Friday, April 26, 2013

Alam dan Manusia

Assalamualaikum..


Saya sebenarnya simple. Walaupun otak saya selalu memikir perkara yang berat-berat. Kebanyakannya dipengaruhi oleh apa yang saya baca. Kadangkala berbual dengan orang asing yang berpapasan di pasar atau di kedai buku lebih seronok..kerana dia macam saya juga, berbual tentang hal-hal kecil dan ringkas dan tak perlu banyak fikir..

Tetapi sekarang ni, saya amat berminat mengetahui apa yang ada disebalik tajuk besar iaitu KESIHATAN, ALAM DAN MANUSIA (macam subjek masa sekolah rendah pulak...) Saya bagaikan ketagihan membaca tentangnya membuatkan saya rela mengorbankan masa tidur, masa makan di pejabat atau masa senggang (yang kadang-kadang ada) setelah anak-anak masuk tidur. Semakin saya baca, semakin jauh rasanya ketinggalan. Semakin saya tahu, semakin banyak rasanya saya tidak tahu. 

Namun, ada satu perkara yang pasti. Setelah berhempas pulas mengkaji, akhirnya segala teori, hipotesis dan praktik, kita tak sedar akhirnya kita dijuruskan ke jalan yang satu ini..di mana kita akan merujuk kembali kepada ajaran Al-Quran. Di sana ada segala-galannya yang kita mahu tahu tentang kehidupan. Seringkali juga saya menangis sendirian membaca tafsir Al-Quran kerana setiap selang 2,3 ayat, Allah telah memberi peringatan apa yang bakal berlaku kepada hambaNya yang ingkar dan lalai. Saya menyesal kerana mengapa tidak dari dulu saya cuba mendalami maksud di sebalik ayat-ayat suci itu.

Bagi yang mengenali saya dari dulu, pasti tahu saya bagaimana orangnya. Jangan hairan kerana saya menulis perkara seperti ini. Ucapkan syukur kepada yang Maha Pengasih kerana Dia tidak membiarkan saya terus hanyut. Saya sendiri hairan diri saya jadi macam ini..tetapi suami saya nampaknya gembira dengan perubahan saya. Selalu senyum.. selalu ketawa, nampak tenang dan bahagia. Ayat-ayat suci dan zikir mempunyai energi dan gelombang yang sungguh kuat walaupun dibaca secara perlahan tanpa didengari oleh orang yang lain. Ini kisah benar dan saya telah tuliskan di entri yang lalu.

Selain dari itu, perut adalah ibu segala penyakit. Jadi perut haruslah sentiasa dipastikan bersih dari toksin. Saya melaburkan wang yang bukan sedikit untuk detoksifikasi (ada ke perkataan ni?) dan mendapatkan segala nutrien yang penting untuk tubuh anak-anak dan diri sendiri seperti omega-3, probiotik, makanan sunnah seperti habatus sauda, madu dan minyak zaitun (sekadar menyebut beberapa darinya). Kerana apa tau? Kerana Rasulullah tak mungkin berbohong. Baginda sendiri mempraktikannya dan berhasil..malah masih sihat dan kuat mengepalai tentera Islam berperang dalam perang Tabuk, dalam usia baginda 61 tahun.

Belum sampai sebulan saya praktikkan makanan sunnah dan lain-lain elemen tambahan dalam pemakanan...Eusoff boleh membina 2 perkataan dalam satu ayat ringkas, dalam bahasa Melayu dan Mandarin, dan mula berkemahuan mengurus diri sendiri. Hanya air mata menjadi saksi segala perubahan positif ini.. Susah nak saya terangkan kerana walau apa pun yang saya taip tetap tak menggambarkan apa sebenarnya yang saya rasa.

Kalau ada yang masih ragu-ragu adakah apa yang saya tulis ini benar-benar berkesan , silalah kaji sendiri sehingga anda benar-benar yakin. Saya mengkaji benda-benda ini bukan sekejap tetapi lebih dari setahun hanya untuk mendapatkan KEYAKINAN itu. Dan setelah yakin, saya cuba, saya berdoa dan serahkan yang selebihnya kepada Allah swt. Jangan ikut-ikut saja, tapi dalam hati rasa was-was, kerana sekiranya tidak yakin, apa pun yang diusahakan akan menjadi sia-sia. Mulalah berkawan dengan buku dan kenalilah laman-laman web yang boleh membantu untuk meningkatkan pengetahuan mengenai apa saja yang anda ingin kerjakan. InsyaAllah...usaha walaupun kecil, pasti ada hasilnya.

Salam Jumaat dan selamat berhujung minggu. Jangan lupa perhatikan apa yang anak-anak anda makan. :)

Makanan kegemaran Rasulullah s.a.w. @ Makanan Sunnah




2 comments:

  1. Assalamulaikum puan, saya ayuni pelajar tahun dua audiologi...sya amat kagum dengan ketabahan puan dalm membesarkan ank autism. Bukan senang utk memahami org lain tentang autism ini,.tetapi puan begitu tabah utk menghadapi org2 di sekeliling yang tidak mengetahui.oleh itu, saya dan kawan2 sedang menyiapkan case project research tentang early intervention ank2 istimewa lebih2 lg berkaitan dengan autism..sya berharap sgt puan dapat berkongsi dengan kami pengalaman dan kami harap dapat interview sendiri puan. Harap sgt research ni dapat membnntu sistem pembelajran dan kesedaran di malaysia

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam. Sekiranya ada apa-apa pertanyaan boleh email saya di nor_hayati@ikip.edu.my. Saya sedia membantu.

    ReplyDelete