Wednesday, January 30, 2013

Bila anak tak sihat..

Assalamualaikum..

Anak-anak saya; Eusoff dan Daniel tak sihat. Cirit-birit, muntah, demam dan tak selera makan. Keracunan makanan. Hati saya berat mengatakan berpunca dari springy noodle yang mereka makan di Noodle Station pada hari Maulidur Rasul yang lepas. Saya sendiri makan sayur-sayuran dalam mee tu. Cikgu Misai pulak perabihkan dumpling dan fishballnya. Kami tak sakit perut. Lagipun saya, Cikgu Misai dan Damia makan hidangan yang berlainan masa tu. Saya masih ingat betapa berseleranya budak berdua tu makan mee. Menyesal pun dah tak berguna...yang penting saya akan lebih berhati-hati lagi lain kali untuk bawa anak-anak makan di luar.

Sedih saya tengok mereka sampai melepek. Eusoff yang bising dan aktif melompat dan berlari tu hanya terbaring kelesuan. Dah la nak bagi makan ubat punya susah..kena wrestle dia dulu. dah pinned down, dan berjaya masukkan syringe dalam mulut dia pergi sembur pulak ubat tu. Si Daniel pulak asyik berkepit dan merengek jelah kalau tak sihat. Saya ni lain kerja takde, basuh bontot dan lap muntah di sana sini. Seluar baju budak berdua tu serta cadar katil bertukar sehari sampai 3-4 kali..sampai tak muat penyidai kain nak sidai semua kain-kain tu.
Kesian Daniel...asyik tidur je.

Hari ni saya dah masuk kerja selepas 4 hari bercuti. Dengan berat hati saya terpaksa hantar Eusoff ke sekolah dan Daniel pergi ke taska. Mengenangkan mereka masih tak berselera makan dan masih ada ketidakselesaan perut, saya rasa sedih dan kasihan sangat. Kalau kat rumah dengan kita, macam-macamlah yang saya masakkan supaya dapat memancing minat mereka untuk makan, tapi kalau dijaga oleh orang lain ni...takkan sama macam mak sendiri. Pada masa inilah, saya mengakui merasa sangat cemburu pada ibu-ibu yang menjadi suri rumah sepenuh masa.. Alangkah bagusnya dapat jaga anak-anak dan keluarga dengan tangan dan kudrat sendiri. Terutamanya dalam keadaan begini..


Tengok muka budak kecik ni..dah kurus cengkung kan? :(
Pakcik Afro ni hanya makan epal je.. tak selera makan benda lain.
 Terbayang-bayang je muka anak-anak saya tu... Tak sabar tunggu jam 5.30ptg. Nak balik..nak peluk mereka puas-puas.

Gambar ihsan Pakcik Google.
 Ok..gambar kat atas ni ialah suggestion makanan untuk orang yang sakit perut sama ada sbb angin, cirit-birit atau ketidak-hadaman perut. Namanya BRAT diet. Banana Rice Applesauce Toast. Masa kita sakit perut, buah-buahan mentah adalah susah untuk dihadam oleh perut, sebab tu kena masak dulu buah epal tu. Nasi tu  lagi cantik kalau buat bubur supaya senang dihadamkan. Roti pulak sebagai sumber diet berserat rendah kerana makanan yang berserat tinggi agak susah untuk dicernakan ketika perut mengalami keradangan. Pisang pulak adalah sumber potassium dan sejenis kanji yang terdapat dalam pisang mampu mengurangkan mukosa gastrointestine yang menyebabkan cirit-birit berlarutan. Sebab tulah ramai pengamal perubatan mencadangkan mengambil BRAT diet ketika mengalami masalah cirit-birit. Jangan lupa ambil banyak2 ORS juga ye? Untuk mengelakkan dehidrasi sebab kalau dah dehydrate keadaan akan menjadi lebih bahaya, terutamanya kepada kanak-kanak. Kalo deme payah nak tela sebab garam ORS tu masin, bleh campurkan dalam juice kegemaran deme. Wahh...dah macam segmen kesihatan pulak dah. Untuk keterangan lebih lanjut buleh la tanya Pakcik Google. Hehe..

Doakan hero-hero saya tu cepat sembuh ye? Terima kasih.. :)

1 comment:

  1. Bila anak tak sihat, ibubapa bagai nak pengsan menguruskannya...cubaan sbg mak bapak!

    ReplyDelete