Monday, August 8, 2011

Tolong..aku ngantukkk..


Waaa..ngantuknye!!

Dugaan beranak kecik ni memang banyak...tapi antara yang paling mencabar ialah berjaga malam! Uwaaa...tak sanggupnye!! Si kecikku Daniel memang la jenis yang suka berjaga malam nak-nak pulak start bangunnye pukul 12.30 pagi..memang tepat midnight baru nak lively...Pulak tu bila dah bangun nak berkepit, letak menangis. Lagi best nak suh aku bawak dia jalan-jalan...duduk dia boring.. Adoiii!

Ni gambar dia tengah main atas perut aku jam 3 pagi...gembira jekk..Adehh...

Bila aku cerita je pasal masalah baby berjaga malam ni, selalunya orang akan komen macam ni..


1. "Ko jangan le bagi dia tido siang..nanti malam dia dah puas tido mana le tak berjaganyeee.."

- Aku pantang sendiri ok..siang aku nak bertangas, bertungku, berbarut...lagi pulak keje rumah banyak tak hengat. Nak masak lagi..time dia tido le aku nak buat keje.. Kalo dia berjaga time siang, nak berkepit macamana aku nak buat keje umah yang berlambak tu??

2. "Ko gilir-gilir la dengan laki ko layan dia Buleh ganti-ganti tido..."

- Laki aku koje cikgu. Sekolah pulak jauh (45km)..sah-sah kena bangun awal. Kesian nak suruh berjaga pulak malam-malam tu...Ish ish ish...

3. "Ko tido le time dia tido, nanti bila dia berjaga, at least ko dah tido la kejap..tak la ngan tuk sangat.."

- Anak ada 3 orang. Mana bleh tido time dia tido... Kang yang lagi 2 tu kurang kasih sayang pulak. Lagi parah..."anak sulung" yang bermisai tu kesepian plak, lagi bahaya...

So, nak tak nak...terpaksa la dengan mata yg merah berjaga sampai ke pagi... Uwaaaa!!

Thursday, August 4, 2011

Muhammad Daniel Mirza

Lama gile aku tak bukak blog ni... Sibuk berpantang..Pantang sendiri pulak tu, sebab mak aku gi umrah untuk menyambut puasa kat sana.

Oh ya..aku dah bersalin ye? Baby yang ku nantikan lahir secara Elective Caesarean Section (EL LSCS). Banyak beno chobaannye sepanjang mengandungkan anak yg sorang ni, bersalin pun ada jugak chobaannya. Hari aku masuk wad, wad kelas 1 penuh...kena tolak pegi wad kelas 2. Itu pun setelah menunggu dari kul 10 pagi sampai kul2 ptg kat Low Risk Labour Room untuk admit ke wad. Malam tu pulak nyamuk Ya Rabbi banyaknye...sampai tableh tido. Malam tu start kul 12 aku dah start posa ye..sbb dijadualkan pukul 8 dah kena operate.

Esok paginya dah siap pasang urine bag, IV bagi..dgn pakai operation gown dgn head cover sume tu...dah standby naik atas stretcher dan bersalam2 dgn mak dan suamiku, aku ditolak masuk dewan bedah bersalin. Aku diterangkan mcm2 la pasal bius, pasal BTL yg aku degil tanak buat dan apa risikonya la.. Dah standby mentally & physically, sekali air-cond dewan bedah rosak la pulak... Tak jadi operate, tunggu air-cond sejuk pulak. Aku ditolak semula kat wad..Aduhh...Potong betul la.. Sampai kat wad, disebabkan aku ni dah hati kering (sbb dah 2x caesar..so tak takut sangat la)..aku bleh tido berkeruh lagi kat katil tu..hahahaha...

Kul 10.50 pg nurse dtg kejutkan katanya kena operate kat Dewan Bedah Umum sebab Dewan Bedah Bersalin tu air-condnya tetap takleh sejuk..nun kat bangunan baru, tingkat 3 lagi tuh..mak aii...jauhnya. Serius cakap..mmg takde perasaan berdebar ke, kecut perut ke...aku tawakkal jelah dgn hati yg super berani masa tu... Alhamdulillah Tuhan tenangkan hati aku setenang-tenangnya masa tu...

