Masa hari kejadian tu saya ada bawa pizza untuk Eusoff makan dengan kawan-kawan, saya bagi dia pizza untuk pujuk dia. Dia makan sambil menangis. Bila dah agak tenang..tiba-tiba tengah-tengah makan dia menangis semula. Allahu..sedihnya rasa hati saya. Saya rasa helpless kerana tak dapat melindungi Eusoff waktu dia perlukan saya.
A mother to an autistic child. A runner. A guitar player. A fine artist. A cook. Soon to be a hiker.. well..the sky is the limit.
Monday, January 25, 2016
Insiden di Kolam Renang
Masa hari kejadian tu saya ada bawa pizza untuk Eusoff makan dengan kawan-kawan, saya bagi dia pizza untuk pujuk dia. Dia makan sambil menangis. Bila dah agak tenang..tiba-tiba tengah-tengah makan dia menangis semula. Allahu..sedihnya rasa hati saya. Saya rasa helpless kerana tak dapat melindungi Eusoff waktu dia perlukan saya.
Tuesday, December 29, 2015
My walking Google Translate
Monday, December 28, 2015
Penyakit label-melabel
Sunday, December 20, 2015
Orang baru belajar bercakap..
Tuesday, December 15, 2015
Jaga anak semasa cuti sekolah
Eusoff main air pancutkan dalam bilik air master bedroom, sampai basah lantai bilik.
Eusoff makan gula macam makan nasi.
Eusoff conteng dinding.
Eusoff tak basuh berak.
Eusoff itu.. Eusoff ini.
Kalau jaga anak awal-awal lagi dah dianggap beban, memang semuanya rasa tak kena. Sebab aura negatif tu dah dipupuk dalam kepala tu sebelum kejadian berlaku. Saya tak banyak merungut dengan perangai Eusoff, bukan kerana saya ni hati besi sangat dan tidak terkesan dengan kelakuan nakal dia. Tapi saya tidak mahu mulut ini yang menjadi agen negatif kepada hati dan minda agar turut berfikiran dan berpersepsi negatif pada Eusoff.
Pendek kata....
"Don't complaint about things you are not willing to change."
Wednesday, February 18, 2015
Fasa Baru
Akhirnya dah dekat 2 bulan Eusoff sekolah. Pagi ke PPKI dan petang pergi ke EIP. Tengahari saya bawa ke pejabat, tumpang guna tandas dan bilik mandi. Lepas bersiap, dia makan tengahari selalunya dengan bekal nasi dan lauk ayam goreng yang saya bawa dari rumah.
Busy bebenor dah saya bergegas ke sana sini menguruskan dia. Kekadang energy level saya pun hampir zero juga..Lepas hantar eusoff ke PPKI, kena mengajar pula.. Tahun ni pula ditakdirkan saya kena mobile sebab ada kelas kat branch lain. Dari sana rushing ambil Eusoff, bersiap dan hantar ke EIP pula selepas waktu sekolah. Semua dalam jangkamasa sejam setengah. Sebab kelas petang menanti pula lepas tu. Mujur unit jadual waktu bagi kelonggaran pada saya untuk mulakan kelas jam 2.30 petang, kalau tidak entah macamana saya nak uruskan hal persekolahan si Eusoff ni.
Penatnya..kadang-kadang pegi running waktu petang pun dah tak larat nak angkat kaki. Sedangkan masa berbaki cuma kurang sebulan dari tarikh half-marathon saya yang pertama.
Kadang-kadang waktu saya memaksa diri supaya lari, saya berdoa "Allahurabbi...aku lakukan ini semua untukMu, supaya aku sihat dan panjang umur untuk menjaga amanahMu ..sebab aku tau tiada orang lain mengasihi dia lebih dari aku. maka kau kuatkanlah aku dan elakkanlah aku dari injury...".
