Monday, May 30, 2011

Aku emo lalu terlempang...

Semalam hari Ahad. Maknanya hari cuti la kan? Hari cuti bermakna penat la aku dengan segala mak nenek keje umah, masak dan kena buli dengan budak berdua tu. Penat berjalan pun ye jugak..sebab baru gaji dan barang dapur dah kosong kat lemari tu, jadi kuar la beli stok barang-barang dapur tu semua. Masa beli barang, si Damia ni macam-macam nak belilah....sampai kadang-kadang lari budget dibuatnya. Eusoff sibuk main santan peket. Yang sorang ni pulak memang tak pandai mintak apa2 kalau pegi shopping. Selamatttt....

Yaaa...perut aku dah nak masuk 9 bulan. Sangat-sangat boyot dan berat sampai jalan pun dah tak stabil. Jalan sikit cepat letih, cuaca panas je tak tahan sbb hormon kot. Air-cond asyik pasang je kat rumah. Matilah aku nak bayar bil elektrik bulan depan. Disebabkan cuaca panas, dan aku pun memang asyik panas badan...maka hati pun cepat panas. Dan anak-anak aku tu suka sangat menduga kesabaran aku lepas satu benda, satu benda lagi yang diorang buat nak bagi naik darah aku ni..

Semalam Damia malas buat kerja sekolah. Aku tengok hari-hari dia kepit buku sekolah tu, tapi tak siap-siap jugak. Ok...hati aku kata, "Sabar. Beri dia masa." Lepas tu, bila buat keje sekolah mesti nak main-main...Lepas tu tengok TV. Bila suruh solat pun bagi alasan nak buat keje sekolah, tapi keje sekolah masih tak siap-siap jugak. Hati aku pun mula dah nak panas...Bila temperature sudah naik, dan suara aku pun sudah tinggi... babahnya dengan sukarela cepat-cepat pegi tolong Damia buat keje sekolah tu. Tolong buat pulak tu... nak selamatkan anak punya pasal. Tak suka betul aku.

Malam tu, Damia suruh aku masak. Dengan pelvic pain dan termengah-mengah, aku gagahkan jugak la nak masak. Sebab anak dah request kan?? Bila nak makan, mesti nak depan TV. Makan depan TV bertatang pinggan. Nasik tumpah sana sini. Dah la aku ni letih, tak larat, hati panas, badan panas...bila dah masak, makannya 2,3 suap aje. Padahal kalau meng'order' macam nak makan 2,3 pinggan. Kacau punya kacau nasik sampai kotorkan baju singlet putih mahal yang aku beli tu..Pergh! Itu jam aku sudah snap..lalu PANG!! Aku emo lalu terlempang Damia... Bukan kat muka la, tapi kat badan. Dia pulak nak lari dari tangan aku pegi pijak plastik sepeket Fisherman's Friend yang Eusoff bawak kuar dari dalam handbag aku. Apa lagi...gedebuk jatuh!! Cepat-cepat dia bangun dan nangis dekat pintu.

Bila tangan dah melayang, pastu tengok dia jatuh dan nangis...rasa menyesal pulak. Kesian dan rasa nak pegi pujuk dia. Tapi...sakit hati aku lebih dari perasaan kesian itu semua. Rasanya masa tu aku jadi kejam sangat...tak taulah kenapa. Dia nangis sekejap aje...lepas tu perlahan-lahan datang dekat aku. Bila aku berborak dengan babah dia tentang cerita yang kami tengah tonton kat TV, dia pun sampuk sama, tanya itu dan ini. Lama-lama dia datang dekat aku dan duduk sebelah aku kat sofa. Dia cakap, "Sori ye Mama. Kakak dah siap keje sekolah, dah letak baju dalam beg tadika. Kakak dah siap pegi bilik air dan gosok gigi. Kakak pakai seluar dalam bilik air, tapi seluar kakak tak basah pun" (kami tengah ajar dia pasal malu, so tak bagi dia berbogel-bogel atau tak tutup private parts dia depan org lain, even family members).

Di sebalik rasa kesal aku sebab memukul dia kerana hilang kawalan pada kemarahan aku, dia rupanya lebih kesal kerana menyusahkan mamanya ini...

Mulia kan hati budak-budak? Dalam kes ini..hati anak perempuan aku Damia yang baru 6 tahun. Walaupun macamana aku pukul dia, boikot dia, bagi silent treatment ke hape ke untuk hukum dia...dia tak pernah tak maafkan aku. Rasa bersalah kadang-kadang...kerana dia pemaaf sedangkan aku tak..(kadang-kadang). Dia rela mengetepikan ego dan perasaan malunya untuk minta maaf, sedangkan aku sibuk pertahankan ego aku walaupun dengan budak kecik. Walhal umur dia tu muda sesangat, dan jauh dari kematangan, sedangkan aku ni orang dewasa tapi kadang-kadang perangai macam budak-budak...

