Wednesday, September 4, 2013

Eusoff dan Huruf (lagi)

Assalamualaikum...

Lama tak update blog ni. Banyaknya sawang.. hehe..

Sebenarnya ada banyak sangat cerita tapi tak tau nak cerita yang mana dulu. Di samping kesibukan dan kemenyampahan nak menaip sebab internet kat rumah tu slow sangat, dan kat opis plak sibuk jadinya asyik bertangguh je nak buat entri.

Eusoff masih dengan obsesinya, HURUF dan FILEM. Asyik menulis dan mengeja tak lain tak bukan pasal filem. Tapi kalau disuruh, dia boleh juga tulis perkataan yang biasa digunakan dalam aktiviti harian macam makan, minum atau sikat rambut. Kat bawah ni ialah klip video pendek masa dia pergi speech therapy kat UIAM dengan ST dia iaitu Cik Syikin yang gorgeous. Hasil dari aktiviti mamarazzi  yg boring tak tau nak buat apa kat luar bilik tu. Muehehehe.. ;)


Lepas itu nak share yang ni plak. Dial lukis ni dalam kereta masa nak pergi sekolah. Kalau dah obses huruf tu, lukisan pun huruf jugakkkk... Unik kan? :)



Wednesday, August 14, 2013

Hiperaktif dan kaitannya dengan sensory overload


Eusoff hyper ketika pergi beraya ke sesetengah rumah yang ramai orang dan bising dengan suara orang berbual. 


Bila dengar bunyi mercun berdentam-dentum pun dia hyper.

Dia tak tutup telinga mcm dulu2...bila sensory overloaded. 
Cuma seseakali terdengar dia berkata "lari..lari.." atau "balik..balik" atau "diam...diam" atau dia keluarkan suara grunting untuk block unpleasant sound.


Semalam masa technician datang untuk pasang bracket TV dan kitchen hood pun dia hyper lari lompat sana sini bila dengar bunyi dinding kena drill. Tapi kali ni dia tak cakap apa-apa pulak melainkan menyanyi lagu bercampur-campur dengan azan.

Saya selalu fikir dia hyper kerana makanan manis ataupun sensory craving, sebenarnya ada banyak lagi sebab kenapa dia hyper. Salah satunya adalah kerana sensory overload. Banyak yang saya perlu decode untuk mengetahui kenapa Eusoff buat sesuatu.. 

Help me learn, Eusoff.. for me to help you. 


Thursday, July 25, 2013

Kenapa tak hantar naik bas je?


Assalamualaikum  dan Salam Ramadhan...



Baru-baru ni ada seseorang bertanya kepada saya, "Kenapa tak bagi anak ko yang sulung tu naik bas je? Senanglah sikit tak payah berhantar berjemput?"

Ok..inilah sebabnya. Sebab saya rindukan anak saya. Simple je jawapannya tapi kawan saya terus terdiam.

Memang saya rindukan anak-anak setiap hari di tempat kerja. Saya rela waktu dan duit minyak saya banyak terbuang semata-mata untuk hantar, ambil anak. Saya percaya anak-anak saya juga rindukan saya. Jelas sebenarnya terlihat dari mata mereka yang bersinar, setiap kali saya jemput di sekolah, lalu seterusnya saya hantar ke taska. Dapat jumpa sekejap pun jadilah, asalkan lepas rindu dendam. Dapat buat social story sekejap dalam kereta dengan si Eusoff pun jadilah, atau membantu Damia menjawab 1-2 soalan kerja rumah ketika dalam perjalanan sudah cukup memuaskan hati saya dapat berinteraksi dengan anak-anak.

Sampai di taska pula, sempat saya peluk dan cium Daniel yang kecil dan manja, dan melihat keadaan dia, sudah makan atau belum, seronok atau tidak. Kadangkala sempat saya titipkan sebungkus kecil biskut atau kudapan lainnya, sebab saya rindukan wajah comelnya yang tersenyum meleret bila tangannya mencapai bungkusan itu dari tangan saya.

