Monday, May 30, 2011

Aku emo lalu terlempang...

Semalam hari Ahad. Maknanya hari cuti la kan? Hari cuti bermakna penat la aku dengan segala mak nenek keje umah, masak dan kena buli dengan budak berdua tu. Penat berjalan pun ye jugak..sebab baru gaji dan barang dapur dah kosong kat lemari tu, jadi kuar la beli stok barang-barang dapur tu semua. Masa beli barang, si Damia ni macam-macam nak belilah....sampai kadang-kadang lari budget dibuatnya. Eusoff sibuk main santan peket. Yang sorang ni pulak memang tak pandai mintak apa2 kalau pegi shopping. Selamatttt....

Yaaa...perut aku dah nak masuk 9 bulan. Sangat-sangat boyot dan berat sampai jalan pun dah tak stabil. Jalan sikit cepat letih, cuaca panas je tak tahan sbb hormon kot. Air-cond asyik pasang je kat rumah. Matilah aku nak bayar bil elektrik bulan depan. Disebabkan cuaca panas, dan aku pun memang asyik panas badan...maka hati pun cepat panas. Dan anak-anak aku tu suka sangat menduga kesabaran aku lepas satu benda, satu benda lagi yang diorang buat nak bagi naik darah aku ni..

Semalam Damia malas buat kerja sekolah. Aku tengok hari-hari dia kepit buku sekolah tu, tapi tak siap-siap jugak. Ok...hati aku kata, "Sabar. Beri dia masa." Lepas tu, bila buat keje sekolah mesti nak main-main...Lepas tu tengok TV. Bila suruh solat pun bagi alasan nak buat keje sekolah, tapi keje sekolah masih tak siap-siap jugak. Hati aku pun mula dah nak panas...Bila temperature sudah naik, dan suara aku pun sudah tinggi... babahnya dengan sukarela cepat-cepat pegi tolong Damia buat keje sekolah tu. Tolong buat pulak tu... nak selamatkan anak punya pasal. Tak suka betul aku.

Malam tu, Damia suruh aku masak. Dengan pelvic pain dan termengah-mengah, aku gagahkan jugak la nak masak. Sebab anak dah request kan?? Bila nak makan, mesti nak depan TV. Makan depan TV bertatang pinggan. Nasik tumpah sana sini. Dah la aku ni letih, tak larat, hati panas, badan panas...bila dah masak, makannya 2,3 suap aje. Padahal kalau meng'order' macam nak makan 2,3 pinggan. Kacau punya kacau nasik sampai kotorkan baju singlet putih mahal yang aku beli tu..Pergh! Itu jam aku sudah snap..lalu PANG!! Aku emo lalu terlempang Damia... Bukan kat muka la, tapi kat badan. Dia pulak nak lari dari tangan aku pegi pijak plastik sepeket Fisherman's Friend yang Eusoff bawak kuar dari dalam handbag aku. Apa lagi...gedebuk jatuh!! Cepat-cepat dia bangun dan nangis dekat pintu.

Bila tangan dah melayang, pastu tengok dia jatuh dan nangis...rasa menyesal pulak. Kesian dan rasa nak pegi pujuk dia. Tapi...sakit hati aku lebih dari perasaan kesian itu semua. Rasanya masa tu aku jadi kejam sangat...tak taulah kenapa. Dia nangis sekejap aje...lepas tu perlahan-lahan datang dekat aku. Bila aku berborak dengan babah dia tentang cerita yang kami tengah tonton kat TV, dia pun sampuk sama, tanya itu dan ini. Lama-lama dia datang dekat aku dan duduk sebelah aku kat sofa. Dia cakap, "Sori ye Mama. Kakak dah siap keje sekolah, dah letak baju dalam beg tadika. Kakak dah siap pegi bilik air dan gosok gigi. Kakak pakai seluar dalam bilik air, tapi seluar kakak tak basah pun" (kami tengah ajar dia pasal malu, so tak bagi dia berbogel-bogel atau tak tutup private parts dia depan org lain, even family members).

Di sebalik rasa kesal aku sebab memukul dia kerana hilang kawalan pada kemarahan aku, dia rupanya lebih kesal kerana menyusahkan mamanya ini...

Mulia kan hati budak-budak? Dalam kes ini..hati anak perempuan aku Damia yang baru 6 tahun. Walaupun macamana aku pukul dia, boikot dia, bagi silent treatment ke hape ke untuk hukum dia...dia tak pernah tak maafkan aku. Rasa bersalah kadang-kadang...kerana dia pemaaf sedangkan aku tak..(kadang-kadang). Dia rela mengetepikan ego dan perasaan malunya untuk minta maaf, sedangkan aku sibuk pertahankan ego aku walaupun dengan budak kecik. Walhal umur dia tu muda sesangat, dan jauh dari kematangan, sedangkan aku ni orang dewasa tapi kadang-kadang perangai macam budak-budak...

Aku mahu kawal kemarahan aku yang kadang-kadang datang menggila ni... Aku tak mau anak aku membesar dengan mengingati bahawa dia ada mama yang pemarah dan suka pukul dia. Aku mahu Damia cuma ingat benda yang indah-indah tentang mamanya ini. Aku tak nak la nanti dia dah jadi mama pun dia jadi mama yang cepat marah macam aku. Semoga Tuhan mengurniakan aku kesabaran yang tinggi dalam membesarkan anak-anak. Amin...





2 comments:

  1. salam..sedih la plak kak kusya baca. kak kusya pon camtu gak kalu dah marah bukan main pukul lg..bukan skali..2 3 kali..tapi rasa nyesal n cepat2 peluk dia...tapi mana tak geramm ada ke dia pukul kak kusya ngan kayu golf dia (walau pon plastik tapi sakit ya amat)...tangan dia besar..dia slalu pukul kak kusya...dia pukul lg sakit dari kak kusya pukul dia..hehehee..
    samalah kita gaban..anak2 ni sgt mulia hati dia..kak kusya pon takut dia besar jadi pemarah or takut dia ingat kat kita yg tak elok je...
    takpa la gaban..kalu tak marah budak2 ni naik minyak...so kita beringat2 la...geram nengok damia & eusoff..bila la nak jumpa.
    hugs & kisses for them <3

    ReplyDelete
  2. Sama le kita kak kusya. Bila saya pukul anak ni, dia punya menyesal tu kdg2 2,3 hari. Tapi masa tgh marah tu tak ingat apa dah... Selalunya kalau sekali dua kita sabar lagi, tapi kalau dari pagi sampai ke malam buat hal lepas satu, satu..memang ending dia budak2 tu kena tangan la jawabnya.
    Budak-budak ni akan ingat apa yg kita buat kat diorang. Tu yg kalau bleh tanak la pukul anak lagi...
    Qalif pun cute jugak. Nampak bijak air mukanya tu. Kalau jumpa hero saya si Eusoff mesti bleh geng sebab Eusoff pun suka pukul saya gak...Ciss!! Sabo je laaa..

    ReplyDelete