Tuesday, April 30, 2013

Eusoff di Big Bad Wolf Book Sale

Assalamualaikum...

Saya tau nanti mesti susah nak bawak Eusoff pegi Big Bad Wolf Book Sale yg kebetulan datang Kuantan. 2x pegi KL bawak Eusoff rasa mcm nak nangis dia buat phonic tics, dia jerit "Balik!Balik"Balik!" dengan suara yang agak kuat hingga mengundang pandangan orang. Masa tu dia ada baring2 jugak kat lantai MIECC tu, guling2 dan tarik tangan budak Chinese, rasa macam sampai bila pun takkan berjaya bawak dia pegi tempat yg crowded macam tu. Tapi bila Sabtu lepas kakak nak jugak pegi BBW semasa kami nak pegi beli barang dapur, suami cakap..belasah jelah bawak. Saya saspen jugak sbb wrist link pun tak bawak...hari minggu pulak, dah tentu ramai orang. Last2 pergi jugalah sambil doa banyak2 dan tawakkal pada Allah..

Sungguh ajaib itu budak, tak buat apa2 yang pelik pun. Dapat buku yang dia suka, siap kepit dan baca2 sambil jalan2. Beratur tunggu lama nak bayar pun oke je..siap main dengan kakak. Seronoknya Eusoff behave dan sabar serta boleh tolerate dgn tempat crowded seperti BBW. Alhamdulillah pun rasa mcm tak cukup nak ucapkan syukur..TQ Eusoff for your patience and cooperation. XOXOXOOOO!!



Tadaaa...BBW at Kuantan. :)

Hasil tangkapan hari pertama.. hehe..3 hari berturut2 pegi tawww?
Lari bajett....huwaaa..

I'm a happy momma! ^__^

1 comment:

  1. Rasa macam dpt RM berjuta kan? Alhamdulillah (for Eusoff). Been there, done that too :)

    Bila BBW nak dtg jb ni? haishhh

    ReplyDelete