Kerana saya sudah cukup dibebani seribu satu masalah yang lain..

Apa lagi salah saya sehingga saya tetap juga dijadikan sasaran?

Saya tahu Allah itu Maha Adil dan Dia Maha Mengetahui. Saya juga yakin dunia ini ibarat roda dan kita semua hidup di dunia ini di dalam sebuah putaran. Hari ini dia menganiaya saya, mungkin suatu hari nanti perkara yang sama berlaku terhadapnya.. 

Ya Allah, kau tunjukkanlah kebenaran..
Kau sabarkan dan tabahkanlah hatiku ini Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim...
:'(

Pedih betul hati saya menaip entri ini..

Saya begitu sedih kerana saya orang yang terakhir mengetahui warna sebenar 'sahabat' saya ini.. Sedangkan satu dunia sudah melihat dan mengetahui tembelangnya. 

Walaupun saya mahu memaafkan orang ini kerana dia pernah menjadi seorang sahabat.. sejujurnya hati saya begitu pedih untuk sebuah kemaafan.







4 comments:

  1. Suhana Mohd AliasJune 19, 2012 at 1:27 PM

    Yati...
    Dalam masa yang sama secara kebetulan Su juga pernah terkena dengan orang seperti ini.. lemah lembut manis bicara, nampak sangat lurus...

    Mungkin situasi kita berbeza... cuma bezanya Su ada sokongan dari rakan2 yang memahami... mula2 kawan2 pun tak ada di side Su... lama2 tanduk dia dah tertonjol, so orang pun malas nak layan dia dah. Dia baru masuk kerja tetapi dalam lemah lembutnya tanpa disangka dia seorang yang hipokrit.

    Yati... kisah Yati & Eusoff sentiasa Su follow... kadang2 bercerita dgn kawan2 Su. Su bangga untuk bercerita. Su minat juga baca kisah2 kawan2 Eusoff yang lain juga. Pengetahuan bertambah. Sangat menarik dan Allah mengurniakan anak yang sangat bijak. Walaubagaimanapun Allah telah memilih Yati sebab dia sedang menguji...

    Sabarlah Yati... kebenaran akan terserlah ahkirnya. Allah sayangkan kita, setiap berlaku ada hikmahnya. Kita doakan semoga pintu hatinya terbuka untuk memahami situasi Yati dan insaf dengan apa yang dilakukannya.

    Kalau kita lebih memaafkan orang hati kita akan lebih tenang... memang sukar & payah... doa banyak2 Yati agar kita terhindar dari fitnah dunia..

    Suhana... p/s : kenal kan... :)

    ReplyDelete
  2. sabor jer ler.....beringat2 selalu ....buat baik berpada2, buat jahat jgn sekali....takut kita yg kecewa nanti...

    ReplyDelete
  3. Kak Ery: TQ Kak...thanx..
    Sue: Kenal la Sue.. :) Thanks sudi baca blog yg tak seberapa ni. Oh dear..Sue pun terkena juga ke? Itulah Sue.. Hati budi orang ni mmg sukar nak dibaca. Takpe.. Tuhan itu Maha Adil. Setiap perbuatan tu ada balasan mengikut amalan masing-masing.. Saya redha andai kata ini ujian Allah buat saya.
    Yeop smsaroni: Betul tu Yeop..lesson learnt the hard way..mmg betul kita kena selalu berhati2. Thanks Yeop.. :)

    ReplyDelete