Wednesday, April 3, 2013

World Autism Awareness Day


Assalamualaikum..

Hari raya datang lagiiii... hahaha.. ini adalah semata-mata gimik.. ^__^

Sebenornye, setiap kali tiba 2 April (iaitu semalam), seluruh dunia meraikan Hari Kesedaran Autisme Sedunia dengan tema warna biru. Manakala bulan April ni pulak adalah Bulan Kesedaran Autisme.

Sejak Eusoff didiagnos menghidapi autisme, ini adalah kali ke-2 kami turut menyertai sambutan ini. Dari malam lagi dah kecoh ke sana ke mari cari baju biru utk digosok untuk dipakai keesokan hari... Meriah tak ubah macam hari raya!

Perjuangan untuk membina kesedaran kepada masyarakat Malaysia bukan senang. Ramai yang tak pernah dengar pun terma 'autisme'. Apatah lagi nak tau kewujudan hari kesedaran autisme ni.  Tengok kat luar negara...kempen diorang besar-besaran. Dengan tema warna biru dan 'Light It Up Blue' (LIUB), kebanyakan bangunan pencakar langit atau mercu tanda yang popular bergemerlapan dengan lampu biru sepanjang April ini.

Cork City, Ireland

Empire State Building, New York


Niagara Falls

Tokyo Tower

Sydney Opera House


Besar harapan saya tak lama lagi KLCC atau KL Tower pulak berlampu biru pada bulan April di tahun-tahun akan datang. Boleh ke gamaknye?

Walaubagaimanapun syukur ALhamdulillah, ramai kawan-kawan dari keluarga besar Autisme Malaysia yang telah diberi kesempatan untuk bersama-sama menjayakan rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) dan juga sesi wawancara dalam segmen Psikologi dan Kesihatan di radio ikim.fm semalam. Walaupun MHI tu saya cuma dapat tengok yang dekat Youtube je sebab waktu siarannya tengah-tengah sibuk nak pergi kerja, tetap puas hati dan menyentuh perasaan jugak. Bangga pun ada jugak sebenornya...kembang kempis hidung I..hihiii..


Mak dan anak mcm biasa ambik gambo dalam kereta sajo..time balik sekolah.
Pun baju biru!!
Sesiap yang nak nengok liputan mengenai Hari Kesedaran Autisme Sedunia di MHI tu boleh le klik kat link yang saya dah tempek kat bawah ni ye?

SELAMAT MENYAMBUT HARI KESEDARAN AUTISME SEDUNIA!

*Dalam kegembiraan dan keterujaan pada petang hari 2 April itu, saya menerima khabar sedih bahawa Chu Dan iaitu bapa saudara saya (adik mak saya yang bongsu) telah meninggal dunia akibat sesak nafas. Arwah Chu Dan meninggal dunia di rumah, tak sempat di bawa ke hospital. Pada awal tahun lalu beliau terlibat dalam kemalangan motosikal ketika hendak ke tempat kerja dan mengalami pendarahan otak. Kerana sokongan keluarga dan semangat yang kuat, Arwah dah pun sihat, dan tempurung kepalanya (yang dikeluarkan ketika berlaku pendarahan otak tu) telah pun disambung semula..tetapi lubang di leher beliau utk dimasukkan ventilator ketika arwah koma selepas kemalangan tu telah terkena jangkitan kuman dan menyebabkan berlakunya ketumbuhan didalam salur pernafasan. Setelah dibedah untuk fasa yang pertama, arwah dah sihat. Memang tak sangka sangat arwah dah tak ada..lebih membuat saya terkilan saya tak sempat nak ziarah kerana urusan pengebumian dibuat dengan cepat dan jarak yang jauh sekurang-kurangnya 6-7 jam perjalanan dengan kereta memang tak sempat saya nak sampai kampung. Al-Fatihah buat Chu Dan...semoga diampunkan dosa dan ditempatkan bersama golongan orang-orang yg dikasihi Allah.

No comments:

Post a Comment