Masuk Dewan Bedah pun mmg aku rilek gile..sempat jugak perati bilik tu dan peralatan yg sumenya baru...siap bau kedai lagi..haha.. Lepas aku dipakaikan gas mask dan mengucapkan syahadah mmg tak sedar apa dah..

Sedar-sedar doktor kejutkan. Katanya.."Puan, operation dah selesai ye?" dan aku terdengar nyaringnya suara anak aku menangis. Nurse2 plak sibuk dok jolok tekak aku buat suction kahak ke hape benda tah... Mata aku sibuk je cari mana la budak kecik yg nangis itu. Oho...dia kat sana dikerumuni nurse. Langsung tak nampak dia...aku ditarik naik atas stretcher..dan budak kecik tu diorang letakkan kat celah kaki aku.. Lepas tu diorang alihkan dalam inkubator untuk bawa balik ke wad (untuk mengelakkan jangkitan kuman sebab aku beranak kat Dewan Bedah Umum dan perjalanan ke wad agak jauh). Alhamdulillah semua selamat dan aku pun dah bleh masuk Wad kelas 1 sebab dah ada kosong kat sana...

Kat sana baru aku dpt tgk baby sepuas2nya...owhh...comelnya dia...berbaloi rasanya kena suntik insulin selama 6 bulan!


Muhammad Daniel Mirza, 3.35kg, lahir tepat jam 11.44 pagi., 28 Jun 2011 di Hospital Tengku Ampuan Afzan.

And for the record, post pain caesar kali ni tak seteruk masa caesar yg lepas2... Malam itu jugak
aku dah bleh ngiring dan breastfeed baby aku. Morfine pun aku cuma ambik dua kali je hari pertama bersalin dan lepas tu ambik pain killer tablet je... Dan dari report doktor, keadaan dalam rahim, lekatannya cuma minimum je..dan parut walaupun agak nipis tapi masih boleh la kalau aku nak ngandung sekali lagi.. Aku bersyukur aku buat keputusan untuk tak buat BTL.. Tuhan telah mendengar dan memakbulkan semua doaku. .Terima kasih Tuhan.. Alhamdulillah.. :)



Dah berusia sebulan...dan pandai mengagah... :D

Monday, June 20, 2011

Berdebar menunggu hari...

Chewah...tajuk posting macam dalam majalah Pengantin pulak...ecececece! Perasan sekejap... Bukan menunggu hari nak naik pelamin la...menunggu hari nak bersalin. Ekekekeke..

Aku dah dapat tarikh masuk wad dan operation semasa temujanji aku di Klinik O&G HTAA pada Isnin lepas.. 27hb Jun 2011 ni aku kena masuk wad, dan pembedahan Caesarean aku dijadualkan pada esok harinya iaitu pada tanggal 28hb Jun 2011 bersamaan 26 Jamadilakhir 1432. Tu dia aihhh...tarikh lahir anak bongsuku ini... InsyaAllah.

Berdebar jugak menunggu hari itu...lebih kurang seminggu lagi. Barang-barang baby dan aku sume dah siap dalam beg. Tunggu nak hangkut pegi hospital je lagi... Pada mak pun aku dah bagitau tarikh ni, supaya mak bleh datang sebelum tarikh operation utk tolong uruskan 2 cucu dia kat umah tu.

Sekarang masih dalam proses berfikir sama ada nak menjalani proses BTL atau tak. BTL tu ialah Bilateral Tubal Ligation iaitu proses mengikat tiub Fallopio sebagai kaedah mencegah kehamilan. Untuk info lebih lanjut ce kome try klik sini.. Disebabkan aku bakal menjalani pembedahan Caesarean buat kali ke-3, dengan faktor-faktor risiko dan rekod kandungan aku yang selalu bermasalah..doktor telah cadangkan supaya aku tak mengandung lagi. Tapi umur aku belum pun masuk 32 tahun...jadi ramai jugak doktor-doktor kat hospital dan klinik swasta yang bagitahu aku supaya tak payah buat BTL. Sebab dengan kecanggihan peralatan perubatan sekarang, 5 kali caesar pun boleh...kata diorang.