Ada ke orang yg nak masuk half marathon mintak Allah boost energy dia macam yang saya mohon ni, saya tak taulah...Selalunya orang makan Power Bar atau Energy Gel..saya ni main doa je pulak. hehehehe :)
Eusoff pula semenjak masuk sekolah...mula berminat menyanyi lagu kanak-kanak, bermainan permainan :- macam kereta dan games kat handphone. Sebelum ini kalau dia pegang tab atau handphone, dia selalunya guna google, main Whatsapp atau hijack Facebook saya. Dan vocabulary dia semakin bertambah dan selalu bercakap ayat ringkas. Paling lucu dia juga dah boleh menyuruh dirinya sendiri diam, bila dia sedar vocal ticsnya kuat sangat.:)
Saya sejujurnya tidak letak target pun pada Eusoff untuk dia masuk mainstream ke..ambil UPSR atau apa. Saya cuma mahu dia mendapat haknya bersekolah, bergaul..bermain dan menikmati hidupnya jadi kanak-kanak macam orang lain. Dengan anak-anak yang lain pun saya tidak letak sebarang penanda aras untuk berjaya dalam akademik, walaupun saya seorang academician. Bagi saya kelangsungan hidup dan kemahiran itu jauh lebih perlu...kerana saya sedang berada di dalam sistem pendidikan dan mungkin saya mendapat overview keseluruhannya, maka saya berpendapat seperti ini.
Ok lah..banyak melarat-larat pulak entri ni.. SELAMAT TAHUN BARU CINA kepada semua yang menyambutnya dan Selamat Bercuti semua. Yang paling best bercuti tentulah mak saya, sebab dia nak fly ke Bandung esok petang... huhhuuu..bestnyer shopping!!
Enjoy your holidays peeps... XOXO!

Thursday, August 14, 2014
The Running Mom
Selamat Hari Raya..
Ya Allah...hari ni saya teringat kat blog saya ni. Sekian lamanya saya tak bukak, tak tgk ada komen yg perlu di moderate atau tak..entri apatah lagi memang tak ada.
Mujur tak bersawang lagi blog ni kan kan? hahaha..
Ok..
Sebelum ini saya bergelut dengan masalah dalaman. Saya banyak memendam dan memaksa diri saya sabar dan redha. Tapi apa yg saya buat itu dengan niat yg suci murni mmg tak bertempat dan akhirnya memakan diri. Dalam dunia ini, segala masalah perlukan komunikasi dan perbincangan. Jadinya setelah meletup bak gunung berapi (mujur takde kecederaan pada sesiapa), saya telah cool balik.
In the mean time.. saya telah menemui cinta baru!!
Which is RUNNING!
Boleh bayangkan gajah berlari? Saya macam tu la... 2 months ago, I was so heavy. Rasa macam gajah jadian pun ada.. Ketika itu saya rasa berat sangat dan sukar melakukan tugas harian. Nak ikat kain batik pun asyik teburai je... sebab selisih kain batik tu dah tinggal sikit. tuu diaa.. Saya pula ada masalah masa tu, saya selalu rasa diri saya tak berguna. Tak cantik. Tak bererti.
Jadi...di suatu hari yang indah, sebelum bermulanya Ramadhan, saya telah nekad untuk melakukan sesuatu. Saya mesti mengubah bentuk badan saya. Saya nak kurus.. Sebab saya pernah kurus jadi saya tau, saya BOLEH kurus!
Bermula saat itu saya jaga pemakanan dan buat workout bagai nak gile. Bulan puasa tidak jadi halangan bagi saya terus melakukan cardio exercise. Mula2 berat turun..pastu dia static..lps tu datang la segala bentuk craving pada benda2 yang saya pantang... It's 2 months now, and I manage to lose 14kg!
Thursday, June 5, 2014
Manipulative Behaviour??
Dari semalam ajar Eusoff jangan bukak baju dan seluar, jangan main sabun, jangan main air, jangan sepah bilik. Saya suruh dia ulang semula..dia ulang. Saya cekak pinggang kat dia, dia cekak pinggang balik. Saya marah, dia ketawa, Kadang2 tengah marah rasa nak gelak, tengah gelak rasa nak marah. Eusoff tahu dia ada 'keistimewaan', kadang2 dia menggunakan muka dia yg innocent tu untuk ambil kesempatan buat salah dan terlepas. Ini namanya MANIPULASI.
Sepanjang pengetahuan saya, anak autistik memang bijak memanipulasi. Dalam tak sedar, mereka telah mengawal kita di mana kita yang sepatutnya mengawal tingkah-laku mereka. Dalam sesi berkongsi pengalaman bersama ibu bapa dalam kumpulan sokongan, mereka juga sering bercakap benda yang sama.
