Wednesday, January 23, 2013

Bila Pelukis Pencen Melukis Kembali..

Assalamualaikum..

Mungkin saya sudah serasi dengan kehidupan dan kesibukan saya kini. Mungkin juga sudah lali dengan dugaan dan tuntutan hidup saya dan semakin dapat menyesuaikan diri. Entah dari mana akhirnya kekuatan untuk melukis itu datang kembali.

Ini karya saya yang terbaru. Sebagai warm-up untuk melukis secara serius dan barangkali boleh dijual untuk mendapatkan wang menampung perbelanjaan rawatan Eusoff. Atau mungkin juga ada pertandingan dan pameran lukisan yang boleh saya sertai..mencuba nasib kalau-kalau ada rezeki menang kategori tertentu atau dibeli oleh collector seperti suatu masa dahulu.

Baby Daniel.
Graphite on paper.

Kelapa nan sebiji.
Mix-media on paper.

Apple.
Oil on canvas.
Apa yang saya paparkan dalam entri ini tak seberapa, tapi saya bersyukur 'sentuhan' saya akhirnya menjadi semula. Sebelum-sebelum ini kebanyakan percubaan saya untuk melukis dan mendapatkan hasil yang baik menemui kegagalan. Mungkin sentuhan saya tidak ada 'jiwanya' kerana apa yg berlaku dalam hidup telah mengambil seluruh perhatian, jiwa dan raga saya. Pernah juga suatu masa saya merasa gementar untuk membuat 'demo' lukisan atau catan di hadapan pelajar kerana takut hasilnya tidak seperti yang diharapkan.

Alhamdulillah..Allah telah mengembalikan semula bakat dan kemahiran saya. Mungkin ini petunjuk dariNya dan laluan untuk saya mendapatkan rezeki dariNya. Terima kasih Allah.. atas segalanya.


Doakan agar saya terus berjaya dalam misi ini. Terima kasih.. ;)

Thursday, January 17, 2013

Implikasi Perkongsian Laman Sosial


Assalamualaikum..

Berapa kali pun entri saya, akan didahului salam. Agar anda yang membaca mendapat pahala menjawab salam dan saya pula dapat pahala memberi salam. Intipati tulisan saya yang kadangkala terbuai oleh perasaan barangkali ada yang memberi manfaat, mungkin ada yang tidak. Cumanya saya berharap benar tidak ada yang mendatangkan dosa pula bagi saya yang menulis atau anda yang membaca.


Sekiranya diberi pilihan tidak mungkin saya memilih untuk melukis dan meninggalkan penulisan. Begitu juga sebaliknya. Kedua-dua bidang ini bahasanya sama, cuma rentak saja yang berlainan. Kedua-duanya berkait rapat kemahiran, pelahiran perasaan dan fakta. FAKTA. Ramai orang menulis tetapi tiada fakta. Menulis tanpa fakta boleh mengundang interpretasi yang janggal, dangkal dan fitnah. Jadi, itu sebabnya saya menjadi sangat berhati-hati.

Bukan tak pernah rasa ingin sekali berkongsi cerita gossip terhangat dan berita sensasi. Tetapi, setiap kali saya mahu menekan butang 'SHARE' di Facebook, saya berfikir 20 kali. Oh..mungkin 100 kali. Saya akan berfikir sama ada benar atau tidaknya berita yang saya ingin kongsikan bersama teman-teman di laman sosial. Saya fikirkan soal implikasinya berulang-ulang kali.

Sekiranya kita berkongsi perkara yang bidaah, kita akan mendapat dosanya kerana menyebarkan perkara yang tidak betul malah menjadi ikutan pula bagi orang yang jahil dan tidak tahu seperti kita. Apatah lagi sekiranya perkara tersebut datang dari sumber yang tidak sahih..akan mendatangkan fitnah pula. Sekiranya berita itu melibatkan individu, dan berita itu pula berita yang tidak benar, sudah pasti mendatangkan keaiban, kesusahan dan pelbagai implikasi buruk lainnya terhadapa individu terbabit. Fikirkan jika orang yang di'popular'kan di Facebook, Twitter, Instagram, Foursquare itu KAMU? Bagaimana rasanya melihat diri kita dihakimi, diketawakan, dicarut-marutkan di ruangan KOMEN? Bagaimana jika yang diaibkan itu anak-anak kita, adik-beradik kita, suami atau isteri kita? Nauzubillah...


