Thursday, January 31, 2013

Speech dan Occupational Therapy di IIUM


Assalamualaikum..


Kuliyyah of Medicine, IIUM Kuantan


Hari ni speech therapy (ST) Eusoff di Speech Clinic, Kuliyyah of Medicine, International Islamic University of Malaysia, Kuantan. Tuuuu dia! Sekali sekala tulis nama panjang IIUM ni macam gempak la pulak. Hehe.. Sebenarnya ST ni patutnya diadakan minggu depan. Tapi disebabkan Cik Syikin a.k.a Speech Therapist Eusoff kena hadir kursus induksi pada tarikh temujanji tu, dia terpaksa susun atur semula jadual temujanji ST untuk semua pesakit. (sakit ke? aiyo!) Dan giliran Eusoff adalah hari ni!

Eusoff dan Cik Syikin
Eusoff paling suka dengan sesi ST bersama Cik Syikin. Orangnya ramah dan mesra dengan kanak-kanak. Saya sebagai mak pun berkenan dengan caranya mengendalikan anak saya. Bukan sebarangan orang boleh mengendalikan anak-anak autistic ni tau? Mereka ni ada behaviour yang pelik..tak masuk lagi cerita pasal sensory problem dan tantrum lagi tu! Yang paling penting, Eusoff serasi dengannya. Kalau tak macamana nak pastikan sesi terapi berjalan dengan berkesan kan?

Dulu Eusoff buat ST di HTAA. Tapi lepas dapat ST di IIUM, kami terus plih untuk menjalani terapi di IIUM saja sebab lebih dekat dengan tempat kerja saya. Selepas selesai ST pun dah tak jauh saya nak hantar Eusoff ke taska. Masa di HTAA dulu, speech therapist Eusoff namanya Puan Azlin. Orangnya baik juga dan tak lokek berkongsi ilmu dan bahan bacaan berkaitan dengan autisme. Sampai sekarang, walaupun saya dah tak bawa Eusoff ST dengan beliau lagi, beliau masih tak lokek pinjamkan buku-buku yang ada di Unit Pertuturan HTAA untuk saya buat rujukan. 

Unit Pertuturan HTAA, tempat Eusoff mula-mula dapatkan khidmat ST.
Speech Clinic di IIUM ni tak kenakan sebarang bayaran kecuali bayaran pendaftaran yang cuma dibuat sekali sahaja sewaktu mendaftar dulu iaitu sebanyak RM5 sahaja. Murah je kan? Lepas tu setiap sesi ST dikira sebagai PERCUMA. Bilik terapinya luas.. siap dengan padded walls lagi untuk tujuan keselamatan. Eusoff buat sesi Occupational Therapy (OT) atau Terapi Cara Kerja pun di sini, tapi di bawah seliaan dan dijalankan oleh kakitangan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA). Makmal OT yang lengkap dengan Snoezelen Room dan Speech Clinic sebenarnya berkongsi bangunan, cuma tingkat saja yang berbeza. OT Eusoff bertukar-tukar sebab staff HTAA yang mengendalikan sesi terapi tu bertugas secara sistem giliran. Setakat ni saya tengok Eusoff ok saja...agaknya dia lebih tumpukan perhatian pada stimulation dalam makmal OT tu dari sibukkan siapa yang akan handle sesi terapinya. Hehe..

Makmal Snoezelen di mana Eusoff menjalani Terapi Cara Kerja atau OT

Sebelah pagi tadi dah selesai sesi ST. Petang ni pulak ada sesi OT. Tapi untuk sesi OT, Cikgu Misai pulak yang bawa. Sebab saya dah mintak excuse keluar dari pejabat pagi tadi. Biarlah sebelah petang saya sambung kerja-kerja saya yang terbengkalai.

Sight simulation dalam makmal Snoezelen
Bagi orang-orang yang tak ada anak istimewa seperti kami, mungkin tak pernah dengar pun terma seperti ST, OT atau hearing test, audiology test dan macam-macam lagi yang kami ibu bapa kepada anak autistik ni biasa bualkan hari-hari. Mungkin ada yang tak berkesempatan jejak kaki ke Jabatan Psikiatrik di hospital, bertemu psychologist dan psychiatrist, atau jumpa pakar kanak-kanak dan audiologist sekerap kami dan anak istimewa kami ni. Rawatan, khidmat bakti dan keprihatinan insan-insan inilah yang banyak membantu anak-anak autisme. Merekalah yang memberikan pendedahan dan beri semangat kepada ibu-bapa yang punya anak-anak istimewa seperti kami. Mereka beri harapan dan beri tunjuk ajar untuk kami bantu anak-anak kami  supaya mereka boleh berubah ke arah yang lebih baik. Walaupun banyak pendapat mengatakan autisme adalah kondisi seumur hidup, dengan nasihat dan tunjuk ajar mereka-mereka inilah..kami melihat perubahan positif hari demi hari pada anak-anak kami.

Bagi saya, profesion mereka ini adalah profesion yang mulia. Kalau mereka melakukannya dengan ikhlas dan  sepenuh hati, mereka seumpama sedang menanam benih-benih pahala di ladang yang luas, di mana hasilnya bakal mereka tuai di akhirat kelak. Mereka ni membantu memulihkan ahli-ahli syurga..bayangkan sajalah. Jasa mereka memang tak mampu saya balas, kecuali dengan doa agar mereka dilimpahi rahmat Allah sebanyak-banyaknya di dunia dan akhirat.

Taman kat foyer Kuliyyah of Medicine.
Kat sini ada fountain jugak tapi saya takut nak bawak Eusoff pegi dekat fountain tu.
Takut dia terjun nak mandi pulak kang. Hehe..

Saya juga sangat berterima kasih pada Cikgu Valerie yang ajar anak saya Eusoff. Dari tak boleh pegang pensel, sekarang dah boleh menulis dan conteng dinding. (Rumah saya dah kena vandalism sekarang ni..:)) Dari tak boleh selak helaian muka surat buku sebab skill motor halus yang lemah, sekarang dah boleh mengamati helaian demi helaian buku cerita yang saya belikan untuknya dengan terib dan tak berselang-seli muka surat macam dulu lagi! Kalau tak kerana Eusoff, saya takkan berkesempatan mengenali insan-insan hebat ini.

Kepada mereka semua, SALUTE!
Semoga terus setia berbakti untuk komuniti AUTISME. 










7 comments:

  1. Please visit our facebook page at www.facebook.com/psych.iium

    ReplyDelete
  2. As salam... I am an ot. Really interested to know your 1st exposure to rehab intervention. Nk tahu populasi kat sana.... Interested jugak nk balik berkhidmat di tempat sendiri... Susah nk mohon kerja di situ.... Interested nk open centre kat kuantan. Kindly respond. Tq

    ReplyDelete
  3. waalaikumsalam. Most of Eusoff's rehab interventions were done at local hospital and medic faculty at UIAM. Nasom provides both private OT and ST. But it is really costly, I couldn't afford them for Eusoff.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum puan. Berbeza ke speech therapy di iium allied science dan di kulliay medicine ni. Dan utk snoozelan room tu mmg tiada bayaran ye..

    ReplyDelete
  5. Waalaikumsalam. Saya tak pasti sebab Eusoff hanya pergi speech di Medicine. Yang pasti setiap speech therapist ada cara tersendiri. Selalunya anak2 digalakkan hanya mempunyai seorang speech therapist sahaja untuk mengelak kekeliruan.

    ReplyDelete