Assalamualaikum..
Banyaknya sawang ni.. Hehe..maklumlah dah lama tak masuk blog ni dan dah lama tak update. Sibuk..macam kata Kakak Damia, "Bilanya yang mama tu tak sibuk?".. Hehe.. sabar jelah. :)
Ni entry yang dah dipostpone berkurun. Duduk dalam draft sampai bersawang2..hehe.. 3 November hari tu birthday Eusoff. Sangat besar dah anak saya ni. Dah 4 tahun.. Kami raikan dia dengan lunch di Secret Recipe. Beli 1 chocolate lava saja utk dia dan cucuk lilin kecik atas tu.. Wallaaa! Dah siap pun birthday cakenye..hehe..
Banyak rasanya yang saya nak tulis tentang dia. Skip the word 'autism'. Eusoff bagi saya anak yang sangat manis dan baik serta banyak juga kualiti yang bagus.
- Wajah Eusoff lebih banyak ikut wajah babah dia a.k.a Cikgu Misai.
- Eusoff chubby sangat masa bayi.
- Eusoff suka makan mee, spaghetti dan ayam goreng tepung resepi saya sendiri. Dia paling suka bahagian drumstick.
- Eusoff suka dipeluk dan suka peluk saya, tetapi dia tak suka dicium ataupun cium saya...apatah lagi orang lain.
- Eusoff baru pandai bersalaman masa umurnya 3 tahun ++. Raya baru2 ni dia dah salam dengan semua orang. :)
- Eusoff suka main bola, suka basikal, suka scooter, suka mandi dalam kolam plastik yang saya beli kat Giant.
- Di dalam kereta dia sentiasa memegang tangan saya ketika duduk di kerusi penumpang bahagian hadapan. Kalau dia duduk kat belakang dia selalu letakkan tangannya kat bahu saya dan landing2 kepala kat bahu saya.. Manja kan? :)
- Eusoff suka sangat lagu tema kartun (jepun) Monster Kid, watak Dragon dalam siri Pororo, Upin Ipin dan DVD cerita 8 Jam.
- Eusoff pandai makan ikan.. dia takkan tercekik atau termakan walau 1 tulang kecik pun.
- Kalau Eusoff sedih, hujung mata dan bibirnya akan menghala ke bawah. Muka ni kalau letak depan saya memang cair terus tak jadi marah..
- Eusoff tak suka adik dia Daniel sebab Daniel suka kacau ejaan dan toys line up dia.
- Eusoff takut rama-rama.
Banyak lagi yang menarik tentang Eusoff.. dia cinta hati saya. Saya tak boleh nak tinggalkan dia walau pun sehari.. sayang dan rindu sangat dekat dia. Semoga Eusoff membesar jadi anak yang sihat dan soleh serta mampu berdikari lepas Mama dan Babah dah takde nanti. Amin..