Thursday, April 12, 2012

Letih

Assalamualaikum..

Kadang-kadang saya soal diri saya. Cukupkah apa yang saya buat untuk keluarga? Untuk anak-anak..terutamanya untuk Eusoff. Kadang-kadang kerana keletihan, saya hilang kesabaran bila anak-anak buat perangai. Saya hilang fokus..Saya terlupa kepada perkara-perkara penting. Kadang-kadang bila saya baru duduk untuk lepaskan kepenatan seharian di pejabat..tak sampai pun 10 minit, anak dah terjerit-jerit saya rasa ....
....
Sejujurnya saya rasa nak marah. 

Saya juga perlukan rehat. Perlu sangat-sangat-sangat...

Kalau sajalah saya punya pembantu yang boleh meringankan beban saya. Mungkin untuk membantu menguruskan anak-anak bagi membolehkan saya berehat sekurang-kurangnya 1 jam selepas balik dari kerja. Atau punya pemandu untuk mengambil Damia pulang dari sekolah ketika saya kesibukan di pejabat . Setiap kalinya saya merasakan saya dah terlalu letih sebenarnya. Cuma semangat saya yang menggerakkan anggota saya. Kerana otak dan hati saya cuma berkata "Tidurlah..."

Kadang-kadang bila saya ada perkara yang saya runsingkan, saya berbual dengan rakan-rakan senasib yang  berada di situasi sama.. yang sama-sama punyai anak istimewa. Ianya membantu.. selalunya. Cuma kadang-kadang ada perkara yang tidak dapat saya kongsikan. Ada perkara yang terlalu berat bagi saya sehinggakan tak terluah kepada sesiapa pun... Itulah saatnya di mana saya merasakan seolah-olah dunia jatuh lalu menghempas kepala saya. 

Pernahkah anda rasa begitu?

..................

Ya Rabb... Adakah Kau mendengar tangisanku? 
Adakah Kau menjawab pertanyaanku? 
Sekiranya semua yang ku minta selama ini adalah tidak layak bagiku menerimanya.. 
sekurang-kurangnya.. 
Kau kurniakanlah aku kesabaran Ya Allah. 
Kurniakanlah aku kekuatan..
Teguhkan IMANku Ya Allah.

Jangan lupakan aku Ya Allah.. jangan biarkan aku.
Aku rindukan rahmatMu.. Aku nantikan keajaibanMu..

Sesungguh Kau Tuhanku Yang Maha Mendengar.. 

Amin Amin Ya Rabbal Alamin.



1 comment:

  1. Kadang2 akak pun sama tak semua masalah kita blh berkongsi..
    Pernah juga terfikir nak masuk perut mak balik sebab di lahirkan bersih..
    Kalau mati cepat byk dosa takut seksaan kubur ..
    Terfikir juga akak di lahirkan utk menyusahkan orang lain..Berdosa lagi!!!

    ReplyDelete