Showing posts with label Hyperlexia. Show all posts
Showing posts with label Hyperlexia. Show all posts

Thursday, May 8, 2014

Eusoff the Fine Artist

Assalamualaikum...

Chewahhhh...tajuk tak menahan..Omputeh lagi tu..haha.

Selama sebulan dua kebelakangan ini, Eusoff mula minat melukis. Yang paling best amat mudah nak ajar dia...demo sekali dan dia terus boleh buat. Tapi terpulang juga dia nak lukis apa..kalau subject matter tak menarik minat dia, jadi dia tak akan melukisnya.

Sebelum ni dia melukis line drawing guna pen dan pensel. Sekarang dia paling mahir dan selesa menggunakan oil pastel. Sekotak hanya tahan seminggu...kalau dah tak cukup kertas dia melukis pula di dinding. Yang ni saya tak galakkan tapi kalau terlepa sekejap, memanglah dinding akan jadi medium meluahkan kreativiti beliau tu. :)

Cerita banyak pun tak guna..marilah saya tunjukkan drawing2 Eusoff termasuk mural yang dia buat di pintu masuk rumah kami.






























 budak ini dulu tak reti pegang pensel...caya tak?? ^_^

Monday, January 27, 2014

Eusoff dan Typography

Assalamualaikum....

Ini adalah entri ketika ngantuk. Ngantuk bebenor mata ni haaa....tadi menyupir ambil Eusoff dari sekolah pun 2-3 kali penampor muka sendiri sebab ngantuk yang amat sangat. Kali ni nak cerita pasal minat si Eusoff yang terbaru..yang berkembang-biak dari obsesinya terhadap huruf.



Eusoff tak suka melukis dan mewarna. Kalau dipaksa juga...diwarnakan compang-camping dan 'asal belasah' je. Takde nak ikut border atau buat pilihan atau gabungan warna. Asalkan bewarna sudah... Sebagai fine artist, amatlah tension tengok anak mewarna stail malas cenggituh! Huh!!

Kerana saya seorang Mama yang degil...dan tak mudah mengaku kalah bila Eusoff sedari awal dah menunjukkan protes dan 'buat muka bosan' bila saya suruh mewarna...jadinya saya cuba satu cara iaitu TYPOGRAPHY. Huruf yg saya stylize jadi macam-macam pesen dan membentuk perkataan kegemaran Eusoff akhirnya berjaya menarik minat mewarna beliau.

Hasilnya macam ni...





Woottt! Wooott!!!

Akhirnya si Eusoff boleh jugak mewarna berjam-jam bila subject matter yang nak diwarnakan tu betul-betul serasi di hati beliau. Happynya rasa...tepuk bahu sendiri. Kihkih...


Selain tu mamat ni pun terer jugak buat typography dalam tulisan 'imej cermin' atau 'mirror image'... wahhh...kan main lagi beliau menunjuk-nunjuk skill beliau tuh...kalah mak yg tukang ajar ni...kohkoh..


Boleh tengok video di sini ya...



Wednesday, September 4, 2013

Eusoff dan Huruf (lagi)

Assalamualaikum...

Lama tak update blog ni. Banyaknya sawang.. hehe..

Sebenarnya ada banyak sangat cerita tapi tak tau nak cerita yang mana dulu. Di samping kesibukan dan kemenyampahan nak menaip sebab internet kat rumah tu slow sangat, dan kat opis plak sibuk jadinya asyik bertangguh je nak buat entri.

