Assalamualaikum..
Sempena cuti sekolah ni, saya ambil cuti untuk bwa anak-anak balik ke rumah Opah diorang kat Kuale Kangsar, Perak. Jauh tu...bukan nak katalah. Makan masa 6-7 jam juga perjalanan tu.. bergantung pada speed dan kadar kesesakan jalan raya. Kalau ada kemalangan pulak di lebuh raya, dah tentu makan masa lebih lama lagi. Jawabnya makin lambatlah kami sampai ke kampung.
Jam Besar yang ada di bulatan di tengah-tengah bandar yang menjadi mercu tanda Kuala Kangsar.
Kami balik kampung pada hari Selasa minggu pertama cuti persekolahan. Kami bertolak dari Kuantan jam 9 malam sebab siangnya tu saya masih bekerja lagi. Lagipun berjalan malam sejuk, anak-anak pun dah keletihan dan mengantuk. Jadinya mereka akan tidur sepanjang perjalanan. Tak adalah diorang buat perangai sebab bosan dengan perjalalan yang terlalu jauh tu. Kesian Cikgu Misai memandu berseorangan.. Tak tahulah kenapa, sejak beranak kecik ni, memang dia tak benarkan saya bergilir memandu untuk perjalanan jauh. Agaknya dia tak sanggup nak dukung si Daniel yang tak reti duduk diam tu kot dan serahkan tugas melayan si kecik tu sepenuhnya kepada saya..hehehe..
Lampu-lampu sepanjang jalan masuk ke bandar Kuala Kangsar dari exit lebuh raya PLUS.
Kami sampai ke Kuala Kangsar jam 3 pagi. Lampu rumah mak masih terang. Buka je pintu pagar, mak terus jenguk dari tingkap bilik. Huh...tak tido lagi rupanya dia. Masuk dalam je, tengok semua tilam bantal dah siap dibentang untuk kami melepaskan penat. Terbaeklah...mak memang The Best!
Balik kampung memang 'heaven' kata omputih.. Bangun pagi je, dah terbau harumnya kopi panas dan nasi goreng atau nasi lemak yang mak sediakan. Tengah ngantuk tu pun perut tetiba je boleh jadi lapar.. Memang saya rindu dengan mak.. Rindu dengan suasana rumah tempat saya dibesarkan.. Rindu dengan masakan mak. Walaupun makanan biasa, walaupun saya sendiri tahu memasaknya dan saya sendiri dah jadi mak..Mak sayalah tukang masak terbaik. Kalah Chef Hotel 5 bintang... :)
Kari ikan mak ni...fuhh...memang terangkat beb!
Saya ambil gambar ni masa bawa mak pergi check BP di hospital sebelum pergi ke pasar Jumaat depan 'merket' Kuale..
Budak 'ghenit' kata Opahnye..
Depan gate Istana Iskandariah
Berjalan-jalan dengan Pak Cu Amir ke Bukit Chandan
Habeh white board Opahnye dikojekan bebudak ni..
Bergambar dengan anak-anak sedara dan anak-anak sendiri..hehe..
Sebelum balik ke Kuantan tu, saya sempat juga bawak mak dan adik saya si Amir pegi Cameron Highlands untuk jalan-jalan. Punyalah jem nak sampai atas..kalau jem strawberry takpelah juga. Ni jalan yang jem.. Patutnya sekejap je dah sampai atas, tapi sebab jem pukul 2 petang baru sampai kat Tanah Rata. Kami pun terus beli lunch dan makan dekat Taman Rekreasi. Sambil tu budak-budak pun boleh bermain dekat playgorund yang ada kat situ.
Cameron Highlands rupanya dah tak sejuk macam dulu. 2 tahun lepas kami pergi Cameron, sejuk la jugak saya rasa. Sekarang siap panas lagi tu. Cuma bila dah petang tu, ada tiupan angin..barulah terasa sikit kesejukannya. Saya ingat lagi dulu masa kecik-kecik kalau pegi Cameron Highlands siap pakai baju sejuk tebal lagi. Sekarang anak-anak saya siap pakai t-shirt dengan seluar pendek je.. cheh! Inilah harganya yang perlu dibayar demi pembangunan. Mana taknya...dah banyak bukit digondolkan untuk pertanian atau pembangunan hotel dan resort.. Sedih..tapi itulah hakikat. Cuma masa ambil wudhu' masa kami bersolat jamak di masjid Tanah Rata tu, airnya memang macam air dari peti sejuk..dingin sampai ke tulang. Menjelang petang lepas shopping sayur-sayuran dan buah-buahan kami pun bertolak balik turun ke Simpang Pulai.
Kakak dan Opah yang ngantuk semasa mengharung kesesakan lalu lintas ke Tanah Rata Cameron Highlands..
Strawberry Cameron ni kome... Sedappppp!
Hero dah start nak berlari..
Opah bersama cucu-cucu bertuah..
Eusoff kat pasar Malam Cameron Highlands.. kena pakai safety strap.
Takut hilang di celah orang ramai!
Balik dari Cameron singgah pulak kat Pasaraya Besar Mydin yang baru dibuka kat Jelapang...
Besar oooo kompleks dia...
Budak ni sengih je kalau dekat mama dia... Kalau hilang je mama, merengek... Melampo sangat manjanye.
Maklumle..mama dia cuti.. berkepit je le kojenye!
Dengan itu, berakhirlah percutian kami yang sangat best. Esoknya kami pun bertolak balik ke Kuantan.. Masa nak balik tu ada le juga episod air mata si Naily Damia..biasalah...dah berkepit dan tido dengan Opah selama kami berada kat kampung tu..mulalah tanak balik. Kalau dekat takpe la, ni jauh... Puas juga le pujuk. Hehe..Raya nanti kami balik Kuale lagi ye? Sayonara Kuale..Sampai jumpa lagi!!
Opah dan Opah Mini (Damia)..hehe.. Masa ni nak pegi solat Maghrib berjemaah di Masjid Taman Kuala Kangsar. Muka pun serupa je..tu pasal la geng! We miss you Opah!