Showing posts with label Kerja. Show all posts
Showing posts with label Kerja. Show all posts

Thursday, July 25, 2013

Kenapa tak hantar naik bas je?


Assalamualaikum  dan Salam Ramadhan...



Baru-baru ni ada seseorang bertanya kepada saya, "Kenapa tak bagi anak ko yang sulung tu naik bas je? Senanglah sikit tak payah berhantar berjemput?"

Ok..inilah sebabnya. Sebab saya rindukan anak saya. Simple je jawapannya tapi kawan saya terus terdiam.

Memang saya rindukan anak-anak setiap hari di tempat kerja. Saya rela waktu dan duit minyak saya banyak terbuang semata-mata untuk hantar, ambil anak. Saya percaya anak-anak saya juga rindukan saya. Jelas sebenarnya terlihat dari mata mereka yang bersinar, setiap kali saya jemput di sekolah, lalu seterusnya saya hantar ke taska. Dapat jumpa sekejap pun jadilah, asalkan lepas rindu dendam. Dapat buat social story sekejap dalam kereta dengan si Eusoff pun jadilah, atau membantu Damia menjawab 1-2 soalan kerja rumah ketika dalam perjalanan sudah cukup memuaskan hati saya dapat berinteraksi dengan anak-anak.

Sampai di taska pula, sempat saya peluk dan cium Daniel yang kecil dan manja, dan melihat keadaan dia, sudah makan atau belum, seronok atau tidak. Kadangkala sempat saya titipkan sebungkus kecil biskut atau kudapan lainnya, sebab saya rindukan wajah comelnya yang tersenyum meleret bila tangannya mencapai bungkusan itu dari tangan saya.

Saya rela disoal-jawab pihak pengurusan, saya rela sekiranya mereka mahu memotong gaji saya kerana sering keluar pada waktu tengahari walaupun setakat ini mereka begitu memahami tanggungjawab saya pada anak-anak, terutamanya pada Eusoff. Saya percaya, anak-anak memerlukan ibu mereka 24/7. Lantaran kekangan kerja, saya terpaksa menghantar mereka untuk diasuh orang lain dalam keadaan hati separuh rela.

Saya percaya, anak-anak ini walaupun masih kecil, mereka mampu menilai kasih-sayang orang tuanya. Saya mahu mereka tahu saya tak akan meninggalkan mereka dengan orang lain seharian, tak dijenguk, tak ditanya sudah makan atau belum, sakitkah atau sihat, gembirakah atau tidaknya mereka. Saya mahu mereka tahu, mamanya ini tak akan lepaskan tanggungjawab sepenuhnya kepada orang ketika dia bekerja. Saya mahu anak-anak ingat yang saya juga punyai bahagian dalam setiap detik perjalanan kehidupan mereka. Saya percaya dengan kasih-sayang, saya mampu 'menyembuhkan' Eusoff serta menjadikan Damia dan Daniel anak yang soleh serta cemerlang, 

Sebab itu saya rasa bersalah bila dari jam 8 pagi hingga 6 petang saya

...meletakkan tanggungjawab menghantar anak ke sekolah di tangan pemandu bas
...meletakkan tanggungjawab mengasuh sepenuhnya kepada pengasuh
...meletakkan tanggungjawab mendidik kepada guru sekolah

sedangkan tanggungjawab itu semuanya adalah tanggungjawab saya sebagai ibu.

Semoga dipermudahkan...InsyaAllah.

Di bawah adalah link kepada satu ceramah Ustaz Don Daniyal mengenai cara mendidik anak mengikut sunnah. Komfem insaf lepas dengar...

https://www.youtube.com/watch?v=973drXYjJw8


Wednesday, July 29, 2009

Pendidik...







Wednesday, July 22, 2009 at 4:53pm


Bila aku tengok pelajar-pelajar aku, teringat zaman aku kat ITM dulu.. Ada persamaan, tapi banyak jugak perbezaannya. Budak-budak sekarang ni beruntung sungguh dilahirkan dalam era teknologi, semuanya senang. Semuanya tersedia. Dari segi ekonomi pun, rata-rata (student aku la) semuanya datang dari kelas pertengahan dan ke atas. Adalah jugak yang datang dari keluarga susah tapi miskin tegar memang tak ada laaa.. Teknologi tu teknologi jugak, tapi semuanya terpulang kepada bagaimana seseorang tu memanfaatkan segala bentuk kemudahan tu. Sama ada ka arah positif atau negatif..Pilihan terletak di tangan anda…Chewah! Dah macam rancangan 360 lah pullok! Hehehe..

Pelajar-pelajar aku ni ada bermacam-macam ragam. Ada yang rajin, ada yang malas. Ada yang motivated, ada ramai yang kena lebih galakan untuk belajar dengan lebih efisien. Kadang-kadang aku ni terpaksa jadi kaunselor, tempat diorang curahkan masalah. Kadang-kadang jadi biro pengaduan awam.Selalu jugak aku ni jadi mak diorang..tempat diorang mencari perlindungan dan kasih sayang. Semuanya aku lakukan dengan ikhlas demi anak-anak bangsa aku..

Sebagai pendidik, memang betul kadang-kadang kesabaran kita ni tercabar dek pe’el budak-budak ni.. Kena marah jugak diorang dengan aku. Ada pelajar yang boleh ditegur, ada yang bila ditegur terus merajuk tak nak masuk kelas sampai habis satu semester. Kalau ikutkan hati memang aku nak bagi fail je, tapi bila fikir-fikir balik, kita tak boleh samakan tahap pemikiran diorang dengan kita. Diorang tu REMAJA. Darah tengah panas, hormon pulak tak stabil. Hehehe..macam kita dulu-dulu jugaklah. Maka pendekatan berdiplomasi adalah apa yang aku lakukan. Biarlah orang kata aku ni terlalu berlembut, tapi dalam lembut tu ada tegasnya. Secara peribadi aku rasa cara yang keras, pada zaman ni mungkin dah tak relevan lagi..

Kepada kawan-kawan yang sama profesion dalam bidang pendidikan, aku paham sangat kadar ketensionan korang tu memang tinggi. Sama la dengan aku ni..Sekarang para pendidik dah hilang status sosial dalam masyarakat. Tak macam dulu, orang kita sangat-sangat menghargai dan menghormati para guru. Sekarang ni dalam banyak hal guru pulak yang dipersalahkan bila ada sesuatu berlaku. Tapi kalau anak-anak dapat result bagus, semua sebab anak dia rajin sambil buat-buat tak nampak je kat cikgu2 kat belakang tu…Kalau kena interview dengan reporter, berapa kerat yang cakap dia berjaya sebab cikgu dia ajar sangat bagus? Tak ada kan??Aku sudah redha dengan realiti ini, walaupun kadang-kadang ia sungguh menyakitkan…

Semoga rakan-rakan pendidik terus gagah berjuang mencurahkan ilmu kepada anak-anak bangsa kita kerana setiap kebaikan dan keikhlasan itu ada ganjaran lebih besar dari Allah s.w.t….