Assalamualaikum...
Setelah aku berlari selama lebih kurang 8 bulan, menyertai beberapa event 3-10km, tibalah masanya aku melakukan HALF-MARATAHON yang PERTAMA berjarak 21km! Event ni bertajuk Malaysian Women Marathon dan disertai kaum wanita aje (bersama beberapa ketoi pacer lelaki) bersempena International Women's Day 2015.
Cabaran dia bukan setakat lari 21km, tapi aku kena drive sendirian ke Shah Alam dengan Myvi Cikgu Misai (sebab kete ni je auto!). Berpandukan GPS dan Waze kat henpon Acer cap Indonesia aku ni, aku redah jugak pegi Shah Alam sorang-sorang dan balik in ONE PIECE! Hohoo..kemajuan kan kannn? kehkehkeh...
Pagi 7hb Mac 2015 (sabtu) tu, aku bertolak dari rumah pukul 8.30pg mcm tu. Berhenti isi minyak full tank kat Petronas Pandan, lepas tu terus menuju ke exit Gambang. Perjalananan sungguh lancar, berhenti sekali lagi dekat Petronas Sungai Dua, Bentong beli Snickers dan pegi toilet. Lepas tu benti sekali lagi kat Hentian Gombak sebab nak setkan Waze nak pegi Taman Melati umah my bestie katanya nak jemput iols makan-makan dan small gathering gituh! Alhamdulillah..senang je sampai umah dia. Yayyy..!! Walaupun aku bajet sesat..sekali tak sesat pulak. Hoho...siap sampai awal lagi makcik tu belum siap. kahkah... Alhamdulillah. Terus mesej Cikgu Misai cakap dah sampai Kay Ell..
Pukul 1 makcik sorang lagi sampai..nak tompang carbo-loading walaupun tak lari. Memang normal kalau aku carbo-loading orang yang tak lari akan tompang sekaki melantak bagai nak rak.. hahaha
|
Yaa...lihatlah nasi arab itu dgn kambeng. Ya rabbi sedapnya yang amat.. |
|
Dari hadapan, Mak Buyung si Farrah, aku dan Tuan Tanah si Baya |
|
Bersama tuan khemah..eh..tuan tanah..ehhh..tuan rumahhhh! Boy yg comel itu Daniel the special one..Daniel mcm Eusoff juga! |
Pukul 1.30ptg camtu aku gerak nak pegi ambik my BFF cum my pacer untuk event esok tuh, Makcik Jie!! Sekali kali ni Waze bawak aku sesat la plak. hahaha..Sbb jalan yg sepatutnye masuk dah tutup ada construction, dia bawak aku pusing2 kat KLCC plak..kejadohnye? Disebabkan maleh nak pusing-pusing ala roundabout kat KLCC tu, aku call je makcik tuh suh pegi KLCC naik LRT dan aku pick up je dia kat sana. Tunggu dlm 20 minit, makcik tu sampai. Selepas selesai sesi beramah mesra dan polok-polok dalam kereta, dia pulak take over bacakan maps dan direction Waze sehinggalah kami sampai ke Hotel De Art kat I-City Shah Alam. Check in je, baring-baring dulu...hati dah nervous sambil tu call Cikgu Misai cakap dah check-in dan call lagi sorang makcik si Shahanie penduduk tetap Shah Alam ni suh datang geder-geder malam tuh and tunjukkan jalan nak ke starting point esoknye. Ni lari tak seberapa jumpa geng-geng makcik je yang lebihnye kann...haha..gasakalah, bukan selalu dapat bujang camnih kannn..
|
Ambik gamba dlm bilik hotel tempat skandal kitorang..hahahaha |
|
Budak Chadeeja ni...eeiii..geram nau dgn dia! |
|
Sha, Jie dan Yati. Just like the old days. Reunion after almost 13 years. |
Malam tuh kami pun makan-makan dan survey starting point, parking area dan lain-lain. Sampai kat tempat kejadian je rasa nak terkencing dekat 20x sebab nervous tahap gaban. Main-main dengan baby Chadeeja anak si Sha, ambik gamba selpie bagai nak rak, kira rasa rileks la sikit time tuh. Bestlah ada 2 org makcik ni, boleh tone down sikit adrenaline rush dan anxiety aku. Lepas balik hotel dia buat balik dah...nervous sampai takleh tido. Argghh..
8hb Mac 2015.
Order wake up call kat reception pukul 3.30, pukul 2.30 dah bangun...mata takleh lelap sebab
nervous sangat-sangat-sangat. Terkebil-kebil sambil tengok si Jie sedap tido..argghh..tensen!! Aku pun mainlah tepon..main pesbuk..main instagram.. nak main wassap orang semua tengah tido plak... Sekali receptionist call je pukul 3.30 pagi, terus melompat jawab call dan terus je pegi siap. Pagi tu sebelum gerak,berjaya telan 3 ulas cenonet kismis, 2 ketoi kurma dan separuh botol isotonic drink. Aku dan Jie pun bergerak ke starting poin jam 4.10 pg camtuh. Sampai je..dah nampak beberapa runner jalan dalam samar-samar cahaya lampu jalan. Parking pun banyak lagi kosong dan kami berjaya dapat parking spot yanga agak comei la kat tepi sekali. Nervous aku masih ada tapi berkurangan sebab dekat area stage dah mula meriah dengan organizer dan Emcee membuat bunyik-bunyik bising yg best.
