Hari ni ada dua berita yang menggembirakan hati aku. Satu ialah berat badan aku dah mula naik. (Orang gile je yang happy bila berat badan naik rasanya...sebab selalunya semua orang nak slim..seselim Slim River!) Naik tak banyak pun...0.5 kg je. Tapi aku dah happy sangat sebab sepanjang 24 minggu mengandung ni, inilah kali pertama berat badan aku naik. Selalunya mesti turun..Bayangkan ajelah, dari mula buat check-up sampai sekarang dah turun berat badan sebanyak 7kg. Patutnya time ngandung berat naik, tapi aku ni kes dia terbalik pulak. Haha...macamana berat nak naik, makan ikut diet plan dietitian. Kalau tak gula darah aku naik pulak...jadinya sambil ngandung, sambil menguruskan badan. (korang yang mengandung jangan gatal nak diet macam aku ni pulak tau? aku ni special case, takpe laa...)
Perkara yang happy no.2 ialah tadi pegi scan 4D...perghhhh!! Nampak dengan jelasnya wajah baby dalam perut aku ni. Sebijik macam abangnya Eusoff. Dan doktor telah menunjukkan dan memastikan bahawa 100% confirm baby ni LELAKI!! Alhamdulillah...memang happy sangat sebab jauh di sudut hati, memang aku teringin baby lelaki. Memang Allah Maha Pemurah dan Maha Mengasihani. Dia tahu bahawa aku ni cuma boleh bersalin 3 kali (sebab semua anak aku lahir melalui kaedah pembedahan Caesarean), maka dia mengabulkan permintaan aku untuk mendapatkan seorang lagi anak lelaki buat kali terakhir ini.
Yang lebih penting dari segalanya, doktor cakap baby aku ni normal dan sihat. Heartbeat dia pun bagus. Perkembangan otak, vital organs, tulang belakang, kaki dan tangan semuanya normal. Aku ni mmg risau sebenarnya memandangkan aku ni ada masalah diabetes. Maka result detail scan tu lah yang paling aku nanti-nantikan untuk memastikan yang baby aku ni normal dan sihat. Alhamdulillah..Alhamdulillah...Alhamdulillah.. Maha Suci Allah!
Dalam pada sibuk-sibuk tu, ada kejadian kelakar sikit berlaku tadi. Masa pergi scan itu, aku pergi dengan husband dan anak sulung aku, Damia. Sekarang kan cuti sekolah, so aku bercadang nak luangkan masa cuti sekolah ni dengan membawak si Damia ni nengok wayang cerita animasi Rango. Kami singgah sekejap kat klinik untuk scan dan nak tunjukkan dia wajah adik barunya.
Bila doktor tanya dia, "Kakak nak baby boy ke girl?" Dia dengan confident la cakap "Nak girl!!"..Sekali bila tengok baby tu boy aje, muka dah macam tak puas hati. Untuk pujuk dia, doktor tu siap upah vitamin lagi. Walaupun senyum rupanya dalam hati, Damia ni tetap la rasa tak best sebab tak dapat adik pompuan yang diidam-idamkannya tu.
Balik dari klinik kami pun terus la menuju ke pangggung GSC kat East Coast Mall. Sampai aje kat sana, bila aku toleh seat belakang kereta, aku tengok air mata dah berjurai-jurai macam pelakon cite Air Mata Ibu. Ya Allah...ingatkan pasal apalah menangis beria sangat, rupanya dia sedih sangat tak dapat adik pompuan. Lawak oiii... Aku dengan bapak dia punyalah excited berborak dalam keta sebab nak dapat anak lelaki, dia pulak boleh menangis sebab tak dapat adik pompuan. Lepas tu terpaksalah kami pujuk dia dengan belikan macam-macam benda supaya dia berenti nangis. Kalau tak, takut dibantainya 'mengobok' pulak dalam panggung karang, abislah kena halau keluar panggung pulak nanti...Macam-macam hal anak-anak ni..Saboooo je le!!

* Gambar scan 4D baby aku berusia 24 minggu. Pengalaman yang menakjubkan sebenarnya bagi aku sebab dapat tengok 'si dia' yang selalu membuat 'martial art' kat dalam perut jam 3 pagi. Hehe...
tahniah kak.. sama la kiter dpt baby boy lagik.. hehhe.. ceqla tak buat lagik 4D.. teringin pulak nak buat.. nak tengok muka baby.. tapi kat ipoh ni mahal betoi dlm rm200 mcm tuh.. rasa rugi pulak.. hehe
ReplyDeletemak oii...mahal bebeno!! sini baru 85 hengget. kalau 200, akak pun tak pegi scan 4D tu..baik beli barang baby. RM200 tuuu, mcm2 boleh beli oo...
ReplyDeletetahniah jugak la kat ceqla, dapat baby boy jugak. sorang pun akak dah nak pitam jaga, dah ada 2 boy nanti bertambah teruk la patah-riuk pokok bunga akak kat umah tu deme buat tiang gol. pitam...!!