Gambar boleh dipalsukan. Kata-kata bisa diputar-belitkan. FAKTA boleh dipesongkan.

Manusia memilih untuk mendengar apa yang dia mahu dengar. 
Manusia memilih untuk mempercayai siapa yang dia mahu percayai.
Sekalipun perkara itu belum tentu mempunyai bukti sahih, kita akan mempercayai kata-kata orang yang kita percayai itu.
Sekalipun apa yang anda percayai itu datang dari Facebook, dari hasil carian anda di Google dan blog-blog..dari fakta yang bisa saja terpesong, digembar-gemburkan atau ditambah perisa agar bertambah enak dibaca. 


Dunia siber ini adalah satu dunia yang tiada sempadan. Apa yang kita tulis atau apa saja gambar yang kita kongsikan di Facebook, di Twitter, di blog dan lain-lain laman perkongsian sosial atau penulisan siber akan KEKAL di mana anda menulisnya, sehinggalah tangan anda sendiri memadamnya. Dalam jangka masa itu, berapa ribu orang membaca dan berkongsi cerita atau gambarnya. Sekiranya perkara yang kita kongsikan mendatangkan keburukan, bayangkan rantaian dosa kita bakal bertambah satu-persatu selama puluhan tahun.


ALLAHU AKBAR!! 

Mampukah kita menanggung dosanya?

Saya bukanlah seorang yang arif dan pakar dalam bidang agama. Saya, dengan ilmu yang dangkal ini, masih bertatih mendalami ilmu Allah..tetapi dari segi moral saja perkara ini sudah jelas. Jangan mudah berkongsi apa saja di laman sosial atau di blog-blog penulisan anda sekiranya anda tidak pasti FAKTA dan kebenarannya.

Atau, berkongsi sajalah perkara-perkara yang baik. Perkara yang bijaksana. Agar kebaikan dan kebijaksanaan itu dapat dimanfaatkan selama berpuluh-puluh tahun menjadi amal jariah yang tidak putus menambah catatan demi catatan di dalam lembaran sebelah kanan. 

Saya kadangkala ngeri untuk membuka Facebook melihat perang saudara di antara kita kerana ketaksuban masing-masing. Di sana-sini kata caci-maki dengan 'LIKE' yang jumlahnya menjangkau puluhan ribu. 

Semoga Allah sentiasa melindungi saya dari terjebak dalam 'sangkar ketaksuban' dan kegilaan berkongsi di Facebook.  Ameen.




Monday, January 14, 2013

Hikari to Tomo ni

Assalamualaikum...

Wahh...tulis sambil berjurai2 air mata ni..dan jugak hingus.

Bukan sedih sebab apa...Tapi sebab sedang tengok cerita ni. Kawan saya dari Jepun tag saya kat FB suruh saya tengok. Katanya inspiring movie..mengenai ibu dan anak autistic.

Baru je saya nengok episod pertama..dah macam orang putus cinta.

Menangis teruk!!

Oklah...tak larat nak tulis lama2.. korang tengok sendiri la ye? Boleh buka di sini ok?


 Enjoice!

Wednesday, January 9, 2013

Eye Contact

Assalamualaikum...

Korang tengok ye? Ni saya dah letak satu-satu gambar Eusoff masa kecil sampai besar. 

Perhatikan EYE CONTACT. Masa dia kecik-kecik dulu eye contact memang superb. 

lepas pantang... on the way dari Kuala Kangsar nak balik Kuantan.
3 bulan
4 bulan

5 bulan

6 bulan

7 bulan
7 bulan

8 bulan..kurus sikit




1 tahun


1 tahun 2 bulan.. Accute pneumonia. Lepas dapat jab MMR. Oxygen level - 2 litres.
Warded kat PICU selama 5 hari.

1 tahun 6 bulan

2 tahun

2 tahun 1 bulan

2 tahun 4 bulan

3 tahun looking at the camera, but not exactly 'looking'..
3 tahun 3 bulan

3 tahun 3 bulan

3 tahun 4 bulan

3 tahun 6 bulan (officially diagnosed with autism)

Latest pic - 4 tahun 2 bulan

Tengok ye.. Eye contact Eusoff lama-kelamaan hilang. Dia pandang kamera tapi matanya mesti sipi-sipi tengok ke lain. 