Bila ada percanggahan pendapat dari para medical practitioner ni, government VS private doctors, aku telah menjadi berbelah bagi pulak. Nak buat ke tidak...nak buat ke tidak...dah seminggu aku fikirkan. Jawapannya masih menemui jalan buntu... Dah try mintak pendapat ramai orang pun, aku masih tak boleh decide... Solat istikharah pun dah buat, masih tak dapat jawapan.

Bila berbincang dengan Mr. Hubby...dia cakap "Ikut awaklah"...Heee...tak membantu langsung la jawapan tu!! Padahal surat consent untuk undergo prosedur tu, dia yang kena sain. Aku ni bukan nak beranak lagi...tapi aku takut kot-kot esok2, tetiba aku kemaruk bau baby kecik ke, tetiba teringin nak beranak lagi ke, tapi itu jam...aku dah tableh conceive. Sedih kan?? Memandangkan prosedur ni dikira sebagai pemandulan kekal, so...itulah yang merunsingkan otak aku ni. Macam tak logik je aku nak mandulkan diri aku sendirik... :(

Hmmm... susah betul nak decide, dan aku cuma tinggal seminggu lagi. :(

Monday, June 6, 2011

Wooo...tak laratnya!!

Sebulan lagi menanti tarikh bersalin ni memang memenatkan... Nak duduk susah, nak bangun susah, nak pegi toilet cangkung...hoho...jangan mimpilah!! Nak tidur senak, nak ngajar penat, nak masak penat, nak buat keje umah tak larat, nak jalan-jalan kaki bengkak dan perut asyik mengeras je..nak drive pulak, perut kena stereng (lupa nak cakap yang kaki aku ni pendek, so nak adjust driver's seat nanti tak lepas nak tekan pedal minyak pulak....chait! Jgn gelak oke??)...

Segala-galanya sudah tak selesa nak dilakukan...Ditambah dengan pelvic pain yang semakin teruk, dan si Eusoff tak habis-habais nak berdukung kat rumah... Kesian tengok mukanya yang mengharap dan gaya manjanya terlompat-lompat menghalang aku dari terus berjalan tak mempedulikan dia, aku dukung jugaklah...walaupun pinggang aku rasa nak patah.

Mr. Hubby banyak jugak membantu kat rumah...Alhamdulillah. Kadang-kadang dia yang lebih menguruskan anak-anak daripada aku. Kesian... kadang-kadang tidur pun berlingkar dengan anak-anak...Sorang anak kat celah ketiak, sorang kat kaki... Sebab nak bagi aku tidur selesa la tu... So sweet.... :)

Tak sabar rasanya nak pegi appointment kat Klinik O&G HTAA tu untuk dapatkan tarikh booking operation aku...Tak sabar rasanya nak lahirkan si kecik ini... Yang penting..penderitaan aku mengadap penyakit gestational diabetes melitus (GDM) ni akan berakhir...dah tak sanggup nak cucuk insulin oke... Kesian kaki aku!!!

Friday, June 3, 2011

Masa untuk aku...

Sapa yang ada suami dan anak2 mesti pernah rasa macam aku. Tak ada masa untuk diri sendiri. Aku pulak bekerja. Kat ofis sibuk dengan kerja : Mengajar, konsultasi, study, layan kerenah pelajar-pelajar aku yang kadang-kadang buat aku pening kepala jugak... management punya kerja pun kena buat jugak. Hadoii...Walaupun ada masa senggang selepas kelas berakhir, tapi banyak benda yang tak boleh buat. Takkan nak tido berlengkor kat ofis nih..atau shopping time keje, atau tengok TV cite P.Ramlee..

