Friday, January 25, 2013

Terapi Al-Quran

Assalamualaikum...

Antara rawatan yang kawan-kawan di Autisme Malaysia selalu sarankan buat di rumah untuk menenangkan anak autisme ialah TERAPI AL-QURAN.  Biasanya anak-anak saya memang suka dengar zikir di Astro Oasis..jadi rasanya tak salah kalau saya cuba. Lagipun dapat pahala dan setiap Muslim memang diseru agar membaca Al-Quran.

Sebenarnya sebelum ini saya ni memang malas mengaji. (Malunya nak mengaku..iskkk!) Macam-macam alasan. Konon sibuk sangat kat rumah...tapi sebenarnya masa tu ada, cuma kita yang isikan dengan buat benda lain..contohnya tengok TV. 

Nekad mahu Eusoff tenang sepanjang malam, saya cari juga masa untuk mengaji pada waktu malam. Dah 2 minggu saya amalkan mengaji setiap malam. Mula-mula satu muka surat je.. (aduiii). Masa tu memang teruk bacaan saya, tersekat-sekat dan tajwid pulak berterabur sebab dah lama tak mengaji selain dari baca Surah Yaasin pada malam Jumaat. Akhirnya dari satu muka surat, naik ke dua muka surat, tiga muka surat...sampai lah sekarang bacaan pun dah bertambah lancar, nafas pun dah semakin panjang. Rasa seronok membaca Al-Quran itu datang dan saya rasa macam ada yang tak kena kalau tanggungjawab yang satu ini saya tak tunaikan. 

Pernah suatu malam, Cikgu Misai ajak makan di luar. Kerana kepenatan berjalan-jalan dan si Daniel pulak asyik merengek nak menyusu dan ajak saya baring bersamanya, jadi selesai solat Isya' saya pun rebahkan badan dan terlena. Sepanjang malam tu saya asyik terjaga kerana teringat saya tidak mengaji pada malam itu. Akhirnya lebih kurang pukul 4 pagi saya bangun dan mengaji selepas solat sunat. Lepas itu saya tidur semula dan lena sampailah bangun balik untuk bersolat Subuh dan persiapkan anak-anak ke sekolah.

Saya tak tahu sejauh mana keberkesanan terapi ini pada Eusoff kecuali dia pernah terlena sekali di sebelah saya ketika saya mengaji, tetapi rasanya terapi Al-Quran ni sudah berkesan terhadap diri saya. Diri rasa lebih tenang dan tak cepat menggelabah. Contohnya hari ini.. :-

Tak tau apa yang berlaku sebenarnya di sekitar Kuantan ni, tapi hari ini jalan raya sesak luar biasa. Saya keluar dari pejabat seperti biasa untuk menjemput Eusoff dari sekolah, tapi sampai lambat sebab jalan sesak. Jalan menuju sekolah Kakak Damia pun sesak teruk..sehingg dekat pukul 1 jugaklah baru saya sampai kat sekolah dia. Damia pun dah risau sebab saya jarang lambat macam itu. 

Nak jadi cerita dalam keadaan terperangkap dalam kesesakan tu, Eusoff muntah memancut-mancut dalam kereta. Banyak sangat-sangat. Sampai kosong perut dia. Lepas muntah tu dia minta air dan biskut yang standby dalam kereta. Lapar semula agaknya sebab semua isi perut dah keluar.. Yang saya nak tegaskan kat sini ialah...saya COOL sahaja, dengan muntah yang banyak, dalam keadaan nak cepat dan terperangkap dalam jem begitu. Bau muntah dalam cuaca panas tu.. Do you get it? Kalau dulu, mungkin saya dah mengamuk dan marah2. Atau pun menggelabah sibuk nak lapkan seat kereta atau baju sekolah anak yang lencun dek muntah. Memanglah anak tu tak sengaja muntah, tapi saya mesti membebel atau pun paling koman paranoid tak tentu pasal takut kalau anak sakit perut atau apa. 

Saya tak tau kenapa saya tak bereaksi melihat keadaan ini tadi. Saya rileks je tengok dia muntah tu..hulur tisu dan suruh Eusoff lap tangan dan mulut dia..takde perasaan apa pun. Saya cuma perhatikan dia sama ada ok atau tak, atau terdapat sebarang perubahan fizikal pada dia seperti muka pucat atau tak selesa. Bila saya tengok Eusoff ok, saya pun ok sahaja. Tengok, betapa besarnya hikmah membaca Al-Quran? Boleh ubahkan seekor singa lapau cam saya ni kepada seorang yg cool seperti Mat Kool!

Bacalah Al-Quran dengan seikhlas hati demi keredhaan Allah secara istiqamah dan kita akan mendapat fadhilat dan faedahnya +  pahala lagi tuh! 

"Kita semua takkan tahu peratus kejayaannya selagi tak cuba sendiri..." ~ Pengakuan ikhlas dari saya, seorang insan yang jahil serta cetek pengetahuan ~


Abu Zar r.a berkata bahawa beliau meminta Rasulullah s.a.w memberi satu pesanan yang berpanjangan. Rasulullah s.a.w bersabda: 



“Semaikanlah perasaan taqwa kepada Allah kerana ia adalah sumber bagi segala amalan-amalan baik. Aku meminta supaya baginda menambah lagi. Tetapkanlah membaca Al-Quran kerana ia adalah nur untuk kehdupan ini dan bekalan untuk hari akhirat.”

Salam Jumaat dan selamat berhujung minggu!

2 comments:

  1. Alhamdulillah..syabas yati. Keep it up!
    Rasa bersemangat pulak nak konsisten mengaji lps baca entri ni :)

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah kak syida...harap2 hidayah Allah ni berterusan. Baru habis surah Al-Maidah.. harap2 saya boleh khatam sekali lagi tahun 2013 ni. Ameen...

    ReplyDelete