Assalamualaikum,,
Selama ini Eusoff seakan tiada emosi.. Tidak berimaginasi. Hidupnya sekadar imitation atau peniruan. Jadi kami cuba mengembangkan emosi dan imaginasinya dengan bermacam cara..
Jadi bila anak itu sudah punya imaginasi, kreativitinya mula bercambah. Dia mulai berminat mencuba perkara baru..menjelajah dunia yg mungkin baru baginya walaupun selama ini dia sudah bertahun hidup dan bernafas dalam dunia yang sama.
Tiba-tiba anak saya yang manis dan lurus itu sudah pandai..
- main sabun - tunggang sebotol cecair pencuci lantai dan cuci bilik air (kononnya laa)
- main semburan Ridsect..eeekkkk!!!!
- cuba stylize rambut sendiri...habis satu tube gel rambut bapak dia!
- cuba nak cuci kereta dgn car shampoo
- conteng dinding dan melukis macam-macam
- cuba masak sendiri mee...
- pakai mekap dan tudung I!!
- sembur air dari paip (dari bilik air master bedroom) ke dalam bilik..abis lencun tilam..
Jadi rumah saya kembali riuh dengan jeritan soprano ala-ala Tarzan Rimba..
"Mama...eusoff main sabunnn!!"
"Mama...eusoff main sabunnn!!"
"Mama...eusoff conteng TV!!"
"Mama...Eusoff main air!"
Eusoff itu...
Eusoff ini...
Kasihan dia selalu dimarahi... Seorang anak yg tidak mumayyiz sepertinya...cuma bertubuh besar, tapi fikiran seperti anak kecil.
Saya tidak mahu bersedih...tapi setiap kali dia dicubit babahnya, atau dilempang si kakak, digigit si adik...kadang2 saya juga terlanjur memukulnya kerana geram sangat2.. hati saya menangis.
Saya tidak mahu bersedih...tapi setiap kali dia dicubit babahnya, atau dilempang si kakak, digigit si adik...kadang2 saya juga terlanjur memukulnya kerana geram sangat2.. hati saya menangis.
Saya yang minta imaginasinya berkembang...Mengapa setelah Allah kabulkan saya mahu mengeluh dan memarahi dia?
Solusinya ialah SOCIAL STORY.
Saya dah lukis dan repeat setiap hari padanya...harap-harap Eusoff faham apa yang boleh dibuat dan apa yang tidak.
Semoga ada cahaya di hujung terowong..Aminnn...
Solusinya ialah SOCIAL STORY.
Saya dah lukis dan repeat setiap hari padanya...harap-harap Eusoff faham apa yang boleh dibuat dan apa yang tidak.
Semoga ada cahaya di hujung terowong..Aminnn...