Assalamualaikum...lama tak lepak sini kannn? Rindu kat blog ni...kekadang rasa nak tulis entri tapi kang balik-balik citer sama meluats puleks korang nak baca khennn? Aiyooo...teruknya hejaan..kahkah...
Sebenarnya saya sekarang sibuk...sibuk ambik order dan buat kek/roti. Tak sangka sebenarnya dari suka-suka baking demi memastikan anak-anak tak makan makanan yang syubhah serta mengandungi bahan pengawet (preservatives), udah bertukar menjadi bisnes sampingan pulak.
Alhamdulillah...banyak jugak tempahan. Terharu sangat sebenarnya...tak sangka pulak boleh buat perniagaan kecil-kecilan. Terima kasih la banyak-banyak kepada pelanggan yg terdiri dari kengkawan opis dan kengkawan pesbuk. Paling best kengkawan ni pulak la tolong promote kek dan roti aku melalui testimoni diorang pada kawan-kawan dan family depa.
Kalau ku kenang kisah dedulu buat cheese cake tak jadi dan ku paksa Cikgu Misai ngabiskan (ni zaman baru kawen dulu...kek tak sedap pun laki makan sambil senyum lagi), tak kusangka ku reti gak baking sebenornya. Kui kui...
Kamera tak canggih...ambik gambo pakai henpon je. Hikhik..
Terima kasih jugak nak sampaikan pada cikgu2 saya iaitu blogger2 masakan sebab sudi bagi tips dan tunjuk ajar kepada saya dari tak reti satu benda pun sampailah boleh jual produk dah. Salah satunya Ros Jintan Manis ..semoga Allah murahkan rezeki kalian. Amin..
A mother to an autistic child. A runner. A guitar player. A fine artist. A cook. Soon to be a hiker.. well..the sky is the limit.
Monday, November 18, 2013
Monday, September 30, 2013
Refresh Cinta
Assalamualaikum..
Akhirnya selepas hampir 9 tahun kahwin..barulah rasa rindu-rindu balik.
Haha..*sila muntah
Sebenarnya saya telah memikirkan ini banyak kali.. Kenapa saya rasa hidup macam mesin yang diprogramkan? Kenapa rasa statik je? Kalau ada emosi pon rasa nak marah, atau sedih, atau happy. Rasa cinta tak ada..cinta yang membuatkan kita selalu terkenang pada si dia tu..dah nan hado!!
Lumrah hidup pasangan berkahwin bukannya kita ni tak sayang pasangan kita, tapi tuntutan kehidupan berkeluarga dan beranak-pinak membuatkan kita kadang-kadang lupa kepada insan kesayangan kita sebab sibuk nak uruskan macam-macam perkara.
Isteri lupa bahawa ada suami yang perlu dilayan sebagai suami..
Suami lupa ada isteri yang perlu dilayan sebagai isteri..
Panggilan manja buat isteri dah bertukor menjadi "mama", "ummi", "maknye" dll.."
Isteri pulak panggil suami dengan panggilan"babah", "papa" or..worse "bapaknye wehh.."" :)
Isteri pulak panggil suami dengan panggilan"babah", "papa" or..worse "bapaknye wehh.."" :)
Sejujurnya saya rindu dengan rasa cinta dan rindu itu.
Saya kerap berfikir bagaimana mahu menyemarakkannya kembali..
Lalu saya mengambil pendekatan: BERILAH UNTUK MENERIMA.
Saya akui saya agak susah nak romatik. Saya bukan jenis orang yang romantik pun. Tapi saya pandai memanjakan dan menghiburkan...baik anak-anak, suami ataupun teman-teman.
Guna apa saja kekuatan yang kita ada.
Jadi saya manjakan suami saya, saya hiburkan hatinya dan saya masakkan makanan yang dia suka makan. Kadangakala saya hantar SMS yang nakal-nakal, saya telefon dan cakap saya rindukan dia. Saya tunjukkan kepada dia yang saya tergila-gilakan dia.
Mula-mula memang dia ingat saya gila..atau buang tebiat?? Hahahaha!!
