Tuesday, January 8, 2013

Progress Si Eusoff

Assalamualaikum..

Hari ini saya nak cerita pasal progress si Eusoff. Eusoff dah boleh bertutur. Walaupun pelat..ada jugak perkataan yang jelas disebutnya, dan digunakan sesuai dengan situasi. Alhamdulillah. :)

Dulu kalau saya marah dia..dia hanya menangis. Sekarang dia akan menjawab bebelan saya dengan berkata "Awak marah saya?" atau "Awak tak sayang saya?" Setiap kali saya usik dia, dia akan berkata "Awak ni saja je.." atau ketika saya lambat bersiap untuk keluar bersiar-siar, dia akan menarik tangan saya sambil berkata "Cepat! Cepat! Cepat!"... 

Suara dan kata-katanya umpama muzik di telinga saya. Merdu dan indah!


Walau bagaimana pun masih banyak echolalia dalam interaksi Si Einstein Kecil saya ini. Dia masih banyak mendengar dan mengulang kembali apa yang didengarinya. Sekiranya saya bertanya, "Ini apa?" dia akan menjawab dengan soalan yang sama "Ini apa?". Ini adalah perkara biasa dalam pertuturan anak-anak autisme pada peringkat awal mereka mula bertutur. Tugas saya kini adalah untuk memecah kebiasaan itu dan menggalakkan komunikasinya secara dua hala.

Dari segi menerima dan mengikut arahan, sudah banyak sangat perubahan positif. Sekiranya Eusoff tidak terlalu fokus kepada sesuatu, kebiasaannya dia akan mendengar dan mengikut arahan saya atau berhenti melakukan apa yang saya larang. Saya dah tak perlu menjerit lagi. Best kan? 



Eusoff juga dah pandai menulis! Dan juga dah pandai buat Word Search (tapi cepat bosan dan kecewa bila tak jumpa perkataan yang dicarinya). Saya cuma tinggalkan satu set sahaja huruf A-Z untuk Eusoff mengeja sebab nak galakkan dia menulis. Set huruf dia yang banyak berset-set tu saya sorokkan. Akhirnya dia tiada pilihan lagi untuk mengeja melainkan terpaksa MENULISNYA! Siapa sangka taktik saya ni berjaya. Lihat saja apa yang ditulisnya dalam kereta semasa pulang dari sekolah hari ini!

Sangat suka menulis tajuk filem.. 


Eusoff dalam uniform sekolah..


Buat word search dalam kereta.

Eye contact pun dah bagus kan?
Usaha walaupun kecil, dan guna modal yang kecil jugak, dilakukan dalam masa yang pendek tetapi berterusan dan konsisten, ..pasti akan membuahkan hasil. Sabar dan tidak kenal erti putus asa itu  pasti ada ganjarannya. Jadi, tidak kira apa yang anda lakukan, USAHA dan jangan fikirkan bila kita dapat lihat hasilnya. Kerana hasilnya pasti ada menanti di penghujung jalan. Jangan putus berdoa dan bersyukur dengan kurniaanNya, kerana sama ada perkara itu baik atau buruk, segala yang ditentukan oleh Allah itu adalah yang terbaik untuk hambaNya.

Kuncinya adalah... ISTIQAMAH. Semoga Eusoff terus berusaha untuk memperbaiki diri, kerana saya akan sentiasa berada di sana untuk berusaha bersamanya.

~Terima kasih Allah~




No comments:

Post a Comment