|
Tak reti aih nak posing angkat kaki cam si Jie nih..haha |
|
Ngantuk dan nebes! |
Jam 4.30pg, peserta Full Marathon (42km) mula dilepaskan. Kami pun turut sama bersorak dan bertepuk tangan untuk support runner2 FM. Lepas tu mula la Emcee panggil organizer MWM Mdm Karen Loh utk berucap dan seterusnya menayangkan nama virgin runners di skrin untuk half-marathon pulak. Yaaa..nama gua pun ada! Perghh..terharu iols walaupun nebes dan ngantuk ya rabbi. Selepas tu diadakan acara zumba untuk warm-up dan sempatlah penat dan berpeluh sebelum mula lari. Kami mula menyusup dicelah orang ramai untuk ke garisan permulaan dan tepat jam 5.30 pagi peserta Half-Marathon mula dilepaskan. Yes! This is it! This is the moment I've been waiting for, my hard work of training and my exhausting LSDs. Lari Yati oiii..ko nak sangat lari kannn???
Jie berlari di hadapan dan aku kejor dia dan kejor dan kejor. Makin ku kejor makin dia laju. Kaki dia macam kartun, gile la weii..penat makcik! Lepas dah 1.5km camtu aku pun tak larat dah.. yelah..makcik ni pace 8-9,im/km...orang tu pace 6min++/km. Perghhh.. gitulah slow and steadynye aku..hahah...kesian dia kena slow down pulok tunggu aku punya pasal. Sampai kat km berapa entah, ada mobile surau..kami pun benti dan solat Subuh. Kat situ jelah yg benti lebih 10 minit, yg lain semua kami lari-jalan-lari-jalan sampai ke garisan penamat,
Kat setiap 2km ada la water station dan toilet bergerak (yang aku bajet2 akan terkencing setiap kali aku nampak tu, tapi sebenornya sekali pun tak masuk sampai abis race). Kat situ jugak ada ambulans dan St.John yang standby tunggu kot-kot ada sapa-sapa sakit. Setiap kali benti minum je aku akan ambik air garam dan isotonic drink untuk minum, manakala air sejuk tu aku buat simbah-simbah muka je nak bagi sejuk. Setiap kali minum aku gelojoh mcm Viking sampailah dah separuh jalan baru la makcik pacer cakap.."minum tu sip sikit-sikit jangan teguk ganeh2."Beliau kata, ni advice dari seorang pro runner. Hampeh! Dah banyak kali aku minum ganeh ni baru dia nak bagi tau aku...ok lepas tu kat lain-lain water station, aku pun minum ala2 wanita melayu terakhir.
|
Pisang tandukkkk!! |
Sampai kat Dataran Shah Alam tu ada plak abam-abam bomba sembur air ala2 shower kan, sempat la aku selit henpon Acer cap Indonesia tu bwh ketiak takut jahanam kena ayor dan aku pun lari-lari ala iklan Mild Seven kat pantai bawah air shower saiz beso tuh. Sejuk ngkooo....pergghhhh...meme best weii. Entah kat km berapa disediakan pulak in-race breakfast berupa pisang dan kek pisang. Aku dgn Jie rembat pisang je..sempat buat kelakau pulak tu dengan pisang sambil selpie sampai ada aunty chinese kat belakang tompang sekaki gelak tengok makcik2 main pisang mcm jakun je apahal kan...
Akhirnya dah dekat-dekat nak abis tuh kaki ni mcm nak lari je pulak..aku pun slow jog sambil mengekor jie yg berjalan. Yaaa..inilah teknik larian kura-kura, jimat energy. hahaha... Akhirnya kami berjaya abiskan 21km dlam masa 3 jam 03 minit (ikut Endomondo sprots tracker) manakala official timing plak 3 jam 7 minit. Alhamdulillah... Sampai je Sha pun ado kat garisan penamat dok cheer kat kami dan adik dia pun ada gak masuk which we met earlier kat Surau bergerak subuh tadi. Tamatlah sudah acara lari. Leganya perasaan dan happy melampau-lampau sebab endorphine overflow dan feeling sebuah kejayaan itu..MasyaAllah sungguh luar biasa nak habaq maiii!
Terima kasih Allah..kerana perkenakan doa aku untuk tamatkan 21km tanpa injury walaupun dekat setapak dua lagi kat finishing line tu kaki mcm nak cramp tapi dia tak jadi. Ahamdulillah 3x... Lepas setel semua, dah ambik medal, dah bergambo, berzumba bagai..kami pegi sarapan kat Seksyen 10 dan balik ke hotel semula untuk qadha tido! Mintak kat reception extend check out pukul 1, dan lepas tu kami pun balik ke KL semula. Sempat shopping compression outfit dengan Jie kat Sports Direct, melantak dan mengopi sebelum drive balik Kuantan. Sebelum pukul 7 malam dah terpacak depan umah dan terus polok budak-budak 3 owang yang buat tak tau je kat mak dia. Kita punyalah rindu kat depa..depa lagi sibuk selongkar beg cari jajan..chehhh!!
Sekiannnn...majulah sukan untuk negara!
|
Tangan terkembang tahan kaki dari nak cramp.. |
|
Geng Kuantan..Syazrah |
|
Medal so cute! Suka sangat2!! |
|
Geng runners yg baru berkenalan..kalau tak salah dari JB dan Klang Valley |
|
Geng runners kawan2 baru |
|
Bersama makcik cheerleader |