Eusoff masih dengan obsesinya, HURUF dan FILEM. Asyik menulis dan mengeja tak lain tak bukan pasal filem. Tapi kalau disuruh, dia boleh juga tulis perkataan yang biasa digunakan dalam aktiviti harian macam makan, minum atau sikat rambut. Kat bawah ni ialah klip video pendek masa dia pergi speech therapy kat UIAM dengan ST dia iaitu Cik Syikin yang gorgeous. Hasil dari aktiviti mamarazzi  yg boring tak tau nak buat apa kat luar bilik tu. Muehehehe.. ;)


Lepas itu nak share yang ni plak. Dial lukis ni dalam kereta masa nak pergi sekolah. Kalau dah obses huruf tu, lukisan pun huruf jugakkkk... Unik kan? :)



Thursday, March 21, 2013

Hyperlexia & Hypergraphia

Assalamualaikum...

Sejak kebelakangan ini, Eusoff seronok betul menulis. Saya suka sangat..sebab secara tak langsung dia sendiri sukarela nak perbaiki fine motor skill dia. Alhamdulillah.. dari tak pandai pegang pensel, sekarang dah pandai. Tulisan pun  makin kemas dan cantik. Tetapi lama-kelamaan menulis tu dah jadi obsesi pulak. Kalau kat rumah, pen dan buku tulis tak pernah lekang dari tangan. Selalunya dia akan tulis tajuk filem, tajuk drama, tajuk rancangan tv, senarai channel Astro, intisari rancangan, logo dan jenama dari iklan tv, score sukan, nama selebriti seperti pelakon, ahli sukan, penceramah, ustaz, nama syarikat produksi, nama penerbit filem, nama pengarah filem, tarikh wayang keluar panggung dan macam-macam lagi. 

Kalau tak cukup kertas dinding jadi mangsa. Penuh dari depan sampai ke belakang. Dari pintu sliding hingga ke segenap bilik, belakang pintu dan pada cermin, lantai mozek, cadar, sarung bantal, baju, bahagian interior kereta pun dia tulis (nasib baik boleh padam). Sampailah badan dia sendiri pun dia tulis. Setakat buku latihan biasa tu, 2-3 hari je dan habis penuh satu buku. Tak cukup buku contengan, dia tulis macam-macam pada buku sekolah. Dinding sekolah pun dia dah tulis tapi cikgu dia kata nasib baik cat interior jenis yang boleh dibersihkan. 
Buku tulis Eusoff...penuh setiap muka suratnya dengan tulisan macam ni..

Buku sekolah pun jadi mangsa.

Dinding bilik tidur yang diconteng dek budak Eusoff.

Kalau saya pegang tangan kanannya supaya dia berhenti menulis, dia akan menulis guna tangan kiri. Kalau saya pegang kedua-dua tangan, dia pernah menulis guna mulut. Kalau saya sorok semua pen, dia akan tulis guna air liur atau kuah kicap. Atau dia akan guris dinding menggunakan bucu tajam dari permainan untuk menulis. Kalau saya sorok semua pen, buku, kuah kicap, permainan hingga dah takde surface lagi untuk dia tulis atau dia ada di suatu tempat yang takde langsung ruang dan permukaan untuk menulis (contoh: ketika naik motor), dia akan menulis di angin. Waktu nak tidur pun sama...satu tangan akan keluar dari selimut dan dia akan menulis di awangan sehingga terlena.


Eusoff si hyperlexia kini sedikit demi sedikit bercambah tumbuh satu lagi kategori baru iaitu HYPERGRAPHIA iaitu keinginan luar biasa untuk menulis. Walau bagaimanapun, ianya bukanlah sejenis kecelaruan tetapi dicetuskan oleh aktiviti luar biasa di bahagian temporal lobe pada otak manusia. Study case antara hyperlexia dan hypergraphia pula tak banyak yang saya jumpa, kerana kes begini adalah dikatakan jarang-jarang berlaku.


Sebenarnya saya merasa sedikit gusar melihat perkaitan antara hypergraphia dan serangan epilepsy. Itu belum lagi baca kaitannya dengan skizofrenia dan bipolar. Memang merisaukan. Saya harap obsesi baru Eusoff ini tidaklah sampai tahap itu..mungkin cuma pelahiran secara fizikal dari kebolehan membacanya itu saja.