Pernah juga dia tanya saya "Nak anak lagi ke?"
Pernah juga dia tanya saya "Nak anak lagi ke?"
Memang sukar nak lakukan perubahan, dan nampak macam saya ni je terhegeh-hegeh..tapi saya istiqamah dan tak putus asa.
Lama jugak sebenarnya buat kerja ni..hahaha! 4-5 bulan jugak..Phew!!
Lama-kelamaan saya perasan dia sudah mula rajin masuk bilik bila saya ada kat dalam tu...Jap. jangan fikir yang bukan-bukan dulu.. Maksud saya, dia mencari peluang berduaan dengan saya, berbual-bual dan bermanja. Dari tidur dengan anak-anak, kami kembali tidur berdua.
Bukan senang nak jinakkan lelaki pertengahan 30an yang dah terbiasa dengar isteri macam tarzan terjerit pekik mengawal anak-anak yang tengah naik belaka tu...Dia pun dah lupa agaknya siapa sebenarnya isteri dia yang dulu. Dia pun dah lupa nak romantik..Nak duduk sebelah-menyebelah masa tengok TV pun dah susah. Masing-masing cari tempat yang selesa, yang tak mau diganggu..yang senang nak berlingkar, tak ada rasa nak berdekatan dan berkepit-kepit macam baru-baru nikah dulu.
Bukan senang nak jinakkan lelaki pertengahan 30an yang dah terbiasa dengar isteri macam tarzan terjerit pekik mengawal anak-anak yang tengah naik belaka tu...Dia pun dah lupa agaknya siapa sebenarnya isteri dia yang dulu. Dia pun dah lupa nak romantik..Nak duduk sebelah-menyebelah masa tengok TV pun dah susah. Masing-masing cari tempat yang selesa, yang tak mau diganggu..yang senang nak berlingkar, tak ada rasa nak berdekatan dan berkepit-kepit macam baru-baru nikah dulu.
Sebenarnya...cinta dalam perkahwinan perlu butang REFRESH.
Inilah yang saya lakukan. Faedahnya banyak.. Jiwa tenang, hati gembira, stress menurun.
Cuba ingat-ingat balik bagaimana perasaan korang masa bercinta dulu?
Hati senang sebab tahu ada yang sayang. Wajah berseri dan mood sentiasa baik kan?
Saya sekarang sedang menikmatinya semula...Alhamdulillah.
Bagi pasangan yang dah berkahwin dan lupa bagaimana rasa manisnya cinta seperti pengantin baru...
buatlah sesuatu.
Carilah butang REFRESH anda dan pasangan.
Berilah lebih banyak untuk menerima.
Bagi para isteri, jangan banyak berharap bahawa suami akan memberikan layanan seperti tuan puteri kepada kita kalau kita sendiri pun terlalu sibuk dengan anak-anak dan kerja rumah sampai lupa nak beri perhatian khusus kepada suami.
Ketepikan rasa malu atau ego untuk memulakan dulu. Cuba pakai cantik-cantik, wangi-wangi, berhias untuk suami..dapat pahala lagi tuh! Kalau kita usaha mesti ada hasil..
Berilah lebih banyak untuk menerima.
Bagi para isteri, jangan banyak berharap bahawa suami akan memberikan layanan seperti tuan puteri kepada kita kalau kita sendiri pun terlalu sibuk dengan anak-anak dan kerja rumah sampai lupa nak beri perhatian khusus kepada suami.
Ketepikan rasa malu atau ego untuk memulakan dulu. Cuba pakai cantik-cantik, wangi-wangi, berhias untuk suami..dapat pahala lagi tuh! Kalau kita usaha mesti ada hasil..
Kalau kita sabar dan istiqamah, burung merpati pun boleh makan di tangan.
Selamat berkasih-sayang ya?? Walaupun ini bukan edisi Valentine..
Valentine is so outdated. Make a special day just for both of you!!
Selamat berkasih-sayang ya?? Walaupun ini bukan edisi Valentine..
Valentine is so outdated. Make a special day just for both of you!!
