Sebenarnya aku nak taip entri ni malam tadi...tapi letih sangat-sangat baru sampai dari kampung. Si Daniel pulak nak ajak main dengan dia pulak..tak nak tido sampai pukul 12 lebih. Maklum la dia dah sedap tido dalam perjalanan. Tiga-tiga sekali fingsan..tinggal aku je dok teman En. Hubby driving sambil-sambil dok berborak pasal arwah Yana dan anak-anak dia.
Masa aku jenguk diorang hari tu, budak berdua tu demam. Rindu sangat pada arwah emak diorang agaknya..sampai demam-demam. Kesian... Hariz demam panas agak teruk jugak. Aku basahkan towel kecik dan letak kat kepala dia. Malam tu jugak aku bagi dia 'supp PCM' (ubat demam yang masuk kat bontot tu..) sebab badan dia panas betul. Lepas tu muntah-muntah pulak. Nasib baik aku bawak ubat anak-anak aku...complete dengan ubat tahan muntah lagi. Itulah yang dok bagi kat Hariz sementara tunggu siang nak pegi klinik.
Esok tu nampak ada perubahan la..sihat nampaknya. Dah boleh main bola dah tendang sana-sini sampai bising la mak su diorang takut pecah cermin tingkap pulak dah..Alhamdulillah...
Mak cakap hari ke-6 pemergian arwah, Mysarra bentak-bentak suruh carikan mak dia. Balik-balik tadika terus hempas beg. "Nenek pegi carikan mak sekarang jugak.. Cari sampai dapat!" Sayu hati neneknya mendengarkan... tak tau macamana nak bagi si kecik tu faham. Aku ni pun dok bergenang air mata jugak masa mak ceritakan hal tu. Walaupun aku ni gaban.. hati aku sebenornya macam ais kepal..senang je cair dan meleleh la ayor mata terutama hal-hal melibatkan budak-budak kecik ni...teringat kat anak-anak sendiri..kalau aku tak ada macamanalah agaknya diorang.
"Ya Allah... Sekiranya Engkau nak mengambil nyawa aku dan suamiku, biarlah pada waktu itu anak-anak aku sudah besar dan sudah boleh menguruskan diri mereka sendiri. Jangan jadikan mereka anak-anak kecil yang yatim piatu Ya Allah.."
*** ...Sob...sob... :'(
Masa Mysarra main anak patung dengan anak aku si Damia, dia cakap "Emak saya dah mati...saya dah takde emaklahh..." Sayu hati aku. Kesian anak-anak ni...kecik-kecik lagi dah kehilangan kasih ibu. Aku pun layanlah diorang main.. main lukis-lukislah, main masak-masak, main kedai-kedai.. Nampak happy dan becok sekali budak-budak tu. Sekurang-kurangnya bila kami sekeluarga balik jenguk diorang, takdelah diorang terasa sunyi sangat.
Mak masih tak banyak bercakap... Wajahnya masih muram. Masa aku tolong emak kemaskan baju-baju arwah untuk disedekahkan pada orang, mak cakap suami arwah Yana nampak sedih masa tahlil arwah yang ketujuh tu... Bila nak balik pun nampak sedih nak berpisah dengan anak-anak dia. Mak kata "Bila dah tak ada barulah nak menghargai.." Ye..betul tu.. Kita manusia ni memang selalu take for granted apa-apa yang dah ada depan mata. Bila dah tak ada barulah terasa kehilangan...
Apa-apa pun aku harap abah budak-budak tu takkan sia-siakan diorang.. Mungkin inilah hikmah pemergian arwah Yana.. ketiadaannya mengembalikan kasih suami arwah pada anak-anak diorang. Mudah-mudahan...Amin.
Hariz & Eusoff.. dengan gaya "Askar-askar Atuk" ..Hehehe..
Mysarra dengan makcik Damia...dua-dua becok ni...Feninggg...!!
Daniel pun nak enterprem jugak... Makan budak gemokkk!!
No comments:
Post a Comment