Kandungan aku dah 19 minggu dan Ahad ni akan jadi genap 20 minggu bersamaan 5 bulan. Horeyyy! Tinggal 20 minggu lagilah aku kena usung perut aku ni. Kiranya Separuh Masa Pertama aku dah selesai.. Si kecik kat dalam ni pun bukan main aktif lagi sekarang sampai sesekali bleh tersedak jugak kena flying kick, side kick atau apa2 jenis kick lagilah...Last week aku pegi scan baby ni dan masa doktor tengah scan itu pun dia boleh tergedik-gedik jugak sehingga mengundang senyuman dari bibir si doktor yang agak Muslimah tersebut. Aku ni selaku mamanye lagilah tersengih lebar, bahagia dan geram tengok budak kecik yang comel dan ala-ala ngengade tersebut. :)
Untuk menambah ilmu pengetahuan dalam subjek Sains korang, di sini aku kepilkan sekali ilustrasi dan sedikit penerangan mengenai bayi berusia 19 minggu semasa di dalam kandungan...
Minggu ke-19 :
Tubuh bayi diselimuti vernix caseosa, semacam lapisan lilin yang melindungi kulit dari luka. Otak bayi telah mencapai jutaan saraf motorik dan kerana itu ia mampu membuat gerakan sedar seperti menghisap jari. Beratnya 226 gram dengan panjang hampir 16 cm.Comel kan?? Hehehe...