All the best!! ^_^
Wednesday, September 4, 2013
Eusoff dan Huruf (lagi)
Assalamualaikum...
Lama tak update blog ni. Banyaknya sawang.. hehe..
Sebenarnya ada banyak sangat cerita tapi tak tau nak cerita yang mana dulu. Di samping kesibukan dan kemenyampahan nak menaip sebab internet kat rumah tu slow sangat, dan kat opis plak sibuk jadinya asyik bertangguh je nak buat entri.
Eusoff masih dengan obsesinya, HURUF dan FILEM. Asyik menulis dan mengeja tak lain tak bukan pasal filem. Tapi kalau disuruh, dia boleh juga tulis perkataan yang biasa digunakan dalam aktiviti harian macam makan, minum atau sikat rambut. Kat bawah ni ialah klip video pendek masa dia pergi speech therapy kat UIAM dengan ST dia iaitu Cik Syikin yang gorgeous. Hasil dari aktiviti mamarazzi yg boring tak tau nak buat apa kat luar bilik tu. Muehehehe.. ;)
Lepas itu nak share yang ni plak. Dial lukis ni dalam kereta masa nak pergi sekolah. Kalau dah obses huruf tu, lukisan pun huruf jugakkkk... Unik kan? :)
Wednesday, August 14, 2013
Hiperaktif dan kaitannya dengan sensory overload
Eusoff hyper ketika pergi beraya ke sesetengah rumah yang ramai orang dan bising dengan suara orang berbual.
Bila dengar bunyi mercun berdentam-dentum pun dia hyper.
Dia tak tutup telinga mcm dulu2...bila sensory overloaded.
Cuma seseakali terdengar dia berkata "lari..lari.." atau "balik..balik" atau "diam...diam" atau dia keluarkan suara grunting untuk block unpleasant sound.
Semalam masa technician datang untuk pasang bracket TV dan kitchen hood pun dia hyper lari lompat sana sini bila dengar bunyi dinding kena drill. Tapi kali ni dia tak cakap apa-apa pulak melainkan menyanyi lagu bercampur-campur dengan azan.
Saya selalu fikir dia hyper kerana makanan manis ataupun sensory craving, sebenarnya ada banyak lagi sebab kenapa dia hyper. Salah satunya adalah kerana sensory overload. Banyak yang saya perlu decode untuk mengetahui kenapa Eusoff buat sesuatu..
Help me learn, Eusoff.. for me to help you.
Help me learn, Eusoff.. for me to help you.
Thursday, July 25, 2013
Kenapa tak hantar naik bas je?
Baru-baru ni ada seseorang bertanya kepada saya, "Kenapa tak bagi anak ko yang sulung tu naik bas je? Senanglah sikit tak payah berhantar berjemput?"
Ok..inilah sebabnya. Sebab saya rindukan anak saya. Simple je jawapannya tapi kawan saya terus terdiam.
Memang saya rindukan anak-anak setiap hari di tempat kerja. Saya rela waktu dan duit minyak saya banyak terbuang semata-mata untuk hantar, ambil anak. Saya percaya anak-anak saya juga rindukan saya. Jelas sebenarnya terlihat dari mata mereka yang bersinar, setiap kali saya jemput di sekolah, lalu seterusnya saya hantar ke taska. Dapat jumpa sekejap pun jadilah, asalkan lepas rindu dendam. Dapat buat social story sekejap dalam kereta dengan si Eusoff pun jadilah, atau membantu Damia menjawab 1-2 soalan kerja rumah ketika dalam perjalanan sudah cukup memuaskan hati saya dapat berinteraksi dengan anak-anak.
Sampai di taska pula, sempat saya peluk dan cium Daniel yang kecil dan manja, dan melihat keadaan dia, sudah makan atau belum, seronok atau tidak. Kadangkala sempat saya titipkan sebungkus kecil biskut atau kudapan lainnya, sebab saya rindukan wajah comelnya yang tersenyum meleret bila tangannya mencapai bungkusan itu dari tangan saya.