Kalau kat rumah...jangan cakaplah. Malas pun aku nak tulis.. sama je tiap-tiap hari. Urusan rumah tangga yang takkan pernah habis.

Kadang-kadang bila anak2 dan suami dah masuk tidur..dalam pukul 12 a.m mcm tu..time mata mula layu nak tido, atau selesai saja aku solat isya' yang tak sempat aku tunaikan masa anak-anak aku sibuk bergayut kat kiri kanan aku...

....aku akan buat secawan air kegemaran aku, pastu duduk sorang2 kat sofa sambil tengok cite lewat malam kat TV. Dapat duduk dalam setengah jam atau sejam pun dah cukup. Itulah masanya untuk diri aku...untuk relaks dan tak perlu fikir apa-apa pun. Memang aku akan end-up tidur lewat...tapi berbaloi dengan kepuasan dan ketenangan fikiran yang aku dapat dalam 1/2 - 1 jam itu.

Itulah cara-cara aku menikmati hidupku dalam sebulan ini, sebelum kedatangan 'ahli baru' yang akan menambah kesibukan dan menuntut tanggungjawab yang lebih besar dari aku. Dalam kesepian jam 1 pagi tu, aku tiba-tiba rasa nak salute kat mak aku yang berjaya besarkan 5 anak dengan status sebagai ibu tunggal. Perghhh...dia memang hebatlah! Patut dapat medal...

Monday, May 30, 2011

Aku emo lalu terlempang...

Semalam hari Ahad. Maknanya hari cuti la kan? Hari cuti bermakna penat la aku dengan segala mak nenek keje umah, masak dan kena buli dengan budak berdua tu. Penat berjalan pun ye jugak..sebab baru gaji dan barang dapur dah kosong kat lemari tu, jadi kuar la beli stok barang-barang dapur tu semua. Masa beli barang, si Damia ni macam-macam nak belilah....sampai kadang-kadang lari budget dibuatnya. Eusoff sibuk main santan peket. Yang sorang ni pulak memang tak pandai mintak apa2 kalau pegi shopping. Selamatttt....

Yaaa...perut aku dah nak masuk 9 bulan. Sangat-sangat boyot dan berat sampai jalan pun dah tak stabil. Jalan sikit cepat letih, cuaca panas je tak tahan sbb hormon kot. Air-cond asyik pasang je kat rumah. Matilah aku nak bayar bil elektrik bulan depan. Disebabkan cuaca panas, dan aku pun memang asyik panas badan...maka hati pun cepat panas. Dan anak-anak aku tu suka sangat menduga kesabaran aku lepas satu benda, satu benda lagi yang diorang buat nak bagi naik darah aku ni..

Semalam Damia malas buat kerja sekolah. Aku tengok hari-hari dia kepit buku sekolah tu, tapi tak siap-siap jugak. Ok...hati aku kata, "Sabar. Beri dia masa." Lepas tu, bila buat keje sekolah mesti nak main-main...Lepas tu tengok TV. Bila suruh solat pun bagi alasan nak buat keje sekolah, tapi keje sekolah masih tak siap-siap jugak. Hati aku pun mula dah nak panas...Bila temperature sudah naik, dan suara aku pun sudah tinggi... babahnya dengan sukarela cepat-cepat pegi tolong Damia buat keje sekolah tu. Tolong buat pulak tu... nak selamatkan anak punya pasal. Tak suka betul aku.

Malam tu, Damia suruh aku masak. Dengan pelvic pain dan termengah-mengah, aku gagahkan jugak la nak masak. Sebab anak dah request kan?? Bila nak makan, mesti nak depan TV. Makan depan TV bertatang pinggan. Nasik tumpah sana sini. Dah la aku ni letih, tak larat, hati panas, badan panas...bila dah masak, makannya 2,3 suap aje. Padahal kalau meng'order' macam nak makan 2,3 pinggan. Kacau punya kacau nasik sampai kotorkan baju singlet putih mahal yang aku beli tu..Pergh! Itu jam aku sudah snap..lalu PANG!! Aku emo lalu terlempang Damia... Bukan kat muka la, tapi kat badan. Dia pulak nak lari dari tangan aku pegi pijak plastik sepeket Fisherman's Friend yang Eusoff bawak kuar dari dalam handbag aku. Apa lagi...gedebuk jatuh!! Cepat-cepat dia bangun dan nangis dekat pintu.