Aku mahu kawal kemarahan aku yang kadang-kadang datang menggila ni... Aku tak mau anak aku membesar dengan mengingati bahawa dia ada mama yang pemarah dan suka pukul dia. Aku mahu Damia cuma ingat benda yang indah-indah tentang mamanya ini. Aku tak nak la nanti dia dah jadi mama pun dia jadi mama yang cepat marah macam aku. Semoga Tuhan mengurniakan aku kesabaran yang tinggi dalam membesarkan anak-anak. Amin...





Tuesday, May 24, 2011

Sakit Pelvik..

Argghh...Sakitnya!! Masalah sama masa mengandungkan Eusoff berulang lagi. Sakitnya tulang pelvik aku ni Tuhan aje yang mengetahui. Kalau dah bersila atau duduk di lantai, atau semasa duduk tahiyat dalam solat, masalah ni akan bertambah teruk sampai aku tak boleh bangun.

Malam tadi sampai tak lena tidur sebab setiap kali nak beralih posisi tidur punyalah sakit sampai rasa nak nangis. Agaknya semalam masa pendaftaran pelajar kat ofis, aku banyak sangat berjalan kot... Hari tu masa Diploma Show dah jadi sekali dah macam ni sampai doktor beri 2 hari MC. Cuma kali ni aku malas nak ke klinik. Esok tak tahulah...kalau aku masih boleh drive, aku pegi la keje. Kalau tak memang komfem akan MC lagi.

Kat sini ada maklumat lebih lanjut mengenai Sakit Pelvik.. Perghh! Memang sengsara!!

Tuesday, April 26, 2011

Blog Header

Aiyoo....susah jugek mau bikin blog header ni. Ini adalah percubaan pertama buat blog header sendiri. Main tibai je ni... Dalam masa satu jam je.. Aku bikin ni pakai Photoshop CS2. Lawa tak??? Sapa cakap tak lawa kena penampo... hahahaha! Taklah...aku gurau jek.. Buat dalam masa satu jam takkan bleh lawo gile... Ekekekeke.. Ni percubaan je oke??

Yang penting nak kena tau size template bebetoi dia berapa...Aku plak takde gambo yang cun2 yang bleh tempek kat header tu. Ni sume apa yang ada dalam hard disk aku jek...Time aku tengah concentrate tu la baby aku plak main bola ke hape dalam tu, aktif sangat la pulakkk!! Nak concentrate pun payah. Mesti dia jeles gambo dia takde kat header tu... Ngeeee... :D

Nak tempek kat situ pun payah jugek sbb aku pakai template yang dah siap ada header. Kena delete dulu la kat HTML. Dah la aku tak paham apa pun kat segala mak-nenek coding header tu..hahahahaha.. Nasib baik try2 delete dan tempek header baru jadik plak..., kalau tak abesla...hehehe..

Ni la dia header yang aku buat tadi tu:-



Untuk header ni saiz dia ialah :-

Length: 960 pixels
Height : 340 pixels
Resolution : 600 dpi
(tulis ni sebab takut diri sendiri yang lupa nih!!)



Ada jugak size kecik yang aku dah try..



Saiz yang ni ialah :-

Length: 780 pixels
Height : 280 pixels
Resolution : 72 dpi

Nanti aku nak buat header yang lain plak... Kena cari gambor yang lawa2 dulu dan time tu plak tak busy macam sekarang.. baru syiok layan sampai berjam2. Sapa2 yang nak try buat header tu, bleh la ambik ukuran ni...kalau tak jadi jangan belasah aku pulak tau? Weeeee....

Monday, April 25, 2011

Eusoff lambat bercakap..

Kadang-kadang jadi risau juga bila si Eusoff tak bercakap-cakap jugak lagi... Umur dia dah 2 tahun 5 bulan, tapi vocab dia masih jauh ketinggalan. Hasil ujian Speech & Hearing dia normal, lega la sikit. Tapi bila dia tak jugak bercakap, aku jadi risau semula. Aku bercadang nak hantar dia ke tadika menjelang tahun depan sebab kalau ikut tahun lahir, dia akan berumur 4 tahun. Risau kelambatan dia bercakap akan beri kesan pada pembelajaran dia kat sekolah nanti.