Entri ni tak boleh tulis panjang-panjang sebab nafas saya berat menahan sebak melihat semula gambar anak kesayangan saya ni semasa kecil. 

Dahulu...dia begitu comel. Begitu mulus dan... NORMAL.

Siapa tahu kamu autistik .. Eusoff. 

Mama redha. Ini semua rahsia Allah..

............

Sobs.. :'(

Drawing Eusoff

Assalamualaikum..


Semalam cerita pasal Eusoff suka menulis tapi tak suka melukis. Ironik kan? Mak bapak dia fine artists/painter, mengajar pun seni lukis..seni halus. Tapi anak tak minat langsung melukis 

Kerana kedegilan saya tak mahu mengakui hakikat yang anak saya ni tak minat melukis, saya selongkar habis beg dan buku sekolahnya termasuk dari tahun lepas. Semata-mata nak cari LUKISAN Eusoff. 

Denial sungguh mak dia kan? Hahahahaha! 

Akhirnya saya melompat gembira bila terjumpa  SEBUAH LUKISAN dalam drawing pad yang memang saya sediakan dalam beg sekolahnya dari tahun lepas. (punyalah nak suruh anak melukis kann?..kihkihkih)




Gambar lampu isyarat yang bertindih antara satu sama lain. Tapi Eusoff tak warnakan pun. Dia cuma lukis shape lampu isyarat tu. Tapi tak kisah...sebab bukan semua drawing perlu diwarnakan. Line drawing memang tak perlukan warna pun.. 

Bagi saya lukisan dia ni unik dan ada karektor tersendiri. Strong lines but not confident enough. Wise choice of colours tapi ada campur dgn tulisan pulak. Typo tu kacau la Eusoff.. distracting!! Arghhh! Geram pulak nengok perkataan 'AKU' tu kaco je penghayatan mak ni.. Secara kesimpulannya it's a good try. 

(Huh! Mak ni macam kat kelas pulak..tak abih2 dengan crit session! Hehe!!)


Tapi confident level tu memang sangat tinggi kan? Siap bagi A kat diri sendiri pulak tu.. Oke, part ni saya memang gelak besor.. Memang tak boleh blah! HAHAHAHA!


Eusoff..Eusoff... :) 

Good job sayang!


Tuesday, January 8, 2013

Progress Si Eusoff

Assalamualaikum..

Hari ini saya nak cerita pasal progress si Eusoff. Eusoff dah boleh bertutur. Walaupun pelat..ada jugak perkataan yang jelas disebutnya, dan digunakan sesuai dengan situasi. Alhamdulillah. :)

Dulu kalau saya marah dia..dia hanya menangis. Sekarang dia akan menjawab bebelan saya dengan berkata "Awak marah saya?" atau "Awak tak sayang saya?" Setiap kali saya usik dia, dia akan berkata "Awak ni saja je.." atau ketika saya lambat bersiap untuk keluar bersiar-siar, dia akan menarik tangan saya sambil berkata "Cepat! Cepat! Cepat!"... 

Suara dan kata-katanya umpama muzik di telinga saya. Merdu dan indah!


Walau bagaimana pun masih banyak echolalia dalam interaksi Si Einstein Kecil saya ini. Dia masih banyak mendengar dan mengulang kembali apa yang didengarinya. Sekiranya saya bertanya, "Ini apa?" dia akan menjawab dengan soalan yang sama "Ini apa?". Ini adalah perkara biasa dalam pertuturan anak-anak autisme pada peringkat awal mereka mula bertutur. Tugas saya kini adalah untuk memecah kebiasaan itu dan menggalakkan komunikasinya secara dua hala.

Dari segi menerima dan mengikut arahan, sudah banyak sangat perubahan positif. Sekiranya Eusoff tidak terlalu fokus kepada sesuatu, kebiasaannya dia akan mendengar dan mengikut arahan saya atau berhenti melakukan apa yang saya larang. Saya dah tak perlu menjerit lagi. Best kan? 