Saya rela disoal-jawab pihak pengurusan, saya rela sekiranya mereka mahu memotong gaji saya kerana sering keluar pada waktu tengahari walaupun setakat ini mereka begitu memahami tanggungjawab saya pada anak-anak, terutamanya pada Eusoff. Saya percaya, anak-anak memerlukan ibu mereka 24/7. Lantaran kekangan kerja, saya terpaksa menghantar mereka untuk diasuh orang lain dalam keadaan hati separuh rela.

Saya percaya, anak-anak ini walaupun masih kecil, mereka mampu menilai kasih-sayang orang tuanya. Saya mahu mereka tahu saya tak akan meninggalkan mereka dengan orang lain seharian, tak dijenguk, tak ditanya sudah makan atau belum, sakitkah atau sihat, gembirakah atau tidaknya mereka. Saya mahu mereka tahu, mamanya ini tak akan lepaskan tanggungjawab sepenuhnya kepada orang ketika dia bekerja. Saya mahu anak-anak ingat yang saya juga punyai bahagian dalam setiap detik perjalanan kehidupan mereka. Saya percaya dengan kasih-sayang, saya mampu 'menyembuhkan' Eusoff serta menjadikan Damia dan Daniel anak yang soleh serta cemerlang, 

Sebab itu saya rasa bersalah bila dari jam 8 pagi hingga 6 petang saya

...meletakkan tanggungjawab menghantar anak ke sekolah di tangan pemandu bas
...meletakkan tanggungjawab mengasuh sepenuhnya kepada pengasuh
...meletakkan tanggungjawab mendidik kepada guru sekolah

sedangkan tanggungjawab itu semuanya adalah tanggungjawab saya sebagai ibu.

Semoga dipermudahkan...InsyaAllah.

Di bawah adalah link kepada satu ceramah Ustaz Don Daniyal mengenai cara mendidik anak mengikut sunnah. Komfem insaf lepas dengar...

https://www.youtube.com/watch?v=973drXYjJw8


Wednesday, July 10, 2013

Vocal Tics Si Penderita Autism

Eusoff sering melakukan perbuatan mengeluarkan suara seperti berdengkur atau bunyinya seperti orang yg cuba clearkan tekak yang gatal. Kadang-kadang dia cuma mengeluarkan suara tetapi tidak bernada dan tiada perkataan jelas. Ini dipanggil 'vocal tics' dan adalah perkara yang sering terjadi kepada penyandang autisme serta Tourette's Syndrome. Bunyi ini kadang-kadang menggangu bila bunyinya terlalu kuat, atau tidak sesuai (inappropriate) dan menarik perhatian. 'Vocal tics' turut berkait rapat dengan Obsessive Compulsive Disorder (OCD) dan Epilepsi (sawan).

Banyak sebab Eusoff membuat 'vocal tics'. Antara sebabnya adalah kebimbangan, cemas, letih, bosan, terlalu gembira atau teruja. Sepanjang pemerhatian saya, selalunya 'vocal tics' Eusoff akan disertai perbuatan melompat, atau berlari, bertepuk tangan serta ketawa, atau menyusup ke bawah timbunan bantal dan lapisan cadar secara berulang. 'Tics' atau 'vocal tics' berkaitan dengan masalah 'motor' dan vestibular. Dengan melakukannya secara berulang, ia memberikan sensasi kelegaan kepada penderita 'tics'. Pewarna atau perasa tambahan dalam makanan, serta bahan ransangan (stimulator agent) boleh menyebabkan 'tics' menjadi lebih teruk.

Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan gejala 'vocal tics' adalah dengan segera mengalihkan perhatian penderita 'tics' kepada aktiviti yang menyeronokkan atau aktiviti yang memerlukan tumpuan. Selain daripada kaedah Terapi Tingkahlaku (Behavioral Therapy), terdapat juga ubat-ubatan yang boleh mengurangkan gejala 'tics' dan 'vocal tics' seperti haloperidol dan clonezepam (ubat penenang yang cuba saya elakkan dari memberinya kerana kesan jangka panjang yang buruk).

Ketika berada di tempat awam, perbuatan Eusoff mengeluarkan bunyi yang mengganggu ini agak menjengkelkan bagi sesetengah orang terutamanya ketika berada di dalam kawasan bertutup seperti restoran. Saya mahu membawa Eusoff melakukan aktiviti biasa yang dilakukan sama seperti orang lain, tetapi 'vocal tics' ini selalu membuat dia dilemparkan pandangan 'menjengkelkan' daripada orang yang tidak tahu apakah masalah budak ini. Percayalah, saya juga tidak merasa gembira apabila anak saya menggangu ketenangan orang lain yang berada di situ. Kadang-kadang saya struggle untuk memujuk Eusoff supaya memberhentikan tabiat  ini, tetapi tidak berjaya. Saya benci diri saya apabila saya terpaksa menjerkahnya atau menjegilkan mata saya padanya untuk membuatkan dia diam atau apabila saya gagal untuk memujuknya dari membuat bunyi yg tidak menyenangkan ini. Tak usah ceritalah berapa banyak label 'ibu yang tak pandai ajar anak' yang sudah saya terima melalui lirikan mata orang. :(

Namun, sejak saya mengetahui bahawa 'rocking' mampu membuat Eusoff berasa selesa dan nyaman, saya selalu 'rocking' bersamanya setiap kali dia mula membuat 'vocal tics'. Sesi rocking selama 5-10 minit semasa menunggu hidangan sampai di restoran mampu membuat dia senyum dan tenang serta menyelamatkan keadaan. 'Rocking' masih sesuai ketika dia berumur 5 tahun seperti sekarang, namun mungkin menjadi pelik sekiranya dia sudah beumur 15 atau 25 tahun dan bersaiz lelaki dewasa. Mungkin ketika itu, saya terpaksa memikirkan cara yang lain pula. ^_^

Monday, July 1, 2013

Selamat Hari Jadi Daniel!


Assalamualaikum..

Uhuk uhuk... banyak sawang dan habuk kan? haha..dah lama sangat tak buka blog dan buat entri. Beginilah kalau dah mula semester baru..banyak benda yang nak kena tengok. Kelas, student, paperwork... nak makan pun timing dah tak menentu. 

28hb Jun yang lepas, hari jadi Daniel. Dah besar pun anak manja saya ni... Makin besar makin manja. Saya berjaya jugak buat Rainbow Cake untuk dia...dengan cream cheese frosting dan dekorasi fondant icing hasil kreativiti kakak Damia dan Abang Eusoff khas untuk adik. Chewaahhh...so, these are the pics. Enjoy!




Pitam nak buat kek ni...leceh kojenye.

Santek tak?

Amat heaven sekali bila dah masuk dalam mulut...

Budak ni dah 2 tahun!

Oitt...ape ni celet cream cheese kat idung orang?
^_^

Keratan rentas.. colourful kannn?

Eusoff tu eksen je. Dia sebenarnya tak makan pun kek ni...dia makan fondant icing tu aje..

Birthday boy dan babah tgh potong kek.

"Adik nak cocok kek"...katanyeeee

Makan kek dengan mee goreng.

My assisstant. Berangan nak jadi Cake Boss..hihi

Wednesday, June 19, 2013

Father's Day: The Postponed Edition

Assalamualaikum..

Wahh...sibuknya.. Dah minggu kedua semester baru...dah sibuk dengan kelas,students, teaching plan, nota kuliah, slides, hand-outs... warggghh.. nak bukak Facebook pun tak sempat. Balik rumah je dah melepek...penat! Bila nak masak balik dari kerja tu rasa nak nangis. Hooo...nak sabar agak susah sekarang ni...badan letih memang cepat je nak marah. Sabarlah hati...sabarrrr...