Banyak jugak blog aku masuk dan baca info mengenai kelewatan bercakap bagi sesetengah kanak- kanak, tapi banyak respon positif yang aku dapat. Memandangkan Eusoff memang boleh mematuhi arahan mudah, menurut kata pakar, dia kanak-kanak normal...Tak ada masalah memahami bahasa, kecuali lambat untuk menuturkan kembali apa yang kita cakapkan kat dia.

Kadang-kadang, ada masa-masanya dia boleh je bercakap satu-dua perkataan. Macam bila aku ajak dia mandi dan dia tak nak, aku akan kata dia 'busuk'. Dengan pantas dia cakap ' tak busuk'. Hehehe...atau bila dia tengok aku dah bersiap pakai tudung nak keluar, dia akan cakap 'Ikut'. Perkataan yang dia selalu sebut ialah 'Nak, Bukak, Num (minum).' Cuma perkataan macam tu aje la...

Cuma yang buat aku tension ialah bila dia mengamuk, bila tanya nak apa...dia tak cakap dan cuma jerit-jerit dan banting-banting badan. Ohhh...itu jam memang rasa nak pecah kepala memikirkan kenapalah dia lambat sangat bercakap. Kalau aku tau apa yang dia nak tentu mudah bagi aku nak handle situasi macam tu kan?

Kat sini ada topik dan sikit perbincangan mengenai kanak-kanak yang lambat bercakap. Manalah tau kalau-kalau korang pun ada masalah macam aku jugak..so, boleh try baca dan share masalah kita dengan pakar dan parents yang juga mempunyai masalah sama.

Monday, April 18, 2011

Tolong Senyap..

Aku bukan la nak kata aku ni baik. Aku tau aku sendiri pun banyak kelemahan yang mungkin tidak menyenangkan orang lain di sekeliling aku. Tapi, rasanya seumur hidup aku ni, tak pernah lagi aku saja-saja cari pasal dengan orang.. KECUALI orang yang cari pasal dulu.

Kalau kat pejabat ni, kebanyakan masa aku di kelas. Atau kalau kelas dah habis aku akan berehat sambil surf internet kat dalam bilik aku. Situlah tempat aku makan, solat, rehatkan kaki yang dah lenguh berdiri dan belakang yang dah macam nak patah bila ada kelas sehari suntuk. Atau basahkan tekak yang dah kering dok mengajar dari pagi ke petang.

Kadang-kadang aku membaca buku secara online kat laptop aku, sebab kat office aku ni ada perkhidmatan E-Library. (Syabas IKIP COLLEGE! Eh..ter'promo' plak..) Sebolehnya aku takkan buat orang lain resah dengan kehadiran aku, kecuali student-student aku yang nakal-nakal kott...(Diorang kalau selagi boleh nak mengelak dari terserempak dengan aku sebab takut kena marah..terutamanya kepada yang datang kelas sekali dua je satu semester!)

Aku pakai headphone lagi bila aku nak tengok video, atau dengar lagu. Sebab tanak ganggu pendengaran orang lain. Yelah...ini opis kan? Tempat orang bekerja...lagi pulak dalam bidang kerjaya mengajar ni, setiap masa kena study. Nak kena update pengetahuan am diri sendiri. Nak ajar orang la katakan... Kalau cikgu pun outdated, pakat kena gelak la dengan budak-budak tu...diorang sekarang lagi advance dari kita tau??

Yang aku tak paham, kenapa sesetengah orang tu suka buat bising, komplen, mengumpat, kutuk-kutuk orang dan gelak kuat-kuat kat bilik aku ni? Hello....ini PEJABATlah. Bukan pasar malam.. Lebih teruk lagi dia bukan orang yang sepatutnya duduk dalam bilik aku ni (bilik ni share 3 orang). Even tak sepatutnya berada pun kat branch kami ni.. Kalau duduk kat branch ni pun, dia ada meja sendiri. Tak faham kenapa spesis ini suka mencari alasan untuk tak berada di tempat sendiri.. Dulu aku duduk 'pool' jugak..ramai-ramai..dengan cuma dipisahkan partition. Aku tak kisah pun..aku selesa je duduk kat situ. Sampailah bos arahkan department aku untuk rombak tempat duduk, barulah aku masuk bilik ni.

Sehari dua boleh tahan lah beb... Ini dah masuk satu semester. Nak setinggan pun agak-agaklah. Kenalah hormat tuan punya bilik. Ni sampai kekadang aku tableh cover dah muka aku ni dari membuat air muka tak puas hati. Bayangkan sajalah...penat-penat baru balik kelas, (kena pulak kelas dari pagi sampai petang, cuma dipisahkan lunch break aje) dah terpaksa dengar celoteh-celoteh yang kurang menyenangkan dan berbau umpatan. Masuk bilik je, aku dah dapat dosa kering..tak pasal-pasal.