Eusoff juga dah pandai menulis! Dan juga dah pandai buat Word Search (tapi cepat bosan dan kecewa bila tak jumpa perkataan yang dicarinya). Saya cuma tinggalkan satu set sahaja huruf A-Z untuk Eusoff mengeja sebab nak galakkan dia menulis. Set huruf dia yang banyak berset-set tu saya sorokkan. Akhirnya dia tiada pilihan lagi untuk mengeja melainkan terpaksa MENULISNYA! Siapa sangka taktik saya ni berjaya. Lihat saja apa yang ditulisnya dalam kereta semasa pulang dari sekolah hari ini!

Sangat suka menulis tajuk filem.. 


Eusoff dalam uniform sekolah..


Buat word search dalam kereta.

Eye contact pun dah bagus kan?
Usaha walaupun kecil, dan guna modal yang kecil jugak, dilakukan dalam masa yang pendek tetapi berterusan dan konsisten, ..pasti akan membuahkan hasil. Sabar dan tidak kenal erti putus asa itu  pasti ada ganjarannya. Jadi, tidak kira apa yang anda lakukan, USAHA dan jangan fikirkan bila kita dapat lihat hasilnya. Kerana hasilnya pasti ada menanti di penghujung jalan. Jangan putus berdoa dan bersyukur dengan kurniaanNya, kerana sama ada perkara itu baik atau buruk, segala yang ditentukan oleh Allah itu adalah yang terbaik untuk hambaNya.

Kuncinya adalah... ISTIQAMAH. Semoga Eusoff terus berusaha untuk memperbaiki diri, kerana saya akan sentiasa berada di sana untuk berusaha bersamanya.

~Terima kasih Allah~




Wednesday, January 2, 2013

2 Januari 2013


Assalamualaikum. Hari ni sesi persekolahan bagi tahun 2013 bermula. Lemak lemau pun hilang sebab dah start kena bergegas hantar ambik anak dari sekolah. Makan nasi pun start balik kul 3 ptg.. huhu.. tapi tak kurus jugak. Takpelah saya redha.. ;p


Kakak dah Darjah 2.. Eusoff pulak dah nak masuk 5 tahun dah. Hari ni dia start sekolah kat bangunan baru. Tak jauh dari sekolah lama..cuma part nak balik tu kena lipat kat satu area apartment untuk berpatah balik sbb jalan tu one way sahaja. Hari Jumaat time nak ambik kakak akan ada problem nanti..kenalah gerak awal ambik mamat tu. Kalau tak nanti kakak kena tunggu sampai lebam kat sekolah, mak tak sampai-sampai lagi. Kuantan ni Jumaat biasanya jalan jem gile dari pagi membawak ke malam. Maka kena standby GPS dalam otak mak mana jalan short-cut yg tercantik sekali untuk cepat sampai kat sekolah kakak.


Bangunan sekolah baru... waaahhh! Besar kan? Luas dan cantik  kat dalamnya.

Eusoff dan kawan2..kawan2 Eusoff semuanya chinese.


Ini buku dan flash card Eusoff untuk sesi ST dan reading dalam kereta.
Ini aktiviti harian kami sementara tunggu kakak keluar dari kelas.
En. Moo tu  pulak untuk Eusoff peluk2 waktu saya sedang memandu.. :)

Tetiba teringat kat umur yang dah nak meningkat 34 tahun. Amalan masih kurang *sigh*. Risau takut-takut bertemu Allah dalam keadaan diri yg macam ni.  Jadi saya nak pertingkatkan amalan..nak didik anak-anak sebaik mungkin dan cari rezeki lebih kalau ada kesempatan dan peluang. Nak perbaiki diri jadi isteri, ibu dan anak yg lebih baik. Semoga Allah makbulkan doa-doa saya untuk dikurangi beban tuntutan hidup dan semoga anak-anak saya termasuk yang istimewa tu jadi anak-anak yang soleh, berhati baik dan membesar menjadi orang yang berjaya dan bagus budi pekertinya.

Ini bukanlah azam tahun baru..saya tak hanya berazam pada tahun baru. Saya berazam tiap-tiap hari.. Sebab setiap hari ada saja kedapatan ilmu yg baru baru, masalah baru, perangai baru diri sendiri dan anak-anak dan seribu satu perkara lagi. Jadi kena selalu 'refresh' azam dan tekad.. Betul tak? ;)



Selamat Tahun Baru 2013 semua. Semoga bertambah murah rezeki dan bahagia selalu. :)