Bila tangan dah melayang, pastu tengok dia jatuh dan nangis...rasa menyesal pulak. Kesian dan rasa nak pegi pujuk dia. Tapi...sakit hati aku lebih dari perasaan kesian itu semua. Rasanya masa tu aku jadi kejam sangat...tak taulah kenapa. Dia nangis sekejap aje...lepas tu perlahan-lahan datang dekat aku. Bila aku berborak dengan babah dia tentang cerita yang kami tengah tonton kat TV, dia pun sampuk sama, tanya itu dan ini. Lama-lama dia datang dekat aku dan duduk sebelah aku kat sofa. Dia cakap, "Sori ye Mama. Kakak dah siap keje sekolah, dah letak baju dalam beg tadika. Kakak dah siap pegi bilik air dan gosok gigi. Kakak pakai seluar dalam bilik air, tapi seluar kakak tak basah pun" (kami tengah ajar dia pasal malu, so tak bagi dia berbogel-bogel atau tak tutup private parts dia depan org lain, even family members).

Di sebalik rasa kesal aku sebab memukul dia kerana hilang kawalan pada kemarahan aku, dia rupanya lebih kesal kerana menyusahkan mamanya ini...

Mulia kan hati budak-budak? Dalam kes ini..hati anak perempuan aku Damia yang baru 6 tahun. Walaupun macamana aku pukul dia, boikot dia, bagi silent treatment ke hape ke untuk hukum dia...dia tak pernah tak maafkan aku. Rasa bersalah kadang-kadang...kerana dia pemaaf sedangkan aku tak..(kadang-kadang). Dia rela mengetepikan ego dan perasaan malunya untuk minta maaf, sedangkan aku sibuk pertahankan ego aku walaupun dengan budak kecik. Walhal umur dia tu muda sesangat, dan jauh dari kematangan, sedangkan aku ni orang dewasa tapi kadang-kadang perangai macam budak-budak...

Aku mahu kawal kemarahan aku yang kadang-kadang datang menggila ni... Aku tak mau anak aku membesar dengan mengingati bahawa dia ada mama yang pemarah dan suka pukul dia. Aku mahu Damia cuma ingat benda yang indah-indah tentang mamanya ini. Aku tak nak la nanti dia dah jadi mama pun dia jadi mama yang cepat marah macam aku. Semoga Tuhan mengurniakan aku kesabaran yang tinggi dalam membesarkan anak-anak. Amin...





Tuesday, May 24, 2011

Sakit Pelvik..

Argghh...Sakitnya!! Masalah sama masa mengandungkan Eusoff berulang lagi. Sakitnya tulang pelvik aku ni Tuhan aje yang mengetahui. Kalau dah bersila atau duduk di lantai, atau semasa duduk tahiyat dalam solat, masalah ni akan bertambah teruk sampai aku tak boleh bangun.

Malam tadi sampai tak lena tidur sebab setiap kali nak beralih posisi tidur punyalah sakit sampai rasa nak nangis. Agaknya semalam masa pendaftaran pelajar kat ofis, aku banyak sangat berjalan kot... Hari tu masa Diploma Show dah jadi sekali dah macam ni sampai doktor beri 2 hari MC. Cuma kali ni aku malas nak ke klinik. Esok tak tahulah...kalau aku masih boleh drive, aku pegi la keje. Kalau tak memang komfem akan MC lagi.

Kat sini ada maklumat lebih lanjut mengenai Sakit Pelvik.. Perghh! Memang sengsara!!