Assalamualaikum...
Hari ini saya di 'evaluate' oleh Bos saya. Markah penilaian saya cukup rendah. Macam pensyarah junior yang baru mengajar di semester pertama. 70% je?? Alasan bos, KPI banyak yang tak capai.. Ulang suara "KPI BANYAK YANG TAK CAPAI".
Betul ke?
Mari kita selusuri job scope saya. Tugas saya di bidang akademik sebagai ACADEMICIAN. Pensyarah seni halus. Saya mesti mengajar, menyampaikan ilmu pengetahuan berdasarkan silibus, memastikan pelajar menguasai teknik, lulus penialaian akhir atau peperiksaan. Saya perlu memastikan Course Outcome saya tercapai. Proses penghasilan produk yang betul dan produk yang dihasilkan boleh dipasarkan.
Pelajar tahun akhir saya LULUS dan BERGRADUAT. Cuma sebilangan kecil yang tidak..itu pun bukan disebabkan mereka GAGAL SUBJEK SAYA!!
Pelajar-pelajar lain..subjek liberal dan studio.. LULUS 100% all my 5 classes.
My teaching portfolio and my course files are the ones to be chosen to be presented to the auditors from various agencies for accreditation and surveillance...di mana setiap kali itu jugalah file Ketua Jabatan didapati 'HILANG" (??)
So... Which KPI yang tak capai sebenarnya ni??
"Program you dah lama tak buat.. Tak lead.".
Mungkin saya dah lama tak mengetuai apa-apa program, takde apa-apa kertas kerja utk buat seminar ke whatsoever..tapi saya tak pernah meng'ghaib'kan diri ketika department saya buat apa-apa event. Tugas saya sebagai jawatankuasa TIDAK PERNAH GAGAL. Saya tidak pernah tolak kerja. Tak menolak pergi kursus. Tidak negotiate dan cakap banyak bila kena jaga exam on weekends like so many other staff. Setiap kali ada pameran staff atau kolaborasi, saya participate..saya tidak pernah gagal hantar artwork saya. OK..berilah saya markah corot untuk LEADERSHIP..tapi adilkah beri markah saya total up cuma 70% di atas usaha keras saya memastikan zero failures di dalam kelas saya? Selebih dari itu sejujurnya saya tak mampu.. Apatah lagi sampai nak jemput menteri datang merasmi seperti mana yg dipinta..berilah peluang kepada pensyarah lain yg lebih punya waktu untuk bergelak ketawa sambil bermain gitar. Saya akan memberikan kerjasama sepenuhnya menjayakan program..seperti selalu.
Kadang-kadang rasa terharu sangat bila staff dan bos di jabatan lain mengiktiraf 'kewujudan' saya..sedangkan bos saya sendiri tidak.
Saya akui saya sering hilang di waktu lunch sebab saya terpaksa ambil anak2 dari sekolah. Anak istimewa saya tak mungkin boleh diharap untuk menaiki bas sekolah sendiri. Saya habiskan banyak masa membawanya ke therapy, ke hospital, ke sekolah, ke sana ke sini...selain anak2 tipikal yang bukan ROBOT ATAU MESIN yang tak mungkin akan sakit atau bermasalah walaupun kehujanan selama 3 hari 3 malam.
Saya diminta sama ada mahu komen apa-apa atau tidak. Saya hanya berkata tidak. UNTUK APA? Sekiranya saya menerangkan segalanya saya cuma akan dituduh MEMBELA DIRI atau MENEGAKKAN BENANG YANG BASAH. Secara totalnya, sekiranya dia tidak berada ditempat saya..dia tidak mungkin akan FAHAM. Mungkin dia jengkel kerana saya selalu memberi alasan sama setiap kali memohon pelepasan atau cuti tahunan (yang mana hak saya sebagai pekerja) kerana "mahu bawa anak berjumpa pakar itu dan pakar ini, therapy itu dan therapy ini".
Oh ya.. kesan dari markah appraisal saya yang 'sebanyak' itu..mungkin saya dikecualikan dari menikmati BONUS TAHUNAN. ~ Bayangkan berapa banyak therapy dan supplement Eusoff yg boleh saya dapati dengan wang dari bonus tahunan tersebut.
Terima kasih Bos..kerana menyekat pintu rezeki saya dan anak-anak. Kerana dunia ini bulat saya percaya suatu hari nanti dia akan berada di bawah dan akan merasa betapa peritnya diadili oleh emosi dan bukan dari pemikiran rasional.
Sekian.
Dugaan Allah turunkan dlm pelbagai bentuk...yeop dah lali dgn appraisal yg menyedihkan....bonus ciput...tapi bila emergency tgh mlm umpamanya, yeop yg kena panggil...yg bonus tinggi2 tu, melengkor tidor di rumah...itulah hakikatnya kehidupan
ReplyDelete