Monday, September 30, 2013

Refresh Cinta


Assalamualaikum..

Akhirnya selepas hampir 9 tahun kahwin..barulah rasa rindu-rindu balik.

Haha..*sila muntah


Sebenarnya saya telah memikirkan ini banyak kali.. Kenapa saya rasa hidup macam mesin yang diprogramkan? Kenapa rasa statik je? Kalau ada emosi pon rasa nak marah, atau sedih, atau happy. Rasa cinta tak ada..cinta yang membuatkan kita selalu terkenang pada si dia tu..dah nan hado!! 



Lumrah hidup pasangan berkahwin bukannya kita ni tak sayang pasangan kita, tapi tuntutan kehidupan berkeluarga dan beranak-pinak membuatkan kita kadang-kadang lupa kepada insan kesayangan kita sebab sibuk nak uruskan macam-macam perkara.

Isteri lupa bahawa ada suami yang perlu dilayan sebagai suami..
Suami lupa ada isteri yang perlu dilayan sebagai isteri..
Panggilan manja buat isteri dah bertukor menjadi "mama", "ummi", "maknye" dll.."
Isteri pulak panggil suami dengan panggilan"babah", "papa" or..worse "bapaknye wehh.."" :)


Sejujurnya saya rindu dengan rasa cinta dan rindu itu. 
Saya kerap berfikir bagaimana mahu menyemarakkannya kembali..

Lalu saya mengambil pendekatan: BERILAH UNTUK MENERIMA.

Saya akui saya agak susah nak romatik. Saya bukan jenis orang yang romantik pun. Tapi saya pandai memanjakan dan menghiburkan...baik anak-anak, suami ataupun teman-teman.

Guna apa saja kekuatan yang kita ada.

Jadi saya manjakan suami saya, saya hiburkan hatinya dan saya masakkan makanan yang dia suka makan. Kadangakala saya hantar SMS yang nakal-nakal, saya telefon dan cakap saya rindukan dia. Saya tunjukkan kepada dia yang saya tergila-gilakan dia.

Mula-mula memang dia ingat saya gila..atau buang tebiat?? Hahahaha!!
Pernah juga dia tanya saya "Nak anak lagi ke?"
Memang sukar nak lakukan perubahan, dan nampak macam saya ni je terhegeh-hegeh..tapi saya istiqamah dan tak putus asa.

Lama jugak sebenarnya buat kerja ni..hahaha! 4-5 bulan jugak..Phew!!

Lama-kelamaan saya perasan dia sudah mula rajin masuk bilik bila saya ada kat dalam tu...Jap. jangan fikir yang bukan-bukan dulu.. Maksud saya, dia mencari peluang berduaan dengan saya, berbual-bual dan bermanja. Dari tidur dengan anak-anak, kami kembali tidur berdua.

Bukan senang nak jinakkan lelaki pertengahan 30an yang dah terbiasa dengar isteri macam tarzan terjerit pekik mengawal anak-anak yang tengah naik belaka tu...Dia pun dah lupa agaknya siapa sebenarnya isteri dia yang dulu. Dia pun dah lupa nak romantik..Nak duduk sebelah-menyebelah masa tengok TV pun dah susah. Masing-masing cari tempat yang selesa, yang tak mau diganggu..yang senang nak berlingkar, tak ada rasa nak berdekatan dan berkepit-kepit macam baru-baru nikah dulu.

Sebenarnya...cinta dalam perkahwinan perlu butang REFRESH.

Inilah yang saya lakukan. Faedahnya banyak.. Jiwa tenang, hati gembira, stress menurun. 
Cuba ingat-ingat balik bagaimana perasaan korang masa bercinta dulu? 

Hati senang sebab tahu ada yang sayang. Wajah berseri dan mood sentiasa baik kan? 
Saya sekarang sedang menikmatinya semula...Alhamdulillah.

Bagi pasangan yang dah berkahwin dan lupa bagaimana rasa manisnya cinta seperti pengantin baru...
buatlah sesuatu. 

Carilah butang REFRESH anda dan pasangan.
Berilah lebih banyak untuk menerima.
Bagi para isteri, jangan banyak berharap bahawa suami akan memberikan layanan seperti tuan puteri kepada kita kalau kita sendiri pun terlalu sibuk dengan anak-anak dan kerja rumah sampai lupa nak beri perhatian khusus kepada suami.

Ketepikan rasa malu atau ego untuk memulakan dulu. Cuba pakai cantik-cantik, wangi-wangi, berhias untuk suami..dapat pahala lagi tuh! Kalau kita usaha mesti ada hasil..
Kalau kita sabar dan istiqamah, burung merpati pun boleh makan di tangan.

Selamat berkasih-sayang ya?? Walaupun ini bukan edisi Valentine..
Valentine is so outdated. Make a special day just for both of you!!

All the best!! ^_^










3 comments:

  1. Saaangat setuju dengan akak. Especially tak dinafikan bila tau Ihsan ASD saya lebih banyak stress, sedih, risau etc. Fokus tu banyak lari kepada anak2. Memang selalu je cakap dengan suami kita perlu buat sesuatu untuk kita berdua. Sendiri yang cakap tapi saya sendiri kadang 'lupa' bila dah penat dengan anak2. Elok2 suami dah berusaha saya plak yang membantutkan. Kadang2 tu terbalik jugak. Sepatutnya bila disaat macam ni kita perlu lebih rapat dan kuat lagi sebab emosi segala perlu lebih kukuh demi kebaikan anak2 dan keluarga.

    Mungkin saya perlu lebih memberi tanpa mengharapkan balasan dan penghargaan. Memberi seikhlas hati untuk membahagiakan. Dan insyaAllah saya pun bahagia. Good writing akak :)

    Saya kena

    ReplyDelete
  2. tq for this piece of writing. Suka!

    ReplyDelete