Assalamualaikum..
Saya selamanya bercita-cita nak sebarkan awareness mengenai autism semasa berlari. Memang tujuan asal pun lari sebab si Eusoff... Saya sering merasakan super power saya sebagai seorang wanita dan ibu, serta seorang runner ialah kerana saya membesarkan anak istimewa:- Anak yang suka berlari. Anak hyperaktif yang mendorong ibunya yang obese berlari sampai boleh menjadi seorang runner.
Sebelum ini saya pernah buat design untuk running t-shirt/jersey. Design dia ada logo OKU, ada puzzle autism, ada tertulis Autism Runner's Mommy, Run For Autism dan macam-macam lagi.. Bercita-cita nak pakai la waktu running. Tapi ongkos tu kalau nak buat setakat selai dua..dengan material kain yg mcm jersey itu, mahal nau la pulaks.
Dalam dunia running, memang ada ramai juga yang 'run for cause'. Ada yang lari untuk mengenang pesakit kanser. Ada yang lari demi lain-lain penyakit kronik. Ada yang lari untuk mengenang ahli keluarga yang telah tiada. Apatah lagi berlari ni memang sejenis terapi, jadi ramai sebenarnya yang berlari kerana berjuang demi sesuatu.
Bagi saya, perjuangan untuk autism ialah perjuangan sepanjang hayat. Allah berikan Eusoff kepada saya kerana Dia tahu saya akan mencintai anak ini dan berjuang untuknya.
Selalu saja saya bayangkan berlari sambil spread the autism awareness. Alangkah bestnya kalau saya boleh lari mainstream races seperti Penang Bridge International Marathon (PBIM) atau Standard Chartered Kuala Lumpur Marathon (SCKLM) sambil memakai t-shirt macam gini. Fuhhh....sure gempak!!
Contoh t-shirt. Ihsan Pakcik Google. |
Ada tak yang nak sponsor running T-shirt ni untuk aku agak-agaknya?
No comments:
Post a Comment