Thursday, November 28, 2013

Nak cerita ke tak cerita?


Assalamualaikum..

Tajuk pelik..cerita ni pun pelik. Jenuh pikir nak cerita ke tak. Bukan apa...takut disalahertikan pulak. Kang niat kita nak educate orang ditafsir sebagai merungut atau lagi teruk boleh buatkan orang geli dengan kanak-kanak yang senasib dengan Eusoff.

Eusoff... dah 5 tahun umur budak ni. Dalam usia 5 tahun, banyak juga yang dia dah faham cakap orang. Dan boleh bertutur tapi minima je. Yang banyaknya 'scripting' (menggunakan dialog TV untuk bertutur) dan 'echolalia' (mengajuk apa yang kita cakap).

Dalam banyak-banyak cabaran membesarkan anak autistik ni, yang paling atas dalam senarai menguji kesabaran saya ialah 'main tahi'  atau mat saleh kabor 'poop smearing'. Dengar je pun dah geli ye dak? Saya yang nak ngadap benda ni on daily basis lagilah tak terkata perasaan tu... Anak autistik berkecenderungan melakukan ini. Rata-rata sahabat saya yg senasib pernah atau sedang melalui episod ini dalam kehidupan mereka. Mereka yang hypo-sensitive terhadap sentuhan dan punyai masalah tactile je yang cenderung melakukan perkara ni. Yang hypersensitive tak buat, sebab mereka amatlah penggeli orangnya. (Selamat kiranya mak bapak diorang kat situ...tapi mereka ada masalah lain pulak yang berkaitan gelaja hyper-sensistiviti tu-nanti cerita ok?)

Selalunya anak saya akan smear najis dia kat badan dia, rambut, pipi dan lantai..ada pernah jadi jugak kat buku kamus yang selamat saya buang sudahnya..dah jugak tikar buluh - pun saya buang jugak sebab tak sanggup nak cuci. Kat trampoline pernah, dinding, cermin...you name it.

:(

.......

Kadang-kadang bila saya sendiri dalam keadaan tertekan, dan sibuk atau penat, saya snap. Saya mengamuk. Saya pukul dia.. Saya pukul dia sampai tangan saya sakit. Lepas itu bila dah sedar dari marah saya menangis sepuasnya.. menangis macam sewaktu saya menaip entri ini. 

..........

Saya tidak bangga melakukan perkara yang kejam itu terhadap anak saya, yang mana dia sendiri tidak tahu pun apa yang dia buat itu salah. Dia tidak mumayyiz...yang entah sampai bila. Di saat yang mencabar itu kadang-kadang saya terlepas bertanya kepada Allah...

"kenapa anak aku begini?"
"kenapa Kau timpakan ujian ini buat aku?"
"kenapa Kau benarkan ini terjadi dalam keluarga aku?"
"kenapa? kenapa? kenapa?"

Sesungguhnya saat itu saya biarkan syaitan menguasai diri saya. 
Membuatkan saya jadi pemarah.
Membuatkan saya lupa segala yang saya persoalkan itu adalah takdir dari Allah...

Saya lupa yang tempat saya sebagai hamba di dunia ini memang hanyalah untuk diuji.
Saya lupa anak saya itu...jambatan saya ke syurga.
Saya lupa anak saya itu anugerah.
Saya lupa...bila saya biarkan amarah menguasai diri.

Dan Eusoff akan menangis melolong sehinggalah saya sendiri datang memujuknya.

............

Anak saya yang begitu cinta kepada saya... 
dengan pantas memeluk saya dan berhenti menangis bila saya mendekatinya.
Dan dengan sekejapan dia senyum kembali dengan kulitnya yang masih merah berbekas tangan hasil pukulan saya yang lupa diri.
:'(

Ibu-ibu...
Jangan jadi seperti saya.
Jangan pukul anak anda...
kasihan mereka ...
Seminggu selepas apa yang saya buat itu...saya masih lagi menangis bila terkenangkannya.
Dan sejak itu setiap hari saya mohon maaf dari Eusoff...
Dan berharap kejadian itu tidak lekat dalam dalam ingatannya.
Semoga Allah mengampunkan saya...Amin.








3 comments:

  1. yati..latelay saya selalu pukul eusoff saya @ manja..tapi bila org semalam mengatakan anak saya ialah iblis, saya sangat tersentuh dan berkecil hati..saya sedih..saya selalu tanya apa dosa saya???saya pon suka menyesal..lately saya suka mengeluh sbb dia tersangat tanrum..ya Allah..kuatkan lah iman kita..

    ReplyDelete
  2. sama la kita yati..bila dah penat,tetiba dia buat hal..selalunya dia punggah kabinet dapur,tabur beras,garam..sepahkan mainan tu biasala..cuma bab smearing poop dia buat sekali dua..bila geram sangat mmg kena tampar kat peha atau tangan sampai tangan kita sakit..tp mmg lepas tu menangis..dia pulak sedih tgk kita nangis..datang peluk dalam takut takut kena pukul lagi..tp sekejap ja ..lepas tu dia senyum...rasa sangat berdosa...moga Allah kuatkan iman untuk tidak terlalu tegas sangat atau garang x bertempat..

    ReplyDelete
  3. ala ...napa I baca entry nih mata i plak jadi panas n berkaca .. < lap mata n tulis komen cepat2 >

    ReplyDelete