Sampai di taska pula, sempat saya peluk dan cium Daniel yang kecil dan manja, dan melihat keadaan dia, sudah makan atau belum, seronok atau tidak. Kadangkala sempat saya titipkan sebungkus kecil biskut atau kudapan lainnya, sebab saya rindukan wajah comelnya yang tersenyum meleret bila tangannya mencapai bungkusan itu dari tangan saya.
Saya rela disoal-jawab pihak pengurusan, saya rela sekiranya mereka mahu memotong gaji saya kerana sering keluar pada waktu tengahari walaupun setakat ini mereka begitu memahami tanggungjawab saya pada anak-anak, terutamanya pada Eusoff. Saya percaya, anak-anak memerlukan ibu mereka 24/7. Lantaran kekangan kerja, saya terpaksa menghantar mereka untuk diasuh orang lain dalam keadaan hati separuh rela.
Saya percaya, anak-anak ini walaupun masih kecil, mereka mampu menilai kasih-sayang orang tuanya. Saya mahu mereka tahu saya tak akan meninggalkan mereka dengan orang lain seharian, tak dijenguk, tak ditanya sudah makan atau belum, sakitkah atau sihat, gembirakah atau tidaknya mereka. Saya mahu mereka tahu, mamanya ini tak akan lepaskan tanggungjawab sepenuhnya kepada orang ketika dia bekerja. Saya mahu anak-anak ingat yang saya juga punyai bahagian dalam setiap detik perjalanan kehidupan mereka. Saya percaya dengan kasih-sayang, saya mampu 'menyembuhkan' Eusoff serta menjadikan Damia dan Daniel anak yang soleh serta cemerlang,
Sebab itu saya rasa bersalah bila dari jam 8 pagi hingga 6 petang saya
...meletakkan tanggungjawab menghantar anak ke sekolah di tangan pemandu bas
...meletakkan tanggungjawab mengasuh sepenuhnya kepada pengasuh
...meletakkan tanggungjawab mendidik kepada guru sekolah
sedangkan tanggungjawab itu semuanya adalah tanggungjawab saya sebagai ibu.
Semoga dipermudahkan...InsyaAllah.
Di bawah adalah link kepada satu ceramah Ustaz Don Daniyal mengenai cara mendidik anak mengikut sunnah. Komfem insaf lepas dengar...
https://www.youtube.com/watch?v=973drXYjJw8
Di bawah adalah link kepada satu ceramah Ustaz Don Daniyal mengenai cara mendidik anak mengikut sunnah. Komfem insaf lepas dengar...
https://www.youtube.com/watch?v=973drXYjJw8
Wednesday, July 10, 2013
Vocal Tics Si Penderita Autism
Eusoff sering melakukan perbuatan mengeluarkan suara seperti berdengkur atau bunyinya seperti orang yg cuba clearkan tekak yang gatal. Kadang-kadang dia cuma mengeluarkan suara tetapi tidak bernada dan tiada perkataan jelas. Ini dipanggil 'vocal tics' dan adalah perkara yang sering terjadi kepada penyandang autisme serta Tourette's Syndrome. Bunyi ini kadang-kadang menggangu bila bunyinya terlalu kuat, atau tidak sesuai (inappropriate) dan menarik perhatian. 'Vocal tics' turut berkait rapat dengan Obsessive Compulsive Disorder (OCD) dan Epilepsi (sawan).
Banyak sebab Eusoff membuat 'vocal tics'. Antara sebabnya adalah kebimbangan, cemas, letih, bosan, terlalu gembira atau teruja. Sepanjang pemerhatian saya, selalunya 'vocal tics' Eusoff akan disertai perbuatan melompat, atau berlari, bertepuk tangan serta ketawa, atau menyusup ke bawah timbunan bantal dan lapisan cadar secara berulang. 'Tics' atau 'vocal tics' berkaitan dengan masalah 'motor' dan vestibular. Dengan melakukannya secara berulang, ia memberikan sensasi kelegaan kepada penderita 'tics'. Pewarna atau perasa tambahan dalam makanan, serta bahan ransangan (stimulator agent) boleh menyebabkan 'tics' menjadi lebih teruk.
Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan gejala 'vocal tics' adalah dengan segera mengalihkan perhatian penderita 'tics' kepada aktiviti yang menyeronokkan atau aktiviti yang memerlukan tumpuan. Selain daripada kaedah Terapi Tingkahlaku (Behavioral Therapy), terdapat juga ubat-ubatan yang boleh mengurangkan gejala 'tics' dan 'vocal tics' seperti haloperidol dan clonezepam (ubat penenang yang cuba saya elakkan dari memberinya kerana kesan jangka panjang yang buruk).
Ketika berada di tempat awam, perbuatan Eusoff mengeluarkan bunyi yang mengganggu ini agak menjengkelkan bagi sesetengah orang terutamanya ketika berada di dalam kawasan bertutup seperti restoran. Saya mahu membawa Eusoff melakukan aktiviti biasa yang dilakukan sama seperti orang lain, tetapi 'vocal tics' ini selalu membuat dia dilemparkan pandangan 'menjengkelkan' daripada orang yang tidak tahu apakah masalah budak ini. Percayalah, saya juga tidak merasa gembira apabila anak saya menggangu ketenangan orang lain yang berada di situ. Kadang-kadang saya struggle untuk memujuk Eusoff supaya memberhentikan tabiat ini, tetapi tidak berjaya. Saya benci diri saya apabila saya terpaksa menjerkahnya atau menjegilkan mata saya padanya untuk membuatkan dia diam atau apabila saya gagal untuk memujuknya dari membuat bunyi yg tidak menyenangkan ini. Tak usah ceritalah berapa banyak label 'ibu yang tak pandai ajar anak' yang sudah saya terima melalui lirikan mata orang. :(
Namun, sejak saya mengetahui bahawa 'rocking' mampu membuat Eusoff berasa selesa dan nyaman, saya selalu 'rocking' bersamanya setiap kali dia mula membuat 'vocal tics'. Sesi rocking selama 5-10 minit semasa menunggu hidangan sampai di restoran mampu membuat dia senyum dan tenang serta menyelamatkan keadaan. 'Rocking' masih sesuai ketika dia berumur 5 tahun seperti sekarang, namun mungkin menjadi pelik sekiranya dia sudah beumur 15 atau 25 tahun dan bersaiz lelaki dewasa. Mungkin ketika itu, saya terpaksa memikirkan cara yang lain pula. ^_^
Monday, July 1, 2013
Selamat Hari Jadi Daniel!
Assalamualaikum..
Uhuk uhuk... banyak sawang dan habuk kan? haha..dah lama sangat tak buka blog dan buat entri. Beginilah kalau dah mula semester baru..banyak benda yang nak kena tengok. Kelas, student, paperwork... nak makan pun timing dah tak menentu.
28hb Jun yang lepas, hari jadi Daniel. Dah besar pun anak manja saya ni... Makin besar makin manja. Saya berjaya jugak buat Rainbow Cake untuk dia...dengan cream cheese frosting dan dekorasi fondant icing hasil kreativiti kakak Damia dan Abang Eusoff khas untuk adik. Chewaahhh...so, these are the pics. Enjoy!
![]() |
| Pitam nak buat kek ni...leceh kojenye. |
![]() |
| Santek tak? |
![]() |
| Amat heaven sekali bila dah masuk dalam mulut... |
![]() |
| Budak ni dah 2 tahun! |
![]() |
| Oitt...ape ni celet cream cheese kat idung orang? ^_^ |
![]() |
| Keratan rentas.. colourful kannn? |
![]() |
| Eusoff tu eksen je. Dia sebenarnya tak makan pun kek ni...dia makan fondant icing tu aje.. |
![]() |
| Birthday boy dan babah tgh potong kek. |
![]() |
| "Adik nak cocok kek"...katanyeeee |
![]() |
| Makan kek dengan mee goreng. |
![]() |
| My assisstant. Berangan nak jadi Cake Boss..hihi |
Subscribe to:
Posts (Atom)



