Kita ni hidup janganlah fikir diri kita saja betul. Fikir kepentingan diri kita saja. Hidup bermasyarakat ni kena ambil kira perasaan dan kepentingan orang lain juga. Jangan hidup jadi kera sumbang, pergi ke mana pun tak ada orang yang mahu menerima kita. Sedangkan orang lain kita tengok tak ada masalah pun nak menyesuaikan diri kat mana-mana.

Muhasabahlah diri...kalau susah sangat pegi Sabah... asalkan jangan menyemak kat bilik aku ni lagi!



7 bulan sudah..


Alhamdulillah...dah 28 minggu usia kandungan aku ni. Baby ni bukan main aktif lagi sampaikan pergerakan dia kat dalam perut boleh dilihat dari sebalik baju. Perut aku jangan cakaplah...memang beso. Nak sujud waktu solat pun, perut dah berlaga dengan paha. Ramai orang cakap kat aku.."Kejap je eaa? Dah tujuh bulan.".. Biasanya macam tulah. Kalau kita tengok orang mengandung kita rasa cam kejap je, tapi tuan punya badan yang bawak perut tu rasa punyalah lama...punyalah lambat lagi nak bersalin.

Baru-baru ni ada rezeki lebih. Dapat tunggakan medical claim. Jadi aku beli sikit lagi barang-barang baby. Setakat ni adalah lebih kurang banyak ni aje..Takde yang branded pun..sebab rasa cam rugi plak. Sebab badan baby ni cepat sangat besar. Nanti jadi macam baju-baju Eusoff tu, masih baru tapi dah tak muat dipakai. Jadi beli yang biasa-biasa aje. Bila baby dah besar sikit nanti, barulah ingat nak belikan baju-baju yang kualiti agak bagus dari yang ini. Baju Eusoff masa dulu pun banyak yang cantik-cantik. Tu pun banyak yang dah hilang dalam simpanan...kat mana aku simpan pun tak tau. Kena cari balik ni...



Baru ada banyak ni aje...



Operasi membasuh baju, baby blanket, mitten dan booties baby kepunyaan Eusoff yang mana masih cantik dan boleh sedekah kat adik dia ni..


Nak bagi baby ni pakai semua barang second hand abang dia, rasa kesian pulak. Ada lebih kurang 3 bulan lagi sebelum dia lahir. Nantilah aku beli sikit-sikit every month buat tambah-tambah barang yang dah ada tu. Kalau duit banyak kan senang..pilih je, pastu bayor. Nak mintak macam-macam kat Mr.Hubby rasa kesian pulak bila tengok muka dia. Hmmm...susah jugak jadi bini yang lembut hati ni. Bak kata P. Ramlee dalam cerita Anak Bapak: Lembut hati takpe...jangan murah hati dah laa...Hehehehehe...

Bila tak pegi sekolah..

Pada hari minggu yang lalu, aku telah dibuli oleh dua orang budak. Tanak tido, tanak pakai baju. Lari-lari dan sepahkan rumah sambil jerit-jerit...Aiyooo..rasanya gegendang telinga aku ni perlu kena servis. Dan kena massage jugak la badan ni sebab super penat sudah!

Bila hari minggu dan diorang tak pergi sekolah, memang letih layan kerenah anak-anak aku ni. Kadang-kadang nak marah, kadang-kadang nak gelak pun ada. Buat benda-benda tak logik, lepas tu muka selamba je sengih-sengih. Heee...geramnyaaa...! Tapi itu la asam garam besarkan anak-anak kan? Kita kecik-kecik dulu takde la baik mana pun, entah-entah lagi nakal dari diorang.. Tapi mak aku rilek je. Perghh...memang tabik spring kat mak aku.

Ni ada beberapa keping gambar diorang ketika berjaya membuat nakal tanpa rasa bersalah. Pitam makcik!!


Aktiviti protes tanak pakai baju..Damia ni terpengaruh dengan adik dia, memula elok je pakai t-shirt. Tengok adik berlenggeng dia pun tetiba tanak pakai baju jugak. Apaaa raaa...patutnye yang kecik terpengaruh dengan yang besar, ini sudah terbalik pulak! Tengok tu, Eusoff pegang rotan..sapa nak pakaikan baju kat dia, dia sebat dengan rotan tu...Haish!








Eusoff gosok gigi pakai berus kening aku...Adoiii! Abis jahanam barang-barang mekap aku... P
engsan!