Monday, December 10, 2012

Tanpa Tajuk


Saya selalu ingatkan diri saya supaya tidak terlalu 'ambitious'. Walaupun dalam hati saya mahu anak istimewa saya mampu urus diri sendiri seawal mungkin, mampu diajar melakukan benda-benda asas, atau mampu bersekolah di aliran perdana.. Tetapi cita-cita ibu mungkin tidak sama dengan kemampuan dan kehendak 'tersembunyi' si anak. Kadang-kadang saya dah tak tahu pada tahap mana seharusnya cita-cita dan harapan saya gantungkan.. Bimbang di letak terlalu tinggi nantinya jatuh berderai menghancuri hati saya sendiri. Atau akibat yang lebih teruk membuatkan anak saya sedih dan merasa rendah diri.

Ambil contoh yang mudah :- 'toilet training'. Eusoff menangis setiap kali di bawa masuk ke bilik air. Belum saja berbuat apa-apa.. dia sudah takut, sudah tidak selesa, sudah gelisah dan mahu segera keluar dari situ. Untuk membuat anak saya faham bahawa di sana tempat untuknya membuang air kecil atau besar saja hampir tidak berjaya..bagaimana harus saya letakkan harapan yang tinggi-tinggi? Saya pujuk hati dengan berkata.. 'ISTIQAMAH'...perlahan-lahan dan berterusan, pasti ada hasilnya. Tetapi konsistensi saya tidak sama dengan bapanya yang mudah merasa lelah dan putus-asa. Saya ingin sama-sama mencuba, sama-sama kecewa, sama-sama stress, sama-sama sama-sama berkongsi kejayaan dan outcome treatment atau terapi yang kami lakukan tetapi naluri seorang lelaki adalah sesuatu yang amat complex..*sigh* Saya tidak akan dapat memahaminya sampai bila-bila..

Berbalik kepada soal harapan dan cita-cita, kadang-kadang saya hilang arah..saya kecewa. Kadang-kadang hingga saya stress dan marah-marah. Sejujurnya..saya bukan seorang yang berhati halus, bukan orang yang sabar saja setiap masa.. Saya tiada waktu untuk diri saya lagi..kerana anak-anak sudah mengambil semua waktu yang saya ada di rumah. Suami saya hanya diam..diam..dan diam. Saya tidak tahu lagi diamnya dia kerana selesa, bahagia, marah atau sedih. Saya rasa seakan hilang dan tidak wujud  akhirnya..  saya merasa berseorangan menempuh semuanya. Yang tinggal cuma ada ALLAH Rabbul Jalil.. Cuma Dia.

Kerana saya dihidupkan hanya untuk mengabdikan diri kepadaNya, maka keyakinan itu masih ada walaupun adakalanya nipis dan goyah. Hanya padaNya saya sandarkan harapan dan doa setiap saat.

Ya Allah..jangan tinggalkan aku. Tolong aku wahai Tuhanku..jangan lepaskan peganganMu. ~







4 comments:

  1. Assalamualaikum,byk kelebihan Eusoff tu berbanding anak2 akk..Dia pandai mengarang perkataan..
    Bab toilet ni mmg ambil masa berthn2 sebenarnya,,Anak Sulung akk 17 thn pun adakala terlepas sekali sekala..Firdaus 5 thn masih tak tahu basuh sendiri pok2nya..Kalautak dipantau mmg dia selelit kat dindinglah..Akk sll tertanya-tanya kalaulah kesabaran blh di beli???Mohon pd Allah SWT..Doa senjata org mukmin...

    ReplyDelete
  2. kita berkongsi perkara yang sama.., saya melalui nya seorang diri,

    ReplyDelete
  3. Kak Siti_btp: Memang susah kak..nak toilet train. Sekarang dia dah boleh duduk atas toilet bowl..tapi masih tak boleh nak buang air di situ. Saya malas nak paksa2..takut dia jadi mcm dulu ..stress dan asyik menangis bila ajak masuk bilik air.

    ReplyDelete
  4. Fieda: Hugs... saya ingat saya dah susah, tapi nyata cabaran saya kecil nak dibandingkan dengan kawan-kawan yg lain. Saya doakan kita semua dikurniakan ketabahan oleh Allah.

    ReplyDelete