Hujung minggu lepas, kami berdua kerja. Sabtu dan Ahad. Saya dan Cikgu Misai gilir-gilir pergi kerja dan jaga anak.. gile betol. Time ni memang susah...fikir kenapa la keluarga jauh? Kalau tak ada la orang tolong tengokkan budak-budak ni..

Hari Ahad juga, 16 Jun kan Hari Bapa...Allah..saya memang sibuk sangat. Dah wish kat cikgu misai sebelum dia pergi sekolah hari Ahad tu, tapi macam kesian pulak sebab tak buat apa pun untuk celebrate. Last sekali balik keje tu, saya bake sebiji kek chocolate moist. Deko pun lebih kurang je..sementara Hari Bapa masih berbaki beberapa jam. Inilah hasilnya...


Ni plak gambar potong kek...cikgu misai dan si kecik yang terlebih manja tu.. ^_^



Selamat Hari Bapa Cikgu Misai...
Kasihmu kudakap, pengorbananmu kujunjung tinggi.

Wednesday, June 5, 2013

'Sensory Processing Disorder' Dari Kaca Mata Temple Grandin


Assalamualaikum..

Setelah baca 2x buku Temple Grandin baru saya boleh digest lebih baik apa yang  beliau cadangkan didalam bukunya 'Thinking In Pictures: The Expanded Version.'. 


Antaranya ialah keperluan untuk mengatasi masalah sensory. Dalam buku beliau, banyak kali beliau  tekankan untuk mengatasi masalah sensory dulu baru boleh ajar lain-lain perkara kepada anak autistik. Sensory adalah perkara penting yang banyak menganggu tumpuan. Sekiranya tidak diatasi terlebih dahulu, maka apa yang diajar oleh ibu bapa dan guru-guru tidak dapat diserap dengan baik kerana masalah sensory mencetuskan kebimbangan (anxiety) jadi secara logik orang yang gelisah tidak boleh belajar dengan baik.

Beliau mencadangkan rawatan terapi berasaskan 'deep pressure' untuk menggalakkan perkembangan pertuturan atau mengatasi masalah tumpuan dan hiperaktif.  Saya quote sikit dari pengalaman beliau berhadapan masalah sensory pendengaran :- Suara yang beliau dengar bila berbual dengan seseorang ialah seperti ketika telefon bimbit berada di kawasan yang signal tidak berapa baik bila mana suara seseorang di sebelah sana antara dengar dan tak dengar, sekejap ada dan sekejap hilang. Beliau bertuah dikurniakan dengan kebolehan spatial dan mechanical sehingga dapat mencipta sendiri 'squeeze machine' dan beliau mengakui dapat belajar dengan lebih baik selepas adanya squeeze machine tersebut, termasuk cara menzahirkan perasaan dan bagaimana hendak berlemah-lembut dengan orang lain serta haiwan peliharaan.

Begitu juga apabila beliau menekankan perlu adanya kajian dan ujian mengenalpasti bahagian apakah yang haywire di dalam fungsi otak individu autistik untuk menentukan rawatan dan terapi yang bersesuaian. Sekarang ni semua rawatan pukul rata je kepada semua padahal mereka yang berada di dalam spektrum mempunyai masalah dan keunikan tersendiri.

Antara peralatan terapi yang dicadangkan adalah weighted blanket, weighted/padded vest atau squeeze machine seperti yang beliau cipta tu. Sekarang saya pening...mana saya nak dapat semua benda tu? Saya dah survey harga weighted blanket je dah beribu ringgit sehelai...haihhh... Nampaknya saya kena cuba jugak untuk jahit sendiri. Saya geram niiii...saya mesti buat sesuatu jugak untuk atasi masalah sensory Eusoff!


Weighted blanket




Weighted vest
Squeeze machine