Ceritan yang terbaru adalah macam ni...Setahun kebelakangan ini Eusoff anak saya ni manipulative sangat. Ni skill dia yg terbaru la. Agak bijak sebenarnya sebab dalam kita cuba kawal dia, sedar tak sedar dia yang dah kawal kita dan suruh kita buat benda yang dia nak. Semenjak kebelakangan ni juga saya perasan dia sedar dia ada 'keistimewaan' dan dia menggunakannya untuk escape dari kena marah atau buat sesuatu yang dia tak nak. Cikgu pun cerita dia slalu buli cikgu baru..dan baru2 ni ada bertukar speech therapist, dia pun buli ST tu sampai ST tu dalam tak sedar dah buatkan task untuk dia.
Kali ini saya berjaya rakam dia buat muka pelik seolah2 tics..dia tak perasan saya record. Masa ni dia sepah bilik, so saya marah dia. Bila saya paling tepi, dia senyum. Bila saya pandang dia semula dan muka saya masih marah, dia buat balik mimik muka yang pelik tu.
Dari pembacaan saya, aspie dan HFA mmg pandai manipulate. Eusoff ni diagnosis dia bertukar2. Some experts from IIUM Specialist Centre cakap maybe he is an aspie sbb academically he is advance than his peers. (Eusoff ni hyperlexic - dari kecik boleh baca dan buat simple maths). Hospital Besar dan Nasom cakap lain pula. Dari segi pertuturan dia agak slow (atau kadang2 dia buat2 slow..sbb pernah tangkap juga dia pretend play sorang2 dan boleh bertutur dengan baik).
Mungkin saya terlalu biarkan fikiran saya ni menerawang berimaginasi yang bukan2..tapi kadang2 saya fikir Eusoff sebenarnya sudah sangat improve tetapi dia memilih untuk stay dalam keadaaan sekarang untuk mendapatkan banyak kemudahan. Semasa review dengan psychiatrist dia cool sangat (sbb psych bincang dengan saya depan dia, dan dia dengar setiap butiran termasuk bila psych cakap pasal ubatan untuk mengawal hyperactivity.) Dia salam, dia cium tgn. Dia tidak fidget dan tidak membuat apa2 tics pun. Dia diam2 melukis dan menulis - sempat kagumkan psych tu. Saya masa tu amat hairan sebab masa menunggu kat luar bilik doktor, dia berlari bagai nak rak. Hmmmm...
Kalau nak baca selanjutnya mengenai Manipulative Behaviour boleh baca di SINI.
Monday, May 19, 2014
Bila emosi dan sel-sel otak berhubung..
- main sabun - tunggang sebotol cecair pencuci lantai dan cuci bilik air (kononnya laa)
- main semburan Ridsect..eeekkkk!!!!
- cuba stylize rambut sendiri...habis satu tube gel rambut bapak dia!
- cuba nak cuci kereta dgn car shampoo
- conteng dinding dan melukis macam-macam
- cuba masak sendiri mee...
- pakai mekap dan tudung I!!
- sembur air dari paip (dari bilik air master bedroom) ke dalam bilik..abis lencun tilam..
"Mama...eusoff main sabunnn!!"
Saya tidak mahu bersedih...tapi setiap kali dia dicubit babahnya, atau dilempang si kakak, digigit si adik...kadang2 saya juga terlanjur memukulnya kerana geram sangat2.. hati saya menangis.
Solusinya ialah SOCIAL STORY.
Saya dah lukis dan repeat setiap hari padanya...harap-harap Eusoff faham apa yang boleh dibuat dan apa yang tidak.
Semoga ada cahaya di hujung terowong..Aminnn...
Thursday, May 8, 2014
Eusoff the Fine Artist
Chewahhhh...tajuk tak menahan..Omputeh lagi tu..haha.
Selama sebulan dua kebelakangan ini, Eusoff mula minat melukis. Yang paling best amat mudah nak ajar dia...demo sekali dan dia terus boleh buat. Tapi terpulang juga dia nak lukis apa..kalau subject matter tak menarik minat dia, jadi dia tak akan melukisnya.
Sebelum ni dia melukis line drawing guna pen dan pensel. Sekarang dia paling mahir dan selesa menggunakan oil pastel. Sekotak hanya tahan seminggu...kalau dah tak cukup kertas dia melukis pula di dinding. Yang ni saya tak galakkan tapi kalau terlepa sekejap, memanglah dinding akan jadi medium meluahkan kreativiti beliau tu. :)
Cerita banyak pun tak guna..marilah saya tunjukkan drawing2 Eusoff termasuk mural yang dia buat di pintu masuk rumah kami.
budak ini dulu tak reti pegang pensel...caya tak?? ^_^
Monday, April 7, 2014
Eusoff dah tak takut serangga
Assalamualaikum..
Cuti sekolah yang baru-baru ini, kitorang balik kampung sekaligus pergi kenduri house warming rumah abang saya di Kepala Batas, Pulau Pinang. Alang-alang dah sampai tu, kitorang pergi berjalan ke Penang dan Sg. Petani.
Disebabkan anak2 buah semua berhajat nak pegi tengok butterfly kat Butterfly Farm, kitorang pun setuju walaupun ada rasa ragu2 sebab memang tau yg Eusoff dulu memang takut gile dgn insects lagi-lagilah butterfly.. Takut yang sampai tahap histeria.
Tapi bila akhir-akhir ni tengok dia dah boleh baca buku insects, gamble jelah pergi jugak.
Mula-mula masuk, bila tengok rama-rama berterbangan, dia mcm freeze gitu. Dia punya jantung laju je dup-dap dup-dap. Saya bagi dia masa adapt kepada persekitaran dan lepas tu.. Eusoff siap happy lagi berlari explore garden dan show room.
Here are the pictures of him having fun...enjoy!
Tuesday, February 25, 2014
Tahap Penerimaan Ibu Bapa
Ok hari ni saya nak kongsi satu perkara yang paling penting tapi ramai orang rasa tak perlu diambil tahu...iaitu tahap penerimaan atau mencapai redha dengan takdir yang Allah tentukan buat kita. Paling sedih sekali ialah bukan semua hospital atau organisasi berkaitan menyediakan khidmat kaunseling kepada ibu bapa atas masalah mereka (sedih, pilu,bimbang dengan masa depan anak dll). Yang disediakan ialah kaunseling untuk membantu pembangunan anak yang terbabit sahaja. Padahal masa ini hati seorang ibu atau ayah sangat sedih, tertekan dan perlukan sokongan mental dan emosi.
![]() |
| *gambar ihsan pakcik Google |
*sumber
Thursday, February 20, 2014
Eusoff dan Gunting
Eusoff semenjak dua menjak dah pandai menggunting ni...semua benda nak digunting. Cikgu cakap kat sekolah pun gunting bleh jadi reward siapkan table task dan kira2... hahaha..obses gunting la pulak.
Ni ialah lantern sempena Chinese New Year yang lepas.. pakcik ni buat kat sekolah. Hohhh..gitu! Sayang benor dia lantern ni...dipegang cermat-cermat dan dia display plak atas drawer baju dia.. Lawa ke idak? Lawa ke idakk? Haaa... ^_^
![]() |
http://www.dltk-holidays.com/summer/mscissor-skills.htm
P/S: Untuk Kak Ani yang saya jumpa kat Giant..terima kasih follow blog saya ni. Seronok jumpa Kak Ani..harap boleh borak-borak dan share pengalaman di lain kali InsyaAllah. Salam untuk Aqib yang bijak dan peramah ^_^
Tuesday, January 28, 2014
Bahan Bacaan Mengenai Autism
Cuma sedikit perkongsian..yang memang nak kena tulis gak kat blog ni.
Apa yang penting di sini tentang apa yg saya nak kongsikan ialah, perkara pertama yang kena buat ialah kenali anak kita tu dulu. Saya rasa rugi sangat membazir masa saya mencari benda yang tak pasti, sedangkan anak saya membuka seluruh ruang jiwanya untuk saya selami dan saya ignore benda tu dan sibukkan benda lain yang tidak membantu dia pun. Don't repeat my mistake... Kenalilah anak anda dan terimalah siapa dirinya yang sebenar, the good and the bad side. Dia adalah seorang insan dan autism menjadi sebahagian dari dirinya.
![]() |
| Naoki Higashida 'My Guru' |























